cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

GulaManiss

" Aku Dai'e dan juga Mad'u " Sebarkan dakwah , moga peroleh redhaNya 😊

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استزبان مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
پست‌های تبلیغاتی
1 016
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ .. [Surat Az-Zumar 53] :- ".. janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa.. " 💕Hati tidak prnh puas dgn tarbiah t.me/kalamMahabbah
نمایش همه...

konsepnya bukan macam tu. Dalam pembinaan yang baik, maka prosesnya perlu baik-baik. Dan ilmu yang terbaik itu apabila kita mengenali sifat Allah. Bila imbas semula, patutlah dulu pernah tolak tahlil. Sering mengambil hukum secara langsung dari Al-quran dan hadis. Tak pandang pendapat ulamak, Sentiasa guna hujah nabi tak buat. Menolak fahaman mazhab. Anggap apa yang dia buat adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid'ah dan sebagainya. Kita boleh mohon pada Allah untuk terus ke jalan yang benar, tapi yang menggerakkan hati adalah DIA. Nasihat saya pada wanita di luar sana, menuntutlah ilmu fardhu ain. Senang kita nak nilai mana hak dan batil. Bahkan kita mampu mempersiapkan diri untuk menolak fahaman yang bertentengan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah. Sabda nabi, umat akhir zaman akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya 1 golongan saja yang masuk ke syurga. Iaitu ahli sunnah wal jamaah. Syiah, muktazilah, Jabariyyah, Qadyani, wahabi semua tu adalah pemahaman yang sesat dan lari daripada fahaman ahli sunnah. Kenapa wanita pun kena mengaji ? "Wanita ibarat madrasah, jika anda persiapkannya maka ia ibarat mempersiapkan satu generasi masa hadapan yang hebat." Sebab tu, sebelum nikah berhajatlah kepada ilmu bukan nafsu semata-mata. Tiada yang milik kita, semuanya milik Allah. When love is for the sake of Allah, it doesn't die. Boleh share dan copy tapi tak perlu kreditkan nama saya. Semoga Allah meredhai pengisian ini. Doakan saya. 😊
نمایش همه...
Pesanan khidmat masyarakat balik kampung. 1. Cabut semua 🔌 kat finding except fridge. 2. Buang sampah. 3. Jgn biar baju tersidai diluar. 4. Double triple check fan & lampu. 5. Kosongkan sink. 6. Bawak toiletteries. 7. Semat butang baju Melayu. 8. Pin brooch di beg. 9. Sampin 10. Charger phone. 11. Duit & sampul raya. 12. Sebelum keluar baca Al Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi. Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah. 13. Niat Nak buat Jamak Qasar. 14. Jgn kelam kabut n marah2, jgn over happy. 15. Lapang dada & solat/baca doa musafir. 16. Tinggalkan rumah dgn tawakkal Allah menjaganya. 17. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jgn tertinggal isteri/suami. 18. Top up siap2 touch n go, no more tambah nilai lanes. 19. Sentiasa kira cukup bilangan anak, esp di RnR (Pesanan Dr Abdul Jalil Omar) Selamat Pulang ke kampung! Bawa kenderaan dengan iman.
نمایش همه...
Semoga dapat manfaatkan hari-hari akhir ramadhan yang kian berakhir tak lama lagi. Semoga ramadhan kali ini amat bermakna buat semua umat islam yang memyambutnya 😊😊 @gulamaniss
نمایش همه...
Jika mencari si dia.... wahai wanita Jika mencari si dia carilah betol betol Teliti sedalamnya Kerana kita bukan hanya mencari pasangan hidup Namun mencari imam dalam kehidupan Jika mencari si dia Utamakan dahulu agamanya utamakan dahulu akhlaknya Soal rupa paras dan harta Letak di bawah Kerana apa? Rupa paras dan harta tidak menjamin ke syurga Namun agama dan akhlak menjamin ke syurga sebelum mencari si dia Perbaiki dahulu diri kita Jaga hubungan dgn Tuhan Jaga hubungan dgn ibu ayah Jaga hubungan dgn adik kakak abg Jaga hubungan dgn manusia lain Jangan lupa! Doa doa doa _adhwa.nadirah_ telegram.me/gulamaniss
نمایش همه...
GulaManiss

" Aku Dai'e dan juga Mad'u " Sebarkan dakwah , moga peroleh redhaNya 😊

🔶LAILATUL QADR ▫️Lebih baik dari 1000 bulan ▫️Malam penuh barakah ▫️Malam terbaik seumur hidup ▫️Malaikat² turun ke bumi lebih banyak daripada anak² batu di bumi 🔶BILA? ▫️Pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan Sabda Nabi S.A.W: تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ "Carilah Lailatul Qadr pada malam² ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadan" (Al-Bukhari no. 2017 & Muslim no. 1170) ▫️ Abdullah Mas'ud dan Abdullah Abbas cenderung malam ke-27 ▫️Imam Syafi'e cenderung malam ke-21 dan 23 ▫️Imam Ghazali mengambil kira hari permulaan 1 Ramadan: ▫️Isnin: malam ke-21 ▫️Sabtu: malam ke-23 ▫️Khamis: malam ke-25 ▫️Selasa/Jumaat: malam ke-27 ▫️Ahad/Rabu: malam ke-29 🔶KELEBIHAN BERIBADAH PADA MALAM ITU ▫️Pahala ibadah 1000 bulan ▫️Diampunkan dosa ▫️Dimakbulkan doa 🔶APA YANG PERLU DILAKUKAN ▫️Lakukan amalan fardhu ▫️Tinggalkan perkara dilarang ▫️Beri'tikaf di dalam masjid ▫️Mendirikan solat² sunat ▫️Membaca Al-Quran ▫️Beristighfar ▫️Bersedekah ▫️Memperbanyakkan doa اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني ▫️Lain² amalan soleh 🔶TANDA-TANDA Waktu Malam ▫️Sunyi sepi, tenang ▫️Tidak terlalu panas & sejuk ▫️Bulan tidak terlalu bercahaya ▫️Rasa mengantuk dan keletihan Waktu Pagi ▫️Pancaran matahari putih bersih ▫️ Langit tidak berawan Andai kali ini Ramadan terakhir kita 😖😭 Quran30Juz
نمایش همه...
Mendengar dari sebelah pihak sahaja memang akan menampakkan bahawa pihak lagi satu itu yang punya cacat cela. sebab itu islam ajar tabayyun. Dengar penjelasan dari kedua dua belah pihak dan tiada sangka buruk terhadap kedua dua belah pihak. Tetapi, berapa ramai yang amalkan sikap bertabayyun ini? #writtenbynblhn
نمایش همه...
📝Dari Anas bin Maalik Radhiyallahu anhu beliau berkata: Rasulullah Saw telah bersabda, “Bersahurlah kalian kerana dalam sahur ada keberkatan.” HR Bukhari & Muslim . @gulamaniss
نمایش همه...
GulaManiss: Very nicely written 😊 By Ustaz Don Daniyal 7 Sunnah Hebat 🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 🌝 Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. 🌝 Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. 🌝 Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 🌝 Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. 🌝 Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. 🌝 Keenam: Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”. 🌝 Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Andai kita mampu sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti.. بارك الله فيكم.. telegram.me/gulamaniss
نمایش همه...
GulaManiss

" Aku Dai'e dan juga Mad'u " Sebarkan dakwah , moga peroleh redhaNya 😊

" Jika engkau mengetahui bagaimana satu kali pandangan (kasih sayang) Rasulullah SAW yang melirik ke arahmu, nescaya seumur hidupmu kau akan tenggelam dalam kerinduan kepadanya.. " Allahu.. :( #Berselawatlah sbg tanda Rindu♡ ۞ اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍ ۞ telegram.me/gulamaniss
نمایش همه...
GulaManiss

" Aku Dai'e dan juga Mad'u " Sebarkan dakwah , moga peroleh redhaNya 😊

یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.