cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Tolak WAHABI

Membongkar penyelewengan fahaman Wahabi bagi mempertahankan ASWJ.

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
3 511
مشترکین
+124 ساعت
+97 روز
+1130 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Al-Hafiz Abu al-Fadhl al-‘Iraqi pernah ditanya tentang hadis ini, maka jawab beliau: Semua perawi dalam sanadnya telah dinilai thiqah oleh ulama Mutaqaddimin (terdahulu) dan pada sesetengah mereka ada yg dikritik oleh ulama Muta’akhirin (terkemudian). Tiada padanya yang dikritik melainkan Muhammad bin Zanbur al-Makki dan al-Harith bin ‘Umair. Kedua-dua mereka telah dinilai thiqah oleh segolongan imam hadith. Namun, yang pertama (Muhammad bin Zanbur) dinilai oleh Ibn Khuzaimah sebagai dhaif, dan yang kedua (al-Harith bin ‘Umair) pula dinilai oleh Ibn Hibban sebagai dhaif. Hadis ini turut dimuatkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Amalinya, kata beliau: al-Harith, kami tidak nampak sebarang kritikan ulama Mutaqaddimin terhadapnya, bahkan beliau dipuji oleh Hammad bin Zaid, sedangkan beliau lebih tua daripadanya, serta diniliai thiqah oleh para pengkritik hadis seperti Ibn Ma‘in, Abu Hatim dan an-Nasa’i. Riwayat beliau dikeluarkan oleh al-Bukhari secara ta‘liq, Ibn Hibban dan pengarang2 kitab as-Sunan. Ibn Hibban merekodkannya dalam ad-Dhu‘afa’, namun beliau agak berlebihan dalam mendaifkannya. Adapun perawi yang di atasnya, maka jangan ditanya tentang hal mereka kerana ketokohan besar mereka. Kata beliau lagi: Ibn al-Jauzi agak berlebihan hingga mencatatkan hadis ini di dalam kitab al-Maudhu‘at. Barangkali beliau berasa agak ganjil terhadap ganjaran pahala yang terdapat padanya, jika tidak, maka hal para perawinya adalah sebagaimana yang anda telah lihat. Sekian”. 4. Ternyata penilaian Ibn al-Jauzi terhadap al-Harith masih dipertikaikan. Dlm Tahzib al-Tahzib, al-Hafiz Ibn Hajar telah menolak punca kepalsuannya daripada al-Harith, katanya: “Apa yg jelas bagiku, bahawa kecacatan pada hadis ini adalah daripada perawi di bawah al-Harith.” Ya, kenyataan ini seolah-olah beliau menyokong penilaian Ibn al-Jauzi. Namun, ungkapannya dalam kitab Amali seperti yang dinukilkan oleh Imam as-Suyuti di atas menunjukkan jelas beliau tidak menilainya ssebagai palsu. Kenyataan Imam as-Suyuti turut disokong oleh al-Hafiz Ibn ‘Arraq dalam (تنزيه الشريعة المرفوعة). Bahkan, beliau menambah terdapat riwayat sokongan, katanya: “Ia turut datang daripada hadis Abu Ayyub RA, yang dikeluarkan oleh ad-Dailami dlm Musnad al-Firdaus. Saya katakan: Pada sanadnya daif. وَالله تَعَالَى أعلم”. 