cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Cahaya Tazkirah

Semoga Allah rahmati kita semua dan memberi kita semua petunjuk dan hidayah. Amiin Open for swap pm @KakRose79

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استزبان مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
پست‌های تبلیغاتی
327
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Jangan Tinggalkan al-Quran ======= 1. Dalam al-Quran, Allah mengingatkan kita bahawa Nabi akan mengadu di hadapan Allah tentang wujudnya dikalangan kaum ini yang meninggalkan al-Quran. Firman Allah: وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُوراً "Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". 2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah memperincikan apa yang dimaksudkan dengan meninggalkan al-Quran iaitu: (a) Mereka yang tidak suka mendengar al-Quran. Kata beliau: هجر سماعه والإيمان به والإصغاء إليه "Mereka yang meninggalkan dari mendengar al-Quran, beriman kepadanya dan tidak menumpukan pendengaran kepadanya. (b) Mereka yang tidak beramal dengan al-Quran. Kata beliau: هجر العمل به والوقوف عند حلاله وحرامه, وإن قرأه وآمن به "Mereka meninggalkan dari beramal dengannya, tidak berpegang dengannya dalam urusan halal haram sekalipun mereka ini membaca al-Quran dan beriman dengannya. (c) Mereka tidak berhukum dengan al-Quran. Kata Ibn Qayyim: هجر تحكيمه والتحاكم إليه في أصول الدين وفروعه "Mereka meninggalkan dari berhukum dengannya dalam perkara yang asas mahupun perkara yang cabang." (d) Mereka tidak bertadabbur dengan al-Quran. Kata beliau: هجر تدبّره وتفهّمه ومعرفة ما أراد المتكلم به منه "Mereka meninggalkan daripada bertadabbur, tidak cuba memahami apa yang dikehendaki dari apa yang disebut dalam al-Quran." Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
نمایش همه...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Nabi (saw) biasa berdoa, Allahumma innii as’aluka hubbaka, Wa hubba man yuhhibuka, Wal-`amal al-ladzii balighunii hubbaka, Allahumm’ aja`al hubbaka a-habba `alayya min nafsii, wa ahlii wa mina ‘l-maa al-barrid. ”Ya Allah aku memohon pada-Mu Cinta-Mu, dan cinta orang-orang yang Kau cintai dan amal perbuatan yang akan membuat aku mencapai Cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah Cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku, keluargaku dan air yang dingin.” Aamiin
نمایش همه...
agar ia terbebas dari kemaksiatan. Semoga kita semua sekeluarga sehat dzohir bathin dalam lindungan jg Ridhonya Allah. Serta Di beri Kekuatan Iman dan ketaqwaan. Istiqomah dalam kebaikan. Juga Menjadi hamba yang Bahagia dan bersyukur selalu. Aamiin Yaa Robb
نمایش همه...
