fa
Feedback
𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧

𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧

کانال بسته
1 354
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-27 روز
-830 روز
آرشیو پست ها
Pakaian Seragam Sekolah Akan Diselaraskan Mulai 2027 PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang merangka langka
Pakaian Seragam Sekolah Akan Diselaraskan Mulai 2027 PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang merangka langkah penyelarasan pakaian seragam sekolah yang dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2027, bagi mengelakkan kepelbagaian pakaian yang membebankan ibu bapa dan murid. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata penyelarasan itu bertujuan memastikan pakaian sekolah kekal sederhana, selesa dan tidak melampaui keperluan sebenar murid, selain mengambil kira faktor kos sara hidup serta iklim panas negara. Menurutnya, kementerian sedang menjalankan kajian menyeluruh melibatkan pelbagai pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat. “Pada masa ini, kita melihat terdapat sekolah yang mempunyai terlalu banyak variasi pakaian, termasuk pakaian khas yang bersifat kosmetik dan tidak memberi nilai tambah kepada pembelajaran murid,” katanya. Beliau menjelaskan bahawa penyelarasan ini bukan bertujuan menghapuskan pakaian seragam sekolah, sebaliknya untuk menetapkan garis panduan yang lebih jelas supaya sekolah tidak mewajibkan pakaian tambahan yang membebankan ibu bapa. Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Mohd Azam Ahmad, berkata keputusan berkaitan pemakaian pakaian sekolah perlu dibuat secara berhemah melalui perbincangan antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), selaras dengan surat siaran KPM yang dikeluarkan. “Sekolah tidak boleh membuat keputusan secara sepihak, khususnya melibatkan kewajipan pemakaian yang memberi implikasi kewangan kepada ibu bapa,” katanya. Beliau turut menjelaskan bahawa isu pemakaian tali leher, sebagai contoh, tidak diwajibkan kepada semua murid dan bergantung kepada peringkat serta kesesuaian sekolah. Murid yang telah sedia ada dengan pemakaian tertentu boleh meneruskannya sehingga tamat tempoh persekolahan, tertakluk kepada keputusan bersama. Tambahnya lagi, faktor keselesaan murid perlu diberi keutamaan, terutama dalam cuaca panas yang boleh menjejaskan kesihatan dan tumpuan pembelajaran. KPM dijangka menyediakan garis panduan rasmi sebagai rujukan sekolah, ibu bapa dan PIBG sebelum pelaksanaan penyelarasan ini dimulakan pada tahun 2027.

PEMAKLUMAN TAKWIM KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA MSSM TAHUN 2026 DAN CADANGAN TAKWIM MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR MSSJ TAHUN 2026 Tindakan dan makluman semua warga MSS Johor

📢 SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BILANGAN 5 TAHUN 2025: DASAR PEMAKAIAN TALI LEHER OLEH MURID SEKOLAH DI INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MULAI TAHUN 2026

💰🇲🇾 Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri! ✨ Penjawat awam Gred 56 ke bawah & lantikan kontrak: RM500 ✨ Pesara & veteran: RM250
💰🇲🇾 Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri! ✨ Penjawat awam Gred 56 ke bawah & lantikan kontrak: RM500 ✨ Pesara & veteran: RM250 📅 Disalurkan awal Mac 2026, selepas kenaikan gaji 2026, STR & SARA bulanan. 🎉💛