cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

🅽︎🅴︎🅽︎🅴︎🅺︎ 🅺︎🅴︎🅱︎🅰︎🆈︎🅰︎🅽︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓐ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ 1

Selamat Datang ke Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓚ︎ Ⓚ︎Ⓔ︎Ⓑ︎Ⓐ︎Ⓨ︎Ⓐ︎Ⓝ︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ (1)... Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI.. 🔍👨👧👴💎💍🚗KEHILANGAN ORANG&HARTA BENDA 🔍KHIDMAT MASYARAKAT 🔍☔⚡☁INFO CUACA 🔍DAN LAIN2

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
3 427
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+67 روز
+3430 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

2.18 MB
4.09 MB
7.94 KB
19.34 MB
👏 3
#Kemas kini Bekas presiden AS Donald Trump berkata di media sosial bahawa dia ditembak pada perhimpunan di Butler, negeri Pennsylvania AS, pada hari Sabtu. “Saya ditembak dengan peluru yang menembusi bahagian atas telinga kanan saya,” katanya di platform media sosialnya Truth Social.
نمایش همه...
KEJADIAN LEMAS DI KAMPUNG BELIMBING, PEKAN 13.7.2024: Berdasarkan maklumat orang awam, terdapat sebuah bot dijumpai dalam keadaan berpusing tanpa kawalan dan dipercayai terdapat seorang mangsa telah terjatuh ke dalam sungai. Kejadian tersebut yang berlaku di Kampung Belimbing, Pekan, Pahang itu dilaporkan pada jam 8.55 pagi sebelum pasukan Bomba daripada BBP Pekan dan BBP Maran seramai 13 orang digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan kenderaan utiliti Toyota Hilux sebaik dihubungi. Menurut Komander Operasi, PBK II Hairuddin bin Saidi, pasukan Bomba telah memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa sebaik tiba pada jam 10.12 pagi. Sehingga laporan ini dikeluarkan, mangsa yang dilaporkan terjatuh itu masih belum dijumpai. #BombaMaran Balai Bomba Maran Balai Bomba Dan Penyelamat Pekan Pahang Bomba & Penyelamat Negeri Pahang
نمایش همه...
Gadis 14 tahun temui ajal selepas pulang mengaji al-Quran KUALA LIPIS: Seorang gadis berusia 14 tahun maut, manakala rakannya parah setelah motosikal yang dinaiki, dirempuh lori di Kampung Gua, dekat sini, petang semalam. Nahas berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke Padang Tengku selepas selesai kelas mengaji al-Quran. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, nahas berlaku di simpang tiga Kampung Gua di Kilometer 20, Jalan Lipis – Merapoh, dekat sini kira-kira jam 5:50 petang semalam. Siasatan polis mendapati nahas berlaku apabila sebuah motosikal dinaiki kedua-dua mangsa tidak berhenti di simpang jalan tanpa memberi laluan kepada kenderaan di jalan utama dan dirempuh sebuah lori dalam perjalanan dari arah Merapoh ke Kuala Lipis. “Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal berusia 14 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan media hari ini. Ismail berkata, pemandu lori berusia 58 tahun tidak mengalami kecederaan. Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat, sementara rakannya yang parah turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut. 12 Julai 2024, 1:18pm Artikel ➡️ Buletin TV3
نمایش همه...
HULU TERENGGANU - Seorang wanita ingin bertemu dengan abang kandungnya setelah terputus hubungan susulan masing-masing diserahkan kepada keluarga angkat sejak lahir. Menurut Robil Atur Syahirah Mustapha, 24, usaha mencari abang sulungnya itu dilakukan dengan pelbagai cara termasuk hebahan menerusi platform media sosial namun usaha menjejaki lelaki tersebut masih belum menemui sebarang petunjuk. "Saya dan abang terpisah sejak dilahirkan berikutan ayah kandung serahkan kami berdua kepada keluarga angkat. "Saya dibesarkan bersama keluarga angkat di Kuala Berang sehinggalah bertemu semula dengan keluarga sebenar pada 2020 ketika ingin berkahwin. Ketika itu saya mendapat tahu bahawa sebenarnya saya mempunyai seorang abang sulung dan seorang adik kandung perempuan. "Sejak itu, saya berhasrat untuk mencari semula abang kandung namun sehingga kini tidak lagi menjumpainya. Pelbagai ikhtiar dilakukan untuk mengesan keberadaan abang termasuk menghebahkan perkara ini menerusi media sosial," katanya ketika dihubungi . orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai muhammad syafiq mustapha boleh menghubungi robil atur syahirah di talian 010 2749906
نمایش همه...
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.