fa
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

رفتن به کانال در Telegram

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
364
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+37 روز
+230 روز
آرشیو پست ها
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭 Saya kongsikan rangkuman pertemuan bersama komuniti FELDA Sahabat di Lahad Datu, lokasi yang mengingatkan kita kepada detik penting mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Saya tegaskan bahawa mempertahankan tanah Sabah adalah amanah bersama. Dengan semangat bersatu, kita terus melangkah ke arah masa depan yang lebih selamat dan makmur, insya-Allah. #FELDASahabat #LahadDatu #Sabah #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSfHT9bWx/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRlQ5bJEhWg/?igsh=aG10NHRrdWdjd3Fs 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/15n6e8GiGj/?mibextid=wwXIfr 📱YouTube: https://youtu.be/KmKqIniE3SU?si=kJ4uMakp7Qt9h_3I 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐖𝐚𝐬𝐩𝐚𝐝𝐚: 𝐑𝐢𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐫𝐨𝐩𝐢𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐧𝐲𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐣𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟐𝟗 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 Saya ingin mengingatkan semua yang berada di kawasan terlibat agar berwaspada susulan Ribut Tropika Senyar yang dikesan di perairan Selat Melaka dan dijangka menuju ke negara kita. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), ribut tropika tersebut berada pada Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° Timur, bergerak ke arah timur dengan kelajuan 9 km/j, serta berpotensi mencapai kelajuan angin maksimum 50 km/j. Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia sehingga 29 November 2025. Saya mendoakan agar kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan dijauhi daripada sebarang musibah. Utamakan keselamatan dan patuhi arahan pihak berkuasa. Sumber: Malaysian Meteorological Department #AmaranHujanBerterusan #SiagaBencana #METMalaysia #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CgUUXgtWN/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRlJT77EkCs/?igsh=ajQ3N2RqeHBuczV2 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1994205330558079463?s=46 📱Thread https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRlJkHiDy5_?xmt=AQF0raJpyupp2NT12_l7i5B7GAbJA0bk15K94OQHFPXi4XJYgIPS8o6XgXe8bFEsz-dcsdWO&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧: 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 Merujuk amaran terbaharu yang dikeluarkan MET Malaysia malam tadi, beberapa negeri dijangka mengalami hujan lebat berterusan sehingga 29 November 2025, melibatkan kawasan dalam kategori Bahaya, Buruk dan Waspada di seluruh Semenanjung. Saya menyeru semua yang berada di kawasan terlibat terutamanya di Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah agar sentiasa berhati-hati dan peka dengan perkembangan cuaca semasa. Elakkan kawasan rendah yang mudah dinaiki air, arus deras dan sungai yang melimpah. Sekiranya menerima arahan berpindah, patuhi segera demi keselamatan diri dan keluarga. Insya-Allah, semua agensi berkaitan telah berada dalam kesiapsiagaan penuh untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sama-sama kita berdoa agar keadaan kekal terkawal dan semua dilindungi daripada sebarang musibah. Sumber: Malaysian Meteorological Department #AmaranHujanBerterusan #METMalaysia #KesiapsiagaanBencana 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17JkBP8anf/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRk9ytZEusa/?igsh=MTNnamkwMGRpeXQxcA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1994179747769929853?