cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

Perkongsian Ilmu, Kepercayaan dan Sikap

نمایش بیشتر
ماليزيا31 360زبان مشخص نشده استدین و مذهبی60 684
پست‌های تبلیغاتی
1 269
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
-230 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Photo unavailableShow in Telegram
ايسو خطبة جمعة ڤيراق جاڠن دکچيلکن اچوانڽ سبسر ڤارتي DAP ايسو ايت برسڠکوتن دڠن تونتوتن اسلام اڬر اومت مڠواساءي ڤوليتيک دان ايکونومي اجماع علماء منونتوت اومت إسلام برکواس کأتس اورڠ کافر اومت إسلام مستي قوات دان تيدق ملوتوت کڤد کواس اورڠ کافر امت ناءيف اورڠ يڠ فهم اين سقدر ايسو معاملة جوال بلي سهاج خطبة ايت چوباءن اونتوق مماتيکن ارادة اومت اونتوق بيبس مرديک اينستيتوسي اڬام سڤاتوتڽ تيدق دڤڠاروهي کڤنتيڠن کاڤيتاليس اڬام بوکن اونتوق جوال بلي مپوکوڠ اوسهاون مسلم ايت واجب مننتڠ سبارڠ سومبڠن کأره ڤمبونوهن اومت فلسطين اداله واجب ستياڤ سين واجب دڤستيکن تق جاتوه کتاڠن اورڠ کافر، کچوالي ترڤقسا اين ايسو کواس، بوکن سقدر ايسو جوال بلي اومت إسلام مستي اد “شوكة" ياءيت تاهڤ کواس يڠ بوليه مڠاکورکن بوکن مسلم، بوکن سباليقڽ إسلام اجر اڬر هيدوڤ موليا والاوڤون سوسه، بوکن هيدوڤ سنڠ تاڤي ملوتوت ڤد کاڤيتاليس کافر کڤد اساتذة، جاڠن جوال اڬام دڠن هرݢ دنيا يڠ هينا اين وَءَامِنُوا۟ بِمَاۤ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقࣰا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوۤا۟ أَوَّلَ كَافِرِۭ بِهِۦۖ وَلَا تَشۡتَرُوا۟ بِـَٔایَـٰتِی ثَمَنࣰا قَلِیلࣰا وَإِیَّـٰیَ فَٱتَّقُونِ﴿ ٤١ ﴾ البقرة، ٤١ فَوَیۡلࣱ لِّلَّذِینَ یَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِأَیۡدِیهِمۡ ثُمَّ یَقُولُونَ هَـٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِیَشۡتَرُوا۟ بِهِۦ ثَمَنࣰا قَلِیلࣰاۖ فَوَیۡلࣱ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتۡ أَیۡدِیهِمۡ وَوَیۡلࣱ لَّهُم مِّمَّا یَكۡسِبُونَ﴿ ٧٩ ﴾ البقرة ، ٧٩ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَكۡتُمُونَ مَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَیَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنࣰا قَلِیلًا أُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَا یَأۡكُلُونَ فِی بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا یُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ وَلَا یُزَكِّیهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمٌ﴿ ١٧٤ ﴾ البقرة ، ١٧٤ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَشۡتَرُونَ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ وَأَیۡمَـٰنِهِمۡ ثَمَنࣰا قَلِیلًا أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَا خَلَـٰقَ لَهُمۡ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ وَلَا یُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ وَلَا یَنظُرُ إِلَیۡهِمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ وَلَا یُزَكِّیهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ﴿ ٧٧ ﴾ آل عمران ، ٧٧ وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِیثَـٰقَ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ لَتُبَیِّنُنَّهُۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكۡتُمُونَهُۥ فَنَبَذُوهُ وَرَاۤءَ ظُهُورِهِمۡ وَٱشۡتَرَوۡا۟ بِهِۦ ثَمَنࣰا قَلِیلࣰاۖ فَبِئۡسَ مَا یَشۡتَرُونَ﴿ ١٨٧ ﴾ آل عمران ١٨٧ إِنَّاۤ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَىٰةَ فِیهَا هُدࣰى وَنُورࣱۚ یَحۡكُمُ بِهَا ٱلنَّبِیُّونَ ٱلَّذِینَ أَسۡلَمُوا۟ لِلَّذِینَ هَادُوا۟ وَٱلرَّبَّـٰنِیُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُوا۟ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَكَانُوا۟ عَلَیۡهِ شُهَدَاۤءَۚ فَلَا تَخۡشَوُا۟ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُوا۟ بِـَٔایَـٰتِی ثَمَنࣰا قَلِیلࣰاۚ وَمَن لَّمۡ یَحۡكُم بِمَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ﴿ ٤٤ ﴾ المآئدة ، ٤٤ ٱشۡتَرَوۡا۟ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ ثَمَنࣰا قَلِیلࣰا فَصَدُّوا۟ عَن سَبِیلِهِۦۤۚ إِنَّهُمۡ سَاۤءَ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ﴿ ٩ ﴾ التوبة، ٩ وَلَا تَشۡتَرُوا۟ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ ثَمَنࣰا قَلِیلًاۚ إِنَّمَا عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ﴿ ٩٥ ﴾ النحل ، ٩٥
نمایش همه...
