Himwellness Official
رفتن به کانال در Telegram
Saya Dr Samhan, doktor kesihatan lelaki. Jemput follow channel ini, saya banyak share ilmu dan tips kesihatan lelaki.
نمایش بیشترکشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
1 960
مشترکین
+1924 ساعت
+517 روز
+37630 روز
آرشیو پست ها
1 961
Orang selalu ada definisi tentang lelaki
Kuat
Tenang
Sentiasa bersedia
Tapi ada satu perkara jarang orang sebut
Lelaki juga perlu "reinforcement"
Bukan sebab lemah, tapi ada masa kita perlu sedikit push
Untuk lelaki, keyakinan itu segalanya
Dari penampilan, sampai ke prestasi s*ksual
Ia bermula dengan ilmu tentang diri sendiri
Ilmu itu kuasa
Dengan kuasa, perubahan berlaku
Soalnya status quo perubatan sangat ketinggalan
Manual, tiada privasi
SUKAR(!)
Hari ini, lelaki ada pilihan lebih baik
Tanpa keluar rumah, isu sebenar dikenalpasti
Rawatan dihantar
Dengan tracker, tanpa label
Lebih terbuka, lebih bijak
Lebih peribadi
Dan ia bermula sekarang
Book konsultasi 📲🥼 dan kenali isu yang berlaku
https://forhimclinic.com/buat-temujanji?utm_source=telegram&utm_medium=social
Untuk prestasi, restok ubat dari akaun anda 🔐
https://forhimclinic.com/akaun-saya/orders/?utm_source=telegram&utm_medium=social
Temui padanan gaya dan prestasi (selagi stok masih ada)
HIM Clinic
Privasi. Mudah. Berkesan
1 961
Selalunya kita dengar isteri yang menolak ajakan suami…
Tetapi bagaimana pula bila suami yang selalu mengelak?
Bila perkara ini berlaku, isteri mula tertanya-tanya.
“Abang dah tak tertarik dengan saya ke?”
“Saya dah tak cantik macam dulu?”
“Atau abang sedang sembunyikan sesuatu?”
Perasaan itu normal.
Sebab ramai isteri tidak menyangka suami juga boleh menolak untuk bersama.
Namun suami yang mengelak bukan semestinya sudah tidak sayang atau tidak tertarik kepada isterinya.
Kadang-kadang dia terlalu penat.
Kadang-kadang fikirannya penuh dengan tekanan kerja, kewangan dan tanggungjawab keluarga.
Ada juga suami yang sebenarnya takut prestasinya tidak seperti dulu.
Mungkin dia pernah mengalami kesukaran untuk tegang atau tidak mampu bertahan ketika bersama.
Walaupun hanya berlaku sekali, pengalaman itu boleh membuatkan seorang lelaki mula hilang keyakinan.
1 961
Suami pun kena tahu bila waktu subur diri sendiri, bukan isteri je ada waktu subur.
1 961
Terima kasih semua yang Join live malam ni.
korang dapat sesuatu malam ni?
korang nak Doktor kupas tajuk apa untuk next live? boleh komen di bawah👇🏻😁
1 961
Topik malam ini : Boleh Tegang, Tapi Kenapa Tak Kekal Lama?
Join live disini : https://t.me/himwellness?livestream=8d8c3d33337a2ff258
Komen & tanya soalan disini👇🏻👇🏻
1 961
Boleh Tegang, Tapi Kenapa Tak Kekal Lama?
Ramai lelaki anggap,
“Mungkin kurang rangsangan je.”
Ada pula fikir,
“Biasalah, umur makin meningkat.”
Tapi bila ereksi mudah hilang sebelum hubungan selesai, jangan ambil mudah.
Malam ni Dr Hafiz akan kongsikan kenapa keadaan ini berlaku dan bila lelaki perlu mula dapatkan pemeriksaan.
Butiran Live:
📅 23 Julai 2026
📆 Khamis
⏰ 9 Malam
📍 Platform:
👉 t.me/himwellness
Set reminder siap-siap jam 9 malam.
Jumpa malam ni 💪
1 961
Bila penat dibawa balik ke rumah, pasangan pula jadi tempat melepaskan marah.
Di tempat kerja, kita masih mampu senyum.
Dengan orang luar, kita masih boleh bercakap baik.
Tapi bila sampai rumah…
Pasangan tersalah cakap sedikit, terus kita meninggi suara.
Anak-anak bising sedikit, terus kita hilang sabar.
Sebenarnya bukan mereka yang menjadi punca.
Kita cuma terlalu penat, tertekan dan sudah lama memendam semuanya seorang diri.
Tapi jangan sampai orang yang paling sayangkan kita…
Menjadi orang yang paling banyak terluka kerana kita.
Tekanan yang tak dikawal bukan sahaja mengganggu emosi.
Ia juga boleh menjejaskan tidur, tenaga, kesihatan badan dan hubungan suami isteri.
1 961
𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐭𝐮𝐡 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚.
Selalunya ayah paling kurang bercerita tentang sakitnya.
Badan penat, dia diam.
Tidur tak lena, dia tetap bangun kerja.
Dada tak selesa, dia anggap masuk angin.
Tenaga makin kurang, dia kata umur dah meningkat.
Sebab dalam kepala seorang ayah, dia tak boleh nampak lemah.
Ada bil yang perlu dibayar.
Ada anak yang perlu dibesarkan.
Ada keluarga yang masih bergantung kepadanya.
Tapi ayah selalu lupa satu perkara…
Kalau dia jatuh sakit, bukan dia seorang yang susah.
Isteri mula risau.
Anak-anak hilang tempat bergantung.
Seluruh rutin keluarga boleh berubah.
Menjaga kesihatan bukan bermaksud kita takut mati.
Kita menjaga kesihatan sebab masih banyak tanggungjawab yang belum selesai dan ramai orang yang masih perlukan kita.
Jangan tunggu badan betul-betul menyerah baru nak periksa.
1 961
⏺️ LIVE RECORDING Part 1
TOPIK : Isteri Senyap Lepas Bersama, Apa maksudnya?
Video penuh boleh klik youtube 👇🏻
https://youtu.be/i1M8bz1NgD0?si=nVZNcNEKj4TRQJIu
1 961
Terima kasih semua yang Join live malam ni.
korang dapat sesuatu malam ni?
korang nak Doktor kupas tajuk apa untuk next live? boleh komen di bawah👇🏻😁
1 961
Topik malam ini : Morning Wood Hilang… Patut Risau Ke?
Join live disini : https://t.me/himwellness?livestream=252749cf90c8c3cb2d
Komen & tanya soalan disini👇🏻👇🏻
1 961
Morning Wood Hilang… Patut Risau Ke?
Ramai lelaki anggap,
“Mungkin penat je.”
Ada pula fikir,
“Biasalah, umur makin meningkat.”
Tapi bila morning wood makin jarang atau terus hilang, jangan ambil mudah.
Malam ni saya akan kongsikan bila ia normal dan bila lelaki perlu mula risau.
Yang join Live Telegram malam ni akan dapat special promocode terhad 🔥
Butiran Live:
📅 16 Julai 2026
📆 Sabtu
⏰ 9 Malam
📍 Platform:
👉 t.me/himwellness
Set reminder siap-siap jam 9 malam.
Jumpa malam ni 💪
1 961
'𝐊𝐚𝐡𝐰𝐢𝐧 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐮𝐝𝐚, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐧𝐚𝐟𝐤𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐭𝐢𝐧'
Setahun dah berkahwin.
Tapi satu hal yang dia tak boleh bagi, nafkah batin.
Bukan tak nak. Tapi zakar langsung tak boleh tegang.
Nak masukkan pun tak lepas.
Tak pernah pancut. Tak pernah rasa klimaks.
Setiap malam dia cuma baring… peluk isteri dalam diam.
Malu. Hilang keyakinan. Tapi dalam hati, hanya Tuhan yang tahu rasa dia.
Dia ada darah tinggi. Kolesterol.
Dan paling teruk saraf tulang belakang dia terhimpit.
Doktor pakar suruh operate. Tapi dia tolak.
Dia cari jalan lain. Dia cari saya di HIM WELLNESS.
Saya rawat dia, 6 sesi.
Lepas habis rawatan…
Dia datang jumpa saya dengan mata bergenang.
"Doktor… saya dah boleh masuk. Dan saya dah pancut."
Ayat ringkas. Tapi saya tahu… itu ayat penuh harga diri.
Dia rasa muda balik. Hidup balik. Yakin balik.
Hubungan dia dengan isteri makin erat.
Yang dulu rasa dia ‘tak layak’, sekarang jadi suami yang sebenar.
👇🏻👇🏻👇🏻
1 961
“Abah… Abah dok gi lagi cawangan Abe di Bukit Jelutong deh?”
Sambil berjalan pulang dari solat subuh di surau.
“Abe nok bawa Ma Abah gi tengok cawangan abe di Bukit Jelutong deh, lepah tu kito gi make pagi”
Abah hanya tersenyum. Ma pula angguk setuju.
Sepanjang perjalanan, terlalu banyak memori bermain di fikiran.
Saya teringat seorang anak kampung yang pernah memasang impian besar. Saya teringat segala susah payah, pengorbanan dan doa yang Ma Abah tidak pernah putus sejak saya kecil.
Sampai sahaja di hadapan papan tanda HIM WELLNESS, saya hanya memandang wajah mereka.
Senyuman itu…
Senyuman yang tak mampu dibeli dengan apa-apa.
Hari ini, Bukit Jelutong menjadi cawangan kedua HIM Wellness dan Bangi Sentral pula baru sahaja memulakan operasi sebagai cawangan ketiga.
InsyaAllah, ini baru permulaan.
Masih banyak negeri yang ingin kami buka. Masih ramai lelaki dan keluarga yang ingin kami bantu.
Tetapi saya sentiasa percaya…
Kejayaan kami bukan semata-mata kerana kerja keras kami.
Kejayaan kami berdiri atas keberkatan Allah, dan doa Mak Abah yang tidak pernah berhenti.
“Ya Allah, murahkan dan berkati rezeki ini”
Saat mereka mengangkat tangan mendoakan kami di hadapan cawangan ini, saya terus rasa sebak.
Kerana saya tahu…
Bagi orang lain, ini hanyalah sebuah premis.
Tetapi bagi saya, inilah bukti bahawa doa seorang ibu dan ayah mampu membawa seorang anak pergi lebih jauh daripada apa yang dia sangkakan.
Ya Allah, syukur atas nikmat yang tidak ternilai ini.
Engkau masih mengurniakan kami Ma dan Abah.
Masih boleh kami peluk.
Masih boleh kami bergurau.
Masih boleh kami bawa melihat setiap kejayaan yang Engkau pinjamkan.
Dan yang paling berharga…
Masih boleh kami menumpang doa mereka.
Sahabat-sahabat, saya mohon doakan Ma dan Abah dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam rahmat Allah.
Saya ingin mereka terus menyaksikan lebih banyak kejayaan kami.
Saya ingin mereka melihat lebih banyak cawangan HIM Wellness dibuka.
Kerana sebesar mana pun HIM Wellness nanti…
Saya tetap hanya seorang anak yang mengharapkan keberkatan dan doa daripada Ma dan Abah.
Ya Allah, jangan pernah putuskan nikmat memiliki ibu dan ayah selagi Engkau tahu kami masih memerlukan doa mereka. Aamiin.
