Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
رفتن به کانال در Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
نمایش بیشترکشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
1 842
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
-57 روز
-1430 روز
آرشیو پست ها
+1
Bila komuniti bergerak bersama, suasananya terasa berbeza.
Terima kasih kepada para usahawan, peniaga dan pemilik premis di sekitar Bandar Saujana Putra yang turut menyokong dan mengajak masyarakat hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab bertambahnya ukhuwwah, kasih sayang dan semangat muafakat dalam komuniti kita.
Jom bersama-sama hadir ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat pada 17 Jun 2026, bermula 3 petang, di Masjid Bandar Saujana Putra.
Insya Allah, jumpa di sana.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
RAKYAT ITU UMPAMA AKAR, RAJA ITU UMPAMA POHONNYA BERPISAH TIADA
Dalam tradisi Melayu-Islam, hubungan antara rakyat dan pemerintah bukan sekadar hubungan kuasa dan pentadbiran.
Ia adalah satu amanah yang dipikul bersama.
Rakyat menjadi kekuatan yang mengakar, manakala pemerintah menjadi naungan yang memayungi. Apabila kedua-duanya saling menghormati, saling memelihara dan memahami peranan masing-masing, maka lahirlah sebuah negara yang aman, berdaulat dan sejahtera.
“Raja tidak teguh tanpa rakyat, rakyat tidak sejahtera tanpa kepimpinan yang amanah.”
Apabila rakyat dan pemerintah bergerak dalam semangat amanah, adab dan tanggungjawab bersama, maka lahirlah sebuah peradaban yang mampu bertahan merentas zaman.
Oleh : Fifi Noor Hafiza
Terbitan : Sekretariat MJMD
———
Rujukan Lanjut :
Sulalatus Salatin (PDF)
https://www.sabrizain.org/malaya/library/sulatus.pdf
Artikel Pengenalan Sulalatus Salatin :
https://www.yadim.com.my/v2/sulalatus-salatin-bacaan-wajib-fahami-sejarah-melayu
Maklumat UNESCO & Sejarah Melayu :
https://en.wikipedia.org/wiki/Malay_Annals
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
3 HARI LAGI
MENUJU MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT.
RAKYAT DAN RAJA BERPISAH TIADA.
Akar yang kuat menjadikan pohon teguh berdiri. Begitulah juga sesebuah negara yang dibina atas muafakat, saling menghormati dan kasih sayang antara sesama masyarakat.
Kitab Sulalatus Salatin mengingatkan :
❝Rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon; jikalau tiada akar nescaya pohon tidak akan dapat berdiri.❞
Manakala Rasulullah ﷺ mengajarkan bahawa orang-orang beriman ibarat satu tubuh; apabila satu anggota sakit, seluruh tubuh turut merasainya.
Maka kekuatan sesebuah negara tidak lahir daripada kekuasaan semata-mata, tetapi daripada hati-hati yang bersatu, masyarakat yang bermuafakat dan nilai adab yang terus dipelihara.
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
PERNAH TERBAYANG BAGAIMANA SUASANA DI MASJID AL-AQSA?
Bagaimana rupanya kawasan Baitul Maqdis?
Bagaimana rasanya berdiri di tanah yang pernah menjadi saksi perjalanan Isra’ dan Mikraj Rasulullah ﷺ?
Kini anda boleh merasainya sendiri.
Booth Pameran Cinta Al-Quds
Dengan kerjasama Sekretariat Cinta Al-Quds & Yayasan MyAqsa
🎧 Pengalaman VR 360°
Menelusuri suasana sekitar Baitul Maqdis secara lebih dekat dan interaktif.
Bukan sekadar melihat gambar.
Bukan sekadar mendengar cerita.
Tetapi merasai sendiri pengalaman mengenali bumi yang Allah SWT sebut :
“Yang Kami berkati sekelilingnya.”
(Surah Al-Isra’ : 1)
Singgah ke Booth Pameran Cinta Al-Quds sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat
📅 17 Ogos 2026
🕒 Bermula jam 3.00 petang
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
👨👩👧👦 Percuma dan terbuka kepada semua.
Kerana sesuatu yang dikenali akan lebih mudah dihargai.
Dan sesuatu yang dihargai akan lebih mudah dicintai.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
#CintaAlQuds
Booth Pameran Cinta Al-Quds
Dengan kerjasama Sekretariat Cinta Al-Quds & Yayasan MyAqsa
🎧 Pengalaman VR 360°
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #CintaAlQuds
#TanyaJawabMBMD
APAKAH PENGISIAN UTAMA PROGRAM?
Pengisian utama MBMD ialah Majlis Selawat dan Doa Munajat serta Forum Perdana yang membincangkan sejarah negara, warisan peradaban, Institusi Raja-Raja Melayu dan semangat muafakat masyarakat.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari termasuk pameran, aktiviti kebudayaan dan pengisian mesra keluarga bermula 3 petang.
Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat untuk menghayati sebuah malam yang menyatukan selawat, ilmu, adab dan peradaban.
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#TanyaJawabMBMD
APAKAH PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK HADIR KE MBMD?
MBMD mengalu-alukan para hadirin hadir dengan pakaian yang sopan, kemas dan sesuai dengan suasana masjid serta majlis selawat.
Busana tradisional Melayu seperti Baju Melayu, Baju Kurung, Kebaya, Tanjak atau pakaian yang mencerminkan warisan dan identiti budaya bangsa amat digalakkan sebagai tanda penghargaan terhadap khazanah budaya dan peradaban negara.
Namun, pemakaian tradisional bukan suatu kewajipan. Apa yang lebih utama ialah adab, kesopanan dan keselesaan sepanjang menghadiri program.
Mari bersama memeriahkan suasana Malam Berselawat Menjunjung Daulat dengan penampilan yang mencerminkan nilai hormat, muafakat dan kecintaan kepada warisan bangsa.
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#TanyaJawabMBMD
ADAKAH PROGRAM INI PERCUMA?
Ya, penyertaan ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.
Inilah peluang untuk seisi keluarga bersama-sama menghayati majlis selawat, forum perdana, pameran sejarah dan warisan, serta pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang program.
Jemput hadir dan menjadi sebahagian daripada semangat “Junjung Daulat, Jelata Muafakat”.
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
5 perkara yang anak muda wajib ambil tahu dan faham ialah sejarah negara, warisan peradaban, kefahaman kenegaraan, Institusi Raja-Raja Melayu dan semangat muafakat masyarakat.
Kenapa penting? Sebab lima perkara inilah yang membantu kita memahami siapa diri kita, bagaimana negara ini dibina dan apa peranan kita dalam menjaga masa depannya.
Di Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD), anda bukan sahaja dapat bersama-sama berselawat dan menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, malah berpeluang mendengar pelbagai perkongsian yang membuka perspektif tentang jati diri, kenegaraan, Institusi Raja-Raja Melayu dan kepentingan muafakat dalam masyarakat.
Jika anda anak muda yang ingin memahami Malaysia dengan lebih dekat, inilah program yang wajar anda sertai.
Ayuh hadir beramai-ramai memeriahkan program yang bakal berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 10.30 malam di Masjid Bandar Saujana Putra.
Ikuti saluran rasmi kami untuk mendapatkan hebahan, jadual program dan pengumuman terkini sebelum hari program.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Oleh : Khair & Iskandar
Terbitan : Sekretariat MJMD
Bersempena : Malam Berselawat Menjunjung Daulat, 17 Jun 2026,
3 petang - 10.30 malam
Repost from Media ACF
KEPENTINGAN MEMELIHARA INSTITUSI RAJA DAN KESULTANAN DEMI AGAMA DAN KESTABILAN NEGARA
Susulan pertemuan mahabbah antara pihak Adam Charitable Foundation (ACF) dan Dr. Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Politik, Universiti Malaya, beliau berkongsi pandangan mengenai kepentingan Institusi Beraja di Malaysia.
Menurut beliau, Institusi Raja dan Sultan mempunyai peranan yang signifikan dalam sistem kenegaraan Malaysia. Selain merupakan tonggak utama negara yang bukan sahaja berperanan sebagai teras pemerintahan, institusi ini turut berfungsi sebagai payung kepada keamanan, perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara yang telah diwarisi sejak sekian lama.
Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuhkan usaha penyebaran ilmu, adab, sejarah dan warisan bangsa, khususnya kepada generasi muda. Kefahaman yang tepat mengenai Institusi Raja dan Kesultanan perlu dipupuk agar masyarakat dapat memahami peranannya serta menghargai warisan yang menjadi sebahagian daripada identiti negara.
Menurut beliau lagi, pendidikan yang berterusan mengenai sejarah dan warisan bangsa amat penting bagi memastikan generasi akan datang dapat memelihara serta meneruskan legasi yang telah diwariskan oleh para pendahulu.
Dalam masa yang sama, beliau menekankan bahawa kelangsungan warisan Kesultanan Melayu perlu terus dipelihara dan dipertahankan selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, dengan Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan panduan utama dalam membentuk kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Beliau turut mengajak masyarakat untuk bersama-sama menghadiri program Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) yang akan berlangsung pada 17 Jun 2026 di Masjid Bandar Saujana Putra.
Program ini bertujuan menyemarakkan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ melalui selawat, memperkukuhkan muafakat masyarakat serta mengangkat nilai adab, perpaduan dan peradaban yang menjadi asas kepada keharmonian negara.
