cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

HIMPUNAN SELAWAT ZIKIR,NASIHAT/PERINGATAN DAN DOA

Sri Al Banjari As Saifiah .

نمایش بیشتر
ماليزيا12 358زبان مشخص نشده استدین و مذهبی18 447
پست‌های تبلیغاتی
4 350
مشترکین
-224 ساعت
-107 روز
-3930 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Waktu Doa Mustajab Arafah bermula masuk waktu Zuhur hingga waktu Maghrib 9 Zulhijjah Selasa 27 June 2023 (waktu Saudi 🇸🇦) Zuhur 🇸🇦 12:23pm Maghrib 🇸🇦 7:06pm *Bersamaan waktu Malaysia* 8 Zulhijjah Selasa 27 June 2023 (waktu Malaysia 🇲🇾) Waktu 🇲🇾 5:23pm Waktu 🇲🇾 12:06am
نمایش همه...
DOA ARAFAH 1. Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus. 2. Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami. 3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW). 4. Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus. 5. Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam. 6. Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu. 7 Ya Rabb, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku. 8. Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal. 9. Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 10. Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman. 11 Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu. 12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu. 13. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW). 14. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan RezekiMu. 15. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu. 16. Ya Allah Ya Rabb, Sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat. 17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku. 18. Oh Tuhanku, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku. 19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal. 20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka. 21. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah. 22. Ya Allah, Berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku. 23. Ya Allah, Lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini. 24. Tuhanku, Berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah. 25. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu. 26. Ya Rabb, Selamatkan aku dari kemunafikan. 27. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu. 28. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka. 29. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil. 30. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik. 31. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari. Aamiin.. @kitabdoa 📚📚📚
نمایش همه...
Rugi BESAR klu tak tahu ini😭😭😭
نمایش همه...
VID-20230429-WA0011.mp43.42 MB
Gerhana Matahari dalam jam 11 hari ni...
نمایش همه...
Malam Jumaat dan malam 23 Ramadhan. 🟢 Malam Jumaat malam ni bertepatan 23 Ramadhan قال الإمام الحداد رحمه الله: ”اذا كانت ليلة الجمعة ليلة  الوتر فهي احرى بأن تكون ليلة القدر Berkata al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad rahimahulllah: "Jika malam Jumaat bertepatan pada malam ganjil, maka malam itu kemungkinan besar menjadi malam Al-Qadr فأكثروا من الدعاء وانكسار مع الله في هذه الليلة ليلة الوتر وليلة الجمعة رجاء ليلة القدر ان شاء الله.“ Maka perbanyaklah doa dan merendahkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala pada malam ini / nanti malam, Iaitu malam ganjil dan juga malam Jumaat. Dengan harapan malam ini ialah malam adalah malam lailatul qodar,InsyaAllah." 🟢 Malam 23 Ramadhan Para ulamak menamakan malam ini dengan "Malam Al-Juhaniy" Kerana Unais Al-Juhaniy رضي الله عنه meriwayatkan hadis tentang Malam Al-Qadar pada malam 23 Ramadhan melalui riwayat Al-Imam Abu Daud Rahimahullah: عَنْ ابْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أُنَيْسٍ الْجُهَنِيِّ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي بَادِيَةً أَكُونُ فِيهَا وَأَنَا أُصَلِّي فِيهَا بِحَمْدِ اللَّهِ فَمُرْنِي بِلَيْلَةٍ أَنْزِلُهَا إِلَى هَذَا الْمَسْجِدِ فَقَالَ انْزِلْ لَيْلَةَ ثَلَاثٍ وَعِشْرِينَ فَقُلْتُ لِابْنِهِ كَيْفَ كَانَ أَبُوكَ يَصْنَعُ قَالَ كَانَ يَدْخُلُ الْمَسْجِدَ إِذَا صَلَّى الْعَصْرَ فَلَا يَخْرُجُ مِنْهُ لِحَاجَةٍ حَتَّى يُصَلِّيَ الصُّبْحَ فَإِذَا صَلَّى الصُّبْحَ وَجَدَ دَابَّتَهُ عَلَى بَابِ الْمَسْجِدِ فَجَلَسَ عَلَيْهَا فَلَحِقَ بِبَادِيَتِهِ Maksudnya: Daripada Ibnu Abdullah bin Unais Al Juhani dari ayahnya berkata; saya berkata; "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya memiliki perkampungan yang aku tinggal di sana dan alhamdulillah aku dapat melaksanakan solat di dalamnya, maka perintahkanlah kepadaku satu malam sehingga pada malam itu aku dapat tinggal di masjid ini,  Rasulullah ﷺ  bersabda: "Tinggallah pada malam ke dua puluh tiga". (perawi berkata) Kemudian aku bertanya kepada anaknya (Ibnu Abdullah bin Unais): "bagaimana ayahmu melakukannya?" Dia menjawab: "Ayahku masuk ke Masjid jika hendak solat asar, dan dia tidak keluar untuk memenuhi hajatnya sampai dia solat suubuh, apabila ia selesai solat subuh dia menghampiri kenderaannya di depan pintu masjid, kemudian dia menaikinya dan kembali ke perkampungannya." (Riwayat Abu Daud: 1172 Faedah tentang malam 23 ini dikongsikan oleh Alfadhil Ustaz Abu Al-Faqeeh Muhammad Na'im 🟢 Malam ini adalah malam yang diharapkan Lailatulqadar disisi Imam As-Syafie Moga Allah beri kita Taufiq untuk beribadah, menghidupkan siang dan malam Ramadhan dengan solat, zikir, baca Al-Quran, bersedekah dan amal² Soleh yang lain Catatan: Abu Abbas Muhammad Shahir
نمایش همه...
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.