fa
Feedback
Self-Healing

Self-Healing

رفتن به کانال در Telegram

Impak positif kehidupan seharian ✨

نمایش بیشتر
6 154
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-27 روز
-3530 روز
آرشیو پست ها
photo content

Mungkin ada yang berkata, kenapa asyik post pasal cinta, kecewa dan move on? . Sebahagian manusia itu hanya fikir cinta itu hanya pada makhluk tapi sebenarnya apa yang saya tulis dan sampaikan adalah cinta kepada Allah. . Hati itu tidak boleh dibuat main, kadang ada mereka yang tidak boleh terima dengan apa yang terjadi. Tetapi selepas mereka mendengar nasihat dan membaca sesuatu, asbab itu Allah SWT membuka hatinya untuk teruskan kehidupan. . “Hanya pencinta akan berusaha untuk mencari apa yang dicintainya. Apabila ia sudah mendapat cintaiNya (DIA) maka hidupnya akan tenang selamanya.” . Segalanya akan saya tulis didalam buku saya #PesananDiriku, semua lapisan umur boleh membaca. . Pohon doa dari kalian semua, semoga urusan saya dipermudahkan 😊 . Sekian, Halim Ghani #pesanandiriku #doakansaya

photo content
+1

BELAJAR UNTUK REDHA (Tag Kesayangan Kita) . Sebak hati saya membaca segala DM, mereka bertanya bagaimana hendak terus tabah menghadapi ujian kehidupan ni. . Ujian yang diberikan pada hambaNya itu lain-lain, ada yang kehilangan ibu/ayah, terpisah suami/isteri, hilang kawan rapat dan orang yang mereka paling sayang. . Apa yang saya boleh katanya, inilah kehidupan... Kita dipilih oleh Allah SWT itu sudah tanda DIA cinta pada kita, tidak semua orang dapat ujian yang kalian dapat. Allah nak lihat diri kita, redha atau dipersalahkan.. Belajar untuk redha, kelak kebahagiaan pasti akan rasai.. . Ingat pesanan ini, Allah takkan beri ujian melebihi kemampuan dirimu. Orang yang bersabar dan ikhlas menerimanya, orang itu paling Allah sayang 💐 _ #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : Everything I Need Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

HATI YANG SETIA . Cinta akan kekal bukan kerana Rupa, tapi cinta akan kekal kerana Hati. Jadi hargailah pengorbanan seseorang yang sentiasa menjaga hatimu. . #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : Cinta Luar Biasa - Andmesh Kamaleng Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

DIALAH KAWAN TERBAIK (Tag Kawan Baik Kita) . Mungkin ada yang mempunyai ramai kawan, Tapi adakah mereka bersama kita sehingga hari ini? . Di saat persahabatan kita diuji, di sini kita boleh nilai sejauh mana ikhlasnya kita bersahabat. Orang kata kawan ketawa ramai, kawan menangis jarang dijumpai. . Mampukah kita yakin ada di kalangan kawan kita yang akan ada untuk membantu kita di saat kita memerlukan mereka? . Keikhlasan seorang kawan baik, yang kita boleh bersama mereka ia adalah ; 1. Berpegang pada agama (Beragama sahaja tidak cukup kerana cinta pada Allah bukan hanya melalui kata-kata sahaja tetapi melalui perbuatan melaksanakan perintah dan menghindari laranganNya). . 2. Berakhlak (Akhlak ini apa yang terzahir di hati, dan sesungguhnya akhlak yang terpuji ada pada Rasul yang kita cintai, Nabi Muhammad s.a.w). 3. Sanggup berkorban. 4. Menjaga aib sahabatnya. 5. Sentiasa menasihati dan bersedia menerima teguran. . Semoga kita berkawan hingga ke Syurga 💐 , Dengan Izin-Nya... _ #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : Everything I Need Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

If Allah has written something to be yours. It will be. The might be different. The journey might be different. But it’ll be yours. . Official By Halim Ghani Instagram : @halimghani_ Facebook Page : Halim Ghani Telegram : Pesanan Diriku _ Buku Pertama saya akan diterbitkan, isi didalam buku itu penuh dengan kisah kehidupan kita sebagai seorang manusia. Bagaimana hendak terus kuat menjalani kehidupan yang sementara ini, kekuatan kita “Jangan Pernah Berhenti Mencari DIA”. ( Maha Pencipta ) #pesanandiriku #halimghani #doakansaya

In sha Allah, sama-sama kita berkongsi rezeki. Yakin pada Allah, banyak kita memberi pasti rezeki datang tidak disangka-sangka. . Yang penting sentiasa sangka baik 💐 #pesanandiriku #doakansaya #halimghani

photo content

Boleh follow page saya di Facebook , Silakan share. Terima kasih 😊🙏🏻 Link : https://www.facebook.com/HALIM-GHANI-1243280569166820/

photo content

HARGAI ATAU LEPASKAN? (Tag Seseorang Yang Perlukan Nasihat Ini) . Semakin banyak kita bersangka baik, maka jiwa kita akan tenang, lebih ikhlas dalam berkata, lebih banyak kebaikan, lebih banyak kasih sayang dan lebih banyak perhatian. . Hargailah semua yang kita masih miliki sebelum ia hilang menjauh, dan akhirnya kita sedar betapa berharganya dia untuk kita. . #pesanandiriku #doakansaya #halimghani Music : Instrumental - You Are The Reason Telegram : https://t.me/Pesanandiriku

Anda berjaya kerana berkat doa ibu yang tidak pernah putus mendoakan. Hargailah ibu anda. Thanks Mom 💞 . #pesanandiriku #doakansaya #halimghani

photo content

MENCARI SEMPURNA _ Ramai orang ingin mencari pasangan yang sempurna. . Bila sudah dapat cantik, hendak pula yang kaya, bila sudah dapat kaya nak pula yang beragama. . Jadi last-last ia meninggalkan pasangannya kerana tidak sempurna, kerana ini mencari apa yang dirinya inginkan. . Percayalah jika kamu mencari yang sempurna maka yang terbaik akan hilang. . Hargailah yang ada didepan mata, jika ia tidak baik berusaha untuk bimbing dia untuk jadi baik, jika ia tidak cantik bantu ia untuk jadi cantik, jika ia tidak kaya sama-sama usaha untuk berjaya! . Jangan tinggalkan kerana ia tidak sempurna... Hargailah... #pesanandiriku #doakansaya #halimghani