Ikuti saluran rasmi untuk mendapatkan hebahan, jadual program dan pengumuman terkini Malam Berselawat Menjunjung Daulat
Linktree: https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Telegram: https://t.me/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Facebook: https://www.facebook.com/muafakatjelata
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Media ACF
Media Peradaban

Ikuti saluran rasmi untuk mendapatkan hebahan, jadual program dan pengumuman terkini Malam Berselawat Menjunjung Daulat :
Linktree: https://linktr.ee/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Telegram: https://t.me/MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Facebook: https://www.facebook.com/muafakatjelata
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Media ACF
Media Peradaban
Di saat ramai mencari apa yang membezakan kita, mungkin sudah tiba masanya kita mengingati apa yang menyatukan kita.
Mahabbah kepada Rasulullah ﷺ.
Daripadanya lahir adab.
Daripadanya tumbuh muafakat.
Dan daripadanya terpelihara keharmonian sebuah negara.
Kerana hati yang bersatu sentiasa lebih kuat daripada apa jua yang memisahkan.
Ayuh ramai-ramai kita berkumpul di atas dasar cinta kepada Rasulullah ﷺ.
Oleh : Uzzair Rose
Terbitan : Sekretariat MJMD
Bersempena: Malam Berselawat Menjunjung Daulat, 17 Jun 2026,
3 petang - 10.30 malam
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
4 HARI LAGI
MENUJU MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
Dalam warisan Alam Melayu, kekuatan sesebuah negeri tidak hanya terletak pada kebijaksanaan pemimpinnya, tetapi juga pada kesatuan hati rakyat yang mendukungnya.
Sultan Mansur Syah pernah berpesan : ❝Hendaklah engkau muafakat dengan segala menteri dan segala Orang Besar-Besarmu, kerana raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksana dan tahunya, jikalau tiada muafakat dengan segala pegawai, di mana akan dapat ia melakukan bijaksananya itu?❞
(Sulalatus Salatin)
Pesanan ini mengingatkan bahawa kejayaan tidak lahir daripada kekuatan seorang insan semata-mata, tetapi daripada muafakat yang menyatukan masyarakat.
Rasulullah ﷺ turut bersabda :
❝Orang Mukmin dengan Mukmin yang lain seperti sebuah bangunan; sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.❞
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Apabila hati disatukan dengan kasih kepada Allah dan Rasul-Nya ﷺ, muafakat menjadi lebih daripada sekadar persepakatan. Ia menjadi asas kepada perpaduan, keharmonian dan pembinaan sebuah peradaban.
Semoga kita terus memelihara semangat muafakat yang menjadi kekuatan umat dan negara.
Selawat menyatukan hati.
Muafakat mengukuhkan negara.
Daulat memayungi peradaban.
📅 17 Jun 2026 (Rabu)
🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam
📍 Masjid Bandar Saujana Putra
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Terima kasih Tuan Ahmad Saifuddin Amran atas perkongsian ini. Semoga ukhuwwah yang terjalin menjadi asbab tersebarnya budaya ilmu, adab dan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. Besar harapan agar Malam Berselawat Menjunjung Daulat menjadi medan menyatukan hati dalam selawat, memperkukuhkan muafakat dan menyemarakkan semangat peradaban dalam masyarakat. 🌹
Jumpa di MBMD nanti, insya Allah.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Masjid bukan sekadar tempat ibadah. Masjid adalah pusat penyatuan ummah.
Sejak zaman Rasulullah SAW, masjid menjadi nadi kehidupan masyarakat. Ketika peristiwa hijrah ke Madinah, antara perkara pertama yang dibangunkan oleh Baginda ialah masjid. Ini kerana masjid bukan hanya tempat mendirikan solat, tetapi pusat yang menyatukan hati, mengukuhkan ukhuwah dan membina kekuatan umat.
Di masjid ilmu disebarkan, akhlak dibentuk, kerohanian diperkasakan dan kesedaran tentang agama serta tanggungjawab terhadap masyarakat dipupuk. Masjid menjadi medan untuk melahirkan insan yang bukan sahaja baik hubungannya dengan Allah, malah prihatin terhadap tanah air dan kesejahteraan masyarakat.
Atas semangat inilah Masjid Bandar Saujana Putra dipilih sebagai lokasi Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Program ini bukan sekadar himpunan untuk berselawat dan menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, tetapi turut membawa pelbagai pengisian yang menyemarakkan kefahaman tentang sejarah negara, institusi Raja, jati diri bangsa serta kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan Malaysia.
Ayuh hadir beramai-ramai memeriahkan acara yang berlangsung dari 3 petang - 10.30 malam di Masjid Bandar Saujana Putra.
Ikuti saluran rasmi untuk mendapatkan hebahan, jadual program dan pengumuman terkini sebelum hari program.
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Oleh : Ustaz Amirulhafidzi Mohamad Zin
Terbitan : Sekretariat MJMD
Bersempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat, 17 Jun 2026,
3.00 petang - 10.30 malam