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRk95xNk52E?xmt=AQF0TdXklol_c94Llxz2dV3RdTZtWf-QVO-o6yUdskJbZQhTEz2VNc3M5TsYaDUFiiAUSu4&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐁𝐨𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐧𝐭𝐞𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐍 Dalam perjalanan di Bongawan petang tadi, saya sempat singgah ke PDM bersama calon kita di N.30 Bongawan, YB Datuk Mohamad Alamin - seorang pemimpin berpengalaman, rendah hati, tetapi punya tekad besar untuk rakyat Sabah. Saya lihat jentera Bongawan benar-benar luar biasa. Tetap hadir, tetap bekerja, tetap setia walaupun kempen semakin menghampiri penghujungnya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terus menggerakkan perjuangan ini dari pagi hingga malam. Teruskan kerja keras dan kekalkan fokus hingga ke garisan akhir. Insya-Allah, Bongawan akan bersama Barisan Nasional! Demi rakyat, demi Sabah. Kita Bikin Balik Sabah! #BarisanNasional #BNSabah #Bongawan #Kimanis #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1K5tLV2ci9/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRj5Bx1kkNw/?img_index=3&igsh=eDZqZDN1MHd2bXJr 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1994028521858142407?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRj5DUVD93D?xmt=AQF0tWlm3Hmc1XKmN2q4BE__RiGBiB75dXJIVKEl6oyDZG6PGb0NSHJg8ECotHnWjrVtVB8&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐁𝐨𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐧 Saya meneruskan perjalanan hari ini ke program Sentuhan Kasih Desa@Bongawan yang berlangsung di Dewan Terbuka Pekan Bongawan. Terima kasih kepada warga Bongawan yang menyambut saya dengan begitu mesra. Memang sporting orang Bongawan! Tahniah saya ucapkan kepada anak-anak KEMAS yang menerima anugerah kecemerlangan sebentar tadi. Saya yakin ibu bapa pasti berbangga melihat usaha dan kejayaan mereka. Penghargaan juga saya berikan kepada guru-guru KEMAS yang menjadi tulang belakang pendidikan awal anak-anak kita. Kesabaran, kasih sayang dan dedikasi mereka inilah yang membentuk asas masa depan generasi Sabah. Insya-Allah, inilah generasi baharu yang akan menikmati Sabah yang lebih stabil, teratur dan sejahtera seperti yang kita usahakan bersama. #SentuhanKasihDesa #Bongawan #KEMAS #KKDW #PejuangDESA #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CvziXsF9p/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRj0eR6kvVK/?igsh=ZjhmNWhvcDNpcmU5 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1994018940104880386?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRj0yW0j7IA?xmt=AQF0EUocXS3P6kuLqe0NHMcf6aFEAAc1UThi1pDnogsIaWJ-_88haVWOgIuWmLQX6ebrCFk&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐤𝐚𝐫 𝐔𝐦𝐛𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐤𝐮𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐮𝐤𝐮𝐡 Seterusnya, saya ke PDM Pimping menyantuni jentera Barisan Nasional di sana bersama calon kita, Cikgu Rusman Dulamit, yang bakal membawa suara rakyat di N.31 Membakut. Di Membakut, saya melihat semangat jentera yang tidak kurang hebatnya. Tetap teguh, tetap berjuang dan tetap bersatu melaksanakan amanah rakyat. Inilah kekuatan sebenar kita iaitu hati yang seiring, langkah yang seirama, tekad yang tidak pernah goyah. Sempat juga saya menyuntik semangat kepada mereka di PDM ini sebentar tadi agar teruskan bekerja rapat dan istiqamah demi kemenangan di N.31 Membakut. Insya-Allah, setiap usaha dan setiap titik peluh ini akan membuahkan hasil. Demi rakyat, demi Sabah. Kita Bikin Balik Sabah! #BarisanNasional #BNSabah #Membakut #Sabah #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AA4yZwWJF/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRjuyRUkhzd/?img_index=3&igsh=dHo3ZTJnMHBleWVm 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1994006084810649626?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRju9gUDwwb?xmt=AQF00681I_HSp3hsP9EauoxCEsrLmVCNBkhqs1fZBxvUfACzdENRFwoUFWJ95QwiLxvYbRXM&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐉𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐟𝐨𝐫𝐭, 𝐍𝐚𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐍 Jentera adalah nadi perjuangan. Tangan yang bekerja, hati yang setia dan tenaga yang menggerakkan gelombang perubahan. Tanpa mereka, tiada calon mampu berdiri megah; tanpa mereka, perjuangan hanyalah kata-kata tanpa arah. Jentera inilah yang menjadi tulang belakang kebangkitan Barisan Nasional. Tengah hari tadi, di PDM Limbawang, saya bersama dengan keluarga besar jentera BN Parlimen Beaufort dalam Majlis Santai Jentera BN, ditemani dua calon yang kita pertaruhkan, Datuk Awang Aslee Lakat (N.33 Kuala Penyu) dan Tuan Haji Osin Jilon (N.32 Klias). Di wajah mereka, saya melihat keyakinan; di semangat mereka, saya membaca kemenangan yang sedang menghampiri. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jentera yang hadir dengan tekad yang tidak pernah pudar. Kesetiaan tuan-tuan dan puan-puan adalah kekuatan terbesar kita. Dengan gerak kerja yang tersusun, hati yang seiring dan langkah yang jujur, kita mampu menawan kedua-dua kerusi ini. Insya-Allah. Demi rakyat, demi Sabah. Kita Bikin Balik Sabah! #BarisanNasional #BNSabah #PDMLimbawang #Beaufort #KualaPenyu #Klias #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1DMVr3RpQH/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRjn-VVkntC/?igsh=ZDZxbW15bThwaDR5 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1993991186500211004?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRjoKdZj7Nh?xmt=AQF0LTLhWgjM9k-SeU6lCFvRl8ICDvAQ1BQGyj5FfHo7GRVyWKchM89fL3W5u42bIQPBdq4J&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐬𝐚@𝐊𝐥𝐢𝐚𝐬: 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐈𝐛𝐮 𝐁𝐚𝐩𝐚, 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐀𝐧𝐚𝐤 Hari ini di bumi Sabah, saya kembali ke Klias untuk bersama masyarakat dalam Program Sentuhan Kasih Desa@Klias di Dataran Bagandang, Beaufort. Majlis penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Kanak-Kanak TABIKA/TASKA KEMAS 2025 turut berlangsung dengan penuh meriah. Saya benar-benar kagum melihat komitmen ibu bapa di Klias yang hadir bukan sekadar melihat anak-anak diraikan, tetapi menzahirkan keyakinan mereka kepada KEMAS untuk mendidik generasi kecil ini dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Di sinilah bermulanya asas pembentukan generasi Sabah yang berakhlak, berilmu dan berjati diri. Saya mendoakan agar anak-anak ini membesar menjadi insan yang memberi manfaat kepada keluarga dan negeri ini. Inilah perjuangan kita bersama dalam membina masa depan Sabah melalui pendidikan awal yang berkualiti, kasih sayang keluarga dan sokongan komuniti yang tidak pernah luntur. #KEMAS #Sabah #PejuangDESA #Klias #Beaufort #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17ASxHjjag/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRjJtW9kgNt/?igsh=Yzl2bmlvZDU4bGY= 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1993924915339378698?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRjKDnqD1D3?xmt=AQF0ftL7IVIDAVZFWblr0FXNsbn5cCQWiEUnp4-aSoZpUFu8HhY8N5o3-iwMQk9YKF5OBmU&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 & 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝑅𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑎𝑛 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑆𝑎𝑡𝑢 (𝑅𝑃𝑆1) Barisan Nasional juga akan memastikan setiap rakyat Sabah, tanpa mengira latar dan lokasi, menikmati akses kesihatan yang lebih adil, mudah dan menyeluruh. Sabah mesti menjadi negeri yang menjaga kebajikan rakyatnya, khususnya mereka yang sedang berdepan kesukaran dan penyakit kritikal. Demi Rakyat, Demi Sabah. Bikin Balik Sabah! #RPS1 #BarisanNasional #SabahMembangunBersama #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/1D7yEwb24i/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRitugYEsrA/?igsh=ZTJibXYxcWxmejg5 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1993862930753056786?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRitw7QjxxD?xmt=AQF08PFNqgBIoe_2uosVAV9ld_AVcqiCwqKR3BkSmuqyGVtqqTWs6pCJC_FnnqpXV0ovH6Pd&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐝𝐢 𝐏𝐃𝐌 𝐋𝐢𝐤𝐚𝐬 𝐁𝐚𝐫𝐮 Saya juga sempat singgah di PDM Likas Baru malam tadi, bersama calon muda kita, Saudara Joe Arfan, anak muda yang bakal membawa suara rakyat di DUN N17 Darau. Saya hadir untuk meniup semangat kepada jentera yang terus bekerja tanpa mengira waktu. Dalam keletihan mereka, saya lihat kesungguhan; dalam senyuman mereka, saya baca wajah penuh harapan. Terima kasih saya ucapkan kepada para jentera dan penduduk setempat yang sudi duduk semeja, berkongsi cerita dan pandangan tentang masa depan Darau. Kebersamaan seperti inilah yang menguatkan perjuangan kita. Insya-Allah, dengan tekad yang satu dan kerja yang jujur, usaha ini akan membuahkan hasil. Demi rakyat, demi Darau, demi masa depan Sabah! #BarisanNasional #BNSabah #Darau #LikasBaru #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1D8oUd3KZP/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRimzMpEtlc/?igsh=MXE4NHY1dXg2dndpbQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1993847716838048138?