fa
Feedback
DARUL MUJTABA

DARUL MUJTABA

رفتن به کانال در Telegram

Bismillah Ruang ini di terbitkan dgn semangat kasih sayang&kecintaan sesama kita melalui perkongsian ilmu yg bermanfaat.

نمایش بیشتر
2 000
مشترکین
-124 ساعت
-67 روز
-2530 روز
آرشیو پست ها
Malam Ini di Putrajaya
Malam Ini di Putrajaya

photo content

📖 KITAB MENGENAL PERIBADI RASULULLAH ﷺ Sollu ’alan Nabi ﷺ Miliki kitab Mengenal Peribadi Rasulullah ﷺ dan tambah kecintaan k
+1
📖 KITAB MENGENAL PERIBADI RASULULLAH ﷺ Sollu ’alan Nabi ﷺ Miliki kitab Mengenal Peribadi Rasulullah ﷺ dan tambah kecintaan kepada Baginda melalui pengajian yang berasaskan ilmu. 💰 RM20 📦 Pos Semenanjung: RM6 🏦 Maybank 562263567299 DeMujtaba Resources 🤲 Turut dibuka wakaf kitab untuk surau, masjid dan madrasah. Selepas pembayaran, sila wassap.my/60122617221 bersama resit. Jazakumullahu khairan. #darulmujtaba

Repost from DARUL MUJTABA
صَلُّوا عَلَى النَّبِيِّ ﷺ 🌹 Daurah Maulid Nabi ﷺ Bulan Maulid bukan sekadar diraikan, tetapi dihidupkan dengan ilmu dan mah
صَلُّوا عَلَى النَّبِيِّ ﷺ 🌹 Daurah Maulid Nabi ﷺ Bulan Maulid bukan sekadar diraikan, tetapi dihidupkan dengan ilmu dan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. 📖 Solat Seolah-Olah Melihat Allah 📖 Mengenal Peribadi Rasulullah ﷺ 💻 Pengajian secara Zoom 📝 Daftar: https://ezy.la/DaurahKitabSempenaMaulidRasulullah 📚 Pembelian kitab: 📲 012-261 7221 Jom hidupkan Maulid dengan mengenali Baginda ﷺ, agar bertambah cinta dan semakin hampir kepada Allah.

🌙 *MAJLIS MIIT BERSELAWAT 2.0* Sempena Maulidur Rasul 1448H “Meneladani Rasulullah SAW dalam Kehidupan Gen Z” Rakan Siswa YADIM (RSY) UniKL MIIT dengan kerjasama *Surau Al Ahza, Student Representative Council (SRC) UniKL MIIT,* serta rakan-rakan strategik dengan sukacitanya menjemput seluruh warga UniKL MIIT dan orang ramai untuk menghadiri Majlis MIIT Berselawat 2.0. Hayatilah malam yang penuh keberkatan dengan pengisian bacaan Maulid, selawat, persembahan qasidah, tazkirah, Mahalul Qiyam dan solat berjemaah dalam usaha menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🎙 Penceramah Jemputan Maulana Dr. Iqbal Zain Al-Jauhari 🎶 Persembahan Qasidah Raudhatul Ashwaq 📅 24 Ogos 2026 (Isnin) 🕕 6.00 Petang – 10.30 Malam 📍 Lobi UniKL Malaysian Institute of Information Technology (MIIT) 👔 Pakaian: Sopan dan Menutup Aurat 🍽 Jamuan Makan Disediakan 🎟️ Pendaftaran adalah PERCUMA. 📲 Daftar sekarang melalui kod QR atau pautan yang disediakan pada poster. Ayuh bersama-sama memeriahkan Majlis MIIT Berselawat 2.0 dan menghidupkan sunnah berselawat sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW. Semua dijemput hadir. #MIITBerselawat2.0 #MaulidurRasul1448H #RSYUniKLMIIT #UniKLMIIT

photo content
+2

صَلُّوا عَلَى النَّبِيِّ ﷺ 🌹 Daurah Maulid Nabi ﷺ Bulan Maulid bukan sekadar diraikan, tetapi dihidupkan dengan ilmu dan mah
صَلُّوا عَلَى النَّبِيِّ ﷺ 🌹 Daurah Maulid Nabi ﷺ Bulan Maulid bukan sekadar diraikan, tetapi dihidupkan dengan ilmu dan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. 📖 Solat Seolah-Olah Melihat Allah 📖 Mengenal Peribadi Rasulullah ﷺ 💻 Pengajian secara Zoom 📝 Daftar: https://ezy.la/DaurahKitabSempenaMaulidRasulullah 📚 Pembelian kitab: 📲 012-261 7221 Jom hidupkan Maulid dengan mengenali Baginda ﷺ, agar bertambah cinta dan semakin hampir kepada Allah.

photo content
+1

Mereka yang telah mencapai nafs al-muṭma’innah ibarat seseorang yang sentiasa memerlukan oksigen untuk terus hidup. Begitulah hati mereka; tidak mampu hidup walau sesaat tanpa mengingati Allah. Janganlah sekali-kali memutuskan zikrullah. Teruslah melatih diri, sedikit demi sedikit, agar qalbu sentiasa dipenuhi dengan ingatan kepada Allah. Perjalanan ini bermula daripada lalai kepada ingat, daripada ingat kepada rasa, dan daripada rasa kepada pandang. Apabila hati sentiasa mengingati Allah, lahirlah rasa kehampiran-Nya. Apabila rasa itu semakin sempurna, hati mula memandang dengan mata basirah bahawa segala sesuatu berada di bawah tadbir Allah dan kembali kepada-Nya. Apabila lidah istiqamah berzikir, hati akan mula hidup. Apabila hati semakin hidup, zikrullah akan menjadi kelazatan, kerehatan dan keperluan jiwa, sebagaimana nafas menjadi keperluan bagi jasad. أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ “Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’d: 28) #darulmujtaba

