cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

NajmiFetih.

Matanya bebas melihat dunia luar. Liar. Tetapi dirinya terperangkap dalam penjara dosa yang dia sendiri cipta. #Penjara ! Instagram.com/najmifetih

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استزبان مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
پست‌های تبلیغاتی
2 583
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Untuk kau yang pernah menyakiti, Sampai bila? Mengapa perlu perubahan terjadi saat hati ini mulai terpatri? Mengapa mesti terjadi saat hati mulai basah menerima. Atas dasar apa? Aku tahu aku tersakiti kerana aku tersalah memberi hati, Aku tahu besar salah aku dalam menyemak rasa meski berkali, Apa disebabkan aku yang banyak kurang ini, Kau sanggup mempermainkan? Kerna kau tahu tiada balasan? Kau tahu KARMA itu ada. #NajmiFetih #PuisiKarma
نمایش همه...
Puisi Mungkin Menghitung segala kebarangkalian, Semuanya berakhir buntu. Semua pelan yang dikaji, Semuanya hancur tak bertepi. Apa yang harus dilakukan diri? Hidup bukan semata satu jalan. Kau boleh pilih bermacam cara, Yang penting adalah destinasinya. Mulia atau murka? Membalas kejahatan dengan kejahatan adalah keji, Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah hina, Balaslah celaka dengan cinta, Penyesalan tiada, yang tinggal hanya ketenangan. Tahu susah, Tiada siapa cakap mudah, Tetapi belajarlah. Biar dia rasa bangga dengan menyakiti, Kita rasa tenang dengan memberi, Apa dia fikir benci akan kekal abadi? Ketahuilah ianya disebabkan kau sunyi. Sampai bila-bila, kebencian takkan pernah dapat menandingi cinta. Percayalah..
نمایش همه...
Puisi Ada. Tiba waktu memisahkan, kau tak mampu berkata apa. Dulu dia di sisi, Sekarang kita dipisahkan bumi. Kau yang sentiasa mengingatkan, Kau yang tak lupa memberi kekuatan, Kau ada saat semua pergi melupakan, Kau satu-satunya yang kekal kugelar sahabat, Tapi sampai bila? Kekuatan persahabatan kadangnya diuji, Andai tidak oleh jarak, Oleh batu api pasti. Tetapi saat itulah kesetiaan sahabat kau pamerkan, Apakah senipis kulit bawang atau seteguh besi? Fikir. Andai kau gelar sahabat tetapi dengki, Apakah itu definisi? Andai kau gelar sahabat tetapi musibat, Apakah sahabat itu fantasi? Celik mata, jangan tertukar permata kaca, Kerna sahabat takkan pernah mati. Sampai bila-bila, "Kita jumpa di Syurga."
نمایش همه...
Puisi Dulu. Gambar itu, banyak ceritanya. Tentang aku, kau, mereka dan semua yang pernah kita gelar keluarga. Ahli yang bukan sama alir darahnya. Tapi semuanya satu hati. Pernah satu ketika, Bersilang bicara tergigit kata, Namun aku endahkan, buang ego atas dasar cinta. Aku teruskan seperti biasa. Pernah sekali lagi, Saat itu bertukar-tukar janji. Kau simbah segala cerita bahagia sehingga tiada senyum lagi yang mampu aku beri, Semuanya indah tiada cela, Sampai kau khianatinya. Atas dasar setia, Aku teruskan seperti biasa. Kertas yang semakin hilang lipatannya kini terus renyuk, Hati yang dulunya merendah kini di puncak, Tertindas rasa sayang dek kerana cakap belakang. Atas dasar apa lagi mahu aku bertahan? Kosong. Saat itu aku mula pergi, Sedih sekadar satu dua hari, Yang setia tetap di sisi, Yang berpura pergi mati. Tiada lagi percaya yang mampu aku beri. Diri ini hanya percayakan pantulan diri. Meski bayang sendiri tiada rasa mahu memberi, Lagikan kau, si pendusta sejati. Sayap yang dulunya tak pernah terbang kini tinggi dibalik awan, Tiada daya namun mesti aku kuatkan. Kecewa, hancur semuanya tak lagi menjadi halangan. Kerana akhirnya, aku belajar untuk tidak percaya segalanya pada manusia tetapi hanya Tuhan. Kerana Dia tak pernah mungkir!
