INFO MPP FKPM UiTMSA
رفتن به کانال در Telegram
Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam Sesi 2024/2025. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan: MPP Haziq ➡️ +60 13-542 5272 MPP Hikmah ➡️ +60 13‑800 3570
نمایش بیشتر946
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+17 روز
-830 روز
آرشیو پست ها
SELASA | 06 MEI 2025
Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku,
[PERSIDANGAN MASSCOMM STUDENT ASSOCIATION (MASSA) KALI PERTAMA TAHUN 2025]
Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa pada 19 April 2025 telah berlangsung Persidangan Masscomm Student Association (MASSA) kali pertama yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF), serta wakil-wakil persatuan kelab di bawah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.
Persidangan ini menjadi platform rasmi peringkat fakulti dalam mengenal pasti dan membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan, pembangunan industri komunikasi, serta pemerkasaan mahasiswa dari pelbagai aspek penting di bawah satu identiti, iaitu Masscomm Student Association (MASSA).
Sebanyak lapan (8) usul telah dikemukakan, merangkumi pelbagai keperluan mahasiswa. Daripada jumlah tersebut, enam (6) usul telah diterima seperti berikut:
1. Kemudahan fasiliti tidak berada di tahap yang memberangsangkan.
2. Pelaksanaan Pitstop kurang berkesan.
3. Penglibatan pelajar yang minimum dalam aktiviti kokurikulum dan program lain.
4. Kemasukan pelajar yang tidak seimbang setiap semester.
5. Kebolehpasaran pelajar dalam bidang komunikasi industri Massa harus dijamin demi masa depan.
6. Kebajikan akademik dan sosial pelajar masih kurang diberi perhatian.
Resolusi yang telah diterima telah diserahkan kepada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FKPM untuk tindakan lanjut, dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Fakulti yang turut dihadiri oleh Dekan FKPM. Diharapkan segala inisiatif dan perbincangan yang telah diketengahkan akan diberi perhatian sewajarnya demi kesejahteraan mahasiswa dan warga Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA
UiTM SHAH ALAM
SESI 2024/2025
KHAMIS | 10 APRIL 2025
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[PERINGATAN PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI I SEMESTER MAC-OGOS 2025]
Merujuk perkara di atas, diingatkan kepada para pelajar untuk membuat pembayaran yuran pengajian sebelum tarikh yang telah ditetapkan.
📌 Tarikh akhir pembayaran yuran:
30 April 2025
Sehubungan itu, bagi pelajar yang mempunyai masalah untuk menjelaskan yuran sebelum tarikh ditetapkan, pelajar boleh memohon penangguhan pembayaran yuran, di sistem Fees Deferment mengikut ketetapan berikut:
📌Tempoh permohonan: sehingga 30 April 2025
Pautan Permohonan Fees Deferment:
🔗 https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/
Untuk makluman, status GUGUR TARAF akan dikenakan bagi pelajar yang tiada dalam rekod pembayaran yuran.
📌Tarikh Gugur Taraf (GT) : 7 Mei 2025
Oleh itu, dimohon agar semua pelajar sentiasa cakna dengan segala pemakluman dan mematuhi tarikh-tarikh yang telah ditetapkan di dalam kalendar akademik bagi memastikan kelancaran sepanjang semester ini berlangsung.
Sekian, terima kasih.
“Aspirasi Gemilang, Manifestasi Terbilang”
Yang menjalankan amanah,
EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2024/2025
#UiTMDiHatiku
#30MPPSejiwa
#MPPperkasa
KHAMIS | 24 APRIL 2025
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[KEMASUKAN BAS RAPID KL KE DALAM KAMPUS UITM SHAH ALAM]
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Bas Rapid KL akan melalui laluan bas Kampus UiTM Shah Alam. Sebanyak 8 buah bas Rapid KL akan mula beroperasi bermula 5 Mei 2025 secara terus ke dalam Kampus UiTM Shah Alam.
Inisiatif ini adalah hasil kerjasama daripada Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS), Bahagian Pengurusan Kenderaan (BPK) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2024/2025 bagi melancarkan perjalanan warga kampus.
Sehubungan itu, diharapkan agar seluruh mahasiswa UiTM Shah Alam cakna berhubung kemasukan Bas Rapid KL tersebut.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian:
📱 MPP RAZEN: https://wa.me/60127432003
📱 MPP AMEEN: https://wa.me/60172072674
📱 SMPP DANIA: https://wa.me/601110711758
Sekian, terima kasih.
"Aspirasi Gemilang, Manifestasi Terbilang"
Yang menjalankan amanah,
EXCO PENEMPATAN DAN PENGANGKUTAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2024/2025
#UiTMDiHatiku
#30MPPSejiwa
#MPPperkasa
#MPPAction
Join us for an exciting movie night organised by Applied Language Society (APPLES) 🎉
📆 Date : Friday, 25th April 2025
🕰️ Time : 7:30 PM - 11:00 PM
📍 Venue : Bangunan Korea, APB
🎬 Movie Title : The Greatest Showman (2017)
💵 Ticket Price : RM 5/Person
Get Your Ticket Now:
https://forms.gle/abr1QfrwZ6gFyoXL6
Seats are limited — Register now to secure your spot 🔥
OPEN TO ALL STUDENTS!
MERITS ARE INCLUDED 💯
‼️ Food and drinks are available ‼️
Pop Quizzes with prizes to be won 🎁
Snap & Win Photo Contest 📸
📞: 012-3706559 (Syafarra)
📞: 011-62621060 (Hasya)
salam saya qina dari fkpm, tadi saya naik bas smart selangor dan driver tu mintak tolong cari budak yang tertinggal dompet dalam bas tapi saya taktau nak share macam mana jadi saya nak mintak tolong post untuk cari orang ni (+60 17‑549 6150)
KHAMIS | 17 APRIL
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[KENYATAAN RASMI MPP UiTM SE-MALAYSIA]
Merujuk perkara di atas, MPP UiTM Se-Malaysia mengambil maklum isu video tular melibatkan pelajar Asasi UiTM Dengkil yang menyentuh sensitiviti perkauman. Untuk makluman, video tersebut adalah sebahagian tugasan akademik, namun pendekatan yang digunakan perlu lebih sensitif.
Kami menyokong tindakan pantas pihak universiti dan siasatan yang sedang dijalankan. MPP menyeru agar semua pihak beri ruang kepada proses ini tanpa gangguan luar. Kami kekal komited menjaga maruah UiTM dan mengingatkan semua agar sentiasa peka terhadap isu agama, bangsa dan budaya.
Sekian, terima kasih.
”Aspirasi Gemilang, Manifestasi Terbilang”
Yang menjalankan amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SE-MALAYSIA
SESI 2024/2025
#UiTMDiHatiku
#MPPperkasa
#MPPAction
SELASA | 15 APRIL 2025
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[PEMBUKAAN SEMULA SISTEM PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN PELAJAR]
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan pelekat kenderaan pelajar kini telah dibuka semula kepada semua mahasiswa UiTM, khususnya pelajar non-resident yang membawa kenderaan ke kampus.
Sehubungan itu, pelajar yang terlibat diminta untuk segera mengemukakan permohonan melalui pautan rasmi berikut:
🔗 https://uaps.uitm.edu.my/home.html
Langkah ini penting bagi memastikan kelancaran urusan keluar masuk ke kawasan kampus serta pematuhan terhadap peraturan keselamatan yang ditetapkan. Pihak kami merakamkan penghargaan atas kesabaran dan kerjasama semua sepanjang tempoh gangguan sistem yang lepas.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi:
MPP AMEEN: http://www.wasap.my/60172072674
MPP RAZEN: https://www.wasap.my/60127432003
Sekian, terima kasih.
“Aspirasi Gemilang, Manifestasi Terbilang”
Yang menjalankan amanah,
EXCO PENEMPATAN DAN PENGANGKUTAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2024/2025
#UiTMDiHatiku
#30MPPSejiwa
#MPPperkasa
#MPPAction
SABTU | 12 APRIL 2025
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[TEMPOH VALIDASI KURSUS SEMESTER MAC- OGOS 2025]
Merujuk perkara di atas, berikut merupakan tempoh Validasi Kursus bagi semester Mac - Ogos 2025:
📌Tempoh Validasi Kursus:
12 - 18 April 2025
Platform : Student Portal
Oleh itu, para pelajar diwajibkan untuk melengkapkan proses Validasi Kursus dan cakna berkenaan info ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan kelak serta memastikan kelancaran sepanjang semester ini berlangsung.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
MPP Intan: https://wa.me/60104392353
SMPP Syahindah: https://wa.me/601159982986
SMPP Aiman: https://wa.me/60163297256
Sekian, terima kasih.
“Aspirasi Gemilang, Manifestasi Terbilang”
Yang menjalankan amanah,
EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2024/2025
#UiTMDiHatiku
#30MPPSejiwa
Kad pelajar dah boleh diambil di kaunter pejabat fakulti mulai hari ini. HEA FKPM
JUMAAT | 11 APRIL 2025
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[BORANG TINJAUAN PELAJAR UiTM YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR]
Merujuk perkara di atas, pihak UiTM sedang mengumpulkan maklumat mahasiswa yang terkesan akibat bencana banjir yang berlaku agar kami dapat mengenal pasti keadaan semasa anda dan menilai bantuan yang diperlukan.
Berikut merupakan pautan Google Form yang perlu diisi oleh mahasiswa yang terlibat:
🔗 https://forms.gle/7YCyCqduSTXGgerXA
📌Segala maklumat adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk tujuan pengumpulan data bagi membantu mahasiswa yang memerlukan.
Pihak kami memahami kesukaran yang dihadapi dan berharap agar anda semua terus tabah serta bersabar menghadapi dugaan ini.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
MPP FAIRUZ: https://wa.me/601158671810
MPP UMI: https://wa.me/60179806548
Sekian, terima kasih.
“Aspirasi Gemilang, Manifestasi Terbilang”
Yang menjalankan amanah,
EXCO ADUAN DAN KEBAJIKAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
SESI 2024/2025
#UiTMDiHatiku
#30MPPSejiwa
#MPPperkasa
#MPPAction
