DR ASYRAF WAJDI DUSUKI OFFICIAL
رفتن به کانال در Telegram
Setiausaha Agong UMNO Malaysia Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA)
نمایش بیشتر653
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز
آرشیو پست ها
Hari ini di Gerik, Ketua Kampung bawa dua pelajar amat daif datang jumpa saya. Mereka tolak tawaran ke universiti; UTeM dan UniSEL. Alhamdulillah terus saya hubungi pihak universiti dan berjaya uruskan untuk mereka daftar ke UTeM dan UniKL.
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1cnePEWbKA/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
Alhamdulillah, pagi ini saya merasmikan Majlis Himpunan Mudara’ Huffaz Antarabangsa Tahun 2026 bertempat di German-Malaysian Institute (GMI), Bangi yang menghimpunkan para ilmuwan, mudara’ dan Huffaz dari madrasah-madrasah di seluruh Asia Tenggara bagi memperkukuh ukhuwah serta kerjasama dalam memartabatkan pendidikan al-Quran.
Bagi saya kita mesti melahirkan generasi yang mengimbangi elemen Fikir dan Zikir. Ilmu al-Quran melalui hafazan perlu bergerak seiring dengan ilmu dunia, penguasaan sains, teknologi dan kemahiran profesional. Inilah pendekatan yang diterapkan dalam ekosistem pendidikan MARA, termasuk di seluruh 58 buah MRSM yang menerapkan Program Tamhidi Ulul Albab agar anak-anak bukan sahaja cemerlang akademik dan teguh agamanya malah mampu menyumbang kepada kemajuan ummah dan negara.
Akhirnya, kita mahu para Huffaz di madrasah-madrasah bukan sekadar menghafaz al-Quran tetapi memahami, menghayati dan menterjemahkan nilai-nilainya dalam kehidupan. Kita mahu Huffaz yang mampu memimpin, menguasai pelbagai bidang ilmu dan mendepani cabaran zaman tanpa meninggalkan al-Quran sebagai panduan.
Inilah generasi yang kita impikan, berilmu, berakhlak dan membawa rahmat kepada ummah. InsyaAllah MARA akan sentiasa mendukung usaha ini demi melahirkan generasi ulul albab yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat.
#MerakyatkanMARA #MARAGemilang #HebatkanMARA #HidupKuMilikUmmah #HidupBiarBerjasa
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSbt2Xaqn/
Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1Koc9kW4YR/
Instagram : https://www.instagram.com/reel/DeRYIB1h-xB/
Threads : https://www.threads.com/share/BAdXwAGh-_/
X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/2108517691753689263
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
80% kandungan cadangan RUU Akta MARA baharu untuk tambah baik dan perketat aspek tadbir urus termasuk mengurangkan kuasa Pengerusi dan menutup segala ruang penyimpangan, penyelewengan, rasuah dan ketirisan.
Threads : https://www.threads.com/share/BAMsldXlNR/
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1Bi84iGzA4/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
Peneman Subuh pagi ini. Mujurlah tinggal Atiyyah @ Mek Yah di rumah. Abang-abang dan kakak-kakak semuanya di asrama. Dalam ramai-ramai, Mek Yah lah yang paling mudah dan disiplin bangun pagi. Rutin dia, 5.30 dah automatik bangun, lepas mandi dia sendiri akan solat dua rakaat sebelum ke Masjid. Balik dari masjid, kami akan habiskan zikir mathurat sama-sama.
Pagi ni saya tanya dia, “Bila Yah nak habis hafal Mathurat ni? Dah darjah dua. Abang-Abang dan Kakak-Kakak darjah dua dah selesai hafal!”
“Nantilah dulu Abi, Yah kan baca juga walau tak hafal. Yang penting baca kan”. Ada sahaja jawapan anak bertuah yang cerdik ni.
Nota: Jadikan zikir Mathurat sebagai sebahagian amalan harian untuk dilazimi anak-anak. Dalam dunia yang amat mencabar kini, mudah-mudahan menjadi asbab pelindung dari Allah daripada segala musibah disamping dipermudahkan segala urusan.
#Mathurat #BinaGenerasiQuranik #HidupKuMilikUmmah #HidupBiarBerjasa
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1EVmnhjHtz/
Instagram : https://www.facebook.com/share/p/1EVmnhjHtz/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
Pagi Sabtu yang tenang….Lama tak ke pasar sebab sentiasa penuh dengan program ataupun balik ke Gerik. Hari ini ada ruang masa sikit sebelum ke Melaka, beli barang-barang dapur untuk keperluan keluarga. Agak-agak ikan apa yang tengah saya pegang?
#HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah #PasarTani #MerakyatkanMARA #DuluKiniSelamanya
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/18EwEMVeCf/
Instagram : https://www.instagram.com/p/DeBCa3_B2qR/
Threads : https://www.threads.com/share/BAfHVKNeZP/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
Ya, perundingan dan perbincangan dengan PAS sudah dan sedang berjalan. Amat positif, Alhamdulillah.
#PerpaduanUmmah
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1Etcn94RLy/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channnel : https://t.me/myDAWD
TVETMARA PEKAN TAWAR KURSUS MEKATRONIK DENGAN KERJASAMA SAMSUNG
Bagi lepasan SPM, walaupun hanya sekadar lulus masih berpeluang untuk menyambung pengajian dalam bidang Mekatronik di TVETMARA PEKAN (nama baharu IKM Pekan) dengan kerjasama industri seperti Samsung.
Kursus jangka pendek dengan 3 bulan di TVETMARA manakala 6 bulan terus diambil bekerja sebagai junior technician di Samsung dengan gaji RM1,500. Selepas 6 bulan, terus dinaikkan kepada Technician dengan gaji RM3,500.
Mekatronik ialah bidang yang menggabungkan mekanikal, elektronik, elektrik, kawalan dan pengaturcaraan komputer dalam satu kursus. Mudahnya, pelajar belajar bagaimana hendak membina dan mengawal mesin pintar atau sistem automatik. Contohnya: robot industri, mesin automasi kilang, sistem sensor dan kawalan, sistem pneumatik/hidraulik, asas coding serta mikropengawal.
Kelmarin, sempat melawat ke TVETMARA Pekan selepas merasmikan program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA peringkat Parlimen Pekan.
Masuk-masuk ramai anak-anak pelajar yang menunggu di pintu masuk teruja nak bergambar bersama.
#MerakyatkanMARA #TVETMARA #HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSbS8ETWs/
Facebook : https://www.facebook.com/share/v/18JBNdB9Zp/
Instagram : https://www.instagram.com/reel/Dd5Bo3ehOwt/
Threads : https://www.threads.com/share/BAEAnA6uCL/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
Alhamdulillah, pagi ini saya ke Pekan, Pahang bagi merasmikan Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA 2026 Peringkat Parlimen Pekan yang menghimpunkan lebih 400 peserta dari empat DUN, iaitu Pulau Manis, Peramu Jaya, Bebar dan Chini bertempat di TVET MARA, Pekan. Program ini merupakan antara usaha berterusan MARA untuk memperkasa golongan wanita, khususnya dalam bidang keusahawanan, bagi menambah ilmu perniagaan, memperluas jaringan dan meneroka peluang baharu agar terus berdaya saing.
Sebelah tengah hari pula, saya terjah ke MRSM Tun Abdul Razak, Pekan bagi meninjau sendiri keadaan anak-anak pelajar di sini termasuk kemudahan asrama, dewan makan, bangunan akademik serta fasiliti yang disediakan. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan teruja melihat anak-anak ini dalam keadaan yang gembira menjalankan pembelajaran di maktab ini. Apa yang paling penting adalah kebajikan, keselesaan dan persekitaran pembelajaran anak-anak MARA sentiasa diberikan perhatian agar mereka dapat menimba ilmu dalam suasana yang kondusif dan terus mencapai kecemerlangan.
#MerakyatkanMARA #MARAGemilang #HebatkanMARA #TerjahMRSM #HidupKuMilikUmmah HidupBiarBerjasa
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1HuoPoHGQb/
Instagram : https://www.instagram.com/p/Dd3mGnrAdkH/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
Hebat sungguh Almarhumah Tun Siti Hasmah Ali. Seluruh rakyat Malaysia meratapi, menangisi dan bersedih atas pemergianmu. Moga syurga buatmu IBU BANGSA dan NEGARA. Ya Allah! Ampunkanlah Segala dosanya dan rahmati rohnya.
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1CBYjR1xRz/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
Ibu bapa jangan sesekali bermentaliti “menswastakan” tanggungjawab mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru dan sekolah. Jangan pula gajet dijadikan pengganti kasih sayang, perhatian dan komunikasi. Rumah tetap madrasah pertama pembentukan peribadi anak-anak.