نمایش همه...
Puisi Penjuru Orang nampak mudah, Tak pernah buka mata kita punya susah, Terlihat cuma kesenangan, Lupakah tiada kegembiraan melainkan setelah kesengsaraan? Meski cara bernafas berbeza, Sifir dunia masih sama. Berjaya dia atas usaha yang lama. Tidak perlu dengki mengatakan semuanya diberi. Gigih sendiri. Bakat itu tak terlahir semulajadi, Kau cari dan asah, Bukan semuanya kau pukul susah, Ini dunia, bukan Syurga. Andai sakit sekarang biarlah aku sakit selamanya. Andai penat sekarang biarlah aku terus berpeluh pedih, Andai musnah sekarang biarlah aku terus hancur, Agar nanti, di titian penentu abadi, Aku tak tersungkur semata kerana dunia punya dengki, Rugi. Biar mati tersenyum daripada hidup terus merintih. Aku juga punya hati.
نمایش همه...
Puisi Berbeza. Tempat itu, memberi seribu satu makna. Saat kaki menapak semula memijak rumput, berjuta rasa kembali di minda. Apa manis atau sebaliknya? Memori, apakah mesti indah dan penuh dengan rasa rindu? Atau menjadi penyebab hadirnya sakit dan pilu? Berbeza mengikut definisi dan makna individu. Pita memori tak selamanya senyum, Kadang tak sedar mutiara jernih keluar tanpa seru, Teringat akan kenangan atau kepedihan? Cuma kau yang tahu. Memori itu penting. Memori itu mahal. Dan memori itu kuat. Kuat untuk membuat seorang yang tak pernah senyum kembali ceria, Juga kuat membuat orang yang tak pernah sedih terus menangis, Memori tak guna. Moga kita tak terperangkap di dalamnya. Moga moga.
نمایش همه...
Puisi Ekspektasi Lebih rela sendiri daripada tersalah beri budi, Kisah semalam masih basah lukanya, tak kering nanah bisa, Semuanya bagaikan fatamorgana tetapi nyata. Terpana tak berkelip mata, tak percayakan seksa. Penat berbicara dengan pantulan wajah dicermin, sedar ia satu-satunya teman yang mampu aku bertukar kepercayaan. Fikirku dirimu sudah hampir ku selami, Tak percaya masih punya dasar dibawah yang belum kuteroka. Tak tahu aku atau kau yang patut kecewa. Salah siapa? Kita takkan pernah mampu mengenal seseorang sepenuhnya. Ekspektasi bukanlah yang sebenarnya. Kau kata kau tahu aku sedalamnya, Namun kau tergagap saat tanya soalan biasa. Semudah itu kau kata kita bersaudara? Kelakarnya. Andai cinta belum tentu kuat, jangan pernah kata ianya teguh. Andai engkau belum tentu mampu bersahabat, jangan pernah kata aku yang angkuh! Cuba bersahabat rapat dengan cermin. Tengok, sejelik manakah diri sendiri.
نمایش همه...
Puisi Sendiri. Apa diri terlalu banyak kurangnya, sehingga diri ini dijadikan jenama semata? Apa senang dirimu memperlakukan manusia yang juga punya hati sebegini rupa? Apa bezanya kita sehingga layanan perlu berbeza? Masih tertanya-tanya. Andai kau sukakan cinta, apa fikir kau aku lebihkan derita? Andai yang kau cari juga bahgia, apa kau rasa aku cintakan sengsara? Sampahnya. Kau, aku dan mereka manusia. Semuanya cintakan kecantikan, kebahagiaan dan cinta. Mengapa mesti berbeza? Lakar visual ini aku tunjukkan, Untuk aku buktikan keterpaksaan bahgia, Agar kau tahu betapa tinggi tingkat seksa, Sengsara. Pernah kau rasa? Aku tak kejam asalnya tapi kau yang paksa. Tak dendam cuma doa, kau akan rasa peritnya diperlakukan sebegini rupa. Moga berjaya. #PuisiSendiri
نمایش همه...