Dr Ahmad Zahid Hamidi
رفتن به کانال در Telegram
نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
362
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز
آرشیو پست ها
Setibanya saya di WTCKL sempena Sambutan Hari UMNO ke-80 hari ini, saya sempat singgah ke Pertandingan Nasyid Wanita Kebangsaan 2026 anjuran Wanita UMNO Malaysia.
Buat julung kalinya pertandingan seperti ini diadakan, dan saya melihatnya sebagai satu usaha yang baik dalam mengangkat seni nasyid sebagai sebahagian daripada identiti yang ingin kita suburkan.
Saya juga sempat menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah kepada semua peserta dari 10 negeri yang mengambil bahagian. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan benar-benar membanggakan.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Wanita UMNO Malaysia atas inisiatif ini. Teruskan usaha memperkasa program yang mendekatkan kita dengan nilai, seni dan jati diri.
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/18bvYuW9fE/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXyhVsuEp0i/?img_index=5&igsh=bDNvazk3ZDBjNmVx
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2050130691409789149?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXyhYv_j1xk?xmt=AQF0wPc_WnzkAMx-ca2H7-kLstDxyigAg4--qmbUAf2aBjuWvySKl_HRB2BAfapdnnRsJWg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐲𝐢𝐝 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧
Saya kongsikan momen ketika merasmikan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan Wanita UMNO sempena sambutan 80 tahun UMNO.
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta dari setiap negeri yang telah mempamerkan bakat serta semangat yang cukup baik.
Semoga program seperti ini terus memperkukuh ukhuwah dan menyatukan kita melalui seni yang membawa mesej kebaikan.
Insya-Allah.
#UMNO
#80TahunUMNO
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS95WXoWN/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DXyaganSJxE/?igsh=OXdiMGk1aWM2cG5z
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/1CXJNBpEij/?mibextid=wwXIfr
📱Youtube:
https://youtube.com/shorts/YRtnazHFEEY?si=gALxK-sQYPW_Nnk3
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Di sebalik kemajuan sesebuah negara, ada usaha yang tidak pernah berhenti dan pengorbanan yang jarang terlihat.. dari sektor awam ke swasta, dari bandar ke desa.. semuanya digerakkan oleh tangan-tangan yang bekerja dengan penuh dedikasi.
Pagi tadi, saya bersama ribuan warga kerja dari seluruh negara dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.
Saya sentiasa percaya, kekuatan sebenar negara terletak pada kualiti pekerjanya. Tanpa anda semua, kita tidak mungkin mampu mencapai tahap yang ada hari ini.
Sebagai Menteri yang menerajui KKDW, saya bangga apabila Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Semenanjung Malaysia (KPRSM) dinobatkan sebagai Kesatuan Sekerja Terbaik Negara bagi kategori Badan Berkanun. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh warga RISDA atas pencapaian yang cukup membanggakan ini.
Selamat Hari Pekerja saya ucapkan kepada seluruh pekerja di Malaysia. Terima kasih atas segala sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan.
Teruslah menjadi tonggak kepada kemajuan Malaysia yang kita cintai ini.
#HariPekerja2026
#PekerjaKesumaBangsa
#KKDW #RISDA
#PejuangDESA
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1AsD3rbraK/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXyX1BuEtAL/?img_index=9&igsh=MThjeTNld2N6NmF3Yw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2050109886407802931?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXyX-EajwfR?xmt=AQF036cNRBi9G4xjZ0ZA5rNzQbQPqLO-JxngxKQId1ZtMDC46QnCdU4ggvcBImvKfVlCxpWV&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Dalam apa juga penganjuran program, prinsipnya mesti jelas. Ia tidak boleh mengetepikan nilai, adab, sensitiviti agama dan norma masyarakat tempatan.
Kami mengambil serius pandangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Pandangan ini wajar dihormati kerana ia mencerminkan kegusaran sebahagian besar rakyat Malaysia.
Sebab itu, kami telah meminta supaya program seumpama ini diteliti semula dari segi konsep, kandungan dan pelaksanaannya. Garis panduan juga perlu diperkemas dan diperketatkan supaya setiap penganjuran selari dengan nilai budaya, agama dan identiti negara.