RENUNGAN PAGI *KEWAJIBAN ORANG TUA KEPADA ANAK* Masa depan anak bergantung pada pola asuh dan pendidikan yang diberikan orang tuanya. ALLAH Ta'ala berfirman: *"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-Malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."* (QS At-Tahrim: 6). Setidaknya ada 7 kewajiban orang tua pada anak dalam Islam. Apakah sudah memenuhi kewajiban di bawah ini? *1️⃣Memberi Nama yang Baik* kewajiban orang tua kepada anaknya dalam Islam yang pertama adalah memberikan nama yang baik. *"Sesungguhnya kamu sekalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kamu sekalian, maka perbaguslah nama kalian."* (HR. Abu Dawud) *2️⃣Memberi Anak Air Susu Ibu (ASI)* Kewajiban oang tua pada anak yang harus dipenuhi ialah memberinya Air Susu Ibu (ASI). Hal ini pun sudah tertulis dalam kitab suci Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 233. *"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan pernyusuannya."* (QS. Al-Baqarah:233) Tidak diragukan lagi kalau ASI adalah makanan pertama bayi yang besar manfaatnya. Ibnu Sina, seorang dokter kenamaan Islam menegaskan kalau penyusuan alami memiliki manfaat. Kewajiban oang tua pada anak yang harus dipenuhi ialah memberinya Air Susu Ibu (ASI). Hal ini pun sudah tertulis dalam kitab suci Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 233. *3️⃣Mendidik Anak dengan baik.* Pendidikan untuk anak inilah hal yang paling penting dan paling utama harus diberikan pada anak. Seorang anak harus mendapatkan pendidikan yang baik dan sama dengan anak-anak lainnya. Termasuk pendidikan mengenai agama dan akhlak-akhlak yang baik dan benar sesuai dengan tuntunan agama Islam. Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dari kakek Ayub Bin Musa Al Quraisy dari Nabi shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tiada satu pemberian yang lebih utama yang diberikan ayah kepada anaknya selain pengajaran yang baik.” *4️⃣Megajarkan Al-Quran* Mengajarkan anak meneladani Al-Quran adalah kewajiban orang tua. Hadits RASULULLAH Sholallohu 'alahi wasallam yang diriwayatkan oleh Ali radiyallahu 'anhu, bersabda: "Ajarkanlah tiga hal kepada anak-anak kalian, yakni mencintai nabi kalian, mencintai keluarganya, dan membaca Al-Quran. Sebab para pengusung Al-Quran berada di bawah naungan arsy ALLAH Ta'ala pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya, bersama para nabi dan orang-orang pilihanNya. Dan, kedua orang tua yang memperhatikan pengajaran Al Qur’an kepada anak-anak mereka, keduanya mendapatkan pahala yang besar.” *5️⃣Bersikap Adil terhadap Anak-anaknya* Berusaha memberikan keadilan pada anak-anak penting untuk dilakukan. Misalnya dalam memberi kasih sayang yang sama terhadap masing-masing anak. Kasih sayang orang tua merupakan hak setiap anak dan harus diberikan secara adil. Tidak hanya kasih sayang, memberikan sesuatu pada anak pun harus adil. Tidak boleh ada yang lebih banyak ataupun lebih sedikit. *6️⃣Memberi Nafkah dan Makanan yang Halal* Kewajiban lain yang harus dipenuhi ialah memberi nafkan dan makanan yang halal. Seperti sabda RASULULLAH sholahu 'alahi wasallam kepada Sa'ad Bin Abi Waqhas, “Baguskanlah makananmu, niscaya doamu akan dikabulkan.” Berusaha memberikan keadilan pada anak-anak penting untuk dilakukan. Misalnya dalam memberi kasih sayang yang sama terhadap masing-masing anak. Kasih sayang orang tua merupakan hak setiap anak dan harus diberikan secara adil. *7️⃣Menikahkan dengan Calon Suami/Istri yang baik* Sebagaimana firman-Nya, *“Kawinkanlah anak-anak kamu (yang belum kawin) dan orang-orang yang sudah waktunya kawin dari hamba-hambamu yang laki-laki ataupun yang perempuan. Jika mereka itu orang-orang yang tidak mampu, maka ALLAH akan memberikan kekayaan kepada mereka dari anugerah-Nya,”* (QS. An-Nur: 32) Itulah 7 kewajiban orang tua pada anak dalam Islam. Semoga kita dapat melaksanakan kewajiban ini dengan baik dan dorong anak untuk hidup berkeluarga
نمایش همه...
KaK Rj 🌹 On9 M😍Rt Menjual pelbagai jenis barangan rumah, handbag, aksesori, makeup, produk penjagaan diri dan kesihatan lelaki dan perempuan dari dalam dan luar negara. Pertanyaan stok pm admin tele @KakRose79 wasap 0176299350 https://t.me/KakRjOn9Mart
نمایش همه...
