cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Kisah Seram

Coretan pengalaman sebenar sehingga kini. Karya #bedtimecreepystory dan #creepyurbanlegend 👻

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استزبان مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
پست‌های تبلیغاتی
322
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

suk tapi sorang pun tak perasan. Jadi, kesimpulannya tergantung pada korang untuk menilai. Ingat, kalau niat kita baik....Allah jaga kita.
نمایش همه...
"TAPAK KAKI" Okay cerita ni disampaikan oleh salah sorang member baik aku yang kerja bahagian retail disebuah pusat beli belah yang baru dibuka. Aku namakan member aku Suzana. Suzana ni baru je kerja kat sini dalam dua bulan, so far okay je balik kerja jam 10 malam tu belum cukup lewat la untuk dia. Kerja suzana ada 2 shift, pagi dan petang. Kalau pagi Suzana sendiri yang akan buka pintu store kalau malam dia jugak la yang tutup store sebab dia salah seorang staf yang pegang kunci. So satu hari tu, dia datang macam biasa....shift pagi tu dia dengan SV (supervisor) dia. Kerja retail setiap pagi mesti housekeeping, menyapu dengan lap cermin tu wajib lah cerita dia....usually shift dengan SV, SV sampai dulu tapi harini suzana sampai dulu. Okay macam biasa buka lock, pc, store room, aircond, crosscheck then start housekeeping. Harini suzana rasa nak mengelap cermin so dia ambil apa² yang patut terus ke main entrance sambil dengar lagu dengan earfon sorang². Masa tu lebih kurang 10 lebih. Mall mula beroperasi jam 11 pagi. Tak lama lepastu SV dia sampai. SV pun sama² buat housekeeping and mop lantai. Awal pagi tadi hujan, dalam store memang sejuk bila bukak aircon boleh jadi bilik mayat. Sambil dua² sibuk buat kerja masing², SV panggil suzana. Dia pun pusing belakang pandang SV dia yang menghadap betul² depan table promotion sekarang. Layout dia korang bayangkan masuk je kedai nampak 2 table tinggi lutut, kiri kanan table tu ada cloth stand, belah kanan korang ke wall ada kaunter pembayaran. So suzana pun tanya la kenapa, SV dia sambil muka pelik tarik batang mop ke sisi sambil tanya "hm....pintu lock tak semalam ?" Suzana pun selamba jawab "yela lock....kan kita dua last semalam....tadi pun lock macam biasa" "hm tulah.....cuba kau tengok ni", sambil hentak kaki isyarat supaya suzana tengok arah kaki dia. Kelihatan jelas sebelah tapak kaki budak berselut dan berbentuk sempurna melekat di lantai kedai betul² menghadap ke arah meja. Kelihatan masih baru, fresh orang kata lol. Sayangnya gambar dia bagi tu aku terdelete kalau tak boleh share kat sini. Muka masing² cuak. Ini kali pertama bagi suzana, dan dia pulak orang pertama yang jejak masuk pagi ni. Kali pertama jugak SV dia nampak ni sepanjang 2 tahun dia transfer kat situ. "Takpela anak cust kot semalam main² tak pakai kasut" SV cuba tenangkan keadaan walaupun dua² cukup ingat cust yang keluar masuk semalam, bukannya ramai pun datang. Suzana tenang, abaikan saja apa yang mereka nampak tadi. Rutin pekerjaan berjalan seperti biasa sampai sekali lagi SV panggil suzana sambil jari menunding ke arah front table tadi. Belon kuning yang sudah kotor, leper and berhabuk dengan tertera sebuah brand kedai di blok belakang....selang 100 meter dari kedai suzana. Selalunya kalau ada belon tu maksudnya kedai tu ada promotion atau fair, tapi masa tu fair yang ada cuma lah brand kasut...dan melihat keadaan belon yang ibarat lama terendam dalam longkang, suzana berfikir dua kali. Ini memang bukan khayalan atau anak cust semalam. Nak husnuzon pun tak mampu dah, logiknya siapa yang masuk mall tak pakai kasut ? tapak kaki tu bukan saiz budak yang beru belajar berjalan, paling² anggaran umurnya 6-8 tahun. Dan sekarang jumpa belon yang hampir reput ? Dari mana ? Macam mana boleh masuk sedangkan suzana yang ada akses semua lock ? Selang 2-3 minggu kemudian, sekali lagi tapak kaki muncul. Kali ini saiz dewasa, sebelah sahaja betul² depan wall yang bertentangan dengan kedai sebelah. Sebulan kemudian, sepasang tapak kaki dewasa dalam fitting room. Berhabuk , sempurna bentuknya dan kotor seperti di seret. Ada satu hari, lewat petang hampir ke senja.....staf semua standby di floor, tiada cust masuk....hari minggu, orang masih sibuk bekerja. Tengah sembang² tiba² budak part time datang bisik ke suzana. "Kak, tapak kaki macamni ke yang akak selalu jumpa tu" sambil ajak suzana ke arah tengah floor. Ye, memang tapak kaki yang sama. Cuma kali ni kelihana seperti berjalan keluar kedai. Tapi anehnya, tiada sorang pun antara mereka bertiga yang nampak manusia lain disitu. Mustahil kalau cust ma
نمایش همه...
Hai semua, wow lama betul tak aktif kat sini....haha, okay stay tuned untuk first story tahun ni. *bila admin tak busy sangat*
نمایش همه...
📝 RUANGAN BEBASNabilah: luqman busuk ‎Ibrahim.10.mc: Kesian la lukman tu ‎Sarah Balqis: Tak seram sgt huhu ‎@Rohan_shah: That good story 😁👍 ‎Epul OFFICIAL77: Lagi seram klau story psai hntu nusantra👍 ‎Princess Cherrry: Nak lagi cerita seram n biar yg betul2 seram sampai ke tulang . ‎Nur Jannah: Try la buka web yg dah viral skrg ni.yg web hntu2 tu.lupa dark web ke deep web.kot bleh dpt inspirsi hehe ‎nztlfrhn 🐱: bagilah cerita yang lagi gempakkkk . yang betul betul seram sampai bergegar medula oblongata ‎Rashid: Hantar kisah2 mcm crte jangan tegur lagi ‎°• موجاهيده صالحه 🌸: Moga slalu update cerita , hmm bosan menunggu ‎Gray and juvia: Nice,seram saya suka kalau crita serus ada picture nya ‎amrh hzqh: cerita dari pengalaman seseorang mengenai hantu ‎KSOULFIRE: Test ‎®Skytech Global Resour...: Hahahha ‎Noraisyah Razali: Boleh lahhh ‎Enlightened Light: Bak cerita baru...asyik iklan je ‎ 🌺أمهات المؤمنين🌺: 😢😢😢 ‎Zaharah Zahurin: Innalillajiwainnalillahirajiun kpd group yg sunyi setelah sekian lama gila ‎dem: Uuu ‎🌸 シャミ: Ig perempuan ni lawa dohh @_nrsyhzniRed: Admin cepatla siarkan citer baru, bosan nunggu nie, yng krng pun kalau ada crta share la biar tak bosan ‎Tyrah sam: H ‎Aida Khalid: Antara gp cerita seram yg plg jarang + lmbt post story 😅 ‎Che Guevara: Ok ‎Michell: Kisah hantu Janet ‎Ericca Ambrose: first timer lol ‎Mawar Sweet: @storyseram 👥 27 people have voted so far
نمایش همه...
Vote
Duchess Lady: La Llorona (the weeping/crying woman) - Mexico/Latin America Actually aku tak sangka pun lagu la llorona ni sebenarnya ada kaitan dengan sebuah kisah urban legend. Aku tertarik dengan lagu ni selepas menonton cerita kartun Coco bertemakan festival 'Dia de Muertos' (day of the dead), hari di mana mereka mempercayai bahawa "gates of heaven" di buka dan roh² akan kembali menziarahi keluarga/rakan² mereka yang masih hidup. La llorona adalah gelaran yang diberikan kepada seorang wanita yang dipercayai mati kerana mencari anak²nya. Menurut beberapa versi popular, wanita tersebut bernama Maria, seorang yang cantik rupawan di sebuah pekan kecil. Dia sangat mementingkan kecantikannya sehinggakan dia berkata bahawa dia hanya akan berkahwin dengan lelaki yang paling kacak di dunia. Akhirnya, dia berkahwin dengan seorang lelaki kacak dan kaya yang bukan dari kawasan penempatannya. Beberapa tahun kemudian mereka mempunyai dua anak. Namun, Maria merasakan bahawa suaminya telah berubah, hanya jarang² kembali ke rumah, suaminya hanya mahu berjumpa anak²nya sahaja tanpa mempedulikan Maria yang cantik itu. Dia juga berkata akan mengahwini wanita yang sama darjat dengannya. Maria marah dan melepaskan kemarahannya kepada anak²nya. Dia membawa keluar anak²nya ke sebatang sungai. Terserempak dengan suaminya bersama seorang wanita elegen duduk di sebelahnya di atas kereta kuda, ternyata itu bukan gurauan. Suaminya hanya berlalu pergi setelah bercakap dengan anak²nya. Melihat suaminya bersikap seperti itu, kemarahan dan dendam Maria semakin memuncak. Maria terus mencampak anak²nya ke dalam sungai tersebut. Setelah anak²nya di bawa arus, barulah Maria menyesali perbuatannya lalu mengejar anak²nya menyusuri sungai tersebut. Malangnya, anak²nya sudah lama pergi. Keesokkan harinya, seorang pengembara memberitahu penduduk bahawa seorang mayat wanita cantik terbaring di kawasan sungai. Penduduk kemudiannya menyemadikan jasad Maria di kawasan tersebut. Setelah kematian Maria, penduduk kampung mula terdengar suara wanita menangis di kawasan sungai. Itu bukan suara angin, tetapi suara La Llorona menangis. "Mana anak²ku ?" dan mereka melihat seorang wanita berpakaian gaun putih, sepertimana mereka memakaikan Maria pada hari pengebumiannya. Wanita tersebut dilihat berjalan² sekitar kawasan sungai sambil menangis meratapi anak²nya. Hingga akhirnya, mereka tidak lagi memanggilnya Maria, tetapi menggelarnya La Llorona (perempuan yang menangis). Nama tersebut masih disebut² sehingga kini. Ibu bapa selalunya melarang anak² mereka keluar di waktu gelap, sambil mengatakan la llorona akan menculik mereka dan mereka tidak akan pulang kembali. Versi lain mengatakan, La Llorona terperangkap di dunia kematian dan dunia kehidupan kerana setelah kematiannya, dia tidak dibenarkan masuk "gates of heaven" dan diminta untuk mencari anak²nya sehingga ditemui. Maka, La Llorna akan menculik kanak² yang menyerupai anak²nya, menangis dan meminta kemaafan, kemudiannya melemaskan mereka ke dalam sungai untuk bersama² dengan mereka kembali. The End.
نمایش همه...
#creepyurbanlegend Kuchisake Onna (the slit-mouthed woman) - Japan Kisah urban legend ini agak popular juga di Jepun, selain hantu² dalam tandas. Dikatakan kalau korang jalan sorang² di lorong yang gelap dan suram, better kau cari jalan yang tak sunyi takut² terserempak dengan Kuchisake Onna. Mula² mungkin kau takkan rasa takut bila terserempak dengan seorang gadis yang tiba² muncul disitu. Memiliki paras yang menarik dan memakai surgical mask menutupi mulutnya. Dia akan bertanya "adakah aku cantik ?" Kau akan menjawab ya, kerana dia sememangnya kelihatan cantik. Tetapi sejurus itu, dia akan membuka surgical mask yang dipakai lalu bertanya kembali "macam mana sekarang, adakah aku masih cantik ?" menampakkan wajah yang dipenuhi darah, senyuman dari mulut terkoyak hingga ke pipinya. Namun, sekiranya kau jawab tak, kau akan dibunuh serta merta selalunya Kuhisake Onna akan menoreh wajah kau sama sepertinya menggunakan gunting panjang. Sekiranya kau tetap menjawab ya, dia akan membenarkan kau pergi, tapi akan muncul semula di hadapan rumah kau dan membunuh kau di situ. Kemahsyuran Kuchisake Onna ini tak pernah mati sepanjang zaman sehingga sering menjadi asas pelbagai novel dan manga juga filem² seram. Sejarah lama kisah ini mengatakan bertahun² dahulu ada seorang wanita cantik sama ada isteri atau gundik dari sorang samurai. Dia dipercayai curang, apabila berita itu diketahui oleh samurai tersebut, dia bertindak menoreh mulut wanita itu from ear to ear, memberikannya senyuman yang begitu mengerikan dan kemudian bertanya "siapa yang akan rasa kau cantik sekarang ?" The End.
نمایش همه...
Topik #creepyurbanlegend malam ini : Kuchisake Onna - Japan La Llorona - Mexico/Latin America
نمایش همه...
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.