Prinsip kita jelas: berhibur tidak salah, tetapi mesti ada batas. Kemajuan boleh diteruskan, tetapi nilai tidak boleh tergugat. Penganjur wajar berbincang dengan pihak berkuasa agar keharmonian masyarakat terus terpelihara.
Ini pendirian UMNO.
📱FB: https://www.facebook.com/share/1BMBAv9mtY/?mibextid=wwXIfr
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXyTQTrDwfT?xmt=AQF0e1LphfPRM41vPLDI1gLQ052c5jDVXtUvo1hcpKfJWUl4up0YNRuYTrDhi27wN8Pg9cx4&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐈𝐧𝐟𝐫𝐚𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Dunia digital hari ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita. Daripada urusan kewangan, perkhidmatan Kerajaan hinggalah kepada pendidikan dan perniagaan, semuanya kini berlangsung dalam ekosistem yang semakin luas dan pantas.
Di sebalik kemudahan ini, satu perkara menjadi asas kepada segalanya.. “kepercayaan”. Tanpa kepercayaan, sistem digital tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Justeru, aspek keselamatan dan pengesahan identiti digital perlu terus diperkukuh sebagai satu tanggungjawab bersama.
Semasa berucap dalam Forum ‘Powering Trusted Access Across Malaysia’s Digital Ecosystem’ sebentar tadi, saya menyatakan bahawa MyDigital ID memainkan peranan penting dalam membina asas ini. Ia membuka laluan ke arah sistem yang lebih selamat, lancar dan diyakini, dengan pendekatan “one key” yang memudahkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan.
Melalui pertukaran Memorandum Persefahaman antara MyDigital ID Sdn Bhd dan rakan kerjasama strategik yang saya saksikan, jelas menunjukkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem digital negara. Kerjasama seperti ini penting bagi memastikan pembangunan digital terus bergerak secara tersusun dan berdaya tahan.
Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkasa agar manfaatnya benar-benar dirasai oleh rakyat dan negara secara keseluruhan.
#MyDigitalID
#EkosistemDigital
#TransformasiDigital
📱FB: https://www.facebook.com/share/1GL1RZQzcY/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXwUk-gkmTs/?igsh=MXQwb2szdmRpNW51Zg==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2049821213208592649?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXwUm0Kj75j?xmt=AQF09swoJxkDpKtoXzzhSA3MfeJqvgrvv47p5-kQWKyzLGRAt_ueTo8J1ljOkbiGuUYTc_Y&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐈𝐥𝐦𝐮𝐰𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐞-𝟏𝟏
Saya kongsikan momen ketika Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri ke-11 yang membincangkan cabaran geopolitik dan kepentingan kesatuan.
Perbincangan ini membuka perspektif tentang keperluan kita untuk kekal bersatu dan bertindak dengan bijaksana dalam menghadapi ketidaktentuan global.
Semoga wacana seperti ini terus memperkukuh kefahaman dan kebersamaan kita.
#FIM
#MalaysiaMADANI
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS9fbFgsh/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DXwG7aUy3cV/?igsh=OGtwMWpnZ3ptbmll
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1XM4iu9MbT/?mibextid=wwXIfr
📱Youtube:
https://youtu.be/kKHTj9GxYD0?si=XRG89tZHyep8kCW0
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐄𝐒𝐎𝐊!!!
Insya-Allah, kita akan berhimpun di WTC Kuala Lumpur untuk meraikan satu detik yang cukup bermakna dalam perjalanan parti ini.
Jemput hadir beramai-ramai untuk kita meriahkan Sambutan Hari UMNO ke-80 seperti ketetapan berikut:
📅 1 - 5 Mei 2026
📍 World Trade Centre Kuala Lumpur
Pelbagai pengisian menarik menanti. Antara program utama:
✅ Kongres Pendidikan Bumiputera 2026
✅ Konvensyen 80 Tahun UMNO
✅ Pameran pendidikan dan TVET
✅ Forum akademik dan wacana semasa
✅ Aktiviti Pemuda, Wanita dan Puteri
✅ Program melibatkan usahawan dan anak muda
Inilah ruang untuk kita mengimbau perjalanan yang telah dilalui, sambil menyusun langkah ke hadapan.
