fa
Feedback
Himwellness Official

Himwellness Official

رفتن به کانال در Telegram

Saya Dr Samhan, doktor kesihatan lelaki. Jemput follow channel ini, saya banyak share ilmu dan tips kesihatan lelaki.

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
1 960
مشترکین
+1924 ساعت
+517 روز
+37630 روز
آرشیو پست ها
Anda selalu jaga keluarga Sekarang giliran anda jaga diri sendiri Sempena Hari Bapa, Him Clinic menawarkan 📱 Konsultasi RM20 RM10 🎟 Diskaun repeat purchase RM10 🎁 BONUS 10 Set Hari Bapa percuma

Selamat Hari Bapa buat semua ayah di luar sana. Ramai orang hanya nampak seorang ayah sedang bekerja. Tetapi mereka tidak nam
Selamat Hari Bapa buat semua ayah di luar sana. Ramai orang hanya nampak seorang ayah sedang bekerja. Tetapi mereka tidak nampak segala yang dipendam. Rasa penat yang disimpan. Rasa risau yang tidak diceritakan. Dan pengorbanan yang dibuat setiap hari demi keluarga. Seorang ayah mungkin tidak selalu pandai meluahkan kasih sayang. Tetapi setiap kali dia keluar mencari rezeki, setiap kali dia mengutamakan anak dan isteri, itulah cara dia berkata... "Ayah sayang keluarga." Doa saya, semoga setiap ayah dikurniakan kesihatan yang baik, tubuh yang kuat, hati yang tenang dan umur yang diberkati. Kerana keluarga bukan hanya perlukan seorang ayah yang sentiasa ada. Mereka perlukan seorang ayah yang sihat untuk terus menemani setiap langkah kehidupan. Selamat Hari Bapa. Terima kasih atas segala pengorbanan yang mungkin tidak pernah diceritakan.

Terima kasih semua yang Join live malam ni. korang dapat sesuatu malam ni? Cuba share topik apa yang korang nak Dr share untuk next live? boleh komen di bawah 👇🏻😁

Topik malam ini : Tahap kekerasan Mr.P? Join live disini : https://t.me/himwellness?livestream=bdaac7978da4a7725a

Dah ready belum? Lagi 10 minit nak start live 😎🔥
Anonymous voting

Tahap Kekerasan MR.P Yang Ramai Lelaki Buat-Buat Tak Nampak Ramai fikir masih ok. Masih boleh guna. Sekali-sekala je jadi lem
Tahap Kekerasan MR.P Yang Ramai Lelaki Buat-Buat Tak Nampak Ramai fikir masih ok. Masih boleh guna. Sekali-sekala je jadi lembik. Padahal tahap kekerasan tu sebenarnya signal awal kesihatan lelaki. Bukan soal umur semata. Badan tengah “cakap”, cuma ramai pilih untuk diam. Jom join Live Telegram malam ni 🔥 Butiran Live: 📅 Tarikh: 20 Jun 2026 📆 Hari: Sabtu ⏰ Waktu: 9.30 Malam 📍 Platform: 👉 https://t.me/himwellness Set reminder siap-siap jam 9.30 malam. Jumpa malam ni 💪

Seorang lelaki duduk di tepi lebuh raya dari malam hingga ke pagi. Dalam hujan. Kesejukan. Menggigil seorang diri. Saya tak t
Seorang lelaki duduk di tepi lebuh raya dari malam hingga ke pagi. Dalam hujan. Kesejukan. Menggigil seorang diri. Saya tak tahu apa yang sedang dia lalui. Tetapi saya percaya, tiada lelaki yang memilih untuk menyerah tanpa melalui seribu satu beban dalam diam. Yang paling menyentuh hati saya... Cara anggota bomba bercakap dengan dia. Tiada herdikan. Tiada ejekan. Tiada kata-kata yang menjatuhkan. Mereka memilih untuk mendengar. Memujuk dengan lembut. Mengingatkan dia kepada Allah. Kadang-kadang, itulah yang seorang lelaki perlukan. Bukan penyelesaian yang hebat. Tetapi seseorang yang sudi mendengar tanpa menghakimi. Ramai orang melihat lelaki sebagai seorang yang kuat. Hakikatnya, lelaki juga boleh penat. Lelaki juga boleh hilang arah. Lelaki juga ada hari yang mereka rasa tidak mampu lagi memikul semuanya. Kalau suami awak balik rumah dalam keadaan diam...

