cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Tazkiyatun-Nafs News Network ☪

channel for Islamic, geo-politics related video & tazkirah (reminder to human kind..)

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
560
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-27 روز
-430 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Bagaimana Imam Bukhari Wafat? Imam Bukhari mendapat tekanan keras di akhir hayatnya dari penguasa kota-kota muslim. Lebih tepatnya kota Naisabur, Bukhara, dan Samarkhan. Di antara sebabnya: - Imam Bukhari menolak mengajarkan anak-anak mereka di istana. Beliau selalu berkata: "Ilmu itu didatangi. Bukan dibawakan ke pintu-pintu" - Rasa iri sebagian orang terhadap Imam Bukhari kerana kemasyuran dan sejarah yang ditulisnya. Sebab-sebab lainnya. Ketika Imam Bukhari berumur 62 tahun, penguasa Naisabur memerintahkannya untuk keluar dari kota dan berkata bahawa keberadaannya tidak lagi diharapkan. Beliau pun meninggalkan Naisabur hingga sampai di tanah lahirnya, Bukhara. Orang berbondong-bondong menyambutnya di gerbang kota dengan harta dan gula. Masyarakat biasa, penuntut ilmu, dan sebagian ahli hadis berkumpul di sana meninggalkan majlis ahli hadis lain sehingga hal itu membuat panas hati sebahagian orang. Tetapi tidak berselang lama, kemasyuran itu membuat murka penguasa Bukhara, di samping datangnya surat dari penguasa Naisabur bahawa Imam Bukhari harus segera diusir dari Bukhara sebagaimana beliau diusir sebelumnya dari Naisabur. Utusan penguasa Bukhara sampai di depan rumah dan meminta Imam Bukhari untuk segera meninggalkan Kota. Perintahnya berbunyi "Sekarang juga" beliau harus keluar!. Imam Bukhari bahkan tidak diberi waktu untuk sekadar mengumpulkan dan merapikan buku-bukunya. Beliau terpaksa keluar kemudian berkemah di sempadan Kota selama tiga hari untuk merapikan buku-bukunya sedangkan beliau tidak tahu entah kemana mahu pergi. Imam Bukhari akhirnya memutuskan berangkat ke arah Kota Samarkhan. Tidak sampai masuk ke Kota, beliau berbelok ke arah salah satu kampung disekitarnya, kampung Kartank melawat sebahagian kerabatnya di sana. Kali ini beliau ditemani oleh Ibrahim bin Ma'qil. Tetapi hal itu tidak berlangsung lama. Pengawal penguasa Samarkhan pun sampai di depan pintu rumah tempat Imam Bukhari melawat. Kali ini perintah dari penguasa Samakhan adalah: Imam Bukhari harus keluar dari Samarkhan dan kampung-kampung sekitarnya. Padahal saat itu adalah malam Idul Fitri. Sayangnya, beliau disuruh untuk keluar "Sekarang" bukan setelah Idul Fitri. Imam Bukhari takut membuat masalah kepada kerabat yang sudah memuliakannya. Ibrahim bin Ma'qil merapikan buku beliau di salah satu tunggangan beliau dan menyiapkan tunggangan lainnya untuk Imam Bukhari. Ibrahim bin Ma'qil kembali ke rumah, barulah Imam Bukhari keluar dalam keadaan terpaksa. Keduanya berjalan menuju tunggangan. Setelah 20 langkah, Imam Bukhari merasakan letih yang amat sangat. Beliau meminta Ibnu Ma'qil menunggunya sebentar untuk beristirahat. Imam Bukhari duduk di tepi jalan kemudian tertidur. Beberapa minit setelahnya, ketika Ibnu Ma'qil ingin menbangunkan beliau, ternyata ruh beliau sudah diangkat ke sisi Allah. Imam Bukhari wafat di tepi jalan pada malam Idul Fitri, 1 Syawal 256H. Dalam keadaan terusir dari satu kota ke kota lain di usia tuanya, 62 tahun. Beliau dimakamkan selepas zohor pada Hari Raya Idul Fitri. Hari ini, tidak ada yang mengenali nama penguasa Naisabur, Bukhara, dan Samarkhan ketika itu. Tetapi semua kenal dengan Imam Bukhari. Semoga Allah merahmati Imam Bukhari dan mengangkat darjatnya di syurga yang tinggi bersama para nabi, syuhada, dan orang-orang salih. Beliau dikebumikan di Bukhari Mausoleum, Samarkand, Uzbekistan. Gambar oleh Safe Tourism.
نمایش همه...