2 082
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-27 روز
-230 روز
آرشیو پست ها
2 082
RSN Rayer Jangan Cetus Persepsi Buruk Terhadap Institusi Kehakiman
https://umno-online.my/2026/10/15/rsn-rayer-jangan-cetus-persepsi-buruk-terhadap-institusi-kehakiman/
KUALA LUMPUR, 15 Okt – “Apa pandangan dunia terhadap negara kita jika keputusan mahkamah boleh dipersoalkan sehingga Perdana Menteri boleh diminta membuka semula sesuatu kes?” Demikian bidas Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib yang tegas menyuarakan pendirian bahawa keputusan mahkamah wajib dihormati dan tidak seharusnya dipertikaikan sewenang-wenangnya, khususnya dalam persidangan Dewan Rakyat sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah wujud pihak yang lebih berkuasa [...]
2 082
Kerajaan Dalam Sindrom Ketakutan, Terus Menekan UMNO
https://umno-online.my/2026/10/15/kerajaan-dalam-sindrom-ketakutan-terus-menekan-umno/
PULAU PINANG, 15 Okt – Tindakan pendakwaan terhadap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin, menimbulkan persoalan mengenai tekanan berterusan terhadap UMNO, ketika parti itu terus berdepan pelbagai cabaran politik. Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican, yang merupakan sebahagian daripada pasukan [...]
2 082
Akta Perkhidmatan Parlimen 2025: 53 Pegawai Setuju Sertai Skim Baharu Setakat Ini – Azalina
https://umno-online.my/2026/10/15/akta-perkhidmatan-parlimen-2025-53-pegawai-setuju-sertai-skim-baharu-setakat-ini-azalina/
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Sebanyak 53 pegawai Parlimen setakat ini bersetuju menyertai skim perkhidmatan baharu susulan penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (Akta 869) pada l Okt lepas yang mengembalikan autonomi pentadbiran perkhidmatan institusi itu selepas lebih tiga dekad. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata jumlah itu merangkumi 34 pegawai Dewan [...]
2 082
Memahami Kalimah Lighad: Antara Tafsir Muktabar Dan Penghayatan Al-Quran Dalam Konteks Semasa
https://umno-online.my/2026/10/15/memahami-kalimah-lighad-antara-tafsir-muktabar-dan-penghayatan-al-quran-dalam-konteks-semasa/
Majlis Ulama UMNO Malaysia (MUUM) mengambil perhatian terhadap polemik berhubung penggunaan kalimah lighad (لِغَدٍ) daripada Surah al-Hashr ayat 18 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, khususnya susulan kritikan yang dibangkitkan oleh Senator Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz. MUUM berpendapat bahawa persoalan ini perlu diperjelaskan berdasarkan disiplin tafsir yang [...]
2 082
China Sokong Malaysia Jadi Anggota Penuh BRICS, Perkukuh Kerjasama ASEAN – China – GCC
https://umno-online.my/2026/10/15/china-sokong-malaysia-jadi-anggota-penuh-brics-perkukuh-kerjasama-asean-china-gcc/
BEIJING, 15 Okt – China sekali lagi menyatakan sokongan terhadap hasrat Malaysia untuk menjadi anggota penuh BRICS, selain berharap Putrajaya terus memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan kerjasama antara Beijing dengan negara-negara ASEAN. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sokongan itu ditegaskan semula dalam perbincangan beliau bersama rakan sejawatnya Ding Xuexiang di Great Hall of People, [...]
2 082
Program SINAR Bantu 1,204 PMKS, Perluas Peluang Tembusi Rantaian Bekalan – Mohamad Alamin
https://umno-online.my/2026/10/15/program-sinar-bantu-1204-pmks-perluas-peluang-tembusi-rantaian-bekalan-mohamad-alamin/
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Seramai 1,204 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima manfaat menerusi Program Sokongan Industri dan Perniagaan Rakyat (SINAR) setakat 30 Sept lepas, dalam usaha membantu perusahaan tempatan menangani cabaran ekonomi dan memperkukuh daya saing perniagaan. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Alamin berkata program yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi [...]
2 082
Perteguh Perpaduan, Mantapkan Persiapan PRN Melaka
https://umno-online.my/2026/10/15/perteguh-perpaduan-mantapkan-persiapan-prn-melaka/
MASJID TANAH, 15 Okt – Semangat perpaduan dan iltizam perjuangan menjadi fokus utama Mesyuarat Penaziran Pemuda UMNO Malaysia bersama Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah yang berlangsung malam ini sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid, berkata pertemuan itu menjadi platform penting untuk menyelaras gerak kerja, memperkemas [...]