Pelukan lebih kuat daripada kata-kata. Ramai pasangan buat perkara yang sebaliknya. Bila marah... terus membalas. terus menin
Pelukan lebih kuat daripada kata-kata. Ramai pasangan buat perkara yang sebaliknya. Bila marah... terus membalas. terus meninggikan suara. terus mencari siapa yang salah. Emosi sedang memuncak Sebab itu pergaduhan yang bermula dengan perkara kecil akhirnya menjadi semakin besar. Kadang-kadang, pasangan bukan perlukan penjelasan terlebih dahulu. Mereka cuma perlukan rasa bahawa mereka masih disayangi. Satu pelukan yang ikhlas boleh membantu menenangkan sistem saraf, menurunkan hormon stres seperti kortisol, dan merangsang penghasilan oksitosin, hormon yang membuatkan seseorang berasa lebih tenang, selamat dan lebih dekat dengan pasangan. Bila hati sudah tenang, barulah kata-kata lebih mudah diterima. Pelukan mungkin tidak menyelesaikan setiap masalah. Tetapi pelukan sering membuka jalan untuk menyelesaikannya. Rumah tangga yang bahagia bukanlah rumah tangga yang tidak pernah bergaduh. Tetapi rumah tangga yang tahu bagaimana untuk kembali berpelukan selepas berselisih faham.

Selamat berehat bersama famili kepada yang cuti Moga 1448 kita lebih baik berbanding tahun sebelumnya Khas hari ini saja. KOD
Selamat berehat bersama famili kepada yang cuti Moga 1448 kita lebih baik berbanding tahun sebelumnya Khas hari ini saja. KOD: HIJRAH48 🎟 👉 https://forhimclinic.com/?utm_source=telegram&utm_medium=social&utm_campaign=maalhijrah Salam Ma'al Hijrah dari kami

photo content

Susah keras ni memang isu Cuma PANCUT AWAL pun tak kurang stress dia Pasangan baruu nak on tapii... ah tewas dulu 💦 Macam mana nak kawal and win the game❓ Jom, kita share 🔥 https://forhimclinic.com/blog/ubat-tahan-lama/?utm_source=telegram&utm_medium=social

photo content

Ramai pasangan masih tinggal serumah, tidur sekatil, makan bersama. Tapi sudah lama tidak benar-benar berbual dari hati ke ha
Ramai pasangan masih tinggal serumah, tidur sekatil, makan bersama. Tapi sudah lama tidak benar-benar berbual dari hati ke hati. Perbualan yang ada cuma berkisar tentang anak, bil, kerja, atau urusan harian. "Anak dah makan?" "Esok siapa ambil anak?" "Bil dah bayar?" Sedangkan hubungan suami isteri perlukan lebih daripada sekadar komunikasi tentang tanggungjawab. Ia perlukan ruang untuk berkongsi perasaan, kerisauan, impian dan apa yang sedang berlaku dalam hati masing-masing. Bila dah lama tak ada deep talk, pasangan mula rasa tidak difahami. Lama-kelamaan, jarak emosi mula terbina walaupun jarak fizikal masih dekat. Sebab itu ada pasangan yang nampak bahagia di luar, tetapi sebenarnya semakin asing antara satu sama lain. Cuba tanya diri sendiri. Bilakah kali terakhir duduk berbual dengan pasangan tanpa gangguan telefon, tanpa TV, dan tanpa tergesa-gesa? Kadang-kadang 30 minit perbualan yang ikhlas mampu mengeratkan semula hubungan yang sudah lama terasa jauh.

Terima kasih semua yang Join live malam ni. korang dapat sesuatu malam ni? Cuba share apa yang korang nak Dr shate untuk next live? boleh komen di bawah 👇🏻😁

Topik malam ini : ‘ Lebih BESAR vs Lebih KERAS! ‘ Join live disini : https://t.me/himwellness?livestream=9a1027808d0acbdc0f

Dah ready belum Lagi 10 minit nak start live 😎🔥
Anonymous voting

‘ Lebih BESAR vs Lebih KERAS! ‘ Ada yang kata saiz tu penting dan ada yang kata kekerasan juga penting. 𝘚𝘰, mana satu? Baik
‘ Lebih BESAR vs Lebih KERAS! ‘ Ada yang kata saiz tu penting dan ada yang kata kekerasan juga penting. 𝘚𝘰, mana satu? Baik… Bagi menghilangkan kekeliruan ni… Saya nak ajak you all untuk 𝘫𝘰𝘪𝘯 Live Telegram malam ni! Butiran Live :- Tarikh : 13 Jun 2026 Hari : Sabtu Waktu : 9.30 Malam Platform : ▪️Telegram Himwellness Official Jangan lupa, set reminder jam 9.30 malam ni ya! Jumpa malam ni 💪🏼

Ramai lelaki tak sedar diabetes boleh jadi punca masalah di bilik tidur. Ramai ingat diabetes cuma masalah gula tinggi. Hakik
Ramai lelaki tak sedar diabetes boleh jadi punca masalah di bilik tidur. Ramai ingat diabetes cuma masalah gula tinggi. Hakikatnya, paras gula yang tidak terkawal boleh merosakkan salur darah dan saraf di seluruh badan, termasuk di bahagian yang sangat penting untuk fungsi seksual lelaki. Sebab itu ada lelaki yang mula mengalami masalah sukar mendapatkan ereksi, ereksi tidak bertahan lama, atau keinginan seksual semakin menurun walaupun usia masih muda. Lebih membimbangkan, ada yang hanya sedar mereka menghidap diabetes selepas mula mengalami masalah di bilik tidur. Ramai Patient saya yang datang ke HIMWellness ada masalah ni. Kalau perasan prestasi semakin merosot, jangan terus salahkan umur, penat bekerja atau stres semata-mata. Kadang-kadang tubuh sedang memberi isyarat bahawa ada masalah kesihatan yang perlu diperiksa.

Jangan biarkan isteri menjadi orang pertama yang tahu segala hal tentang anak, sedangkan seorang ayah pula orang terakhir yan
Jangan biarkan isteri menjadi orang pertama yang tahu segala hal tentang anak, sedangkan seorang ayah pula orang terakhir yang mengambil tahu. Mesyuarat sekolah, isteri yang hadir. Cikgu hubungi, isteri yang jawab. Anak ada masalah, isteri yang memikirkan jalan penyelesaian. Sedangkan anak itu milik kedua-duanya. Ramai lelaki bekerja keras mencari nafkah untuk keluarga. Itu memang satu tanggungjawab yang besar. Perkembangan kanak-kanak, kehadiran seorang ayah juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap emosi, keyakinan diri dan pembentukan karakter anak. Anak perlukan ayah yang mengenali dunianya. Tahu bagaimana prestasinya di sekolah. Tahu apa yang sedang merisaukannya. Tahu siapa kawan-kawannya. Kadang-kadang seorang ayah tidak perlu bercakap banyak. Cukup dengan hadir. Kerana hubungan ayah dan anak tidak terbina dalam satu hari. Cuba share pendapat korang tentang penglibatan seorang ayah dan ibu dalam kehidupan anak-anak?