STPM with Yuu
رفتن به کانال در Telegram
Sasaran kita 1. Sihat selalu 2. Positif selalu 3. Cemerlang selalu Education Hub : https://vt.tiktok.com/ZSX2bHc2u/ Admin : Kun You
نمایش بیشترکشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
978
مشترکین
+1624 ساعت
+1307 روز
+16430 روز
آرشیو پست ها
Berikut adalah isi-isi penting bagi topik tersebut. Nampak susah, bila dah kuasai semua jadi senang.. Hehehe
FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DI BAGHDAD
Sistem Pendidikan asas yang teratur
Dalam konteks ini, masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadah, tetapi juga institusi pengajaran dan pemuliharaan budaya Islam. Menurut tradisi, anak berumur enam mula dipertanggungjawabkan untuk menunaikann solat fardu yang menandakan permulaan pendidikan formalnya. Selain itu, pendidikan peringkat awal bermula di kuttab atau maktab yang berperanan sebagai sekolah asas. Misalnya, kurikulum pendidikan masa itu merangkumi tatabahasa Arab, sirah para nabi dan secara khusus hadis Nabi Muhammad SAW. Dengan itu, tenaga pengajara juga dikenali sebagai faqih kerana latar belakang teologi dan penguasaan ilmu agama mereka. Jelas bahawa, sistem pendidikan yang tersusun dengan kurikulum yang sistematik pada setiap peringkat pendidikan menyebabkan perkembangan ilmu di Baghdad.
Kemunculan Madrasah
Dalam konteks ini, pembesar Nizam al-Mulk mengambil inisiatif untuk menubuhkan Madrasah Nizamiyyah yang menjadi institusi pengajian tinggi berprestij dan model utama sistem pendidikan Islam. Sehubungan dengan itu, Madrasah Nizamiyyah dibangunkan sebagai institusi pendidikan formal dengan struktur pengajian tersusun. Oleh itu, madrasah ini menjadi pusat pengajian ilmu agama dan ilmu dunia telah menarik kedatangan ramai pelajar dari pelbagai wilayah untuk mendalami ilmu pengetahuan. Hasilnya, Madrasah Nizamiyyah berjaya melahirkan graduan yang terkenal dan berpengaruh dalam bidang ilmu seperti tokoh Imam al-Ghazali. Jelas bahawa, kemunculan Madrasah Nizamiyyah memberi sumbangan besar dalam perkembangan ilmu di Baghdad dan wilayah sekitarnya.
Peranan Perpustakaan
Secara umumnya, perpustakaan terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu perpustakaan awam, perpustakaan separa awam dan perpustakaan persendirian. Dalam hal ini, perpustakaan awam paling besar dan terkenal iaitu Baitul Hikmah yang menghimpunkan banyak koleksi karya-karya terjemahan dalam pelbagai bidang seperti bidang perubatan, bidang astronomi dan bidang kesasteraan. Buktinya, ilmuwan yang berkhidmat di Baitul Hikmah seperti al-Khawarizmi yang pakar matematik bertanggungjawab mengemas kini sistem katalog perpustakaan dan menambah indeks buku. Selain itu, perpustakaan separa awam pula dimiliki oleh khalifah dan golongan bangsawan. Keahlian perpustakaan ini lazimnya terhad kepada keluarga diraja, bangsawan atau individu yang mendapat kebenaran khas daripada khalifah. Tambahan pula, perpustakaan persendirian pula dibangunkan oleh individu yang mempunyai minat mendalam terhadap ilmu. Jelas bahawa, kewujudan pelbagai perpustakaan membentuk ekosistem intelektual yang kukuh pada zaman Bani Abbas melalui meninggalkan legasi ilmiah yang amat berharga.
Kewujudan Institusi Baitul Hikmah
Dalam konteks ini, Baitul Hikmah berkembang menjadi pusat ilmu terbesar dalam dunia Islam daripada perpustakaan diraja sebelum ini pada zaman Khalifah al-Makmum. Hal ini dikatakan demikian kerana koleksi yang luas meliputi ilmu naqli seperti fiqh dan al-Quran serta ilmu aqli yang bersumberkan akal seperti matematik, astronomi, geografi, sains dan perubatan. Selain itu, Baitul Hikmah berfungsi sebagai pusat penyelidikan. Antara hasil daripadanya termasuklah al-Khawarizmi berjaya memperkenalkan sistem angka Hindu termasuk sifar dan perpuluhan ke dunia Islam dan Eropah. Jelas bahawa, Institusi Baitul Hikmah menjadikan Baghdad sebagai pusat intelektual dunia dan simbol kemuncuk tamadun Islam klasiik.