Jalan sesak menuju MBMD 2.0? Luangkan masa perjalanan dengan mendengar 7 lagu pilihan Spotify MJMD. Semoga setiap alunan meny
Jalan sesak menuju MBMD 2.0? Luangkan masa perjalanan dengan mendengar 7 lagu pilihan Spotify MJMD. Semoga setiap alunan menyatukan hati, menyemarakkan semangat muafakat, dan menemani perjalanan anda hingga tiba di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang. 🎧 Spotify MJMD – Teman perjalanan anda ke MBMD 2.0 https://open.spotify.com/artist/3ExeMnOE2jPfrvCKgRwDGK?si=vtuG2oWxT4-3ISi3RnwIsQ&utm_source #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

photo content

photo content

ESOK DHUHA DI SAUJANA UTAMA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR * Naskah kitab boleh diperolehi di tempat majlis
ESOK DHUHA DI SAUJANA UTAMA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR * Naskah kitab boleh diperolehi di tempat majlis

MALAM INI DI SEKSYEN 8 SHAH ALAM MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
MALAM INI DI SEKSYEN 8 SHAH ALAM MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Surat Tubba’ Kepada Rasulullah ﷺ Antara kisah yang dinukilkan dalam beberapa kitab sirah dan sejarah Islam ialah tentang seorang raja Yaman yang dikenali dengan gelaran Tubba’. Baginda dikatakan pernah tiba di Yathrib, iaitu Madinah al-Munawwarah, beberapa ratus tahun sebelum kelahiran Rasulullah ﷺ. Diceritakan bahawa ketika berada di sana, Tubba’ bertemu dengan para ulama daripada Bani Israil yang menetap di Yathrib. Mereka memberitahunya bahawa kota tersebut bukanlah sebuah kota biasa. Menurut khabar yang mereka warisi daripada kitab-kitab terdahulu, di situlah kelak akan berhijrah Nabi akhir zaman, Sayyidina Muhammad ﷺ, penutup sekalian para nabi dan rasul. Mendengar berita itu, Tubba’ dikatakan membatalkan hasratnya terhadap kota tersebut. Bahkan, beliau menghormati Yathrib dan memuliakan para ulama yang tinggal di sana. Sebahagian riwayat menyebut bahawa beliau turut membina tempat tinggal untuk mereka serta meninggalkan beberapa amanah sebagai tanda penghormatan kepada kota yang bakal dimuliakan dengan kehadiran Rasulullah ﷺ. Sebelum berangkat pulang, Tubba’ dikatakan menulis sepucuk surat yang ditujukan kepada Rasulullah ﷺ. Surat itu diamanahkan kepada salah seorang ulama di Yathrib agar dipelihara dan disampaikan kepada Nabi akhir zaman apabila Baginda ﷺ tiba kelak. Antara isi surat tersebut ialah: “Aku bersaksi bahawa Ahmad ﷺ ialah Rasul Allah, Tuhan sekalian alam. Sekiranya aku sempat hidup pada zaman Baginda ﷺ, nescaya aku akan menjadi pembantunya. Aku akan berjihad bersamanya, menghunus pedangku demi mempertahankannya, dan aku akan berusaha sedaya upaya untuk meringankan segala beban yang ditanggung oleh Baginda ﷺ.” Riwayat itu juga menyebut bahawa surat tersebut dipelihara dan diwariskan dari satu generasi ke satu generasi sehingga tibanya hari Rasulullah ﷺ berhijrah ke Madinah. Ketika seluruh penduduk Ansar berharap agar Baginda ﷺ memilih rumah mereka sebagai tempat persinggahan, Rasulullah ﷺ bersabda: “Biarkanlah unta ini berjalan, kerana sesungguhnya ia diperintah.” Unta Baginda ﷺ akhirnya berhenti di hadapan rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari RA. Menurut sebahagian riwayat sirah, keluarga inilah yang memelihara amanah tersebut sehingga akhirnya ia disampaikan kepada Rasulullah ﷺ. Kisah ini mengingatkan kita bahawa mahabbah kepada Rasulullah ﷺ tidak pernah terikat dengan zaman. Walaupun kita tidak pernah melihat wajah Baginda ﷺ dengan mata kepala sendiri, Allah SWT tetap mengurniakan nikmat untuk mengenali, mencintai dan berselawat ke atas insan yang paling dikasihi-Nya. Semoga Allah SWT meneguhkan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ dalam hati kita, menghidupkan sunnah Baginda ﷺ dalam setiap langkah kehidupan, serta menghimpunkan kita bersama Baginda ﷺ di bawah panji al-Hamd pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya. اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين **Di Olah semula dari perkongsian Maulana Iqbal Zain Al Jauhari. Sila Share & Sebarkan https://www.facebook.com/share/18yWnFTptY/?mibextid=wwXIfr #darulmujtaba

Akhlak Mulia sebagai Buah Ilmu, Makrifat dan Kedekatan dengan Rasulullah ﷺ Catatan Nota Tausiyah Ayahanda Sidi Ibrahim Al-Mal
Akhlak Mulia sebagai Buah Ilmu, Makrifat dan Kedekatan dengan Rasulullah ﷺ Catatan Nota Tausiyah Ayahanda Sidi Ibrahim Al-Malik 13 Disember 2025 Nota penuh boleh di baca di sini: https://www.facebook.com/share/18SwWT1nbs/?mibextid=wwXIfr #darulmujtaba

Sabtu 4 Julai 2026 Masjid Damansara Perdana Semua dijemput hadir.
Sabtu 4 Julai 2026 Masjid Damansara Perdana Semua dijemput hadir.