👍 16
Photo unavailableShow in Telegram
Syarak menuntut umat Islam berkuasa penuh dan mutlak. Dalilnya ijmak ulama, sebagaimana dinaqalkan oleh Imam an-Nawawi daripada al-Qadhi ‘Iyadh, Ibnul Qaiyim daripada Ibnul Munzir, dan Ibnu Hazmin. Ibnu ‘Ashur pula menyatakan dalil mengenai tuntutan itu mencapai taraf mutawatir maknawi, apabila dianalisis secara induktif semua perkataan dan perbuatan Nabi S.A.W. yang berkaitan persoalan kuasa. Hari ini, realitinya umat Islam terpaksa berkongsi kuasa dengan bukan Islam, atas banyak faktor. Maka tuntutan syarak ketika keadaan memaksa perkongsian kuasa ialah umat Islam dituntut untuk mendapatkan kuasa pada tahap paling hampir dengan kehendak syarak iaitu kuasa mutlak. Keadaan kuasa yang paling hampir dengan kuasa mutlak bolehlah diungkapkan sebagai kuasa dominan. Jika dalil berkuasa mutlak itu ijmak dan mutawatir, dalil agar berkuasa dominan pula terlalu banyak sehingga membentuk beberapa Qa’idah Syarak. Sekadar contoh, sila lihat ayat 16 Surah at-Taghabun, ayat 88 Surah Hud, ayat 8 al-Maidah, ayat 237 al-Baqarah dan lain-lain. Hadith juga banyak. Salah satunya sabda Nabi S.A.W.: فسددوا وقاربوا yang bermaksud “hendaklah kamu tepati dan hampiri”. Sebenarnya, apabila dikatakan “sehingga membentuk beberapa Qa’idah Syarak” sudah cukup memberitahu kita betapa kuatnya tuntutan itu, kalaulah kita ada latar belakang ilmu syarak. Seterusnya, berkuasa dominan dalam konteks Malaysia, ada tiga sudut utama: 1. Bilangan anggota Parlimen dan DUN. Perlu diambil kira juga ideologi individu dan parti, bukan sekadar agama. Contohnya, Syahrezan Johan tidak termasuk dalam perkiraan dominan umat Islam kerana ideologinya dan ideologi partinya yang sekular, khususnya dari sudut Islam sekadar anutan peribadi bukan agama bernegara dan negara beragama. 2. Penjawat jawatan utama tiga badan berkuasa negara; eksekutif, kehakiman dan perundangan, termasuk ketua polis, ketua tentera dan ketua setiausaha. Selain itu, dominasi dalam kabinet menteri, serta kementerian-kementerian penting dalam konteks kuasa bagi tiga badan tersebut. 3. Kuasa ekonomi. Adakah kuasa eksekutif mengukuhkan lagi kuasa ekonomi yang dikuasai bukan Islam, atau mengukuh penguasaan ekonomi umat Islam secara signifikan? Nak bincang satu persatu, boleh, tapi tulisan ini jadi panjang. Point utama tulisan ini ialah: 1) Saya membina pendirian berdasarkan hujah-hujah syarak dan realiti, bahawa kepimpinan UMNO telah mengkhianati umat Islam dari sudut tuntutan dominasi kuasa, apabila memilih PH sebagai rakan kuasa, dalam keadaan PH sudah terbukti dan kekal mendominankan bukan Islam. 2) Ini tidak bermakna PN bagus dan sempurna. Namun Qa’idah Syarak terlalu banyak, seperti Akhaf Dararain dan lain-lain, menunjukkan agar PN sepatutnya memimpin negara. 3) Oleh kerana menanggung beban ilmu (hujah-hujah syarak), saya terpaksa menjauhkan diri daripada pemimpin UMNO dan PH, agar saya tidak dilihat meremehkan tuntutan syarak yang berasaskan dalil yang begitu kuat, melalui tingkah laku mesra yang boleh dielakkan. 4) Bagi ahli ilmu yang ada jawatan rasmi seperti mufti dan sebagainya, mereka mempunyai beban yang amat berat untuk memastikan tuntutan syarak itu tidak kelihatan remeh akibat sokongan secara tak langsung ketika menjalankan tugas rasmi. Bagi saya, patuh kepada tuntutan syarak itu satu beban, memastikan tuntutan syarak tidak dipandang remeh oleh pemimpin negara dan negeri hatta wakil rakyat, satu beban lagi terutamanya ke atas bahu orang yang ada amanah ilmu. Sekian, sekadar menjelaskan pendirian saya. Masing-masing akan menjawab di akhirat nanti. Semoga kita semua berjaya melepasi hisab di akhirat, malah mohon tidak dihisab, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
نمایش همه...
👍 14
Ini buku Yasin, Tahlil dan Doa, susunan baharu. Hampir semua buku Yasin, Tahlil dan Doa yang diguna pakai di seluruh negara menggunakan konsep hadiah; iaitu hadiah pahala dan bacaan. Hadiah kepada Rasulullah SAW, para ulama dan arwah. Konsep ini ada sandarannya. Namun saya lebih cenderung kepada konsep tawassul. Sandarannya lebih kuat. Buku yang saya susun ini berdasarkan konsep tawassul. Bukan konsep hadiah. Konsep tawassul bermakna kita berdoa dan mempersembahkan amalan soleh yang kita lakukan sebelum berdoa sebagai wasilah dan taqarrub bagi mendapatkan perkenan Allah terhadap apa yang didoakan. Seperti yang dilakukan oleh tiga pemuda yang terperangkap dalam gua, masing-masing berdoa dan bertawassul dengan amal soleh masing-masing. Kisah tiga pemuda ini ada dalam riwayat hadith Nabi SAW yang sahih. Susunan baharu ini lebih mudah, kerana ayat-ayat al-Quran disusun menurut urutan dalam mushaf. Jika tidak berniat untuk membaca Yasin, hanya langkau sahaja Surah Yasin, teruskan ke ayat selepasnya, tanpa mengubah apa-apa susunan lain. Doa dimulakan dengan doa pembuka dan diakhiri dengan doa penutup, diselangi dengan beberapa doa untuk dipilih oleh pembaca. Jika tidak berkenaan, doa tersebut boleh dilangkau untuk ke doa seterusnya, tanpa perlu mengubah apa-apa susunan lain. Doa ditulis dalam bahasa Melayu, bertujuan membantu pembaca menghayati makna hajat yang dipanjatkan kepada Allah SWT. Bagaimanapun, doa dalam bahasa Arab turut disertakan di bahagian akhir. Dalam doa penutup disertakan juga doa untuk mujahidin di Palestin, doa untuk pemerintah, doa untuk para pemuda pemudi, yang tak pernah ada dalam buku Yasin, Tahlil dan Doa selama ini. Buku Yasin, Tahlil dan Doa susunan baharu berkonsepkan tawassul dengan amalan soleh ini secara langsung mendidik umat Islam betapa pentingnya mendekatkan diri kepada Allah SWT sentiasa, dengan mengerjakan titah perintahNya dan meninggalkan laranganNya sebagai pra syarat doa dimakbulkan. Semoga dengan yang demikian, fenomena mengabaikan perintah Allah SWT, tapi mengharapkan majlis tahlil untuk menampung kelalaian, atau sebagai adat beragama, dapat dikurangkan dalam masyarakat kita. Jika mahu tempah yang bercetak dan customized, kita boleh runding sampai jadi. Bagi saya, yang penting ialah sebarkan kaedah baharu tahlil berdasarkan konsep tawassul ini. Tak kenal maka tak cinta. Benda baharu, perlu masa dan peluang. Sedikit demi sedikit, kita islah kaedah ibadah masyarakat kita.