KaK Rj 🌹 On9 M😍Rt

Menjual pelbagai jenis barangan rumah, handbag, aksesori, makeup, produk penjagaan diri dan kesihatan lelaki dan perempuan dari dalam dan luar negara. Pertanyaan stok pm admin tele @KakRose79 wasap 0176299350

Doa Menghindari Rasa Malas اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَـمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْـِز وَاْلكَسَلِ .وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الْجُـبْنِ وَالْبُخْـلِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ غَلَبَتِ الدَّيْنِ وَقَـهْرِ الرِّجَالِ Allaahumma innii a`uudzubika minal hammi wal hazani wa a`uudzubika minal `ajzi wal kasali, wa a`uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a`uudzubika min ghalabati 'd-dayni wa qahri 'r-rijaal Artinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita; aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemauan dan malas; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir; dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia." (HR Abu Dawud 4/353)
نمایش همه...
Adakah Anak Muda Terlibat Rasuah? ============ 1. Apabila SPRM mengumumkan rampasan sejumlah RM600,000 beserta sebuah kereta dari rumah ahli Sayap Pemuda Parti Bersatu (ARMADA), ia adalah petanda yang membimbangkan. Andai dahulu, kita didedahkan dengan rampasan jutaan ringgit di kediaman pemimpin negara, kini penyakit rasuah ini telah merayap menjangkiti anak muda. 2. Dalam Islam, Rasulullah melaknat mereka yang terlibat dengan rasuah. Perkara ini direkodkan dalam hadis yang menyebutkan: «لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي» “Sesungguhnya Rasulullah melaknat mereka yang memberi dan menerima rasuah.” 3. Perhatikan hadis ini bagaimana Rasulullah bersikap sangat tegas dalam perkara yang melibatkan rasuah. Perkataan yang digunakan dalam hadis ini adalah “laknat” yang menggambarkan mereka yang terlibat dengannya berupaya terjebak kepada dosa-dosa besar. 4. Dengan sebab itu al-Imam al-Shawkani menyatakan bahawa pelaku atau penerima rasuah ini boleh dikategorikan sebagai fasiq kerana amaran yang diberikan oleh Rasulullah itu sangat berat. Kata al-Shawkani: وَتَحْرُمُ رِشْوَةُ الْحَاكِمِ إجْمَاعًا قَالَ الْإِمَامُ يَحْيَى: وَيُفْسُقُ لِلْوَعِيدِ “Dan (hukum) rasuah kepada pemerintah adalah haram secara ijmak. Menurut al-Imam Yahya: mereka boleh dikategorkan sebagai fasiq kerana amaran yang berat ini.” (al-Shawkani, Nayl al-Awtar) 5. Malah al-Imam al-Zahabi meletakkannya dalam kategori dosa besar. Ini kerana kezaliman rasuah melibatkan penganiyaan bukan sekadar diri sendiri bahkan terpalit kepada orang lain. 6. Jangan sampai anak-anak muda ini disabitkan bersalah kerana terlibat dengan rasuah. Kesalahan rasuah boleh menggugurkan kelayakan mereka sebagai pemimpin negara. Ini kerana sifat fasiq dan pelaku dosa besar mencacatkan kelayakan sebagai seorang pemimpin yang amanah dan adil dalam Islam. Jadi, bagaimana anak muda yang terlibat dengan kesalahan yang disifatkan sebagai fasiq dan dosa besar ini boleh diangkat menjadi pemimpin negara kelak? 7. Anak muda adalah permata harapan ummah. Mereka adalah lambang masa depan kepimpinan negara. Keterlibatan dalam aktiviti yang melibatkan rasuah mestilah dihapuskan segera. Ini bagi membendung kerosakan yang meruntuhkan negara. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