2 082
Pan Borneo Sabah: Cari Penyelesaian, Bukan Saling Menyalahkan
https://umno-online.my/2026/10/15/pan-borneo-sabah-cari-penyelesaian-bukan-saling-menyalahkan/
KOTA KINABALU, 15 Okt – Kelewatan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A perlu ditangani melalui kerjasama semua pihak dan penambahbaikan proses pelaksanaan, bukannya dengan menuding jari kepada Kerajaan Negeri Sabah, kata Ketua Merinyu Projek merangkap Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak. Beliau berkata, kelewatan projek itu melibatkan pelbagai faktor teknikal, pentadbiran dan kewangan yang memerlukan penyelarasan berkesan [...]
2 082
Gaji Minimum Lebih Tinggi Perlu Disokong Peningkatan Produktiviti
https://umno-online.my/2026/10/15/gaji-minimum-lebih-tinggi-perlu-disokong-peningkatan-produktiviti/
IPOH, 15 Okt – Kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 perlu disusuli peningkatan produktiviti pekerja dan kecekapan operasi perniagaan bagi memastikan pertambahan pendapatan rakyat dapat dikekalkan tanpa menjejaskan daya saing ekonomi serta peluang pekerjaan. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Iqbal Jamal Jamaludin berkata, keupayaan negara menghasilkan nilai ekonomi yang lebih tinggi menjadi faktor penting dalam memastikan majikan mampu [...]
2 082
Tragedi Lori Balak: Suhaimi Nasir Desak Siasatan Telus
https://umno-online.my/2026/10/15/tragedi-lori-balak-suhaimi-nasir-desak-siasatan-telus/
SANDAKAN, 15 Okt – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir, mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori balak di Batu 27, Sandakan, yang mengorbankan seorang wanita dan mencederakan beberapa individu lain. Dalam kejadian itu, lori balak berkenaan dilaporkan hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori pembawa barang, beberapa kenderaan yang diparkir serta sebuah gerai di [...]
2 082
Kenyataan Rayer Cetus Kekeliruan, Cabar Kewibawaan Perlembagaan
https://umno-online.my/2026/10/15/kenyataan-rayer-cetus-kekeliruan-cabar-kewibawaan-perlembagaan/
BENTONG, 15 Okt – Pandangan secara terbuka yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berhubung kes Yayasan Akalbudi melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai cubaan memainkan persepsi politik yang boleh menjejaskan keharmonian Kerajaan Perpaduan. Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Senator Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, kenyataan Ahli Parlimen DAP itu di Dewan [...]
2 082
Warden Sepenuh Masa Perlu Diperluas, Kurangkan Beban Guru
https://umno-online.my/2026/10/15/warden-sepenuh-masa-perlu-diperluas-kurangkan-beban-guru/
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Kerajaan disaran menyediakan peruntukan khas dalam Belanjawan Negara bagi melaksanakan pelantikan warden sepenuh masa secara berperingkat di sekolah-sekolah berasrama seluruh negara bagi mengurangkan beban guru serta memperkukuh aspek disiplin, keselamatan dan kebajikan pelajar. Pengerusi MARA merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, guru sepatutnya diberikan ruang untuk menumpukan perhatian kepada tugas hakiki [...]
2 082
Reformasi AIAC Perkukuh Malaysia Sebagai Hab ADR Antarabangsa – Azalina
https://umno-online.my/2026/10/14/reformasi-aiac-perkukuh-malaysia-sebagai-hab-adr-antarabangsa-azalina/
KUALA LUMPUR, 14 Okt – Reformasi melibatkan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), termasuk penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC bertujuan memperkukuh kewibawaan Malaysia sebagai hab antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) yang diyakini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata komitmen kerajaan untuk menyokong AIAC, pada masa sama menghormati kebebasan [...]
2 082
Jerebu: Malaysia, Indonesia Bincang Kerjasama Tangani Kebakaran Hutan – Mohamad Hasan
https://umno-online.my/2026/10/14/jerebu-malaysia-indonesia-bincang-kerjasama-tangani-kebakaran-hutan-mohamad-hasan/
PUTRAJAYA, 14 Okt – Malaysia dan Indonesia telah mengadakan perbincangan bagi meneroka bentuk kerjasama untuk menangani kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera yang menjadi punca jerebu rentas sempadan. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perbincangan itu melibatkan kementerian dan agensi berkaitan daripada kedua-dua negara, termasuk Kementerian Luar (KLN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), serta Majlis Keselamatan Negara (MKN). [...]
2 082
Tak Banyak Alasan: Pemuda UMNO Putrajaya Terus Santuni Rakyat
https://umno-online.my/2026/10/14/tak-banyak-alasan-pemuda-umno-putrajaya-terus-santuni-rakyat/
PUTRAJAYA, 14 Okt – Komitmen menyantuni rakyat diteruskan menerusi penyerahan sumbangan bakul makanan ‘Tak Banyak Alasan’ Fasa Ketiga kepada warga Putrajaya di Presint 11 oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Dr Tengku Iqbal Munawwir Tengku Adnan. Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan beban penerima, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup, selain memastikan kebajikan masyarakat terus mendapat perhatian. Menurut Dr Tengku Iqbal, [...]
2 082
Kerajaan Perlu Guna Kaedah Perbelanjaan Pembangunan Berasaskan Keberhasilan
https://umno-online.my/2026/10/14/belanjawan-kerajaan-diseru-guna-kaedah-perbelanjaan-pembangunan-berasaskan-keberhasilan/
KUALA LUMPUR, 14 Okt – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad berpandangan bahawa kerajaan perlu menggunakan kaedah perbelanjaan pembangunan berasaskan keberhasilan. Ujarnya, kerajaan perlu melihat struktur perbelanjaan yang membentuk belanjawan, bukan sekadar angka defisit sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Saya ingin memulakan dengan mendukung usaha kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal secara berperingkat. Defisit fiskal yang [...]
2 082
Pelaburan Di Melaka RM14.68 Bilion Bukti ‘BN Sayang Rakyat’
https://umno-online.my/2026/10/14/pelaburan-di-melaka-rm14-68-bilion-bukti-bn-sayang-rakyat/
MELAKA, 14 Okt – Pencapaian pelaburan berjumlah RM14.68 bilion pada tahun 2025 yang disifatkan sebagai rekod tertinggi dalam sejarah Melaka menjadi sandaran penting kepada Barisan Nasional (BN) negeri untuk memperkukuh naratif keberkesanan pentadbiran di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, perkembangan positif dalam sektor pelaburan, ekonomi dan pelancongan [...]
2 082
Sayap UMNO Sabah Perkukuh Penyelarasan Gerak Kerja
https://umno-online.my/2026/10/14/sayap-umno-sabah-perkukuh-penyelarasan-gerak-kerja/
KOTA KINABALU, 14 Okt – Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah terus memperkukuh kerjasama serta penyelarasan gerak kerja organisasi menerusi Mesyuarat Khas Pengurusan kedua-dua pergerakan yang berlangsung di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Kota Kinabalu, semalam. Mesyuarat tersebut menjadi platform penting bagi menyelaras perancangan program, memperkemas pelaksanaan aktiviti serta membincangkan hala tuju gerak kerja bagi memastikan kedua-dua [...]
2 082
Kabin Coop Mart Perlu Dimanfaat, Jana Ekonomi Ummah – Abdul Fattah
https://umno-online.my/2026/10/14/kabin-coop-mart-perlu-dimanfaat-jana-ekonomi-ummah-abdul-fattah/
KUALA LUMPUR, 14 Okt – Pembangunan koperasi kariah masjid berpotensi membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada masyarakat menerusi aktiviti perniagaan yang berdaya maju, selain memperkukuh peranan masjid sebagai pusat penyatuan komuniti dan pembangunan sosioekonomi. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, kemudahan Kabin Coop Mart perlu dimanfaatkan secara strategik dengan memberi penekanan kepada [...]
2 082
Menteri Luar Malaysia Zahir Kecaman Serangan Terhadap Arab Saudi Dalam Perbualan Denagn Rakan Sejawat
https://umno-online.my/2026/10/14/menteri-luar-malaysia-zahir-kecaman-serangan-terhadap-arab-saudi-dalam-perbualan-denagn-rakan-sejawat/
KUALA LUMPUR, 14 Okt – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan kecaman Malaysia terhadap serangan yang menyasar orang awam dan kemudahan awam di Arab Saudi kepada rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud, di tengah-tengah krisis yang semakin memuncak di Asia Barat. Kementerian luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa kedua-dua menteri membincangkan [...]
