𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”
رفتن به کانال در Telegram
2 650
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز
آرشیو پست ها
2 650
Awan di langit tidak selamanya berwarna biru cerah, kadang - kadang ia berubah menjadi warna kelabu, begitu juga jalan kehidupan yang tidak selamanya indah.. Banyak kerikil tajam yang siap menghadang.
@hatimilikAllah
2 650
Biarkan kesedihan itu berlalu pergi.. Umpama air sungai yang mengalir.. Biarkan ia terus pergi.. Usahlah kau mengejar kesedihan itu lagi..
@hatimilikAllah
2 650
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
— QS.Ali ‘Imran:139
@hatimilikAllah
2 650
Semua orang akan diuji oleh Allah.. Semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Perit itu nauuzubillah.. Tiada yang dapat memahami.. Ya, betul itu. Namun sampai bila? Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari. Namun bila sampainya hari Allah ambil dia semula. Kita akan rasa satu kehilangan yang tiada gantinya.. Satu dentuman halilintar yang memecahkan gunung ganang. Sakit . Hiba itu terasa sehingga lubuk hati.
Namun, tanpa kita sedari.. Yang sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita dahulu. Sungguh indah, kita tidak pernah terfikir untuk kehilanganNya namun di saat tengah bersuka ria. Allah ambil dia dari kita. Mungkin kerana Allah lebih sayangkan dia.
Rasullullah saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan . Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau.
Kalau rindu sangat, apa kita kena buat ? Paling penting kita kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA, tuhan kita juga. yang kita juga akan temui nanti . Lepas tu, kita kena sibuk-sibukkan diri , pastinya dia tak mahu kita bersedih dan menyalahkan takdir kan ? Jadi kita kena kuat . Jangan terlalu bersedih, kasihanilah roh dia, kesihatan kita juga penting untuk orang lain yang sayang kita di atas muka bumi ni, tau.
@hatimilikAllah
2 650
Mungkin kau lupa, dulu segala suka duka kau dengan aku. Sekarang, jauhnya kau kerana dia.
@HatiMilikAllah
2 650
Jika kau rasa ujianmu sebesar kapal.. Ketahuilah rahmat Allah itu seluas lautan..
Yang penting SABAR..
@hatimilikAllah
2 650
Jadilah yang terbaik di mata Allah,
jadilah yang terburuk di mata diri sendiri,
jadilah sederhana di antara manusia.
@hatimilikAllah