نمایش همه...
👍 19 6
yasin abah (NEW).pdf3.88 MB
5
Photo unavailableShow in Telegram
Malaysia membekalkan 70% beras untuk kegunaan tempatan, tetiba Anwar naik, 70% hilang. Lepas tu, tentera + asrama sekolah + hospital tu katakanlah maksima 10% kot daripada populasi Malaysia. Terlajak lebih dah tu sebenarnya. Pointnya adakah 10% nilah yang menyebabkan hilang 70%? Dia ingat kita ni bodoh ke nak paham dia lindungi kartel? Nota: Ibarat 10 orang sekeluarga, 7 makan beras tempatan, 3 import. Tetiba beras tempatan hilang, salah seorang daripada 7 tu dipaksa makan beras import supaya 6 lagi dapat beras tempatan. Magic.
نمایش همه...
👍 9
Renungan Hari Ini: Surah An-Nisa' ayat 140. سورة النساء Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.
نمایش همه...
👍 6
😁 4🔥 2🌚 2👍 1
MEMPERTAHANKAN PERNYATAAN PROF TEO KOK SEONG DAN KEBEBASAN MEDIA Saya membantah keras kenyataan YB Teresa Kok yang menggesa Prof Emeritus Dr Teo Kok Seong disiasat polis hanya kerana beliau memberikan pandangan akademik beliau tentang sekolah vernakular. Pengkhususan Prof Emeritus Teo Keok Seong sememangnya mengenai pembinaan negara (nation building) dan perpaduan negara serta integrasi (national unity and integration). Beliau juga berada di sebuah institusi yang mengkaji etnik iaitu INSTITUT KAJIAN ETNIK, UKM - yang dalam pengenalannya menyatakan : Satu-satunya institut penyelidikan di Malaysia yang sepenuhnya berfokuskan terhadap kajian etnik dan etnisiti. Jadi beliau bercakap dari bidang pengkhususan beliau. Jika ahli akademia disekat pandangannya, maka tiada siapa yang berani menyatakan dengan jujur fakta sebenar. Saya juga mempertahankan The MerdekaTimes yang membuat temuramah tersebut. Hakikatnya adakah sekolah vernakular jadi perkara ke 5 tak boleh disentuh selepas Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan, menyatakan larangan mempersoalkan isu kewarganegaraan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kedaulatan raja-raja? Rasisma sering dijadikan sebab untuk menakut-nakutkan orang Melayu (termasuk saya) bagi meluahkan rasa ketidakselesaan apabila ada sistem pendidikan dan silibus yang tidak memartabatkan bahasa Melayu, yang menolak integrasi kebangsaan seperti tulisan Jawi contohnya. Juga insiden-insiden tertentu. Sebagai contoh WAFIQ pernah menimbulkan kegusaran tentang kes seorang guru berbangsa Cina dan beragama Islam telah dipaksa untuk menanggalkan tudungnya oleh Pengetua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Nan Ya), Teluk Sengat, Johor. Justeru itu kita menghargai apabila The MerdekaTimes dan Br Firdaus Wong meneroka isu ini dengan menemuramah Prof Teo Kok Seong, yang memang pakar dalam bidangnya. Mereka menghilangkan "confounding factor" itu kerana mereka bukan dari bangsa Melayu. Adakah ini juga rasisma? Dalam perubatan, diagnosis yang tepat diperlukan untuk rawatan berkesan. Prof Teo Kok Seong memberikan suatu diagnosis dalam masalah integrasi nasional. Carilah penyelesaiannya. Ianya tidak wajar dinafikan, bahkan diminta dikenakan tindakan siasatan polis pula oleh Teresa Kok terhadap seseorang yang menyatakan fakta sebenar. Ibarat seseorang yang "denial" meminta polis menyiasat doktor yang menyatakan fakta sebenar tentang sel-sel barah yang sedang menyerang badan. Hentikan intimidasi terhadap Prof Teo Kok Seong. Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar Pengerusi Bersama MACSA Presiden WAFIQ
نمایش همه...
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.