5. Jelasnya, hadis di atas tidak disepakati palsu, malah ia hanya berkaitan bab doa & zikir. Di dalam mazhab Syafii, bab doa, zikir dan yang seumpamanya mempunyai ruang yang cukup luas, tidak sepertimana bab-bab ibadah yang lain. Harus mengamalkan hadis daif di dalam bab ini selamamana tidak disepakati sebagai palsu. Sebagaimana yang dapat kita lihat praktiknya pada karya2 ulama besar Syafii seperti: kitab ‘Amal al-Yaum wal-Lailah oleh Imam Ibn as-Sunni, kitab ad-Da‘awat oleh Imam al-Baihaqi, Bidayah al-Hidayah oleh Imam al-Ghazali, al-Azkar oleh Imam an-Nawawi, al-Hisn al-Hasin oleh Imam al-Jazari, al-Qaul al-Badi‘ oleh al-Hafiz as-Sakhawi, ‘Amal al-Yaum wal-Lailah dan Da‘i al-Falah fi Azkar al-Masa’ wa as-Sobah oleh Imam as-Suyuti, dan lain-lain. 6. Iktikad al-Hafiz Ibn al-Jauzi terhadap hadis berkenaan sebagai palsu juga tidak semestinya dipaksakan kepada orang lain yang menganggap hadis tersebut sebagai daif sahaja yang harus diamalkan dalam bab fadha’il amal. Bahkan, jika beliau menganggap amalannya selama 30 tahun itu sia-sia, maka sia-sialah ia. Ini tidak sama dengan amalan orang yang terus mengharapkan ganjaran pahala dan kelebihannya daripada Allah Subahanahu wa Ta'ala , yang jika Dia izinkan, ia akan memperolehinya dengan kemurahan dan kelembutan-Nya. 7. Ramai ulama besar dan muktabar yang menganjurkan pengamalannya. Antara mereka ialah tokoh ulama besar Madinah di zamannya, imam ilmu naqli dan aqli, yang menguasai ilmu syariat dan hakikat, alim hadis dan sufi yang masyhur, al-Imam al-‘Allamah al-‘Arif al-Kabir Syeikh Ahmad al-Husaini al-Madani al-Qusyasyi (w. 1071H). Beliau telah menyebarkan pengamalannya sebagai bacaan wirid selepas solat yang terkenal sebagai ‘al-Awrad al-Qusyasyiyyah’.
نمایش همه...
👍 3
Hadis Baca Al Fatihah Selepas Solat Ulasan Isu “HADIS PALSU KEBAIKAN BACA AL-FATIHAH SELEPAS SOLAT: Teladan Kisah Dari Imam Ibn al-Jauzi Rahimahullah” Oleh : Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni 1. Pertamanya, di dalam bidang hadis, kedudukan dua tokoh terkenal iaitu Imam al-Hakim yang bersikap tasahul (longgar) dan al-Hafiz Ibn al-Jauzi yang bersikap tasyaddud (keras) sudah menjadi satu realiti umum yang sedia dimaklumi. Maka, mana-mana hukum hadis daripada mereka tidak akan dinukilkan secara bersendirian tanpa disertai dengan persetujuan mana-mana ulama hadis yang lain. Ini bagi mengelakkan kesalahan dalam memutuskan hukum sesuatu hadis. 2. Dalam isu di atas, hukum hadis yang dipetik ternyata hanya daripada al-Hafiz Ibn al-Jauzi sahaja (merujuk kepada bahagian artikel yang dikerat dan diviralkan). Ia mungkin boleh dipertikaikan dan tidak dapat diterima sepenuhnya kerana beberapa faktor. Antaranya, al-Hafiz Ibn al-Jauzi hanya menukilkan kritikan (jarh) yang berat sahaja mengenai perawinya al-Harith bin ‘Umair, sedangkan ada pujian (ta‘dil) yang baik terhadapnya tidak dikemukakan oleh beliau. Ibn al-Jauzi menyebut: هذا حديث موضوع، تفرد به الحارث بن عمير. قال أبو حاتم بن حبان: كان الحارث ممن يروى عن الاثبات الموضوعات. روى هذا الحديث ولا أصل له، وقال أبو بكر محمد بن إسحاق بن خزيمة: الحارث كذاب ولا أصل لهذا الحديث. Sedangkan dengan merujuk kepada Tahzib al-Tahzib, didapati banyak penilaian terhadap beliau sebagai perawi thiqah oleh imam2 besar pengkritik hadis seperti Ibn Ma‘in, Abu Hatim dan an-Nasa’i. Malah, riwayat beliau terdapat dalam Sahih al-Bukhari secara ta‘liq, Sunan Abi Dawud, Sunan an-Nasa’i, Sunan at-Tirmizi dan Sunan Ibn Majah. Antara yang menilai beliau sebagai thiqah: قال أبو حاتم عن سليمان بن حرب: كان حماد بن زيد يقدم الحارث بن عمير ويثني عليه. زاد غيره: ونظر إليه فقال: هذا من ثقات أصحاب أيوب، وقال ابن معين وأبو حاتم والنسائي: ثقة، وقال أبو زرعة: ثقة رجل صالح. قلت: وقال البرقاني عن الدارقطني: ثقة، وكذا قال العجلي. Maka, kedudukan perawi yang dipertikai seperti ini menyebabkan riwayatnya tidak boleh terus dianggap palsu atau terus dianggap sahih. Ia perlu kepada kajian secara observasi terhadap riwayat-riwayatnya. Sekurang-kurangnya ia berada pada kedudukan daif. Dengan alasan ini, hukum palsu al-Hafiz Ibn al-Jauzi boleh dipertikaikan dan ditolak. Dalam kitab Taqrib al-Tahzib, Ibn Hajar merumuskan statusnya secara adil demikian: “Al-Harith bin ‘Umair... dinilai thiqah oleh jumhur ulama hadis. Namun, terdapat dalam hadis-hadisnya riwayat-riwayat yang munkar, maka beliau didaifkan dengan sebabnya oleh al-Azdi, Ibn Hibban dan selain mereka. Boleh jadi kerana hafalannya berubah di akhir hidupnya.” 3. Imam as-Suyuti antara yang tidak bersetuju dengan hukum palsu Ibn al-Jauzi, katanya (dalam Jami' al-Ahadith): "حب" [ابن حبان] في الضعفاء وابن السني في عمل يوم وليلة وأبو منصور السحابي في الأربعين وأورده ابن الجوزي في الموضوعات وقال: تفرد به الحارث ابن عمير وكان يروي الموضوعات عن الأثبات، وسئل الحافظ أبو الفضل العراقي عن هذا الحديث؟ فقال رجال إسناده وثقهم المتقدمون، وتكلم في بعضهم المتأخرون، وليس فيه محل نظر إلا محمد بن زنبور المكي والحارث بن عمير، وكل منهما وثقه جماعة من الأئمة وضعف الأول ابن خزيمة، والثاني "حب ك" [ابن حبان والحاكم]، وأورده الحافظ ابن حجر في أماليه، وقال: الحارث لم نر للمتقدمين فيه طعنا بل أثنى عليه حماد بن زيد وهو أكبر منه، ووثقه النقاد ابن معين، وأبو حاتم والنسائي وأخرج له "خ حب" [البخاري وابن حبان] تعليقا وأصحاب السنن، وذكره "حب" [ابن حبان] في الضعفاء فأفرط في توهينه، أما من فوقه فلا يسأل عن حالهم لجلالتهم، قال: وقد أفرط ابن الجوزي فذكر هذا الحديث في الموضوعات، ولعله استعظم ما فيه من الثواب وإلا فحال رواته كما ترى انتهى. [كنز العمال: 5056] Terjmahan: “(Riwayat) Ibn Hibban dalam al-Dhu‘afa', Ibn Sunni dalam ‘Amal Yaum wa Lailah dan Abu Mansur al-Sahabi dalam al-Arba‘in. Ibn al-Jauzi memuatkannya dalam kitab al-Maudhu‘at dan katanya: Diriwayatkan secara bersendirian oleh al-Harith bin ‘Umair, yang meriwayatkan hadis-hadis palsu daripada perawi2-perawi thabit (thiqah).
نمایش همه...
Amalan wirid tersebut sangat masyhur diamalkan di Nusantara sehingga orang lupa nama tokoh asal yg mengembangkannya. Wirid selepas solat ini juga dimuatkan dalam karya2 ulama Nusantara kita seperti dalam: ‘Senjata Tok Haji dan Tok Lebai’ oleh al-‘Allamah al-Kabir Syeikh Abdul Qadir al-Mandili dan ‘Wirid2 Lepas Sembahyang Dengan Doanya’ oleh al-‘Allamah al-Kabir Syeikh Hj. Zakaria Ahmad Wan Besar. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan kepada alim ulama kita dengan ganjaran yg besar. Amin. Wallahu a‘lam.
نمایش همه...
4👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Salah seorang sahabat Nabi bernama Amr bin Al Ash (semoga Allah meridhoinya) berwasiat: “Jika kalian telah menguburkan jasadku kelak, berdirilah kalian di sekitar kuburku selama kira-kira unta disembelih sampai dibagi-bagikan dagingnya, supaya aku bisa merasakan ketenangan bersama kalian dan aku tahu apa yang harus aku lakukan terhadap malaikat utusan tuhanku.” (HR. Muslim) Imam Nawawi (semoga Allah merahmatinya) berkata: “Imam Syafi’i (semoga Allah merahmatinya) berkata: dianjurkan membaca Al Quran di dekat kuburan orang yang telah meninggal dunia. Kalau dibaca sampai khatam tentu lebih baik.” (Riyadhus Shalihin) Begitulah ajaran para ulama Ahlussunnah wal Jamaah. Kemudian, seorang Wahabi bernama Ibnul Utsaimin berkomentar: “Ini hanyalah sebuah ijtihad yang dilakukan oleh Amr bin Al Ash. Tapi ini ijtihad yang tidak kami setujui (?!). Sebab, petunjuk Nabi lebih baik daripada petunjuknya (?!). … Adapun membaca Al Quran di kuburan, maka yang lebih sahih hukumnya adalah makruh (?!) dan termasuk bid’ah (?!), sedangkan Nabi bersabda, ‘Setiap bid’ah adalah sesat.’ Jadi, minimal hukumnya makruh.” (Syarh Riyadhus Shalihin, Ibnul Itsaimin) Jadi, jelas ya perbedaan antara ajaran Ahlussunnah dan ajaran Wahabi. Kredit : Ustaz Danang
نمایش همه...
1
Tiga Tema Utama dalam Sifat 20: [1] Kewujudan Allah [2] Kesucian Allah [3] Kesempurnaan Allah Dan ketiga-tiga tema ini terhimpun pada: “Keesaan Allah” Nota: Golongan Mulhidah atau Atheis menolak kewujudan Allah atau pencipta bagi alam ini. Golongan Mujassimah, Mushabbihah, Hashwiyyah dan Wahhabiyyah amat lemah pada akidah berkenaan kesucian Allah dan mereka melampau-melampau pada akidah kesempurnaan Allah sehingga menyifatkan Allah dengan sifat2 a’yan, sifat2 kejisiman dan sifat2 kemanusiaan (tetapi bukan manusia). Golongan Mu’attilah seperti Jahmiyyah dan Muktazilah amat lemah pada akidah berkenaan kesempurnaan Allah dan mereka melampau2 pada akidah kesucian Allah sehingga mereka menafikan sifat2 ma’ani bagi Allah. Sesiapa yang faham akidah Sifat 20 dengan betul walaupun secara asas, maka dia selamat dari akidah ilhad, tajsim dan ta’til seperti yang disebutkan. Pengajian Sifat 20 sebenarnya amat jelas dan mudah. Ia menjadi kabur, jika pengajarnya kabur atau kerana ada golongan licik yang mengkaburkannya. Belajarlah daripada guru ASWJ yang benar-benar faham. Alhamdulillah atas nikmat pengajian Sifat 20 dan manhaj ASWJ. PENUNTUT ILMU
نمایش همه...
👍 5 1
Aras pemikiran wahhabi Belajar kitab turath katanya 'downgrade ilmu'. Di Malaysia, masa kecil lagi ibu dan ayah dah hantar anak-anak kelas mengaji al Quran atau sekolah agama belajar asas fardhu ain. Beruntung umat Islam di Malaysia mengaji kitab 40 Hadis Imam An Nawawi di Festival Turath Islami bersama Sheikh Dr Ali Jum'ah sampai khatam. Apatah lagi kitab ini akan digunakan sebagai silibus dalam KPM. Ia perlu diajarkan dengan pemahaman yang benar dan sahih mengikut ASWJ. Imam An Nawawi bukan calang-calang ulamak. Beliau merupakan ulamak Ahli Sunnah Wal Jama'ah - Asya'irah yang pakar hadis, mujtahid fatwa dalam mazhab Syafie. Jika nak belajar sejarah pula, di sekolah memang ada belajar sirah, pendidikan sejarah. Ilmuwan ulung seperti Prof dr Syed Naquib al Attas yang mengasas ISTAC, CASIS juga ada menulis sejarah. Bahkan banyak pembentangan ilmiyah yang dianjurkan oleh institusi ini. Dr Hasanuddin Yusof pengasas MAPTAM banyak membentang, menulis buku dan dijemput membentangkan kertas kerja, kursus etc berkaitan sejarah tamadun Melayu. https://maptami.wordpress.com/about/ . Jadi bagi pengkritik ini - Kitab Sahih Bukhari, Muslim serta sunan sittah lainnya, termasuk kitab para ulamak muktabar seperti al Umm, al Risalah, Riyadussolihin, Fathul Bari yang mensyarahkan Kitab Sahih Bukhari disusun Imam Ibnu Hajar al Asqolani, Al Minhaj Syarh Sahih Muslim disusun Imam An Nawawi, dan pelbagai kitab yang diperlukan dalam disiplin ilmu rupanya bagi penganut wahhabi adalah merendahkan darjat ilmu sebab ia kitab turath. Padahal kitab-kitab ini juga yang dirujuk oleh para alim ulamak seluruh dunia. Patutlah bejatnya ajaran wahhabi yang diwarisi dari khawarij. Na'uzubillahi minzalik ! Kredit : Komik Kamu Serang Kami Terang
نمایش همه...
TENTANG KAMI

Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam (MAPTAMI) Ditubuhkan pada 2015 dengan nama asalnya ialah MAPTIN (Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara). Kemudian, ianya ditukar atas faktor …

👍 1 1
Photo unavailableShow in Telegram
Imam Syafie Mengkhatamkan Al-Quran di Kubur al-Imām al-Layth bin Sa’d Ketika di Mesir: Riwayat Ibnu al-Qaṭṭān al-ʿAsqalānī * * * * * Imam mazhab kita, al-Imām al-Mujaddid [kurun ke-2] al-Mujtahid Muḥammad bin Idrīs al-Shāfiʿī (w.204H) pernah mengkhatamkan Al-Quran di sisi kubur al-Imām al-Layth bin Saʿd (w.175H). Al-Imām Muḥammad bin ʿAlī bin Muḥammad Ibnu al-Qaṭṭān al-ʿAsqalānī (w.813H) menyebut di dalam kitabnya “al-Qawl bi al-Iḥsān al-ʿAmīm fī Intifāʿ al-Mayyit bi al-Qur’ān al-ʿAẓīm” : وفتح واشتهر أو وتواتر أن الشافعي رحمه الله أثنى عليه خيراً متزايداً، وذكر أنه كان أفقه من غيره ممن هو من أكابر السادات العلماء، ولكن أضاعوه أصحابه، وقرأ عنده ختمة، وقال: أرجو أن تدوم القراءة عنده “Dan telah terbuka dan masyhur atau mutawātir riwayat bahawa sesungguhnya [Imam] al-Shāfiʿī – semoga Allah merahmatinya – telah memuji beliau (al-Imām al-Layth bin Saʿd) dengan pujian yang banyak dan menyatakan bahawa beliau pada hakikatnya lebih faqih berbanding ulama’ selain beliau dari kalangan tokoh-tokoh ulama’. Akan tetapi, para aṣḥābnya telah mengabaikan [penyebaran mazhab beliau]. Dan beliau (Imam Syafie) membaca Al-Quran di sisi [kubur]nya dengan satu kali khatam dan berkata: “Aku berharap agar pembacaan Al-Quran berterusan dilakukan di sisinya (kuburnya).” Al-Imām Ibnu al-Qaṭṭān menambah: كذلك دائمة لا تنقطع “Maka begitulah, ia (bacaan Al-Quran) dilakukan [di sisi kuburnya] tidak terputus.” Amalan membaca Al-Quran di sisi kubur para Muslimin sebenarnya telah menjadi amalan umat Islam sejak zaman berzaman dan diterima oleh ijmāʿ sebelum muncul dakwaan golongan ekstrim Wahhabi yang menggunakan istilah takfir “Quburiyyun” atau “Penyembah Kubur” atau “bid’ah dan sesat” terhadap amalan ini. Mereka mengkafirkan, memerangi dan membunuh para Muslimin dengan alasan Takfir sebegini. Kesannya masih dapat dilihat pada sikap para pengikut Wahhabi sehingga ke hari ini. Kredit : Dr Abdullaah Jalil
نمایش همه...
👍 3 1