Akhirnya karakter mereka banyak mencerminkan didikan, teladan serta suasana yang mereka lihat dan rasai daripada kita. Paling utama agama tetap menjadi akar penting pembentukan jatidiri anak-anak.
#SifarBuli #YouTouchYouGo #PerananIbubapa #BinaGenerasiQuranik
Threads : https://www.threads.com/share/BAWbfi1ZVD/
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1VPQycRqfW/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
Hentikanlah segala bentuk drama/filem yang mempromosikan BULI secara tidak langsung atas nama ‘pengajaran’ yang akhirnya membawa kepada perlakuan ‘copycat’ dikalangan anak muda berlagak kapla, taiko, otai dll.
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/19tGgdHjT6/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
Pagi ini amat sedih dan terkesan dengan berita kematian seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah, yang didakwa menjadi mangsa buli. Wajib disiasat segera, telus dan ambil tindakan tegas!
Kalau menurut salah seorang yang komen di thread, ini bukan kali pertama kesembuhan seperti ini berlaku di sekolah yang sama. Bahkan yang lebih menyedihkan, jika benar seperti didakwa, tiada tindakan tegas diambil bahkan yang mengadu pula menerima akibat. Budaya Buli jika dibenarkan menjalar dan mengakar pasti menjadi barah yang hanya menanti masa untuk mencetuskan suatu yang lebih buruk sebagaiman yang berlaku.
Kalau di bawah MARA khususnya MRSM, prinsip #YouTouchYouGo memberikan peringatan bahawa tiada kompromi walau sedikitpun terhadap pembuli. Malah jika ada pihak pentadbir, warden ataupun guru yang terlibat cuba menyembunyikan kes-kes buli atas apa alasan sekalipun, pasti mereka juga akan dikenakan tindakan tegas.
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1DZQZdZ59B/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
Menamatkan hari yang padat dengan perjumpaan terakhir sebelum Maghrib bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka merangkap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bagi membincangkan persediaan menghadapi Pilihanraya Negeri Melaka. Turut bersama Datuk Seri Megat Zulkarnain TanSri Omardin dan Datuk Mohd Razlan.
#HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah #PRNMelaka2026 #UMNO
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1Dit7Pt8Pt/
Instagram : https://www.instagram.com/p/DdtasxbhrZG/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
DR MAHZAN DILANTIK KETUA PENGARAH MARA BAHARU
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada YBhg. Ir. Dr. Mahzan bin Teh atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah MARA yang baharu oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Saya yakin pengalaman beliau yang panjang bersama MARA serta kepakaran yang dimiliki akan menjadi kekuatan untuk meneruskan Agenda Transformasi MARA dan memperkukuh peranan MARA sebagai institusi peneraju pendidikan, TVET dan keusahawanan Bumiputera.
Selamat memikul amanah baharu sebagai peneraju keluarga besar MARA. InsyaAllah dengan semangat dan komitmen bersama, kita akan terus memperkasakan mandat MARA, memperluas manfaat kepada rakyat serta meneruskan agenda transformasi yang sedang digerakkan agar MARA kekal relevan, dinamik dan terus memacu pembangunan ekonomi dan pendidikan bumiputera. Selamat berkhidmat dan menggalas amanah.
#MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #60TahunMARA #HidupKuMilikUmmah #HidupBiarBerjasa
Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1CCyYNCeBt/
Instagram : https://www.instagram.com/reel/Ddso8U7z1E6/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/
0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
Kita doakan agar Adik Qayrin Erynna Binti Mohd Ahfizad, pelajar Tingkatan 2 MRSM Tun Ghazali Shafie, Lipis yang baru dikesan menghidapi barah tahap 4 diberikan kesembuhan segera dan menjalani rawatan dengan menjalani rawatan dengan lancar, dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
#Pray4AdikArin #MerakyatkanMARA #MRSMTGS #HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSbdws16A/
Facebook : https://www.facebook.com/share/v/19mN3qzxkD/
Instagram : https://www.instagram.com/reel/Ddqt7WeyHoh/
Threads : https://www.threads.com/share/BAaMahA__p/
X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/2103079542097338742
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
Merasmikan Showcase Usahawan-Usahawan MARA Negeri Johor yang diadakan di Menara MARA.
#merakyatkanmara #hebatkanmara #hidupbiarberjasa #60TahunMARA #hidupkumilikummah
Facebook : https://www.facebook.com/share/r/19f1Bj55DJ/?mibextid=wwXIfr
Instagram : https://www.instagram.com/reel/DdoA5EThDNH/
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
