Berita sukan semasa
Memaparkan berita tentang bola sepak yg utama... sukan lain yg sukan besar2 admin update
نمایش بیشتر- مشترکین
- پوشش پست
- ER - نسبت تعامل
در حال بارگیری داده...
در حال بارگیری داده...
Penganjuran yang dijenamakan sebagai Terengganu Monsoon Challenge(TMC 2021) sewaktu musim tengkujuh ini dilihat tepat pada waktunya yang amat-amat dinantikan oleh setiap atlet. Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat beserta angin kencang di antara cabaran yang mampu untuk melepaskan 'gian' buat atlet sukan pelayaran setelah sekian lama tidak dapat beraksi membadai ombak.
Terengganu Darul Iman tidak menunggu lama untuk meneruskan sebarang program pembangunan sukan di negeri ini walaupun bahang meraih kejayaan juara keseluruhan di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 masih hangat diperkatakan. Terkini Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu (TESA) dan Persatuan Luncur Layar Negeri Terengganu (TWSA) telah berganding bahu untuk menjalankan Program Pencarian Bakat Sukan Pelayaran yang menjadi sebahagian dari Program Pembangunan Sukan Negeri Terengganu. Program pencarian bakat ini yang juga dikenali sebagai 'Program My-Try Layar 2018' adalah program persediaan sukan perahu layar untuk bersaing di pentas acara dwi-tahunan SUKMA 2020 di Johor nanti.
Program tahunan Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan di bawah kendalian Kelab Badminton Nusa Mahsuri sekali lagi menjadikan negeri ini sebagai destinasi ke-7 pada tahun ini sebelum meneruskan pencarian bakat ke negeri seterusnya. Program yang kini berusia 22 tahun sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 1996 kian matang setelah melihat perkembangan pembangunan sukan ini […]
طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.