Info sk sementa
رفتن به کانال در Telegram
1 190
مشترکین
+224 ساعت
+47 روز
+630 روز
آرشیو پست ها
1 190
Makluman untuk semua
Ibu bapa / penjaga / guru
AKTIVITI SEMASA PENUTUPAN SEKOLAH
Semasa tempoh penutupan sekolah semua aktiviti yang melibatkan murid dan guru pada hari sabtu dan ahad adalah tidak dibenarkan.
Contoh :
1. Latihan Tekwando
2. Kelas Matematik Mentel Arithmetik
3. Latihan sukan / permainan
Murid dan jurulatih yg hadir tidak dibenarkan masuk dalam kawasan sekolah.
Harap maklum
Terima kasih
GB
1 190
Makluman untuk semua warga sekolah dan ibu bapa / penjaga.
ESOK 16.10.2026 (JUMAAT) SEKOLAH DITUTUP.
PDPR akan dilaksanakan sepanjang penutupan sekolah sehingga diberitahu.
Harap maklum
GURU BESAR
SK SEMENTA
1 190
UNTUK MAKLUMAN SEMUA IBU BAPA / PENJAGA.
ESOK SEKOLAH DIBUKA SEMULA
TERIMA KASIH
GURU BESAR
SK SEMENTA.
1 190
_*Assalamualaikum dan salam sejahtera*_
_*Salam SEMENSTAR SCHOOL OF INSPIRATION
📢 *MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH SUSULAN KEADAAN JEREBU*
📚 Dimaklumkan bahawa berdasarkan arahan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, *semua sekolah di Negeri Selangor akan ditutup mulai 9 Oktober 2026 (Jumaat) sehingga dimaklumkan kelak* berikutan keadaan jerebu.
🎒 Sehubungan itu, *Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)* akan dilaksanakan bagi memastikan pembelajaran murid dapat diteruskan.
🚌 Ibu bapa dan penjaga dimohon sentiasa peka terhadap makluman terkini yang akan disampaikan melalui saluran rasmi sekolah.
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
*GURU BESAR*
*SK. SEMENTA*
1 190
*MAKLUMAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR*
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
YBhg. Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,
*MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGERI SELANGOR SUSULAN KEADAAN JEREBU*
Untuk makluman semua, selaras dengan *Kenyataan Media Kementerian Pendidikan (KPM)* bertarikh *8 Oktober 2026,* semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor adalah *DITUTUP SEPENUHNYA MULAI 9 Oktober 2026* susulan keadaan jerebu sehingga dimaklumkan semula oleh *Jabatan Pendidikan Negeri Selangor*.
Sehubungan itu:
1. *Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah JPN Selangor ditutup mengikut tempoh yang ditetapkan.*
2. *Sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.*
3. *Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa.*
4. *Ibu bapa/penjaga dimohon mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan.*
5. *Ibu bapa/penjaga juga dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berkaitan pembukaan sekolah dan hanya merujuk kepada makluman rasmi JPN Selangor/KPM.*
6. *Semua PPD dimohon memastikan makluman ini disampaikan kepada semua sekolah, institusi pendidikan, guru, AKP, ibu bapa/penjaga dan murid di daerah masing-masing.*
7. *Pihak sekolah hendaklah terus membuat pemantauan keadaan semasa dan mengutamakan keselamatan, kesihatan serta kebajikan murid dan warga pendidikan.*
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
*Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim*
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
1 190
*(School code : SKS)*
*U.P: Ibu Bapa / Penjaga*
*PEMBELIAN BUKU & PERALATAN SEKOLAH SK SEMENTA SECARA DALAM TALIAN*
1. *Mulai Sesi Persekolahan 2026*, ibu bapa/penjaga boleh membuat pembelian buku dan peralatan sekolah melalui dua kaedah bermula *29 Disember 2025*, iaitu:
1.1 Pembelian secara dalam talian
1.2 Pembelian di kedai buku sekolah
2. Berikut adalah maklumat pembelian secara dalam talian:
2.1 *Layari laman web*: https://www.pustakajasa.com.my/
2.2 *Kod Sekolah : SKS*
2.3 Bagi pengguna baharu, sila rujuk *“Tatacara Pengguna Online Kedai Buku”* (seperti dalam lampiran) sebelum membuat pendaftaran.
2.4 Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan laman web, sila tekan *ikon WhatsApp* (di bahagian bawah kiri laman web) atau hubungi WhatsApp di nombor *011-7007 9989.*
Sekian, terima kasih.
1 190
Info Kedai Buku:
TATA CARA SK SEMENTA:
https://sg.docworkspace.com/d/sbQa3nPxnE9NiYCQ_16rc5enwhejktmncl2?sa=601.1074
Open in APP:
https://go.wps.com/s8CjKeyyLz3P