Insya-Allah, kita jumpa di sana yaa.
#HariUMNO80 #UMNO80
#UMNO #DuluKiniDanSelamanya
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS9fa3sxd/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/1KFq1BcaLt/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DXwADCMy3G5/?igsh=MXdpNW11ZjBjMHRqMA==
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2049776970637177024?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXwACgrEsDV?xmt=AQF0o5IDVvbxqQ20TkAE4zmh2Ck_DXTcEWDgmYR7p8WedChKbLMExXIT4tE3kYJaA82HTCYX&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐇𝐋𝐂 𝐁𝐢𝐨𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐩𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Perkembangan global hari ini menuntut kita lebih bersedia, khususnya dalam soal keselamatan tenaga negara.
Sebentar tadi, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Biobahan Api Bil.1/2026. Penubuhan jawatankuasa ini adalah susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai respons proaktif terhadap krisis tenaga global.
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan bertindak sebagai urusetia dalam menyelaras pelaksanaan serta memastikan setiap keputusan dapat digerakkan secara bersepadu.
Saya melihat biodiesel daripada komoditi tempatan sebagai langkah strategik yang amat penting kerana ia mampu bertindak sebagai penampan jika berlaku kejutan bekalan luar, di samping membolehkan negara mengawal sebahagian keperluan tenaga secara domestik.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memperkukuh kolaborasi strategik bersama semua pihak berkepentingan bagi memastikan industri biobahan api menjadi antara pemacu utama kepada keselamatan tenaga, peralihan rendah karbon dan daya saing sektor agrikomoditi negara.
#BiobahanApi
#KesiapsiagaanNegara
#KeselamatanTenagaNegara
📱FB: https://www.facebook.com/share/18YJFut1Dd/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXto7DWEkgZ/?igsh=MTJ4NHMyMmdlNno5Mg==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2049443740545417370?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXtpAwRjztQ?xmt=AQF0BreC62BnHZIue697LXyy_dL1SUQxYeaeV9Y0EMdK1ej4IMQTOzabr2Yaxfi681fpV26q&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝟐 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈
Insya-Allah, kita akan berhimpun di WTC Kuala Lumpur untuk meraikan satu detik yang cukup bermakna dalam perjalanan parti ini.
Jemput hadir beramai-ramai untuk kita meriahkan Sambutan Hari UMNO ke-80 seperti ketetapan berikut:
📅 1 - 5 Mei 2026
📍 World Trade Centre Kuala Lumpur
Pelbagai pengisian menarik menanti. Antara program utama:
✅ Kongres Pendidikan Bumiputera 2026
✅ Konvensyen 80 Tahun UMNO
✅ Pameran pendidikan dan TVET
✅ Forum akademik dan wacana semasa
✅ Aktiviti Pemuda, Wanita dan Puteri
✅ Program melibatkan usahawan dan anak muda
Inilah ruang untuk kita mengimbau perjalanan yang telah dilalui, sambil menyusun langkah ke hadapan.
Insya-Allah, kita jumpa di sana yaa.
#HariUMNO80 #UMNO80
#UMNO #DuluKiniDanSelamanya
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1CE9E2ihDq/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DXthzniEh1y/?igsh=cTJkOHpicnE2ODU=
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2049428662357983264?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXth89Bj1jG?xmt=AQF0vZiAaqJXbQHDNDm2WoAvcZXbmKD--atzwPhOd2ijpANUMq8Sh4HWnQYHsqtHzXcXp98v&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐏𝐅 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀
Koperasi Permodalan FELDA (KPF) merupakan sebuah institusi yang sekian lama menjadi tunjang kepada kesejahteraan ekonomi warga FELDA, khususnya dalam menyediakan peluang simpanan, pelaburan serta pulangan dividen kepada ahlinya.
Sebentar tadi, saya telah mendengar pembentangan daripada Pengerusi KPF, Dato’ Mohd Banuri Aris berhubung perkembangan semasa koperasi serta beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kelangsungan dan kekuatan institusi ini terus terpelihara.
Insya-Allah, usaha memperkukuh KPF akan terus diperkasa dengan pendekatan yang lebih berfokus dan berimpak, demi memastikan kebajikan serta kepentingan warga FELDA sentiasa terpelihara.
#KoperasiPermodalanFELDA
#KPF #FELDA
#PejuangDESA
📱FB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid0P3quqPEVA9VN7xR5yGMMi7yLUsMqJ79VXjK8GjxmszMH8vd9qwjp6BU3KugcJGhwl/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXqziz7EjmB/?img_index=2&igsh=eTZqdHIyNzlubHFq
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2049044862805360952?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXqzoQHj_UC?xmt=AQF0pSfPxiBIikJEPy4soi8rvR0nJwRc6dMYpGntHEdoW5v1xskU3w8dZEqunV892_SWZtU&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚, 𝐃𝐏𝐍 𝟐.𝟎 𝐓𝐚𝐦𝐩𝐢𝐥 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮
Pagi tadi di Cyberjaya, saya telah menyempurnakan majlis Pelancaran Dasar Pengguna Negara 2.0 dan Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN ke-54 bersama barisan penguat kuasa yang menjadi tunjang kepada perlindungan pengguna di negara ini.
Realitinya, cara rakyat berbelanja hari ini sudah jauh berubah. Segalanya kini hanya di hujung jari. Mudah, pantas.. tetapi dalam masa yang sama, risikonya juga semakin besar. Penipuan dalam talian, manipulasi harga, eksploitasi data.. semua ini bukan lagi perkara asing dalam kehidupan seharian kita.
Justeru, Dasar Pengguna Negara 2.0 (DPN2.0) diperkenalkan. Kita perlu bergerak seiring dengan perubahan zaman. Perlindungan pengguna hari ini tidak boleh hanya tertumpu kepada harga dan kualiti, tetapi mesti meliputi risiko dalam ekosistem digital yang semakin kompleks.
Dalam masa yang sama, saya amat menyedari cabaran yang dihadapi oleh pasukan penguat kuasa hari ini. Peranan mereka bukanlah mudah. Mereka berada di barisan hadapan, berdepan dengan pelbagai risiko termasuk aspek keselamatan, demi memastikan hak pengguna terus terpelihara. Medannya juga sudah berubah.. daripada lapangan fizikal kepada ruang digital yang lebih pantas, luas dan mencabar.
Sebab itu saya berpandangan sudah sampai masanya peranan ini diperkukuh ke satu tahap yang lebih tinggi. Secara peribadi, saya merasakan Bahagian Penguat Kuasa ini wajar dipertimbangkan untuk dinaik taraf sebagai Jabatan Penguat Kuasa, selari dengan tanggungjawab dan peranan yang semakin besar hari ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga KPDN dan Penguat Kuasa KPDN atas komitmen serta pengorbanan yang dicurahkan selama ini. Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh ekosistem kepenggunaan negara agar lebih telus, lebih adil dan terus diyakini rakyat keseluruhannya.
#DPN2.0 #KPDN
#HariPenguatKuasaKPDN
#KitaPengguna #SuaraKitaKuasaKita
📱FB: https://www.facebook.com/share/18MyJUYp8Y/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXqqaKxEjok/?img_index=1&igsh=YzU2bmg1Y2w0NGhj
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2049024850203967932?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXqqmPKD8H-?xmt=AQF0EQvsFXiOB6xK7tPUaEC05oxaFiGv0kPBy-C9amzG-5ah_eiWVOi4IYZAV7Z5wdaekhk&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐤𝐞-𝟗𝟐 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐋𝐚𝐮𝐭 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐓𝐋𝐃𝐌)
Di sebalik lautan yang luas, berdirinya wira-wira negara yang sentiasa siap siaga menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan tanah air. Dedikasi, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh warga TLDM sentiasa menjadi kebanggaan kita semua.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala pengorbanan dan khidmat bakti seluruh warga TLDM yang tidak pernah mengenal erti lelah demi keamanan perairan negara.
Selamat Ulang Tahun ke-92 saya ucapkan. Semoga TLDM terus kekal sebagai angkatan laut yang berwibawa, disegani dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara. Insya-Allah.
#TLDM92
#TLDMPerkasaKedaulatanTerpelihara
📱FB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid0aLSzvwUVxwJsCVjtzVoxbyWMLgiP6QPAi1N4LdtM9WC4gPiytqXj3JZP7yE3m3D5l/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXoen5zEoFs/?igsh=cmY4Y2gxN2t4MjVs
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2048718911978311916?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXofYP8DxMq?xmt=AQF0NuRqo9kY2J8GwDMKq3rLZWLgBZUYs-kVg8hrkz0cv1RKBX5mZlBnKkvbCABjx-1ebPrd&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐮̈𝐫𝐤𝐢𝐲𝐞
Saya telah menerima kunjung hormat daripada H.E. Necmeddin Bilal Erdoğan, Deputy Chairman of the Board of Trustees Ibn Haldun University dan H.E. Prof. Dr. Erol Özvar, President of the Council of Higher Education Türkiye bersama delegasi Türkiye di pejabat saya di Putrajaya sebentar tadi.
Perbincangan hari ini tertumpu kepada bidang pendidikan, khususnya melibatkan peranan MARA dalam memperluas akses dan kualiti pendidikan, termasuk potensi kerjasama dengan institusi pendidikan kedua-dua negara.
Hubungan Malaysia dan Türkiye dalam sektor pendidikan berada pada landasan yang baik, dengan pelbagai bentuk kerjasama antara institusi kedua-dua negara yang merangkumi pertukaran akademik, penyelidikan serta pembangunan program bersama.
Kami juga sempat menyentuh potensi kerjasama dalam sektor halal yang boleh membuka lebih banyak peluang antara kedua-dua pihak.
Saya berharap pertemuan ini dapat memperkukuh lagi hubungan dua hala Malaysia dan Türkiye, seterusnya memberi manfaat kepada pembangunan pendidikan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, insya-Allah.
#MalaysiaTurkiye
#Pendidikan #MARA
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1GAGAHPeWv/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXoYhqzEiDe/?img_index=7&igsh=cjhlODN4Zm8wOXQ=
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2048704175668945368?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXoYu7LjwSm?xmt=AQF0N5G7j2N4303rxHZn_bTw1f-GEMsmrztpCMi5OvNR0f8JjKH-CX74W4XKXiPei6JAZC0&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐇𝐋𝐂 𝐏𝐚𝐜𝐮 𝐋𝐨𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐃𝐚𝐲𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫
Saya telah mempengerusikan Mesyuarat High-Level Committee (HLC) Pembangunan Desa Kali Ke-3 bagi menetapkan hala tuju yang lebih jelas untuk mempercepat transformasi desa, selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Antara yang dipersetujui adalah usaha mempertingkat infrastruktur sekolah luar bandar melalui kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan MARA, khususnya bagi membantu sekolah di kawasan pedalaman.
Pendidikan awal kanak-kanak di kawasan FELDA juga akan diselaraskan di bawah KEMAS secara berfasa bermula Jun 2026, bagi memastikan penyampaian yang lebih tersusun dan berkualiti.
Dalam masa yang sama, ekosistem digital luar bandar akan terus diperkukuh melalui kerjasama lebih rapat antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Pusat Komuniti Desa (PKD) KKDW, supaya kemudahan dan sumber sedia ada dapat dimanfaatkan secara optimum.
Insya-Allah, pendekatan 𝑤ℎ𝑜𝑙𝑒-𝑜𝑓-𝑔𝑜𝑣𝑒𝑟𝑛𝑚𝑒𝑛𝑡, 𝑤ℎ𝑜𝑙𝑒-𝑜𝑓-𝑠𝑜𝑐𝑖𝑒𝑡𝑦 dan 𝑑𝑎𝑡𝑎-𝑑𝑟𝑖𝑣𝑒𝑛 𝑔𝑜𝑣𝑒𝑟𝑛𝑎𝑛𝑐𝑒 akan terus diperkasakan bagi meningkatkan penyelarasan dan keberkesanan pelaksanaan, sekali gus memperkukuh komitmen KKDW dalam merapatkan jurang pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inklusif dan mampan.
#PembangunanDesa
#KKDW
#PejuangDESA
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid0pDSG9ZzB918BhwanSmP6FtVtHSXaAZKpzKkouH27dko5fCBHKgRtGdJ1LdPJywkjl/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXn9clRkrTs/?igsh=Y3FxbzB5ZDE2Z3lx
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2048644479109026271?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXn9jpijydU?xmt=AQF0p7Sn8tfDcHLAh2JkiqLIiI3g1HKHixyDCZzwoQREVIczM0JR44X_LMhf9EgJ-nhq_hMK&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐈𝐥𝐦𝐮𝐰𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐞-𝟏𝟏
Malam tadi saya turut bersama dalam Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri ke-11 yang mengangkat tema “Muslim Unity in Times of Geopolitical Crisis”.
Forum ini dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bersama barisan panel hebat seperti Mr. Necmeddin Bilal Erdoğan, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Mr. Sharif Hasan Al-Banna dan Dr. Khairudin Aljunied, yang masing-masing berkongsi pandangan daripada pelbagai perspektif.
Perbincangan malam tadi membuka perspektif lebih luas tentang bagaimana perkembangan geopolitik memberi kesan kepada kestabilan negara dan kehidupan rakyat. Dalam keadaan yang semakin tidak menentu, kita perlu lebih bersedia, membuat pertimbangan dengan bijaksana serta memperkukuh kesatuan, khususnya dalam kalangan umat Islam.
Semoga wacana seperti ini terus menjadi ruang untuk memperkukuh kefahaman dan menyatukan pendirian kita dalam mendepani cabaran global yang semakin kompleks.
#FIM
#ForumIlmuwan
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/18jRBaMtgU/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXnT28PElgS/?img_index=8&igsh=MXdxZzh2aWJ1YXE4Yw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2048552968484798577?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXnT6oRD_pZ?xmt=AQF02Hfh8QQaJZ9aQSndnDCqzFLRL6UZRRWQfhoNQQU-RX1tyItAg6CQ_cFrJWO238aENb-V&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 & 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧: 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧𝐢 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧
Dalam dunia yang semakin tidak menentu, setiap keputusan perniagaan hari ini dibuat dalam suasana kos yang berubah-ubah dan cabaran global yang sukar dijangka.
Petang tadi saya bersama komuniti perniagaan dalam Majlis Apresiasi Kerajaan bersama Komuniti Perniagaan ACCCIM. Pertemuan seperti ini penting untuk kita berbincang secara terbuka tentang realiti yang dihadapi serta hala tuju yang perlu digerakkan bersama.
Alhamdulillah, asas ekonomi negara kekal kukuh dengan perdagangan yang terus berkembang. Namun, saya amat memahami tekanan yang dihadapi industri hari ini khususnya peningkatan kos operasi dan cabaran rantaian bekalan.
Kerajaan akan terus memperkukuh peranan sebagai pemudah cara melalui penyelarasan dasar, pengurangan birokrasi dan sistem penyampaian yang lebih pantas agar setiap usaha benar-benar memberi kesan di lapangan.
Apa yang penting, kita mesti bergerak sebagai satu ekosistem. Dengan kerjasama erat antara Kerajaan dan komuniti perniagaan, saya yakin kita mampu mendepani cabaran ini dan terus memperkukuh ekonomi negara. Insya-Allah.
#ACCCIM
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1Gdqw9gFT5/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXmBuihEtU_/?img_index=4&igsh=MXVzdnBseG05OXNpbA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2048372426875252809?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXmB5dojyHi?xmt=AQF0DHoE4GFz24Iwy15tw0dWUnlHYqHIW1HLUDtQUjIe0F563GHa-PtWC8AtMTZIgZ0iKm87&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 26 April 2026 bersamaan 8 Zulkaedah 1447H.
Patik dengan penuh takzim mendoakan semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku, mengurniakan keafiatan yang berpanjangan serta memberkati pemerintahan Tuanku dalam memayungi rakyat dan negeri dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Daulat Tuanku!
📱FB: https://www.facebook.com/share/1CGGJFnKUU/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXlzE6HElGo/?igsh=MTh0ajJ3ZzJsYTlzZw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2048341425662619930?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXlztSDDzHe?xmt=AQF0ItgaRDn6Zg46YTrQ5Y4P3ZJZetcA_IsZpO5RlOkO92TFPUqTP6anolnSc8Gqkt6UTzK4&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
“𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐨𝐜𝐤𝐞𝐭 𝐑𝐨𝐜𝐤𝐞𝐭𝐦𝐚𝐧” 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐠𝐚𝐫 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚
This man is a living legend. Apa yang Dato’ Mohd Azizulhasni Awang lakukan semalam benar-benar luar biasa.
Sesiapa yang menyaksikan pecutan beliau semalam tahu itu bukan sekadar kayuhan biasa, tapi lahir dari semangat dan jiwa seorang juara.
Tahniah Dato’ Azizul. Terima kasih kerana terus mengharumkan nama Malaysia!
#JuaraKeirinLelaki
#UCITrackWorldCup2026
#KitaSemuaTeamMAS
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BCaK3hFQL/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXlFbRgEkpl/?igsh=cGtweXl0ZXRqaW5k
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2048240204084101436?s=46
📱Thread: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXlFnH2jygV?xmt=AQF0MeHqn3EoEWT5A46digfUMophJd8JXdck5eLTJ3sTIoEnMbULhFkqu-WHnaJjO7YHhtc&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
[Keluaran Khas #UMNO80]
𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚
Tunku Abdul Rahman bukan sekadar Bapa Kemerdekaan, malah membawa suara Malaysia ke pentas dunia Islam. Sebagai pemimpin UMNO, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama Pertubuhan Kerjasama Islam (1970–1974), mencerminkan kewibawaan kepimpinan negara di peringkat antarabangsa.
Penubuhan OIC lahir susulan Kebakaran Masjid Al-Aqsa pada 1969, dan kini menghimpunkan 57 negara anggota. Peranan Tunku Abdul Rahman membuktikan UMNO bukan sahaja memperjuangkan kemerdekaan tanah air, tetapi turut mengangkat suara Islam dan Malaysia di persada dunia.
#UMNO
#80TahunUMNO
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1B2VGFQsNk/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DXg-sRwEuHA/?igsh=MWt3MHNxMWxkd2k0Zw==
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2047662165054930973?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXg-vdpgaAt?xmt=AQF0mG-zKGaljGVFyzsVw-rzWoMMvC9uqJtpX_nxhxbO-_53UUKFDdPvtumiBG1u7FbJjzc&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐡𝐢𝐧𝐤𝐓𝐚𝐧𝐤@𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐥𝐮𝐬𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐣𝐮 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫
Saya telah mengadakan satu sesi pertemuan bersama ahli ThinkTank@KKDW bagi mendengar pembentangan kajian kes yang akan menjadi input dalam merangka dasar pembangunan luar bandar, termasuk sebagai input kepada Rancangan Malaysia Ke-13.
Apa yang dibentangkan oleh pasukan ThinkTank@KKDW semalam adalah berasaskan realiti di lapangan. Perkara ini penting supaya setiap dasar yang digubal benar-benar tepat dan memberi impak kepada rakyat.
Saya turut menggariskan aspirasi agar KKDW kekal sebagai kementerian yang ‘future-ready’. Pendekatan sedia ada perlu sentiasa dinilai semula supaya kita dapat bergerak dengan lebih cekap, pantas dan berkesan.
Budaya kerja berprestasi tinggi, integriti, kebertanggungjawaban serta ‘delivery excellence’ perlu terus menjadi teras dalam kalangan seluruh warga kementerian.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh pasukan ThinkTank@KKDW atas komitmen dan pandangan yang dikongsikan.
Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh kerjasama ini agar setiap usaha yang digerakkan benar-benar memberi hasil terbaik kepada semua pemegang taruh, khususnya masyarakat desa yang kita santuni.
#ThinkTankKKDW
#KKDW #PejuangDESA
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1DigHVXV7v/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DXgdR79knZT/?img_index=1&igsh=MTFsYmh5cXhzZzI4
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2047588594836287961?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXgdct_j8t1?xmt=AQF0wKy4HcMH3y5EgXskO9hyZg4ajphY28um5ibLD0V_lvf0Xm-QK1PbSOPysReTvgPx69TP&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
