cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

خواطر كنديسية

فوائد ولطائف

نمایش بیشتر
ماليزيا35 252زبان مشخص نشده استدین و مذهبی79 443
پست‌های تبلیغاتی
747
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+17 روز
+1830 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Repost from MUHIM UIAM Official
Photo unavailableShow in Telegram
Kehadiran 10 hari pertama Zulhijjah seringkali tidak diberi perhatian sebagaimana 10 hari terakhir Ramadan dari sudut menghidupkan dengan ibadah. Barangkali kerana ramai tidak mengetahui kelebihannya. MUHIM UIAM menganjurkan majlis bacaan hadis serta komentar ringkas ke atas sebuah kitab yang menghimpunkan kelebihan 10 awal Zulhijjah oleh ulama hadis yang agung. Ayuh ketahui keagungannya! Ketetapan majlis seperti berikut: 📚Fadhl 'Asyr Dhi al-Hijjah- Imam Ibn Abi Dunya رحمه الله (ulama hadis agung) 👨‍🏫 Shaykh Dr. Abdulrahman Alosman 🗓 7 Jun 2024 📌 Jumaat 🕗 8.30 am - 12.00 pm 📍KENMS Presentation Lab B (PLB), UIAM Gombak 💰 RM3 Pembayaran: 166010518545 (Maybank) Muhammad Zharif Ref: Majlis Hadis Zulhijjah 🎥 Rakaman Disediakan Pautan pendaftaran: https://bit.ly/Majlis_Hadis_Zulhijjah . Sebarang persoalan: http://wasap.my/60192219931 (Br. Omar) . Jemput ikuti saluran rasmi telegram MUHIM UIAM bagi mendapatkan info-info terkini pengajian: https://t.me/MUHIM_UIAM_Official "Ta'leem, Ta'leef, Tarjamah"
نمایش همه...
👍 2
Repost from Nota Musaddad
Photo unavailableShow in Telegram
[Karamah Syahid Gaza] Shaykh Hamzah Abu Tuhah, ilmuwan bahasa dari Gaza menceritakan: Semalam, dek terlalu kepenatan, saya tertidur sebelum solat Isyak. Dalam tidurku, saya bermimpi melihat Ma'ruf, sahabat saya yang gugur syahid tempoh hari. Dahulu, kami pernah saling berjanji, sesiapa yang meninggal dahulu di antara kami, akan menziarahi yang masih hidup dalam tidur. Semenjak dia syahid tempoh hari, tiada mimpiku yang terlepas melihatnya. Malam tadi, saya bertanya lagi tentang keadaannya. Jawabnya, "Saya dalam nikmat yang berterusan. Tetapi engkau bangunlah, solat Isyak." Lalu saya terjaga, dan mendapati hanya 10 minit sahaja sebelum masuk subuh. Saya bingkas solat Isyak. Kemudian masuk subuh, saya solat dan mendoakan untuk sahabatku yang dikasihi itu.
نمایش همه...
👍 9 2
Repost from Nota Musaddad
Photo unavailableShow in Telegram
نمایش همه...
👍 3
Perempuan solehah, hafizah, dan berniqab tidak ramai. Kalau jumpa, jaga elok-elok. Bantu mereka istiqamah sampai ke hujung hayat. Jangan jadi seperti sebilangan lelaki, mereka pula yang menjadi asbab isteri-isteri mereka makin jauh daripada agama. Makin lama makin leka, makin tua makin lagha. Hanyut dengan dunia sekeliling. Rela mengorbankan prinsip dan ilmu yang dipelajari demi keselesaan, keseronokan, dan kemewahan dunia. Semoga Allah menjaga kita, termasuk yang sedang menulis dan perasan baik ini.
نمایش همه...
👍 19 1
Repost from Nota Musaddad
Ali bin Abu Talib radiyallah `anh berkata: القائل للفاحشة والذي يسمع لها في الإثم سواء "Orang yang menyebut perkataan keji, dan yang mendengarnya tanpa ingkar, berkongsi dosa sama rata." — Shu`ab al-Iman, no. 8942, sanadnya hasan. • • • • Termasuk dalam kategori perkataan keji, sebelum ayat-ayat lucah, carutan dan umpatan, adalah ungkapan kufur dan syirik yang disebutkan oleh orang-orang kafir. Seorang Muslim yang mendengarnya, sekurang-kurang kewajipannya adalah membencinya.
نمایش همه...
👍 10 5
Diantara cara agar tidak mudah insecure terhadap apa yang dimiliki orang lain, terhadap apa yang diraih orang lain, adalah dengan tidak banyak melihat story mereka, tidak banyak tau tentang kehidupan pribadi mereka, tidak sama sekali tau tentang planning mereka. Karena setiap orang punya cobaan yang berbeda. Setiap orang punya ujian yang beragam. Boleh jadi kita anggap kenikmatan, tapi justru Allah jadikan itu ujian. Sebab itulah Allah mengatakan : وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِّنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُم فِيهِ ۚ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ [ طه: 131] Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cobai mereka dengannya. Dan karunia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal. [TaHa: 131] — Ustaz Abdurrahman Zahier
نمایش همه...
12👍 5🔥 1
Nasihat untuk semua sahabat. Jangan terlalu cepat mengangkat orang yang pada sangkaan kita sudah berubah. Perhatikanlah dahulu gerak-geri dan tingkah lakunya. Berapa ramai yang tertipu dengan perubahan. Bukan semua yang berubah itu semakin bertambah baik. Ada yang berubah disebabkan masalah hati. Dia hanya bertujuan menyakitkan jiwa orang lain dan membalas dendam kesumat. Kadangkala orang luar yang masuk ke ‘kampung’ kita itu, hanyalah sekadar mata-mata. Bila tiba masanya, dia akan berubah warna. Berhati-hatilah semua. 📝‎ كتبه 𝗔𝗹-𝗞𝗮𝗻𝗱𝗶𝘀𝗶 𝟰 𝗭𝘂𝗹𝗸𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗶𝘀𝘄𝗶 𝗞𝗶𝗿𝗶, 𝗞𝗴 𝗦𝗴 𝗞𝗮𝗻𝗱𝗶𝘀
نمایش همه...
12👍 1
Orang yang pernah mencium wanita yang tak halal baginya, atau pacarnya, atau melakukan "tindakan" yang lebih dari hal itu, hendaknya bertobat, banyak-banyak beristigfar, dan rajin salat lima waktu: Ibnu Mas‘ūd -raḍiyallāhu 'anhu- meriwayatkan, bahwa ada seorang laki-laki yang mencium seorang wanita, lalu dia datang menemui Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- dan menyampaikan hal itu. Maka Allah -Ta'ālā- pun menurunkan ayat: “Tegakkanlah salat di kedua ujung siang (Subuh, Zuhur, dan Asar), dan pada bagian permulaan malam (Magrib dan Isya). Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu menghapus dosa-dosa.” (QS. Hūd: 114). Laki-laki itu bertanya, "Apakah ini khusus untukku?" Beliau bersabda, "Untuk seluruh umatku." (Muttafaq 'Alaih)
نمایش همه...
12👍 3
Rasulullah ﷺ apabila mengangkat kepalanya daripada rukuk menyebut, سمع الله لمن حمده Maksudnya: أجاب الله دعاء من حمده أجاب الله حمد من حمده Semoga Allah memperkenankan doa orang yang memuji-Nya. Bukanlah yang dimaksudkan dengan السمع adalah السمع اللغوي (mendengar secara bahasa) yang selalu digunakan kerana Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya dan mengingkari-Nya. Perkataan السمع di sini bermaksud إجابة الدعاء (diperkenankan doa). Ini dapat dilihat dalam apa yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasaie dan selain mereka daripada Abu Hurayrah رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara: من علم لا ينفع daripada ilmu yang tidak bermanfaat, من نفس لا تشبع daripada jiwa yang tak pernah merasa cukup, من قلب لا يخشع daripada hati yang tidak khusyuk, من دعوة لا تسمع dan daripada doa yang tidak diperkenankan. Dalam hadis yang lain disebut: من دعوة لا يستجاب لها daripada doa yang tidak diperkenankan. Maka ini adalah tafsir bagi hadith من دعاء لا تسمع. Wallahuaʿlam.
نمایش همه...
21👍 3
Dalam pertemuan bersama Ustazna al-Habib Ashafizrol Ab Hamid, kami berbincang mengenai sikap dan perangai sebahagian pendakwah yang keras dan terlalu beremosi dalam menyampaikan dakwah. Kemudian beliau حفظه الله membawa kami menyoroti beberapa ayat dan nukilan yang sangat indah untuk dijadikan pedoman iaitu kisah Nabi Musa ʿalayhissalam. Situasi Pertama: Nabi Musa ʿalayhissalam yang saling berhujah satu sama lain dengan Nabi Adam ʿalayhissalam, ‎أنْتَ الذي أخْرَجْتَ النَّاسَ مِنَ الجَنَّةِ بذَنْبِكَ وأَشْقَيْتَهُمْ “Engkaulah yang mengeluarkan manusia dari syurga dengan dosamu dan engkau menyusahkan mereka” Situasi Kedua: Nabi Harun ʿalayhissalam meminta kepada Nabi Musa ʿalayhissalam supaya tidak memegang janggut dan kepalanya dalam ayat 94, Surah Taha, ‎قَالَ يَا ابْنَ أُمَّ لَا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِي وَلَا بِرَأْسِي {Harun menjawab, “Wahai putera ibuku, janganlah kamu tarik janggutku dan jangan (pula) kepalaku.”} Dua situasi ini menunjukkan betapa outspoken, garang dan beraninya Nabi Musa ʿalayhissalam. Namun apabila Allah ‎ﷻ memerintahkan kepada Nabi Musa ʿalayhissalam untuk bertemu dengan Firʿaun, beliau tidak diperintahkan untuk bersikap keras dan beremosi. Allah ‎ﷻ berfirman, ‎فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ {Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut} Orang yang kamu dakwahkan itu, adakah lebih teruk daripada Firʿaun sehingga kamu boleh mengherdik dan mencerca? Dan adakah kamu lebih baik daripada Musa sehingga kamu ada metod yang lebih baik daripada ini? Kemudian saya berkata kepada Ustaz, “Nanti diorang kata, itu Nabi. Kita bukan Nabi.” Ustaz jawab, “Allah ‎ﷻ sendiri perintahkan kepada Nabi Muhammad ﷺ untuk ikut Nabi terdahulu. Allah berfirman, ‎أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ ۖ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ {Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka} Kemudian, Ustaz menukilkan, ‎إذا رأيت الرجل يدافع عن الحق فيشتم، ويسب، ويغضب، فاعلم أنه معلول النية؛ لأن الحق لا يحتاج إلى هذا Jika kamu melihat seseorang yang mempertahankan kebenaran dengan mencerca, memaki dan marah, ketahuilah bahawa niatnya bermasalah kerana kebenaran tidak memerlukan ini semua. Dakwah kita tidak perlukan cacian dan makian. Belajarlah menguruskan emosi dengan baik apabila berhadapan dengan orang yang mengganggu gugat kita dalam dakwah. Bagi yang merasakan mengata, memerli dan mencerca itu uslub dakwah, maka muhasabahlah.
نمایش همه...
14👍 1🔥 1