نمایش همه...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Mengapa Solat Jumaat 12 Orang Sahaja? ============= 1. Beberapa masjid di beberapa buah negeri telah mula mendirikan semula perlaksanaan solat jumaat di kawasan yang terpilih. Kebanyakan Jabatan Agama Negeri meletakkan syarat minimum jemaah yang perlu hadir adalah 4 orang, manakala maksimum jemaah pula adalah 12 orang. Ada yang bertanya, mengapa 4 atau 12 orang sahaja dan bukan 40 orang? 2. Inilah keindahan Islam. Pengurusan ibadah itu tidak bersifat terlalu rigid sehingga menyusahkan . Dalam beberapa situasi ada kelonggaran yang dibolehkan. Pada hakikatnya, pandangan yang membenarkan solat jumaat 4 orang atau 12 orang ini diambil dari pendapat mazhab yang lain. 3. Di sisi Mazhab al-Syafi’i, jumlah minimum dalam melaksanakan solat jumaat mestilah dihadiri seramai 40 orang. Ini adalah bersandarkan kepada hadis Saidina Ka’ab bin Malik. Ka’ab dikatakan sentiasa memuji Saidina Sa’d bin Zurarah ketika azan dikumandangkan. Lalu beliau ditanya: “Mengapa engkau selalu memuji Sa’d bin Zurarah ketika mendengar azan?” Ka’ab lalu menjelaskan bahawa: Sa’ad bin Zurarah lah orang pertama yang mengumpulkan kami untuk mendirikan solat jumaat. Lalu beliau ditanya: كم أنتم يومئذ ؟ قال : أربعون “Berapa ramaikah bilangan kamu ketika itu? Ka’ab lalu menjawab: 40 orang.” (HR Abu Daud) 4. Daripada hadis Ka’ab bin Malik inilah terbinanya hujah dari mazhab Syafi’i yang meletakkan syarat minima bagi perlaksaaan solat jumaat adalah 40 orang. 5. Namun, Mazhab Maliki menggunakan penghujahan yang berbeza. Mereka menggunapakai hadis Jabir bin Abdullah yang menggambarkan bahawa memadai untuk mendirikan solat jumaat dengan 12 orang sahaja. Hadis Jabir ini menceritakan bagaimana ketika Rasulullah sedang menyampaikan khutbah, tiba-tiba datang kafilah dagangan dari luar ke Madinah yang menyebabkan ramai sahabat meninggalkan Nabi yang sedang berkhutbah. Kata Jabir: فالتفتوا إليها حتى ما بقي مع النبي صلى الله عليه وسلم إلا اثنا عشر رجلاً “Lalu mereka (jemaah solat) berpaling (untuk pergi) ke kafilah dagangan tersebut sehinggakan yang tinggal bersama dengan Rasulullah hanyalah 12 orang sahaja. (HR al-Bukhari) 6. Manakala Mazhab Hanafi dan sebahagain riwayat dari Mazhab Hanbali pula mengharuskan bilangan minimum solat jumaat adalah 4 orang. Ini berdasarkan ayat al-Quran yang memerintahkan kita menunaikan solat jumaat yang menyebutkan: يا أيها الذين آمنوا إذا نودي للصلاة من يوم الجمعة فاسعوا إلى ذكر اللَّه وذروا البيع “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat)” (Surah al-Jumu’ah: 9) Mereka menyatakan bahawa perkataan “fas’au” (iaitu segeralah pergi ke masjid untuk mendirikan solat jumaat) itu menggunakan lafaz jamak (plural). Mereka menafsirkan bahaw 3 orang sudah memadai untuk menggambarkan lafaz jamak dengan tidak termasuk imam (jika termasuk imam 4 orang). 7. Begitulah perbezaan pendapat dalam penghujahan bilangan minimum bagi perlaksanaan solat jumaat. Di Malaysia, Jabatan Agama Negeri terkadang mengharuskan penggunaan mazhab lain dalam beberapa isu yang tertentu. Ini semua adalah atas kebijaksaan mereka dalam mengendalikan urusan ibadah bagi memudahkan urusan umat Islam. Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
نمایش همه...
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Sedikit pencerahan berkenaan Isnin, 4 Mei 2020. Ada yang kecewa dengan keputusan kerajaan. Ada yang dah seronok fikir nak ke mana Isnin ni. Yang takut dan khuatir pun ramai. Ramai juga yang bertanya itu ini. Maaf, nak beritahu soalan tu kebanyakannya kurang bernas sebab korang tak buat homework sebelum bertanya. Korang nak pertikai tapi pertikaian korang tu tak kena point. Nak bertanya boleh. Tapi tolonglah berfikir sebelum bertanya. PKP 4 sepatutnya tamat pada 12 Mei 2020. Jangan melatah. Aku harap posting ini dapat memberi idea kepada semua. Aku cerita yang simple supaya senang hadam. Kita perlu menyambut baik pengumuman ini. Tentu sekali ada baik dan buruknya. Dan yang paling ketara semua orang takut. 1. Di antara 4 Mei dan 12 Mei, ada 9 hari. Dalam 9 hari ini adalah hari penentu untuk meneruskan PKP 5 atau memulakan exit strategy sekiranya 4 Mei ini dapat mendidik masyarakat hidup dalam new normal dengan baik. 2. 4 Mei adalah hari memulakan new normal disertakan pelbagai SOP ketat dan panduan. 3. Graf jangkitan sudah menurun dan kes baharu yang dicatatkan adalah dari kes import dan kes generasi ke 3 atau ke 4. Mudah kita faham sebab jangkitan dari kes generasi pertama hingga generasi ke 3 atau ke 4 mengambil tempoh mungkin 25-30 hari. Sekarang PKP sudah melangkau 45 hari. 4. Bermakna tiada kes jangkitan dari generasi pertama dan kedua. 5. Takut pergi kerja guna pengangkutan awam dan sebagainya? Setiap operator perlu melakukan nyahkuman sebelum memulakan operasi, wajib menyediakan hand sanitizer dan sabun basuh tangan, wajib menjarakkan meja makan 2 meter. Setiap individu perlu menjaga kebersihan diri, menjaga jarak sosial, sentiasa mencuci tangan, mandi terus selepas pulang ke rumah. 6. Kenapa tak boleh merentas negeri? Kenapa tak boleh balik kampung lagi? Sekiranya 4 Mei ini memudaratkan, risiko jangkitan adalah lebih kecil berbanding risiko massive spread hingga ke bandar atau negeri lain. 7. Selagi kita tidak menerima atau membenarkan orang keluar/masuk dari Malaysia, risiko jangkitan massive sangat rendah dan potensi kita menang amat tinggi. Nasihat aku, gunakan 4 Mei 2020 dengan penuh syukur, tanggungjawab, dan hanya ke satu destinasi atau tempat jika benar-benar perlu walau sudah diberi mandat oleh kerajaan. Masih perlu elakkan jika mahu rasa selamat. Kerana 4 Mei ini peluang dan risiko adalah sama 50-50. Pada yang dah rasa seronok sangat tu, aku nasihatkan buanglah sikap seronok jakun nak berlibur tu kerana peluang dan risiko 50-50 tu kita kena ingat. Tanam dalam kepala. Jangan nanti jangkitan naik semula, semua salahkan PM, salahkan kerajaan. Yang keluar macam terlepas kandang tu kita, tetap salahkan orang lain. Yang keluar berjalan pimpin tangan tu boleh simpan tangan masing-masing. Sebab apa? Masanya tak sesuai dik! Ni bukan masa kau nak bercinta tunjuk loving. Kalau kau serumah risiko memang sangat rendah. Tapi perbuatan kau ni buat couple yang tidak serumah pun nak berpimpin tangan sedangkan risiko jangkitan yang duduk berasingan ni lain. Kalau kita semua jaga kita semua, kita semua mesti menang, mungkin kita semua dapat berhari raya bersama keluarga di kampung. Copy paste..😘 Kita hampir menang. Kita mesti menang. 😊
نمایش همه...