cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

TT - Hebahan Wacana Ilmiah

Platform sebaran-hebahan Wacana Ilmiah/Majlis Ilmu penting & menarik di UM, Universiti², kawasan sekitar - Lembah Klang, KL, Selangor, N9 dan seluruh 🇲🇾 📞@Shahrulanwar wa.me/60139709437 untuk salurkan/sampaikan sebarang maklumat program di tempat anda

نمایش بیشتر
ماليزيا35 306زبان مشخص نشده استآموزش75 362
پست‌های تبلیغاتی
906
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-37 روز
-1130 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗕𝗨𝗞𝗨— 𝗛𝗮𝗸𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮-𝗥𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸𝗻𝘆𝗮 Setiap hamba itu berhutang segalanya kepada Allah SWT, Maha Pencipta dan Maha Pengurnia. Pada hakikatnya, kewujudan diri dan harta merupakan kurniaan daripada Allah SWT dalam bentuk pinjaman, ujian dan amanah. Namun, ramai di kalangan hamba yang jahil perihal hakikat tersebut, sehingga lalai dengan menuruti hawa nafsu dan memperhambakan dirinya kepada dunia. Sedangkan matlamat sebenar hidup di dunia ini adalah untuk membuat persediaan terbaik bagi kehidupan akhirat yang abadi. Lalu bagaimana seorang hamba itu dapat mengenal hakikat dirinya dan menyucikan hartanya agar dapat kembali kepada keadaan diri asalinya? Kuliah Buku ‘Hakikat Zakat dan Rahsia di Sebaliknya’ ini menawarkan perbincangan penting terhadap persoalan di atas dengan huraian yang ilmiah, menyeluruh dan merangkumi terhadap perkara yang zahir dan yang halus perihal harta, hakikat zakat dan penunaiannya sebagai bentuk ibadah zahir-batin seorang hamba. Kuliah buku ini berasaskan kepada Kitāb Asrār al-Zakāh karya Imām al-Ghazālī (w. 505 H). Karya ini ialah sebuah buku ringkas mengenai hakikat zakat dan rahsia-rahsia di sebaliknya berdasarkan al-Quran, Sunnah, kehidupan para Sahabat dan para Awliya. Buku ini dibahagikan kepada empat bab utama. Bab pertama membahaskan jenis-jenis zakat dan syarat-syaratnya. Bab kedua mengandungi penjelasan penting berkenaan tanggungjawab zahir dan batin orang yang memberi dan sifat-sifat orang yang selayaknya menerima zakat dan pemberian. Bab ketiga ialah perihal orang yang layak menerima zakat (aṣnāf) dan tanggungjawab mereka secara zahir dan batin. Terakhir, bab keempat merupakan bab khas tentang pemberian sedekah, serta adab-adab memberi dan menerima. Untuk pendaftaran, sila rujuk link di bawah ini: https://tinyurl.com/kuliahbuku #halaqahmuamalah #bukuhalaqah #hakikatzakat #bukuterbaharu
نمایش همه...
_Assalamualaikum wbt✨_ Kita dapat lihat dunia dari hari ke hari semakin sakit dan tenat. Terlalu banyak kerosakan yang berlaku seolah-olah tidak jumpa akan penyelesaiannya💔 Maka dengan itu, kursus *III1008 Dialog Inter Agama Dalam Konteks Kemajmukan* membawakan kepada anda satu solusi yang akan dibawa dalam program *Dialog Antara Agama:* *Perspektif Agama dalam Perubahan Iklim:* *"Menelusuri Cabaran, Melestari Harapan"* untuk kita merungkaikan apakah penyelesaian dari semua aspek agama berkenaan dengan masalah ini. 🔊Sukacita dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan program pada: 📍 *Hari*: Khamis 📆 *Tarikh*: 16 Mei 2024 🏛️ *Tempat*: Bilik Seminar 2, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 🕖 *Masa*: 2.00pm - 5.30pm 🔗Pautan pendaftaran: https://forms.gle/SvsDRv2GPt18Wf9D8 ❗Terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi. Oleh yang demikian, diminta kepada semua peserta untuk *mengisi borang pendaftaran sebelum 15 Mei 2024 (Rabu) jam 6 petang.* Sekian, terima kasih!✨ Jumpa anda di sana! 🤗
نمایش همه...
𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐄 𝐈𝐉𝐓𝐈𝐌𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐍𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐋 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟒 Antara program menarik: 1️⃣ Seminar Pemantapan Akidah 2️⃣ Daurah Terbesar Hadis Hukum 3️⃣ Malam Lantunan Mahabbah 4️⃣ Jualan Booth dan Food Truck 🗓️ 18 & 19 Mei 2024 ⏰ 8.30 pagi - 10.00 malam 🕌 Masjid UKM Menampilkan: Y.A.D. DATO' SETIA PROF. MADYA DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR (Mufti Selangor) Bersama: Maulana Hussein Abdul Kadir al-Yusufi Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A Harris Habib Nael Ben Taher Habib Mahdi Al Hamid Maulana Ihsan Abu Bakar Dr. Khafidz Soroni (UIS) Dr. Syed Shahridzan (Pej. Mufti Wilayah) Ustaz Nor Azian 👳‍♀️Persembahan khas qasidah dan selawat bersama kumpulan Syabab al-Mustofawiyyah👳‍♀️ 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 Dianjurkan oleh: Pusat Islam UKM Dijayakan Bersama: Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) Pusat Kajian Syariah Darul Fitri Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) Kolej Tun Hussein Onn UKM #MasjidUKM #PusatIslamUKM #MegaIjtimak #DaurahKitab #MalamLantunanMahabbah
نمایش همه...
SHAFIISASI KINI KEMBALI! Kita akan mempelajari: —• ar-Risalah al-Jami'ah الرّسالة الجامعة oleh al-Habib Ahmad ibn Zayn al-Habshi, untuk asas Fiqh Syafii. —• Sharh as-Sunnah شرح السّنّة oleh Imam al-Muzani, berdasarkan manhaj ASWJ al-Asha'irah madrasah Imam Abu Bakr al-Bayhaqi. Kita semakin jelas bahawa mazhab al-Syafii adalah Sunnah Rasulullah, dan mazhab al-Asya'irah adalah akidah Ahli Hadith dan pewaris Salafussoleh, menerusi kelas ini. Sesuai untuk orang awam dan penuntut ilmu tahap pemula. Dengan serendah RM30/bulan; segera daftar di: https://bit.ly/shafiisasi
نمایش همه...