cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Kalam Ilmu

Cintailah Ilmu, Hargailah Ilmu dan Jadilah Orang Yang Berilmu, Ilmu Tanpa Amal Hanyalah Sia-Sia, Ilmu Itu Pelita Hidup. Carilah guru yang mursyid sebagai pembimbing dalam mendalami Ilmu. OPEN SWAP EVERY FRIDAY TILL SUNDAY. PM @KakRose79

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استزبان مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
پست‌های تبلیغاتی
710
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Soalan Adakah mayat mendapat manfaat daripada pahala sedekah orang yang hidup kepadanya? Jawapan Kami cenderung kepada fatwa Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi yang menjelaskan bahawa mayat akan mendapat manfaat dari sedekah-sedekah yang dilakukan kepadanya. Disebutkan oleh Syeikh al-Adawi dalam kitabnya “Masyariq al-Anwar” bahawa telah bersepakat para ulamak bahawa pahala sedekah akan sampai kepada mayat sama ada kubur itu dekat atau jauh. Begitu juga istighfar dan berdoa kepadanya. Berkata Imam al-Qurtubi lagi bahawa ulamak telah bersepakat bahawa pahala sedekah akan sampai kepada si mayat. (Lihat al-Tazkirah, m. 279). Begitu juga membaca al-Quran dan berdoa dan beristighfar kepadanya. Benarlah sabda Nabi SAW: إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏ Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880) Imam al-Nawawi mengulas isu ini di dalam al-Azkar dengan katanya: Telah ijmak ulama bahawa doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka ianya berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr ayat 10: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), berdoa: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami…” Juga ada diriwayatkan daripada hadis yang masyhur, bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi’ al-Gharqad.” Hadis Sahih Riwayat Muslim. Doa Rasulullah SAW yang lain: “Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia daripada kami…” Hadis riwayat Abu Daud dan lainnya. Imam An-Nawawi melanjutkan: Tentang bacaan al-Qur;an, terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab Syafi’I bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi sekumpulan ashab Imam Al-Syafi’i sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca al-Qur’an selepas selesai membacanya hendaklah berdoa: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada Fulan…” dan juga disunatkan memuji dan menyebut kebaikannya. (Lihat al-Azkar, m. 164)
نمایش همه...
@ilmuilahi #kalam 1
نمایش همه...
LIVE BICARA KONSPIRASI & AKHIR ZAMAN BERSAMA DR NOORAZMAN MOHD SAMSUDDIN DENGAN TOPIK KONSPIRASI SATU FAKTA ATAU SEKADAR TEORI 1.4.2021 #konspirasi @themistk
نمایش همه...
Berdoalah sebanyaknya... malam ini.. ESOK (KHAMIS), hari Israk dan Mikraj. Jom esok kita puasa sunat dan bersedekah Puasa pada 27 bulan Rejab sama seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj. Dan Ini, Amalan Malam Rejab - Malam ini. Sama2 kita buat 1.Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat. 2.Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir. 3.Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih.. 4.Berdoa. 5.Memohon keampunan diri dan ibu bapa. 6.Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh. Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Malam 27 Rejab Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain. Banyak lagi ganjaran dan fadilat yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj. Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya: 1.Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab) 2.Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW. 3.Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW. 4.Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu. 5.Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj) Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ﷺ. Firman Allah سبحانه وتعالى: سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١ “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
نمایش همه...
Sebaik-baik waktumu adalah saat engkau menyadari kekuranganmu, dan engkau pun kembali mengakui kerendahanmu. Shalat adalah pembersih hati dari kotoran dosa dan pembuka pintu keghaiban. Siapa yang merasa dirinya tawadhu, berarti ia sombong, karena tawadhu tidak muncul dari orang yang merasa mulia. Maka dari itu, ketika kau merasa mulia, berarti kau telah sombong. Ibnu Athaillah #tasawuf #kitabhikam @dakwahcyber
نمایش همه...
Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak dan sifat-sifat yang sangat mulia. Oleh kerana itu hendaklah kita mempelajari sifat-sifat Baginda iaitu Siddiq, Amanah Tabligh dan Fathonah. SIDDIQ Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya. Pada diri Rasulullah SAW, bukan hanya perkataannya yang benar, malah perbuatannya juga benar, yakni sejalan dengan ucapannya. Jadi mustahil bagi Rasulullah SAW itu bersifat pembohong, penipu dan sebagainya. “Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (QS An-Najm: 4~5) AMANAH Amanah ertinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah penduduk Makkah member gelaran kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran ‘Al-Amin’ yang bermaksud ‘terpercaya’, jauh sebelum beliau diangkat jadi seorang Rasul. Apa pun yang beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk Makkah kerana beliau terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berdusta. “Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu.” (QS Al-A'raaf: 68) Mustahil Rasulullah SAW itu berlaku khianat terhadap orang yang memberinya amanah. Baginda tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Rasul atau sebagai pemimpin bangsa Arab untuk kepentingan peribadinya atau kepentingan keluarganya, namun yang dilakukan Baginda adalah semata-mata untuk kepentingan Islam melalui ajaran Allah SWT. Ketika Nabi Muhammad SAW ditawarkan kerajaan, harta, wanita oleh kaum Quraisy agar beliau meninggalkan tugas ilahinya menyiarkan agama Islam, Baginda menjawab: ”Demi Allah… wahai pakcik, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau aku hancur kerananya”…… Meskipun kaum kafir Quraisy mengancam membunuh Baginda, namun Baginda tidak gentar dan tetap menjalankan amanah yang dia terima. Setiap orang Muslim sepatutnya memiliki sifat amanah seperti Baginda SAW. TABLIGH Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak ada yang disembunyikan walaupun ianya menyinggung Baginda sendiri. “Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu.” (QS Al-Jin: 28) “Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya.” (QS 'Abasa: 1~2) Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah (QS 'Abasa: 1) turun berkenaan dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta yang datang kepada Rasulullah SAW sambil berkata: “Berilah petunjuk kepadaku, ya Rasulullah.” Pada waktu itu Rasulullah SAW sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap melayani pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Maktum berkata: “Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?” Rasulullah menjawab: “Tidak.” Maka ayat ini turun sebagai teguran di atas perbuatan Rasulullah SAW. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim yang bersumber dari ‘Aisyah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Ya’la yang bersumber dari Anas.) Sebetulnya apa yang dilakukan Rasulullah SAW itu menurut standard umum adalah hal yang wajar. Ketika sedang berbicara di depan umum atau dengan seseorang, tentu kita tidak suka diganggu oleh orang lain. Namun untuk standard Nabi, itu tidak cukup. Oleh kerana itulah Allah SWT telah menegur Baginda SAW. Sebagai seorang yang tabligh, meski ayat itu menyindirnya, Nabi Muhammad SAW tetap menyampaikannya kepada kita. Itulah sifat seorang Nabi. Jadi, mustahil
نمایش همه...
Nabi itu ‘kitman’ atau menyembunyikan wahyu. FATHONAH Fathonah ertinya bijaksana. Mustahil bagi seseorang Rasul itu bersifat bodoh atau jahlun. Dalam menyampaikan ayat Al-Quran dan kemudian menjelaskannya dalam puluhan ribu hadis memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa. Baginda SAW harus mampu menjelaskan firman-firman Allah SWT kepada kaumnya sehingga mereka mahu memeluk Islam. Nabi juga harus mampu berdebat dengan orang-orang kafir dengan cara yang sebaik-baiknya. Apatah lagi Baginda mampu mengatur umatnya sehingga berjaya mentransformasikan bangsa Arab jahiliah yang asalnya bodoh, kasar/bengis, berpecah-belah serta sentiasa berperang antara suku, menjadi satu bangsa yang berbudaya dan berpengetahuan. Itu semua memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa. Semoga kita dapat menerapkan 4 sifat Baginda SAW di atas di dalam kehidupan kita dan mendapat keredhaan Allah SWT. Wallahua’lam. #Akhlak Rasulullah #dakwahcyber @ilmuilahi
نمایش همه...
Nasihat Imam Ibnu Athaillah dalam Al-Hikam perlu kita renungi, "Kemaksiatan yang menimbulkan rasa hina dan penyesalan, lebih baik dari ketaatan yang melahirkan bangga dan kesombongan." Tetaplah rendah hati, karena keangkuhan adalah awal dari semua kejatuhan. Jangan sombong di depan orang tawadhu, nanti kau dipermalukan. Jangan pula rendah hati di depan orang sombong, nanti kau dihinakan. #tarbiah @ilmuilahi
نمایش همه...
umnya mengingatkan manusia untuk berhati-hati dalam memilih pemimpin. Orang yang tidak beramanah dan tidak mahir, tetapi tetap mahu menggalas amanah itu pasti mempunyai niat serta keinginan tertentu. Apatah lagi, kehidupan manusia pada zaman ini semakin mencabar. Misalnya, perkembangan teknologi, khususnya media sosial turut mampu mempengaruhi persepsi manusia. Penilaian atau perspektif manusia dibuat cukup dengan satu gambar atau beberapa minit video lalu ‘hukuman’ dijatuhkan. “Zaman ini maklumat beredar pantas dan hampir semua orang mahu membincangkan setiap isu walaupun mereka tiada keahlian. “Akhirnya ramai menjadi ‘pakar segera’ atau instant scholar. Apabila datang sesuatu isu, maka mereka beramai-ramai meluahkan pelbagai pandangan di media sosial meskipun ia lebih bersifat sentimen dan emosi serta bukan atas dasar ilmu,” katanya. Imam al-Ghazali mengkategorikan manusia kepada empat kumpulan. Kumpulan pertama, golongan yang sedar mereka tahu, kumpulan ini wajar dipuji kerana keilmuannya. Kumpulan kedua tidak menyedari mereka tahu hingga perlu disedarkan dengan keilmuan mereka. Kumpulan ketiga, golongan maklum mereka tidak tahu, sekali gus mempunyai kesedaran untuk menuntut ilmu. Bagaimanapun, kumpulan keempat tidak sedar yang mereka tidak tahu. Kelompok itu boleh dikatakan ramai pada masa kini, iaitu mereka bukan sekadar tidak tahu dengan kejahilan sendiri, tetapi berbangga dengan kejahilan. Mohd Khairul Naim berkata, istilah bodoh sombong sesuai dinamakan untuk kumpulan ini. Justeru, ramai mahu mengurus urusan umum tanpa sedar mereka tiada keahlian dalam urusan berkenaan. Istilah inilah disebut Nabi SAW sebagai Ruwaibidhah. #MuhasabahDiriBersama @ilmuilahi
نمایش همه...
Waspada golongan Ruwaibidhah Fenomena akhir zaman banyak sekali disebut dalam al-Quran dan hadis. Hal ini menjelaskan banyaknya cabaran terhadap keimanan kita yang melalui kehidupan semakin jauh daripada Rasulullah SAW. Antara yang paling kerap ditemukan kebelakangan ini adalah kemunculan golongan Ruwaibidhah. Ruwaibidhah ialah kalimah bahasa Arab, iaitu rabhidah yang merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan. Golongan Ruwaibidhah kerap disebut dalam hadis, malah Rasulullah SAW mengaitkan ruwaibidhah dengan zaman paling ditakuti. Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah) Pensyarah Kanan, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin, berkata hadis itu menerangkan dua aspek, iaitu keadaan ketika berlaku dan individu yang berada dalam waktu berkenaan. “Pada aspek ‘keadaan’, Nabi Muhammad SAW menyebut pada masa akan datang dunia penuh dengan penipuan dan tipu daya. “Ini berlaku apabila orang yang berdusta lebih dipercayai, manakala mereka yang berkata benar ditolak dan didustakan. “Ia zaman tipu daya apabila amanah dan tanggungjawab diserahkan kepada pengkhianat sebaliknya mereka yang amanah pula dikhianati,” katanya. Mohd Khairul Naim mengingatkan Imam Ibnu Majah meletakkan hadis itu dalam Kitab al-Fitan (Fitnah) dan mewujudkan bab khusus, iaitu Zaman yang Dahsyat (Syiddah al-Zaman). Jika ditelusuri hadis lain seumpama dengannya, kewujudan golongan Ruwaibidhah dikaitkan dengan tanda akhir zaman. Sebagai contoh, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila amanah disia-siakan, maka tunggu datangnya kiamat.” Lalu ada bertanya, “Bagaimana amanah itu disia-siakan?” Maka, Baginda menjawab: “Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (HR Bukhari) Pensyarah Kanan, Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin. Tambah Mohd Khairul Naim, hadis itu menyentuh aspek amanah dikhianati dan urusan dijalankan orang yang bukan ahlinya. Siapakah mereka yang termasuk definisi golongan Ruwaibidhah? Mohd Khairul Naim berkata, walaupun hadis tidak menyebut secara langsung kaitan amanah dengan pemimpin, lafaz hadis terakhir, iaitu ‘amr al-‘ammah’ merujuk kepada urusan umum atau besar. Kebiasaannya orang yang terbabit urusan sedemikian adalah dalam kalangan orang politik. “Apatah lagi lafaz hadis lebih awal berkait amanah, maka antara ‘amanah’ paling besar ialah kemaslahatan umum. “Namun, ia tidak menafikan keperluan kita memilih pemimpin betul pada setiap peringkat untuk setiap bidang supaya amanah dipegang dilaksanakan baik,” katanya. Dalam hal ini Islam mempunyai kriteria menentukan dan memilih pemimpin. Misalnya perkataan ulil amr dalam surah al-Nisa’ ayat 29: “Wahai orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan uli al-amri di antara kamu,” yang ditafsirkan ulama sebagai pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara. Oleh kerana ia dinyatakan Allah SWT dengan arahan kewajipan untuk patuh, maka pemimpin dilantik perlu memenuhi kriteria sesuai jawatan dipegang. “Perbahasan ini sudah pasti perlu disyarahkan panjang lebar dlm wacana fiqh. Namun secara umumnya pemilihan pemimpin perlu dilihat dalam konteks kesesuaian organisasi yang mahu dipimpinnya. “Pemilihan tidak boleh didsrkan atas sentimen, emosi dan khabar angin sebaliknya berasaskan fakta sebenar. “Oleh sebab maslahah dipegang besar, maka perlu dipilih pemimpin beramanah, berakhlak dan bertatasusila luhur, selain memiliki visi dan matlamat jelas serta utuh dengan prinsip perjuangan,” katanya. Md Khairul Naim berkata, hadis ini umum
نمایش همه...