fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

رفتن به کانال در Telegram

when you're sad, find Him. ”

نمایش بیشتر
2 650
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز
آرشیو پست ها
Diam tak bermaksud aku takde perasaan . 😉 @HatiMilikAllah
30 ژانویه 2019, 07:22

Ikhtilat alam maya ku masih terumbang ambing💔 @HatiMilikAllah
30 ژانویه 2019, 05:26

💥TAZKIRAH DHUHA💥 💦Kita kena faham dan tahu satu perkara. 💦Apabila orang sudah benci dengan kita. 💦Dia cuma nampak keburukan sahaja dan akan terus mencari lagi keburukan itu. 🍃🌸🍃🌸🍃🌸🍃🌸🍃🌸🍃🌸🍃🌸 💦"Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah. 💦Maka Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat setiap waktu." 🍃Habib Umar bin Hafidz🍃 @ImanQowiyy🐝
29 ژانویه 2019, 18:13

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Tinggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Diantara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya). (HR Tirmizi No: 2318) Status: Hadis Hasan 1. Seorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah. 2. Antara sifat seorang muslim yang berakhlak adalah sentiasa menyibukkan dirinya dengan perkara yang mulia dan bermanfaat serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah moral. 3. Menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat dan berfaedah adalah sia-sia apatah lagi jika membawa kepada dosa dan maksiat. Ia merupakan pertanda kelemahan iman. 4. Antara perkara yang tidak berfaedah ialah bercakap kosong, menulis serta memfowardkan sesuatu yang tidak mendatangkan pahala. Termasuk juga menghabiskan masa bermain game, saja duduk di kedai kopi, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau suka menjaga tepi kain orang kemudian memberi komen yang negatif. 5. Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat. 6. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 30hb Januari 2019 24hb Jamadil Awal 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
29 ژانویه 2019, 17:00

📌Tazkirah Ringkas 📑PERBANYAKKANLAH TAUBAT KERANA ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI Firman Allah SWT : إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ [Surat Al-Baqarah 173] ‎Terjemahan : "Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
29 ژانویه 2019, 16:59

Aku saje nak story, tak nak baca sudah 😂😂 Ada someone ni hutang aku beratus jugak laa, nak dekat setahun dia tak bayar. Aku ada la wasap dia tanya pasal hutang aku tu. Aku cakap la bayar sikit2 pun takpe, dari tak bayar langsung. Last aku wasap masa bulan10 tahun lepas. Last2 aku macam redha je la kalau dia tak nak bayar pun. Aku malas pikir, pandai2 dia laa. Tetiba macam mana entah aku terasa nak doa supaya Tuhan tu permudahkan orang tu untuk bayar hutang aku. Start awal tahun haritu aku doa. Tu pun kadang aku ada skip doa sebab terlupa. Tak sampai sebulan aku doa, Allah tu maha mendengar doa hamba2Nya. Orang tu sendiri wasap aku minta no.acc nak bayar hutang aku. Dia bayar full terus. Masa tu aku pikir, Ya Allah rasa hina gila aku. Aku doa dah la kadang terlupa, belum kira lagi aku ni tak baik, ada je dosa2 aku buat walau sekecil zarah pun. Tapi Tuhan tu kabulkan doa aku tak sampai sebulan. Lepas tu aku doa bersyukur sangat2. Sebab dalam masa singkat Tuhan tu kabulkan doa aku. Tak sampai sebulan weyyy. Ni la doa aku yg tak seberapa aku minta dari Tuhan tapi Tuhan tu bagi dalam masa singkat sangat2. Lepas apa yg jadi ni, aku lagi banyak berdoa. Walaupun sebelum2 ni aku pena give up untuk berdoa. Lagi panjang doa aku minta kat Tuhan, bukan untuk diri sendiri je tapi untuk kita semua. Ok, habis cerita malam ni. Thank you korang yg sudi baca cerita aku tak seberapa 😊 Korang tido basuh kaki, baca doa tido, ayat kursi & surah al-ikhlas 3kali. SELAMAT MALAM ❤️ @HatiMilikAllah
29 ژانویه 2019, 10:14

Love just the way you are 💖💖 @HatiMilikAllah
29 ژانویه 2019, 09:55

Kau cantik dengan cara kau yg tersendiri dan orang tertentu je can see your beautiful side, not everyone. Relax and be yourself. @HatiMilikAllah
29 ژانویه 2019, 09:51

Note: People always think that test only come from hardships. Allah also test us with ease. It’s often in test of ease that we fail most @HatiMilikAllah
29 ژانویه 2019, 07:57

Dunia luar sangat menakutkan @HatiMilikAllah
29 ژانویه 2019, 06:43

📌Tazkirah Ringkas 📑MAKANLAH HANYA MAKANAN YANG HALAL LAGI BAIK Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ [Surat Al-Baqarah 172] ‎Terjemahan : "Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya" 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
28 ژانویه 2019, 17:13

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Perintah dan Larangan عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin RA beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesuatu yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kepada kamu, maka hendaklah kamu lakukannya seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak bertanya dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka." (HR Bukhari No: 6777) Status: Hadits Sahih Pengajaran: 1. Setiap muslim mestilah menjauhi semua larangan Rasulullah SAW kerana apa yang dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi. 2. Setiap Muslim mestilah melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangan dengan semampu yang boleh. Perintah wajib atau fardhu mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara’ iaitu kerana uzur atau sakit 3. Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Dilaksanakan sekadar yang termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan. 4. Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah suruhan dan larangan para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa kesusahan dan kebinasaan. Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini. 5. Larangan banyak bertanya dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah, atau pertanyaan berbentuk mempersendakan atau menghina serta masaalah yang tidak berlaku. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 29hb Januari 2019 23hb Jamadil Awal 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
28 ژانویه 2019, 16:54

Rindu semangat hijrah ku yang dulu~ @HatiMilikAllah
28 ژانویه 2019, 04:36

Mempunyai keinsafan dalam diri setiap kali buat dosa adalah satu kenikmatan terindah dalam hidup awak. Rasai sendiri. 😊 In shaa Allah, your heart will be better calm 🥰 @HatiMilikAllah
27 ژانویه 2019, 23:22

Sebahagian orang ada yang berhenti berdakwah ketika mana tiada orang yang memuji dan memberinya semangat. Sesekali jangan begitu. Kerana ia memberi tanda bahawa dia bukan mengajak manusia kepada Allah tetapi sekadar mengajak manusia kepada dirinya sahaja. (Dipetik daripada facebook Zonkuliah) 📮Join Telegram Taman Orang Soleh telegram.me/RiyadusShaliheen
27 ژانویه 2019, 22:37

When a boy loves truly he behaves like a child, when a girl loves truly she cares like a mother. @HatiMilikAllah
27 ژانویه 2019, 21:08

Korang ingat kita orang pompuan ni suka ke marah marah tak tentu pasal. Merajuk tak tentu pasal. Mood change sana sini. Helo, kalau boleh kita orang taknak pun camtu. @HatiMilikAllah
27 ژانویه 2019, 20:53

You are 18+ already. Dont fight in ws group and let everyone watch ur drama. Be mature. Hunt them. Kill them. Bury them so no one knows. @HatiMilikAllah
27 ژانویه 2019, 20:37

If you decide nak bangkit dari jatuh itu lebih baik daripada tipu diri sendiri dengan pura2 bahagia. Every people have been through different situations, something happen have taught us and completely changed into who we are right now. @HatiMilikAllah
27 ژانویه 2019, 20:14

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Kehormatan Muslim عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ الله عَنْهُمَا أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللهِ وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ تَعَالَى رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ Dari Ibnu Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Apabila mereka melaksanakan semua itu, maka terselamatlah darah dan harta mereka daripada aku melainkan dengan hak Islam dan hisab mereka terserah kepada Allah SWT. (HR Bukhari No:25) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Misi kedatangan Rasulullah SAW ialah menyebarkan risalah lslam sehingga tertegak aqidah lslam. Usaha dakwah perlu diteruskan oleh setiap Muslim kepada seluruh manusia. 2. Orang yang telah memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah, menjadi kewajipan mereka untuk mendirikan solat dan mengeluarkan zakat serta beriltizam dengan hak dan tanggungjawab seorang Muslim. 3. lslam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat. Hak ini terus terjamin kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam. 4. Pemerintah dibolehkan memerangi orang yang mengingkari solat serta enggan membayar zakat. Juga menghukum setiap Muslim yang melanggar hak-hak tuntutan Islam yang lain seperti berzina, mencuri dan sebagainya. 5. Allah yang melakukan perhitungan terhadap setiap hambanya. Sekiranya dia seorang mukmin yang benar dalam tunduk dan patuh serta taat perintah Allah, nescaya dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya dia seorang pendusta, maka dia akan berada di dalam neraka. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 28hb Januari 2019 22hb Jamadil Awal 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
27 ژانویه 2019, 17:06