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRinB9kj85t?xmt=AQF0iKrovsRKeLqXxr8tT-g8QvPjuWeKTuIJnpmnbHH3L55eN8pMD3xSWzeu6QqrLjHAdtlr&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Malam tadi, saya berpeluang meluangkan masa bersama komuniti India di BTC Inanam. Sebuah komuniti yang kecil bilangannya, namun besar peranannya dalam membentuk wajah Sabah yang harmoni. Sejak dahulu lagi Sabah telah menjadi contoh terbaik dalam meraikan kepelbagaian. Agama, budaya dan bahasa hidup sebumbung dengan penuh keharmonian dan saling hormat menghormati. Inilah asas perpaduan yang mesti terus kita pelihara, tidak kira siapa pun yang diberi amanah mentadbir negeri ini. Dalam perbualan santai malam tadi, saya turut menyentuh tentang pentingnya pendidikan, TVET dan pembangunan ekonomi yang adil untuk semua. Sabah memerlukan lebih ramai tenaga mahir, peluang pekerjaan yang luas dan kestabilan yang kukuh demi masa depan yang cerah untuk seluruh rakyatnya tanpa mengira kaum atau latar belakang. Semoga semangat kebersamaan ini terus mengalir menjadi kekuatan kita bersama dalam membina sebuah Sabah yang maju, sejahtera dan bersatu hati. #KomunitiIndia #Inanam #Sabah #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/1BooFMWmEv/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRif2RBEstf/?igsh=aWo2Zm1odXVlYjN5 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1993832390729630177?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRif2H9EjNu?xmt=AQF0JLAhAROZWwhPJ1XS3x8dhqljehXi1AwCX8hLWgMJ3Benaemd2TPFA-YVqTS0KHJ31s_-&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 & 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝑅𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑎𝑛 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑆𝑎𝑡𝑢 (𝑅𝑃𝑆1) BN akan memastikan hak Sabah diperkasa, dijaga dan ditegakkan melalui tadbir urus yang berintegriti serta politik yang stabil. Setiap komitmen yang digariskan adalah langkah jelas untuk memastikan suara Sabah dihormati dan kedudukan negeri ini dalam Persekutuan benar-benar dimartabatkan. Inilah iltizam Barisan Nasional untuk membina sebuah pentadbiran yang lebih telus, teratur dan bertanggungjawab demi masa depan Sabah yang berdaulat. Demi Rakyat, Demi Sabah. Bikin Balik Sabah! #RPS1 #BarisanNasional #SabahMembangunBersama #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/1C2J4BeXAd/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRhOeADkraF/?igsh=MTNzaHlkZ201bjdhOQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1993653494025515019?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRhOlfTD1Rz?xmt=AQF05gYJTnkw-2kcu8q6TK9XmbynUcWNzDQ8AlryRHfaRmbQ_HespnpcO1ZdglgzoXvDPyj2&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐈𝐬𝐮 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 Setibanya saya di Kota Kinabalu petang tadi, saya meluangkan masa menyantuni masyarakat Lumadan dalam Program FELCRA MADANI Santuni Rakyat@Lumadan. Alhamdulillah, rakyat Sabah sentiasa menerima kehadiran saya dengan penuh mesra dan pertemuan ini memberi ruang untuk saya mendengar sendiri keluhan serta keperluan mereka di lapangan. Antara isu utama yang dibangkitkan adalah masalah banjir yang kerap melanda kawasan ini, sehingga menjejaskan pergerakan harian dan keselamatan penduduk. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya amat memahami keperluan untuk melihat isu ini secara tuntas. InsyaAllah, saya akan memperhalusi langkah-langkah yang boleh dilakukan termasuklah melihat keutamaan membina Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan berdekatan sebagai penyelesaian jangka panjang yang lebih berkesan dan berstruktur. Insya-Allah, saya akan memastikan perkara ini diberi perhatian segera demi kesejahteraan rakyat Negeri Sabah. #FELCRAMADANISantuniRakyat #KKDW #PejuangDESA #Lumadan #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Dwjn5uNKH/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRhIafMEtpP/?img_index=8&igsh=dHNpenRsMms2MWtn 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1993642038286569605?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRhJadcj5PR?xmt=AQF0W_LJ_MWtOIhuYAY9toF_GDn3x2QW63KMo8J_x_SMj3Ayn-4LVQO_5J41G-4GQdkOQfY2&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Dari Kolej Komuniti, saya terus ke Kampus IPG Tawau untuk turut bersama dengan anak-anak muda dalam Program Jelajah TVET MARA Negeri Sabah di sana. Alhamdulillah, semangat mereka di sini juga tidak kurang hebatnya. Benarlah, TVET kini semakin menjadi pilihan utama anak muda Sabah. Semasa menyampaikan ucapan sebentar tadi, saya sempat menitipkan pesanan kepada anak-anak muda di sini bahawa TVET adalah pilihan terbaik untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hari ini, lulusan TVET merupakan tenaga mahir yang paling dicari oleh industri dan peluang untuk memperoleh gaji yang lebih tinggi terbuka luas bagi mereka yang bersedia membina kemahiran. Inilah sebabnya Sabah memerlukan lebih banyak peluang TVET, lebih banyak laluan kerjaya dan lebih banyak ruang untuk anak muda melangkah lebih jauh. Melihat keyakinan di wajah mereka sebentar tadi, saya percaya masa depan Sabah akan dipimpin oleh generasi yang berkemahiran, berdikari dan berdaya saing. Insya-Allah, kita realisasikan ianya bersama. #JelajahTVETMARA #JomPilihTVET #TVETMARA #Tawau #Sabah #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BF2tpdNbn/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRg_qQfku0t/?img_index=3&igsh=ZnN5cno2ZGh0cXg4 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1993620937816908092?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRg_zq0D0L7?xmt=AQF0VX7koQhy13aPQiB19g7hPUbg6QtJyHfGhCZAzl-VYbhgBpO2e9mkNXTI02rE6z8cVp4&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Pagi tadi di Kolej Komuniti Tawau, saya hadir merasmikan Program Eksplorasi TVET Komuniti yang menerima sambutan meriah daripada anak-anak muda di sini. Keterujaan mereka mencari ruang, peluang dan masa depan melalui TVET benar-benar memberi harapan baharu untuk Tawau. Tawau memiliki potensi besar dalam pelancongan, perikanan, pertanian moden, logistik dan ekonomi digital. Semua sektor ini memerlukan tenaga kerja mahir dari kalangan anak tempatan sendiri dan inilah yang sedang kita perjuangkan. Dalam agenda ini, tiada siapa akan tercicir kerana kita tidak melihat latar belakang sesiapa. Yang kita mahu ialah memastikan setiap anak muda Sabah mendapat peluang pendidikan terbaik dan jaminan masa depan yang lebih cerah. Insya-Allah, usaha memperkasa TVET dan membuka lebih banyak laluan kerjaya berkualiti untuk anak-anak Sabah akan terus dipertingkat selari dengan aspirasi kita untuk melihat negeri ini terus maju, makmur dan sejahtera. #TVET #JomPilihTVET #KolejKomunitiTawau #Tawau #Sabah #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/185MLSnKyh/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRg1V4HEvig/?igsh=MXhxeW9hN2J0cXBxYg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1993598125907583175?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRg1de1j0US?xmt=AQF0igI_3bdOCS3aKmWw4M37IJiabE78-sCvTDxzD7yIIMA37w5FA-H4jf_nOtN6pMy1E6Q&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 Ketika ini, sebanyak 188 PPS telah dibuka dengan lebih 22,000 mangsa telah dipindahkan. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya telah mengarahkan semua agensi untuk berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Sebanyak 9,058 PPS telah disiapkan dan mampu menampung lebih 2.18 juta penduduk sekiranya diperlukan. Namun, kita tetap berdoa agar keadaan tidak menjadi lebih buruk. Saya akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa. Kepada semua yang terjejas, jaga keselamatan dan patuhi arahan pihak berkuasa. Semoga Allah SWT melindungi semua penduduk yang terjejas banjir di seluruh negara. #SituasiBanjir #KesiapsiagaanBencana #NADMA 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSf5SrEFQ/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRgvCYtEoNo/?igsh=MTQ3M3k0aThpZWhhZg== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1EqFK97DiL/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐍𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐑𝐢𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐫𝐨𝐩𝐢𝐤𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐭𝐞𝐨𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐌𝐄𝐓 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚) MET Malaysia telah mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika. Ribut tropika tersebut dikesan berada pada Latitud 4.5° Utara dan Longitud 97.9° Timur. Ribut ini bergerak ke arah Barat Barat Daya dengan kelajuan 9 km/j dan kelajuan angin maksimum 83 km/j. Kedudukan terdekat dengan Malaysia adalah kira-kira 284 km ke Barat Daya Georgetown, Pulau Pinang. Keadaan ini dijangka boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang, dan laut bergelora di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my , aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638. Sumber: Malaysian Meteorological Department #metmalaysia #NRES #monsuntimurlaut #caknacuaca #MADANIBekerja #MalaysiaMadani 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17WLQHX9Yc/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRgi3cZkqtp/?igsh=a2I2eXVoMnplb212 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1993557744587292739?t=c69AN5RpBrv7KXQTZP0Rpw&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRgjLXZj56h?xmt=AQF0uoODfFwOMeurVFltH3BqYau6R9DY4ZTeUK8gpgnYopeDnPxUQelX5js2hr3laMD_l0kE&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Barisan Nasional terus memberi keutamaan kepada golongan belia dengan menyediakan lebih banyak kemudahan perumahan yang mampu diakses dan berpatutan. Inisiatif ini dirangka untuk membantu anak muda memulakan kehidupan dengan lebih stabil dan teratur. Demi Rakyat, Demi Sabah. Bikin Balik Sabah! #RPS1 #BarisanNasional #SabahMembangunBersama #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSf516phA/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRgdh8tkuZ1/?igsh=MTV2b2R4bWtxN3ZoaQ== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1AuqZnYutf/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝑅𝑎𝑛𝑐𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑎𝑛 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑆𝑎𝑡𝑢 (𝑅𝑃𝑆1) Tiada anak Sabah yang harus tercicir daripada masa depan mereka hanya kerana kekangan peluang dan kemampuan. Setiap insentif, bantuan dan sokongan pendidikan yang ditawarkan disusun untuk membuka jalan, meringankan beban dan memastikan pendidikan berkualiti benar-benar dapat dinikmati oleh semua. Demi Rakyat, Demi Sabah. Bikin Balik Sabah! #RPS1 #BarisanNasional #SabahMembangunBersama #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSfPHTusV/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/17MJ9cs8DD/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRgFRJ0Emtv/?igsh=MWE2Z2szMWdqazZwbA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1993492502368993777?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRgFfs9D7Dl?xmt=AQF0mSa1xRePOtdWGUwxF1I0xcU966NaX1DynHYxj3lvTJMe3_d-mbgR46i1idd1h8O-pSCC&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧: 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐥𝐮𝐫 Walaupun saya sedang berada di Sabah ketika ini, kesiapsiagaan menghadapi banjir di seluruh negara tetap menjadi keutamaan. Semua agensi berkaitan telah digerakkan lebih awal, termasuk penyelarasan di peringkat negeri, daerah dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Doa saya sentiasa bersama anda semua. Semoga keadaan segera pulih dan setiap urusan dipermudahkan olehNya. Insya-Allah. #NADMA #SituasiBanjir 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSffCCsck/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRe6oe6EjWU/?igsh=cDVtMWV1OHdyaHVm 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1Djzj9Ywtr/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel