fa
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

رفتن به کانال در Telegram

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
364
مشترکین
+224 ساعت
+37 روز
+230 روز
آرشیو پست ها
𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 Pagi ini, saya menghadiri Istiadat Menghadap serta Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur. Istiadat ini sebagai satu penghargaan tertinggi negara kepada individu-individu yang telah menabur bakti dan sumbangan dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan masyarakat serta pembangunan Wilayah Persekutuan. Menjunjung kasih ke hadapan Tuanku atas perkenan menyempurnakan istiadat ini. Semoga penganugerahan tersebut terus menyemarakkan semangat untuk berkhidmat dengan amanah, keikhlasan dan rasa tanggungjawab kepada negara. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia & BERNAMA #IstanaNegara #WilayahPersekutuan #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1763c9utzk/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUXjYnnEjZX/?igsh=YjZwdHRtcmFlNmxh 📱X: https://x.com/i/status/2019313844062154855 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUXjwMgD0r8?xmt=AQF032f0Kq4q-ejqjjb_qoVJ3PLXvLq8DBRCoQuqAm9-9p01xJVvGtRZMVHpEnrpjaR1Lfs&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐥𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐡𝐬𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐂𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐟𝐢𝐬𝐢𝐞𝐧 NADMA kini melaksanakan permohonan Bantuan Wang Ihsan secara digital melalui aplikasi MyIBJKM bagi memudahkan mangsa bencana memohon bantuan dengan lebih pantas dan tersusun. Kerajaan turut menyalurkan peruntukan awal bagi memastikan kesiapsiagaan operasi bencana serta bantuan makanan dapat dilaksanakan secara berkesan. #NADMA #KesiapsiagaanBencana #PengurusanBencana #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSaWTjuCy/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUXD3nNElEd/?igsh=NXFyN2IzdDRpcXA1 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17mxm5FgHT/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐒𝐲𝐢𝐚𝐫 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐭𝐚 Saya kongsikan momen perasmian bangunan baharu Madrasathul Gouthiyyah di Brickfields, yang menjadi simbol kekuatan wakaf, kebersamaan komuniti dan keprihatinan terhadap pembangunan rohani warga kota. Kewujudannya bukan sekadar sebagai tempat ibadah, tetapi medan membentuk akhlak, nilai toleransi dan kehidupan harmoni dalam masyarakat majmuk. Semoga Madrasathul Gouthiyyah terus menjadi sumber kebaikan, ketenangan dan syiar Islam yang membawa rahmat kepada semua. Insya-Allah. #MadrasathulGouthiyyah #Brickfields #KualaLumpur #SyiarIslam #MalamNisfuSyaaban 📱TIKTOK: https://vt.tiktok.com/ZSansTAQf/ 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1AaC6hXRDF/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUVkKjSkoCi/?igsh=MWMxeGoxcnp6dXRzNg== 📱Youtube: https://youtu.be/jbZc__2RIs8?si=50e50fE0TuMUS_TK 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚, 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐌𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐭𝐚𝐫𝐚 TVET terus menunjukkan impak positif apabila kemasukan pelajar meningkat kepada 200,000 setahun dengan jumlah keseluruhan kini mencecah 580,000 pelajar serta kadar kebolehpasaran graduan 98.7 peratus. Di bawah KKDW, 281 institusi TVET diperkasa melalui penjenamaan TVETMARA dan penawaran lebih 580 kursus kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara. #TVET #TVETMARA #MARA #KKDW #PejuangDESA #ParlimenMalaysia 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSanXFQRN/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUVd_5NkpL-/?igsh=MWwwdno2dHp0MnRjaw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DvXbSPJj7/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Komitmen Kerajaan dalam memastikan kesejahteraan komuniti nelayan serta kelestarian industri perikanan negara terus diperkukuh melalui pendekatan lebih strategik dan menyeluruh. Semasa berada di Parlimen hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Nelayan Bil.1/2026 yang kini dijenamakan semula sebagai Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Industri Perikanan (JPT-PPIP). Penjenamaan semula ini mencerminkan hala tuju baharu Kerajaan dalam memperkukuh keseluruhan ekosistem industri perikanan negara meliputi perikanan tangkapan, perikanan darat serta sektor akuakultur secara lebih bersepadu dan mampan. Antara fokus utama mesyuarat adalah memperkasa pembangunan industri tuna sebagai sektor bernilai tinggi yang berpotensi menjadikan Malaysia sebagai hab tuna serantau. Pembangunan rantaian bekalan tuna yang lebih cekap daripada pendaratan hingga pemprosesan diyakini mampu membuka peluang ekonomi baharu serta meningkatkan daya saing industri perikanan negara. Mesyuarat turut meneliti cadangan pembinaan Kompleks Pendaratan Ikan di Hutan Melintang, Perak dan Sandakan, Sabah sebagai langkah strategik memperkukuh infrastruktur industri serta meningkatkan kecekapan operasi dan pemasaran hasil perikanan tempatan. Selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara, pelbagai inisiatif berimpak tinggi terus dilaksanakan termasuk pemodenan vesel nelayan menggunakan teknologi automasi dan mesra alam, pemerkasaan kapasiti limbungan bot serta pembangunan fasiliti sokongan industri. Dalam masa yang sama, Kerajaan kekal komited memastikan kebajikan komuniti nelayan terus terbela melalui pelbagai bentuk bantuan dan insentif termasuk Elaun Sara Hidup Nelayan, insentif hasil tangkapan, diesel bersubsidi serta bantuan perumahan khusus untuk nelayan B40. Saya yakin melalui kerjasama erat antara kementerian, agensi serta pemain industri, sektor perikanan negara mampu berkembang secara lebih progresif, berdaya saing dan kekal menjadi sumber rezeki mampan kepada komuniti nelayan. Insya-Allah, agenda memperkasa komuniti nelayan akan terus menjadi keutamaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta keterjaminan bekalan makanan negara terus terpelihara. #NelayanMalaysia #PejuangDesa #KeterjaminanMakanan #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1AruxzqKp7/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUVHyweEm-Q/?igsh=ZXN0OXV3NjEwZzhq 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2018972978244129166?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUVIe33Dynb?xmt=AQF0z669OBGdoJ_BSG_30_ILBF9W1E_1l07qt9kPTX2aJeP6n-Scm5oRPMtjAOITjbPOxMQ0&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐓𝐢𝐭𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 19 Januari lalu sarat dengan kebijaksanaan serta panduan yang jelas demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Patik menjunjung kasih atas amanat Baginda Tuanku yang menekankan pelaksanaan tahun pertama Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang perlu memberi tumpuan kepada pemerkasaan bidang pendidikan, merancakkan pembangunan sektor perumahan, meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan serta memperkukuh kecekapan sistem pengangkutan awam. Menerusi sesi perbahasan kali ini, seramai 35 Ahli-Ahli Yang Berhormat telah mengemukakan pelbagai pertanyaan, isu, cadangan dan pandangan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta agensi di bawah seliaan saya termasuk TVET, NADMA dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA). Dalam ruang masa yang diperuntukkan, saya telah menjawab beberapa persoalan utama yang dibangkitkan melibatkan pengukuhan institusi TVET, agenda transformasi desa, ancaman keselamatan siber dan pengukuhan keselamatan negara serta perkara berkaitan pengurusan bencana melalui NADMA. Insya-Allah, saya akan kongsikan beberapa potongan jawapan saya untuk makluman semua sebentar lagi. #DewanRakyat #ParlimenMalaysia #PejuangDesa #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1D7EefWGiz/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUU-HrKktNa/?img_index=1&igsh=MXVkd3RhcXlhbTN0Mg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2018950224744472773?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUU-G4_D71f?xmt=AQF0mEQDy6K2yHkeL9ZoIJb_vzZ_Ljk9gB3n7g3DrRxsqPStjnj2dgYNguqsm3BYgxTmbRDe&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan hadir ke Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya bagi menyempurnakan Program Pelancaran Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2026, satu inisiatif berterusan yang mengangkat al-Quran sebagai pedoman hidup dan warisan ummah. Program Wakaf Al-Quran ini telah digerakkan sejak tahun 2007 dan kini memasuki tahun ke-19. Sepanjang tempoh tersebut, jutaan naskhah al-Quran telah dimanfaatkan, bukan sahaja di dalam negara malah sampai ke pelbagai pelosok dunia termasuk komuniti Islam minoriti dan golongan yang memerlukan. Inilah hakikat wakaf yang sebenar, memberi tanpa putus dan membina kebaikan yang berpanjangan. Setiap naskhah al-Quran yang diwakafkan membawa doa pewakaf, harapan para pendidik dan sinar hidayah kepada mereka yang membacanya. Ia adalah sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir selagi kalam Allah ini dibaca, difahami dan diamalkan. Saya yakin, dengan sokongan berterusan masyarakat, institusi serta rakan strategik, Program Wakaf Al-Quran akan terus menjadi jambatan kebaikan yang menghubungkan ummah merentas sempadan dan generasi. Semoga usaha ini diberkati dan menjadi saham akhirat buat semua yang terlibat. Insya-Allah. #WakafAlQuran #MembinaGenerasiAlQuran 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1MVNYCYf2p/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUTEEDeEsxj/?igsh=MWdvbjJrNXQ2NDAyaw== 📱X: https://x.com/i/status/2018682148144951738 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUTEnlRj-Ox?xmt=AQF0foj02u71XfxYmaoguZk_QrdKWfMAbY2zId72u7GYzbkCuvv_esB_PR8fa_adc6Lbkb8&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐭𝐫𝐢𝐨𝐭𝐢𝐤 𝐔𝐌𝐍𝐎: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐩𝐢𝐬 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 Saya kongsikan momen ulang tahun pertama Sekolah Patriotik UMNO, satu usaha yang mencerminkan komitmen UMNO bagi melahirkan kepimpinan masa hadapan yang lebih tersusun, matang dan relevan dengan kehendak masa kini. Insya-Allah, Sekolah Patriotik UMNO akan terus menjadi medan pembinaan kepimpinan baharu yang mampu memikul amanah perjuangan parti dan negara dengan penuh tanggungjawab. #SekolahPatriotikUMNO #SPU #UMNO 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSaGyhYWv/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUS-23Vkjbi/?igsh=MXdnNTBnYThlNzU4aw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1AMkySPEiZ/ 📱YouTube: https://youtu.be/35tZ5c8A5ik?si=nwoa2RwIgOatq-qy 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

photo content

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐌𝐚𝐝𝐫𝐚𝐬𝐚𝐭𝐡𝐮𝐥 𝐆𝐨𝐮𝐭𝐡𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡 𝐁𝐫𝐢𝐜𝐤𝐟𝐢𝐞𝐥𝐝 Sempena malam Nisfu Syaaban yang penuh keberkatan, saya berpeluang hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Madrasathul Gouthiyyah, Brickfields yang telah berkembang dari sebuah surau kecil sejak tahun 1987, kini menjadi pusat aktiviti buat warga kota yang ingin berhenti sejenak untuk solat, bermuhasabah dan mencari ketenangan. Apa yang membanggakan, bangunan baharu ini telah dapat dibina hasil daripada wakaf, sumbangan masyarakat, sokongan institusi agama termasuk Kerajaan. Ia membuktikan bahawa apabila komuniti bergerak seiring, pembangunan berteraskan nilai dapat direalisasikan dengan lebih bermakna. Ketika berucap, saya menyebutkan keunikan kawasan Brickfields ini di mana terdapat masjid, gereja, kuil dan tokong berdiri berdekatan. Oleh itu, peluasan surau ini perlu hadir dengan amanah yang lebih besar, bukan hanya tempat ibadah, tetapi tempat membentuk akhlak, adab dan kefahaman hidup bermasyarakat. Di sinilah nilai toleransi beragama dipupuk, nilai Islam dizahirkan melalui sikap saling menghormati, budi pekerti yang baik dan keupayaan hidup bersama secara harmoni tanpa mengorbankan prinsip agama. Harapan saya agar Madrasathul Gouthiyyah terus berperanan dalam memartabatkan syiar Islam dan membawa kebaikan kepada warga kota, khususnya masyarakat Islam di Bandaraya Kuala Lumpur. #MalamNisfuSyaaban #MadrasathulGouthiyyah #Brickfield #KualaLumpur 📱FB: https://www.facebook.com/share/1CKL9dYeK8/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DURy-PKEsw4/?img_index=7&igsh=NXRwdGFhOWN6Y3l2 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2018503570723852509?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DURzBHyD451?xmt=AQF0ZueBR1SlSAmIWE3dzJwoSnZanF5L9WJmwZGxwP-rt5gksoeZ8FvXp1WFbbBup4JCXew&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan bersama Datuk Al-Sheikh Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani serta para jemaah di pusat ilmu dan dakwah Darul Jailani, Setiawangsa, sempena malam Nisfu Syaaban untuk mengimarahkan malam yang mulia ini dengan amalan dan munajat. Semoga hati kita terus dipelihara dan langkah kita dipermudahkan dalam menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba. Insya-Allah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/1AgWtqeVdw/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUQw3A1kqQq/?igsh=MXgyZmE3NHJnZWp4eg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2018358430696911028?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUQxAa9D3sc?xmt=AQF06VIZmSWFJPTJFtrJhQ2VnQhIEUw7a7GpkLn55mdSzAKY_ALJSBsMrTDRp8HBR4fEBiQF&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐢𝐬𝐟𝐮 𝐒𝐲𝐚𝐚𝐛𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan malam Nisfu Syaaban, malam penuh rahmat dan keampunan, sebagai persiapan rohani menyambut kedatangan Ramadan yang mulia. Marilah kita memperbanyakkan doa, zikir dan muhasabah diri, semoga Allah SWT menerima amal kita serta mengurniakan keberkatan, keampunan dan kekuatan iman kepada kita semua. Insya-Allah. #NisfuSyaban1447H #MenujuRamadan 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DXf5hKUUP/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUQO8CHEvgR/?igsh=MTVzcThjYmllcGk2dw== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2018283588849131525?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUQO_1zD1MF?xmt=AQF0meJO9cTWunzaKcG9N8opcBtUMS_ToXvH_mPzZQ0wtqO37EIk5_cdT0IYxI1ZMz4X12Q&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐍 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐞-𝟗: 𝐌𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐇𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐣𝐮 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 Saya kongsikan momen sekitar BN Forum Siri Ke-9 yang menjadi ruang perbincangan terbuka dalam menilai kedudukan dan hala tuju Barisan Nasional berdepan landskap politik semasa yang semakin mencabar dan dinamik. Perbincangan berasaskan pandangan akademik dan realiti semasa ini penting untuk memastikan Barisan Nasional terus bergerak dengan lebih matang, berstrategi dan berpandangan jauh demi kestabilan serta masa depan negara. #BNForum #BarisanNasional #PolitikMatang #BetterNation 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSag9XWP7/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUP-dZqErhL/?igsh=MXF0MTV0dm9uYzd2YQ== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1DE6Q4Y9TR/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐥𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐤 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 Alhamdulillah, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak Bagan Datuk yang muncul Juara Kumpulan G dalam saingan Liga Perak Sejahtera 2030 malam tadi. Saya amat bangga melihat semangat dan kesungguhan anak-anak muda kita yang terus mengharumkan nama daerah ini melalui sukan. Inilah bukti bahawa Bagan Datuk kaya dengan bakat, disiplin dan semangat berpasukan. Teruskan melangkah jauh.. Bagan Datuk nombor 1! #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 #LigaPerakSejahtera2030 #PialaYABMenteriBesarPerak 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DEXMwfWGQ/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUPRFGLkg2m/?igsh=MTg5NHBpYmxhbzF4eA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2018148884724482364?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUPRu2CD8n-?xmt=AQF0ysWB2fABb1kFXkntcCuAv7S6Mbyu1iRNCtrgXsGdY_Gpmkru4yR-j0zQKoGFeMm60Hq1&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐭𝐫𝐢𝐨𝐭𝐢𝐤 𝐔𝐌𝐍𝐎: 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐩𝐢𝐬 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 Alhamdulillah, genap setahun penubuhan Sekolah Patriotik UMNO sebagai sebuah inisiatif parti dalam melahirkan generasi pelapis kepimpinan yang memahami realiti politik semasa serta menjiwai nilai dan roh UMNO yang sebenar. Malam tadi saya berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam bersempena Ulang Tahun Pertama Sekolah Patriotik UMNO. Program ini mencerminkan kesungguhan UMNO untuk membina kepimpinan masa depan secara lebih tersusun, berdisiplin dan berpandangan jauh. Saya berkeyakinan Sekolah Patriotik UMNO yang diperkenalkan sejak 26 Januari tahun lalu mampu melahirkan barisan pemimpin baharu yang bersedia memikul amanah perjuangan parti pada masa hadapan, bukan sahaja dari sudut kemahiran politik, tetapi juga keteguhan prinsip dan jati diri. Inisiatif ini turut membuka ruang kepada pembaharuan dalaman parti, khususnya dalam memperkukuh kepimpinan akar umbi yang lebih segar, progresif dan relevan dengan tuntutan semasa. Untuk terus diyakini rakyat, UMNO perlu berani keluar daripada zon selesa dan berfikir melangkaui kebiasaan. Tahniah saya ucapkan kepada Naib Presiden UMNO, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, serta seluruh barisan pengurusan dan pensyarah yang terus memperkukuh Sekolah Patriotik UMNO sebagai medan pembinaan kepimpinan politik baharu parti. Insya-Allah, usaha ini akan terus menjadi pemangkin kepada pembinaan UMNO yang lebih matang, tersusun dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. #SekolahPatriotikUMNO #SPU #UMNO 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1GHAAJ9TMX/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUPJoqnkl0C/?img_index=3&igsh=Z3FnejR0amd5NW5n 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2018131263077699595?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUPJ6IPj3ce?xmt=AQF0u9fcbXOffbJrkqD15EU3CE4tjm5X4JtFUr-g7cKCKUrOwG2BTwrRAR8IedwB3irbxMU&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐋𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐕𝐢𝐬𝐢𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐚𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭, 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐦𝐞𝐣 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Bersempena pelaksanaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, satu lagi inisiatif telah digerakkan melalui penganjuran Larian Visit Malaysia 2026 yang berlangsung petang tadi di Pavilion Kuala Lumpur. Saya berkesempatan menyempurnakan acara ‘flag off’ sebagai tanda sokongan terhadap usaha ini. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Tahun Melawat Malaysia 2026 serta Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan, saya menyokong penuh penganjuran program seumpama ini yang menggabungkan gaya hidup sihat, penglibatan komuniti dan semangat kebersamaan dalam satu platform yang inklusif. Penyertaan yang melepasi jangkaan, dengan lebih 5,000 peserta hadir berbanding sasaran awal sekitar 3,000 orang mencerminkan minat dan kesedaran rakyat terhadap inisiatif yang mengangkat kesejahteraan, perpaduan dan kebanggaan terhadap negara. Kehadiran peserta daripada pelbagai kaum dan latar belakang turut menyerlahkan kekuatan Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk yang harmoni. Saya berharap penganjuran acara seterusnya, termasuk marathon yang dirancang pada Ogos akan datang dapat menarik penyertaan yang lebih besar, termasuk dari peringkat antarabangsa. Dengan publisiti yang berkesan serta sokongan berterusan semua pihak, insya-Allah usaha ini mampu meningkatkan ketibaan pelancong, merancakkan ekonomi dan memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang bertenaga dan inklusif. Semoga inisiatif seperti ini terus diperkasakan demi kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan kesejahteraan rakyat seluruhnya. Insya-Allah. #LarianVisitMalaysia2026 #VisitMalaysia2026 #VM2026 #MalaysiaTrulyAsia #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/17wquvyr97/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUNvnP6kmb6/?img_index=5&igsh=MXFxYWx6d2dwNW9u 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2017933272941039679?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUNvzF0j8H7?xmt=AQF0qmvhHzi2riGYFvK7EqYPw5Rqq8TpR5MmTH9Vy_s-0BGsDyPEYWhyvxIKMfYc_nth3YvZ&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 Saya kongsikan rangkuman Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad, sebuah mercu tanda bersejarah yang melambangkan perjalanan dan identiti negara sejak sekian lama. Insya-Allah, usaha memelihara warisan ini bukan sahaja mengangkat nilai sejarah dan jati diri bangsa, malah memberi manfaat kepada pembangunan bandar, pelancongan dan generasi akan datang. Beberapa rakaman dalam video ini adalah dengan ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO). #BangunanSultanAbdulSamad #WarisanNegara #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSaqu9vEw/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUNkX7AEhcu/?igsh=YmFybnA1NnVuMXpz 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1Fef1ix22B/ 📱YouTube: https://youtu.be/KssoFPHpy84?si=11uWeaP4eq-M4KyO 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐬: 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐆𝐨𝐡 𝐉𝐢𝐧 𝐖𝐞𝐢 Tahniah diucapkan kepada perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei atas pencapaian merangkul naib juara Kejohanan Badminton Thailand Masters 2026. Biarpun terpaksa menarik diri pada perlawanan akhir atas faktor kecederaan, pencapaian mara ke pentas final tetap satu kejayaan memberangsangkan dan membanggakan, sekali gus menyaksikan beliau melakar sejarah tersendiri sebagai wakil negara pertama berjaya beraksi di pentas berprestij kejohanan ini bagi acara perseorangan wanita. Syabas Goh Jin Wei! Semoga segera pulih dan terus melakar kejayaan lebih gemilang di pentas antarabangsa. #NaibJuara #ThailandMasters #GohJinWei 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Byf8iktkK/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUNfMfckizu/?igsh=ejZvZGJjbXV4am9t 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2017897260512694419?s=46 📱Thread: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUNfl58jxW9?xmt=AQF0r2Z4UWeSgeYEJrz2PW1Ost-Sj-vTbhlFZClMQ9E7tGqahY2vU8h0mM14GJljPRD9Co0&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐃𝐨𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐭𝐢: 𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐚𝐡𝐢 Dalam kesibukan kehidupan seharian yang menuntut fokus dan komitmen berterusan, ruang untuk menenangkan hati dan memperbaharui kekuatan dalaman amat diperlukan. Pagi tadi, saya berkesempatan hadir dan menyempurnakan majlis Doa Dari Hati yang berlangsung di Grand Ballroom, Premiera Hotel Kuala Lumpur. Saya menghargai inisiatif Hotel Premiera yang tampil dengan pendekatan untuk menjadikan hotel sebagai ruang majlis ilmu serta pengisian rohani. Ini mencerminkan satu anjakan pemikiran yang positif, di mana ruang hospitaliti bukan sahaja menjadi tempat persinggahan, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan nilai dan jiwa masyarakat. Kehadiran penceramah jemputan dari Indonesia, Ustaz Muhammad Assad dan Ustazah Oki Setiana Dewi, turut menyerlahkan semangat ukhuwah Nusantara yang berpaksikan ilmu dan nilai bersama. Perkongsian mereka memperkayakan lagi pengisian majlis ini dengan pendekatan yang menyentuh hati dan dekat dengan realiti kehidupan. Saya berharap program seperti Doa Dari Hati ini dapat diteruskan dan diperluas pada masa hadapan kerana manfaatnya jelas dalam memperkukuh nilai serta mendekatkan masyarakat kepada makna kehidupan yang lebih seimbang dan bermakna. Insya-Allah. #DoaDariHati 📱FB: https://www.facebook.com/share/1Gc7uKZgQg/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUNTL7Qkpzl/?img_index=4&igsh=MW5vdGg5ZzE4MDBlMQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2017870658894692842?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUNTKZ3DwFR?xmt=AQF05B2FQKo9Os0kSKFjifEauBZ_vmq6MxQlr-XfRsN90eizD8gt5oW38FN76_hDPhTp4dqe&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.. Selain daripada menjadi pusat pentadbiran dan nadi ekonomi negara, ianya turut mencerminkan kematangan sebuah wilayah yang berkembang hasil usaha bersama rakyatnya. Tahun ini, tema “Wilayah Persekutuan Kita” sekali lagi diangkat sebagai peringatan bahawa wilayah ini adalah milik bersama. Ia perlu terus dipelihara, diperkasa dan dibangunkan agar kekal menjadi ruang yang selamat, maju serta sejahtera untuk didiami. Setiap kemajuan yang dicapai hari ini lahir daripada komitmen berterusan pelbagai pihak termasuk penjawat awam, komuniti, sektor swasta dan seluruh warga yang menyumbang kepada pembangunan wilayah. Marilah kita terus memperkukuh semangat kebersamaan dan tanggungjawab ini supaya Wilayah Persekutuan kekal menjadi lambang kemajuan, perpaduan dan masa depan negara. Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2026. Semoga wilayah ini terus makmur dan dirahmati oleh Allah SWT. #HariWilayahPersekutuan2026 #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/178Q347KP9/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DUMiaM8knCU/?igsh=OWZuMDF4NGc4eHNw 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2017764947510587395?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUMjIGHDyuQ?xmt=AQF02CgYc3RWd-yWQbfYh_nYh5Of_MVpSCuvM5LW3GIlbckxvVnAzCYTr41otgBlgZR8gZyA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel