Dr Ahmad Zahid Hamidi
رفتن به کانال در Telegram
نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
364
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+27 روز
+230 روز
آرشیو پست ها
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐌𝐀𝐑𝐀 & 𝐒𝐞𝐦𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓
Seterusnya, saya ke Putatan bagi bersama warga Sabah dalam Program Pemerkasaan Wanita MARA dan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI 2025 yang menjadi wadah penting dalam memperkasa golongan wanita serta memperkukuh semangat kenegaraan dalam kalangan rakyat, khususnya di Sabah.
Kerajaan sentiasa komited memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada inisiatif keusahawanan yang inklusif. Melalui MARA, Kerajaan telah menyediakan sebanyak RM1,140,075.00 bagi geran pembangunan usahawan dan memperuntukkan RM34.5 juta bagi manfaat usahawan di seluruh Sabah. Peruntukan ini memberi tumpuan kepada aspek pembangunan, pembiayaan dan penyediaan premis perniagaan agar para usahawan dapat memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran.
Melalui pelaksanaan program seperti KEB dan PuTERA35, Kerajaan berhasrat melahirkan lebih banyak syarikat Bumiputera yang berdaya saing sehingga mampu tersenarai di Bursa Malaysia. Ini seiring dengan aspirasi Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan berwibawa yang mampu menembusi pasaran global.
Dalam masa yang sama, kita juga mahu melihat semua golongan masyarakat disantuni melalui pelbagai inisiatif keusahawanan termasuk golongan wanita yang menjadi tonggak utama keluarga dan ekonomi negara. Dengan permintaan produk halal yang semakin meningkat di peringkat global, usahawan mikro digesa merebut peluang ini, sama ada dalam bidang makanan halal, kosmetik, farmaseutikal dan pelbagai produk berpotensi tinggi yang lain.
Saya percaya, dengan semangat gigih dan sokongan berterusan daripada Kerajaan, wanita dan usahawan Bumiputera akan terus memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI yang berteraskan kemampanan, kesejahteraan dan kemajuan bersama.
#PemerkasaanWanita
#UsahawanWanita #MARA
#KKDW #PejuangDESA
#Sabah
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1MfqdJh8mL/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DP8ykJ_EvT-/?igsh=bHUxanp3OXZldjZq
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1979518575212970480?t=bryZHndj21OtMqwM24cpiQ&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP8y587D4kv?xmt=AQF0PIEXF7gcGheq5lK1WJTzaTrdQTEIFDW269IfINvlFg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐒𝐩𝐨𝐫𝐭𝐬 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐲 𝐄𝐱𝐩𝐨 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮
Saya kongsikan rangkuman ASEAN Sports Industry Expo 2025 yang telah menjadi platform bagi mengangkat sukan sebagai jambatan penyatuan ASEAN serta pemangkin kemajuan ekonomi serantau.
Saya percaya masa depan industri sukan akan terus diterajui oleh inovasi, semangat kesukanan dan kerjasama serantau yang kukuh demi masa depan yang lebih gemilang.
#ASEANSportsIndustryExpo2025
#MyASEAN2025 #KBS #KitaSemuaTeamMAS
#RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DP8k-fxElsC/?igsh=cWZ0YzYwOTB4b3kx
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1AEKXiZR3H/
📱YouTube:
https://youtu.be/n9VoEoTEI6A?si=tdASYL6t0DOTozG4
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡: 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Saya amat teruja melihat semangat luar biasa anak muda Sabah, hadir bukan sekadar untuk bersuka ria, tetapi untuk bersatu, berbakti dan berinspirasi. Program PNG Tour @ Sabah: Mooda Desa X PNG membuktikan bahawa belia adalah barisan utama perubahan sosial di negeri dan negara.
Aktiviti seperti Sabah Cultural Fun Run, pertandingan mewarna, persembahan budaya, sukaneka pantai dan Townhall Belia saya lihat pagi bukan sahaja menceriakan suasana, tetapi turut menyemai nilai perpaduan, kesukarelawanan dan kebersamaan nilai yang menjadi jiwa sebenar rakyat Sabah.
Potensi generasi muda di Sabah amat besar. Mereka perlu terus digilap melalui pendidikan, latihan kemahiran dan peluang ekonomi yang inklusif agar mampu memimpin dan mencipta masa depan mereka sendiri.
Anak muda Sabah mesti menjadi pemain utama pembangunan negeri, berani bermimpi besar, mencipta peluang, dan memimpin perubahan.
Marilah kita bersama menggerakkan anak muda Negeri Sabah yang cemerlang demi melahirkan sebuah Malaysia yang gemilang. Demi Rakyat, Demi Sabah!
#BeliaMADANI #SabahHebat #GenerasiMADANI
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02iFTd89RjdL7ymJLTWKBR2YVhEfxt5i75BmFmL5KyFSdP6o2PjmvdaiMSGV1zZYVhl&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DP8JlbNEiE4/?igsh=MTh1Z2VsazM3Z2Nvbg==
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/1979428479562305992?s=46&t=xnxPBqEzRbR0vA2ZZU4TMg
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP8J8mtj0wU?xmt=AQF0H7ZzYiEOlgEWpmk-UbaUFYbAS0chTeX0W07NFHsigg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝟐𝟏ˢᵗ 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐆𝐮𝐚𝐧𝐠𝐱𝐢 𝐂𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧: 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐚𝐤𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚
Malam tadi, saya hadir menyempurnakan Majlis Perasmian 𝑇ℎ𝑒 21ˢᵗ 𝑊𝑜𝑟𝑙𝑑 𝐺𝑢𝑎𝑛𝑔𝑥𝑖 𝐶𝑜𝑛𝑣𝑒𝑛𝑡𝑖𝑜𝑛 yang menghimpunkan delegasi dari Wilayah Guangxi, China ke Kuala Lumpur. Kehadiran mereka mencerminkan eratnya hubungan dua hala yang telah terbina selama lebih 50 tahun antara Malaysia dan China.
Malaysia merupakan antara negara ASEAN terawal yang menjalin hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974. Hari ini, hubungan tersebut terus berkembang menjadi kerjasama strategik berimpak tinggi yang memberi manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara. Ini terbukti melalui nilai dagangan dua hala yang mencecah RM484.12 bilion pada tahun lalu, menjadikan China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut.
Wilayah Guangxi pula memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung antara ASEAN dan China, membuka lebih banyak ruang untuk kolaborasi ekonomi dan pembangunan masa depan.
Semasa berucap, saya telah mencadangkan tiga bidang utama kerjasama baharu yang boleh diperkukuh bersama iaitu pelaburan bernilai tinggi dalam elektronik, tenaga hijau dan pertanian, pembangunan pelancongan mampan termasuk penerbangan terus dan pelancongan mesra Muslim, serta pemerkasaan PKS dan bakat muda melalui inovasi digital dan industri kreatif.
Insya-Allah, hubungan erat antara Malaysia dan Guangxi akan terus diperkukuh demi masa depan Asia yang lebih makmur, stabil dan sejahtera.
#21WorldGuangxiConvention
#Guangxi #MalaysiaChina
#MyASEAN2025
#RancakkanMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BLz1YpnDp/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/p/DP8AoFmkrte/?igsh=MWIzdGw4cGQ5NGV1dQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1979409225983131994?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP8BSWYDyID?xmt=AQF0uteTY9kXThh2_iFlzdMO8ushrbGtHx9I12UufZw8JQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐓𝐚𝐛𝐢𝐤𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐬
Kerajaan komited memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas melalui penubuhan Tabika Autisme di seluruh negara.
Setakat ini, tiga Tabika Autisme sedang dilaksanakan sebagai projek rintis di Melaka. Tahun hadapan, inisiatif ini akan diperluas kepada satu negeri satu tabika autisme, sebelum mencapai sasaran satu daerah satu tabika autisme menjelang tahun 2027.
Melalui kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), guru-guru akan terus dilatih dan diperkasa bagi menyantuni anak-anak istimewa ini dengan pendekatan yang penuh kasih dan kefahaman.
Insya-Allah, usaha ini akan membuka lebih banyak ruang pendidikan inklusif untuk anak-anak autisme di seluruh negara.
#KKDW #KEMAS
#PejuangDesa
#DesaMADANI
#MalaysiaMADANI
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSUQAo4Xr/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DP6Vgttkt8W/?igsh=MXBla2JqdDFzN2NzZw==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/r/1CRHsMqwZH/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐒𝐩𝐨𝐫𝐭𝐬 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐲 𝐄𝐱𝐩𝐨 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍
Sukan sentiasa menjadi bahasa perpaduan yang merentasi sempadan bangsa, agama dan negara. Dari sorakan penonton hingga detik kemenangan atlet, sukan menyatukan seluruh masyarakat dalam satu semangat yang sama.
Bersempena dengan ASEAN Sports Industry Expo 2025 yang saya rasmikan petang tadi, kita telah memperkukuh tekad untuk menjadikan sukan sebagai pemacu perpaduan serantau, penggerak ekonomi dan lambang maruah negara.
Nilai industri sukan global yang dijangka mencecah USD600 bilion menjelang 2025 jelas membuktikan potensi besar sektor ini sebagai enjin kemajuan baharu yang mampu membawa Malaysia dan rantau ini ke tahap lebih tinggi.
Saya yakin masa depan industri sukan akan diterajui oleh inovasi, teknologi dan kolaborasi serantau. Dengan perkongsian kepakaran, pengukuhan jaringan latihan dan penyertaan pelbagai pihak, sukan mampu menjadi platform penyatuan serta kemajuan sosial dan ekonomi yang memberi impak besar kepada negara dan rantau.
Inilah semangat yang ingin kita bawa ke hadapan, menjadikan sukan sebagai gerakan yang menyatukan rakyat sekali gus membuka peluang baharu dalam membina masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia dan ASEAN. Insya-Allah.
#ASEANSportsIndustryExpo2025
#MyASEAN2025 #ASEAN
#KBS #KitaSemuaTeamMAS
#RancakkanMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1CoXGdE3tT/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DP6OBwOEm9x/?igsh=MTdld2t5MWJxZmlxOQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1979156710804852943?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP6ORQ9Dz0q?xmt=AQF0vEiUJuPwXwuyTjiqAtzJSumwQhhO5h4RuzRFcJn8FQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐢𝐰𝐚 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧
Saya berbangga dapat bersama para pemimpin muda dunia dalam International Young Future Leaders Summit (iFUTURE 2025), sebuah platform yang menghimpunkan belia dari pelbagai negara untuk membentuk generasi pemimpin berjiwa kemanusiaan dalam era digital.
Program ini memperkasakan generasi muda melalui kepimpinan digital beretika, berpandangan jauh, dan menekankan karakter, daya tahan, serta semangat kesukarelawanan sebagai asas kepimpinan masa depan.
#iFUTURE2025
#FutureLeaders
#MalaysiaMADANI
#YouthLeadership
#GlobalLeadership
📱TIKTOK: https://vt.tiktok.com/ZSUHXf3pH/
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1CqCtduQHS/?mibextid=WC7FNe
📱IG:https://www.instagram.com/reel/DP3jOzzEr8h/?igsh=MTJpdHc4c2Y4eWZvcQ==
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐌𝐄 𝐕𝐞𝐧𝐭𝐮𝐫𝐞 @𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐉𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮
Sekembalinya saya dari Kemboja, saya terus menyambung tugas di tanah air dengan menghadiri dan menyempurnakan Majlis Pelancaran SME Venture @ASEAN 2025 yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.
Majlis ini menghimpunkan pemain industri, pelabur dan usahawan daripada 18 negara termasuk semua negara ASEAN.
Melihat rakan-rakan usahawan yang hadir dengan semangat dan tekad untuk membawa perusahaan mereka ke tahap lebih tinggi memberi keyakinan kepada saya bahawa masa depan ekonomi rantau ini sedang dibina oleh tangan-tangan yang gigih dan berani mengambil peluang.
Semasa berucap, saya telah menegaskan bahawa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) adalah nadi utama ekonomi negara di mana ianya telah menyumbang hampir 40% kepada KDNK nasional dan menyediakan hampir separuh daripada peluang pekerjaan negara. Namun, sumbangan usahawan ASEAN kepada eksport rantau ini masih sekitar 18%, satu ruang besar yang boleh diterokai melalui kerjasama serantau dan usaha menembusi pasaran global yang lebih agresif.
Atas semangat itulah, dalam ucapan tadi saya mengusulkan satu gerakan bersama 𝑂𝑛𝑒 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 𝑆𝑀𝐸 𝑀𝑜𝑣𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 sebagai satu gerakan serantau yang menghubungkan usahawan, pelabur dan inovator dalam satu ekosistem perdagangan baharu.
Insya-Allah, dengan kekuatan ekosistem keusahawanan serantau, semangat kolaborasi yang kukuh dan keberanian untuk keluar dari zon selesa, kita akan melihat lebih banyak syarikat tempatan menjadi peneraju di pasaran serantau dan global.
#SMEVentureASEAN2025
#OneASEANSME
#PMKS #UsahawanMalaysia
#MADANIBekerja
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/17YKKbbzue/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DP3KDgIEvov/?igsh=cXJmczRycngyaHZh
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978725965292614030?t=UGPfNa-ZpiiFZmA462WxBw&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP3Ki-zjy7y?xmt=AQF0JbgBKMJYnwFGW8d4bTGvw5CLiVSMIptyM3mBVhSdnA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐌𝐞𝐧𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭
Saksikan Ruang Bicara pada jam 9.00 malam ini, eksklusif di BERNAMA TV, di mana saya akan berkongsi pandangan dan mengupas tentang Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri minggu lalu.
RUANG BICARA
🗓️ 16 Oktober 2025 (Khamis)
⏰ 9.00 malam
📺 Astro 502, unifi TV 631, MYTV 121
Anda juga boleh strim secara atas talian di laman Facebook dan YouTube BERNAMA TV.
#RuangBicara
#BERNAMATV
#Belanjawan2026
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1ZdCzJvZWP/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DP2x6Pykr9I/?igsh=MTZuYjIyZ3VvN3BkYw==
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978672646264078711?t=9OpBKxb4PxmG6HX2VJ-Pmg&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP2yWwjD1Zk?xmt=AQF0vuzXBYpSYUafzmFE39hAMUd5t-05T6Kcx7FTzSNcaA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐑𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚
Alhamdulillah selesai sudah lawatan rasmi tiga hari saya di Kemboja. Saya membuka hari terakhir saya dengan mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-13 dan Persidangan COP-AADMER ke-14 di Kemboja, sempena ulang tahun ke-20 Perjanjian AADMER, tonggak utama dalam memperkukuh daya tahan dan tindakan kemanusiaan serantau.
Lawatan rasmi saya diakhiri dengan Majlis Gala AMMDM ke-13, simbol semangat kekeluargaan ASEAN yang bersatu menghadapi cabaran bersama.
Insya-Allah, semangat solidariti ini akan terus memperkukuh kerjasama ke arah rantau yang berdaya tahan dan sejahtera.
#AMMDM13
#MalaysiaCambodia
#ASEANSolidarity
#UkhuwahDuaNegara
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DP2o_orkvIf/?igsh=MXA3aHIwN243OTRsNg==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1Vw2yR2vkL/
?YouTube:
https://youtu.be/uUUO-rm7aHw?si=QpiQU1r_z5o6pGdF
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐆𝐚𝐥𝐚 𝐀𝐌𝐌𝐃𝐌: 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐞 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚
Saya mengakhiri rangka lawatan rasmi saya ke Kemboja dengan menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-13 yang dianjurkan oleh TYT Kitte Sanggahak Bandit Kun Kim selaku Pengerusi AMMDM ke-13.
Alhamdulillah, seluruh rangkaian AMMDM ke-13 berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya dalam memperkukuh kerjasama serantau, menyelaras strategi kesiapsiagaan bencana, serta memperkukuh solidariti ASEAN dalam menghadapi cabaran kemanusiaan masa hadapan.
Majlis malam tadi menjadi lambang semangat kekeluargaan ASEAN di mana kita berdiri bersama sebagai satu rantau yang bersedia, berdaya tahan dan saling menyokong antara satu sama lain.
Insya-Allah, semangat yang terjalin sepanjang persidangan ini akan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat di seluruh rantau ASEAN.
#AMMDM13
#PhnomPenh
#MalaysiaCambodia
#MADANIBekerja
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19bkQrmmBX/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DP2Waw8knr8/?igsh=MWg0MXBodHRseWhiOA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1978611948460937375?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP2WknXEow4?xmt=AQF0yeCFs4xAxeWmbZLJKXeY-Nn_TDv-cLnc_Yos_7rqfA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢-𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 (𝐀𝐌𝐌𝐃𝐌) 𝐤𝐞-𝟏𝟑 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤-𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐀𝐃𝐌𝐄𝐑 (𝐂𝐎𝐏-𝐀𝐀𝐃𝐌𝐄𝐑) 𝐤𝐞-𝟏𝟒
Hari ini, saya telah mewakili Malaysia bagi menyampaikan Kenyataan Menteri pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-13 dan Persidangan Pihak-Pihak kepada AADMER (COP-AADMER) ke-14.
Malaysia bersama Negara-Negara Anggota ASEAN memperingati ulang tahun ke-20 Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Tindakan Kecemasan (AADMER) - satu kerangka penting yang telah membimbing usaha kolektif ASEAN dalam memperkukuh daya tahan bencana dan bantuan kemanusiaan sepanjang dua dekad yang lalu.
AADMER mencerminkan komitmen bersama ASEAN bahawa tiada Negara Anggota akan berhadapan dengan bencana secara bersendirian. Sepanjang tempoh ini, ASEAN telah berkembang daripada sekadar menyelaras tindak balas kepada menjadi rakan global yang diyakini dalam pengurusan bencana, melalui mekanisme seperti Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ASEAN (AHA Centre), DELSA, dan Rangkaian ASEAN-ERAT.
Malaysia berbangga kerana telah memainkan peranan aktif dalam perjalanan bersama ini. Antaranya, Malaysia menjadi tuan rumah kepada gudang serantau DELSA di Subang, menyokong latihan dan penugasan ASEAN-ERAT, serta terus memperjuangkan penubuhan Pasukan Sedia Siaga Ketenteraan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dan Tindakan Bencana (AMRG on HADR).
Sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, Malaysia kekal komited memperkukuh keupayaan kolektif serantau dalam pengurusan bencana dan tindak balas kemanusiaan berpandukan prinsip “One ASEAN, One Response.” Tindakan pantas dan penyelarasan di kalangan negaranegara ASEAN dalam menangani bencana gempa bumi di Myanmar awal tahun ini membuktikan semangat perpaduan dan kerjasama di bawah kerangka AADMER.
Bagi memperkukuh lagi komitmen ini, Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan sumbangan one-off USD100,000 kepada Tabung Pengurusan Bencana dan Bantuan Kecemasan ASEAN (ADMER Fund). Sumbangan ini menzahirkan semangat solidarity Malaysia bersama semua Negara Anggota ASEAN serta tanggungjawab bersama untuk memastikan mekanisme ASEAN khususnya AHA Centre terus diperkasa bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan yang cepat, berkesan dan berasaskan keperluan.
Sumbangan Malaysia ini mencerminkan komitmen berterusan terhadap agenda ketahanan kolektif ASEAN. Malaysia yakin semangat kerjasama ini akan menggalakkan Negara-Negara Anggota dan rakanrakan serantau untuk terus memperkukuh Tabung ADMER sebagai tonggak kesiapsiagaan dan tindak balas bencana ASEAN.
Saya juga telah menegaskan visi Malaysia untuk melihat ASEAN menerajui kepimpinan global dalam bidang ketahanan bencana dengan pendekatan yang inovatif, inklusif dan berteraskan rakyat. Insya-Allah, ASEAN akan terus membina sistem yang mampu menyelamatkan nyawa, mengurangkan penderitaan, dan melindungi sumber kehidupan buat generasi akan datang.
#ASEAN #MyASEAN2025
#AMMDM #AADMER
#PhnomPenh #Cambodia
#MalaysiaCambodia
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/15MTqRHgDi4/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DP0we3YEot2/?igsh=ZzE1OG83ZHhkYnQ4
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978386807957196979?t=8Zx6QKAJSXqX_li-FOXTPA&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP0wX0JD8St?xmt=AQF0lX24DkoaWjK7BOZbE8Kb4zZ4D32s-T7zqmvA0rhMsw&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐔𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡 𝐃𝐮𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Dalam kesempatan yang ada, saya berpeluang memenuhi undangan sahabat saya, TYT Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan, Menteri Kanan Hal Ehwal Islam Kemboja, ke kediaman beliau di Phnom Penh.
Sebelum berangkat ke Kemboja, saya telah menghubungi Datuk Othsman untuk satu ruang bertemu, dan Alhamdulillah, kami disambut dengan mesra serta dijamu dengan hidangan istimewa hasil air tangan keluarga beliau yang sungguh sedap.
Terima kasih Datuk Othsman. Insya-Allah kita berjumpa lagi, dan sampaikan salam saya juga kepada masyarakat Islam di Kemboja.
#MalaysiaCambodia #UkhuwahDuaNegara
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1GbuWE1a17/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DP0bnJGkiUF/?igsh=MWN0bXhrbXZ6MzBtbQ==
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978342178469654572?t=crCOygMhQJCxl-jSXx1MzQ&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DP0b4AEj0Ho?xmt=AQF0-0ksNFfuv4qs1dHfGD7sco_t_L1Jjky1p9FYBnLIFA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐑𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐤𝐞 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚
Lawatan rasmi ke Kemboja membuka ruang memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin atas dasar saling menghormati dan mempercayai.
Saya berpeluang bertemu TYT Samdech Techo Hun Sen, Presiden Senat, serta TYT Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet, Perdana Menteri Kemboja, bagi membincangkan pengukuhan kerjasama dalam perdagangan, industri halal, TVET, ekonomi digital, dan pelancongan, dengan sasaran melonjakkan nilai perdagangan dua hala melebihi USD 1 bilion menjelang 2026.
Saya juga mengadakan pertemuan dengan TYT Kitte Sanggahak Bandit Kun Kim bagi memperkukuh kesiapsiagaan bencana melalui latihan bersama dan pertukaran kepakaran teknikal, serta TYT Chhay Rithisen untuk memperluas kerjasama pembangunan luar bandar dalam bidang keusahawanan, digitalisasi, dan pelancongan desa.
Lawatan ini turut mempererat hubungan keselamatan dan sosial melalui pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Kemboja, TYT Neth Savoeun, serta sesi bersama komuniti Malaysia di Phnom Penh.
Insya-Allah, persahabatan yang terjalin ini akan terus menjadi jambatan ke arah rantau ASEAN yang lebih makmur, tangkas dan berdaya tahan.
#PhnomPenh
#Cambodia
#MalaysiaCambodia
#MADANIBekerja
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17BTiJEitS/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DP0H7_7krm1/?igsh=bGJjNGQ3eDliOWM=
📱YouTube: https://youtu.be/d4qbE7RNPGM?si=d1vBLCJDmCzo-zyT
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐃𝐮𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐁𝐚𝐰𝐚 𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐢 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚
Jauh berjalan merentas desa,
Singgah sebentar di tanah jiran.
Walau berpisah laut dan masa,
Kasih Malaysia teguh bertahan.
Setiap kali saya mengadakan lawatan ke luar negara, inilah antara detik yang paling saya nantikan. Keterujaan dapat bertemu komuniti Malaysia di perantauan, khususnya di bumi Kemboja yang penuh sejarah dan budaya ini.
Alhamdulillah, walaupun kita datang daripada pelbagai latar belakang dan bidang, kita semua berkongsi semangat yang sama iaitu cinta yang mendalam kepada tanah air dan rasa bangga membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada hubungan erat Malaysia-Kemboja yang telah lama terjalin.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang meluangkan masa hadir malam tadi untuk kita berjumpa, beramah mesra dan mengeratkan silaturahim. Penghargaan juga saya berikan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh atas layanan mesra serta komitmen berterusan menyantuni komuniti kita di sini.
Insya-Allah, semoga kita bertemu lagi di masa akan datang.
#DutaKecilMalaysia
#PhnomPenh
#Cambodia
#MalaysiaCambodia
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1Bde7pa8kw/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DPz6XR5EuTp/?igsh=Z3d5ZHIzeTQ0cG5q
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978269085755740208?t=Cs45LTPnllSbiNgstLc_YA&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPz6wP7j8UP?xmt=AQF0mP3Q63g3lO0-BsoM7LGtUI8bCfx0qJj3zCbLHbEvnQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐚𝐦𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚–𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐃𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮
Jika sebelum ini saya bertemu rakan sejawat yang memegang portfolio pembangunan luar bandar, kali ini saya berpeluang mengadakan pertemuan bersama seorang lagi rakan sejawat saya, Timbalan Perdana Menteri Kemboja, TYT Neth Savoeun, di Office of the Council of Ministers, Phnom Penh.
Pertemuan ini menjadi wadah penting untuk kami menilai semula pencapaian kerjasama sedia ada serta merangka langkah baharu ke arah memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang strategik khususnya dalam penguatkuasaan undang-undang, pencegahan dadah rentas sempadan, rehabilitasi, perlindungan golongan belia serta kerjasama dalam aspek keselamatan serantau.
Saya turut berkongsi pendekatan Malaysia dalam memerangi dadah yang kini memberi tumpuan kepada usaha pemulihan, termasuk pengoperasian pusat pemulihan yang aktif, pelaksanaan latihan teknikal melalui TVET serta pelbagai inisiatif komuniti bagi membanteras stigma sosial.
Kemboja juga telah menyatakan hasrat untuk melakukan kerjasama ke arah ini khususnya melalui latihan, exchange of expertise, dan melihat lokasi-lokasi pusat pemulihan seperti Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).
Insya-Allah, kesepakatan yang terjalin ini akan membuka ruang kerjasama yang lebih dinamik dalam menangani cabaran bersama sekali gus memberi manfaat langsung kepada rakyat Malaysia dan Kemboja serta memperkukuh keselamatan, kestabilan dan masa depan serantau yang lebih makmur.
#PhnomPenh
#Cambodia
#MalaysiaCambodia
#MADANIBekerja
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/17iCQsxzJt/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DPymJE3koeF/?img_index=3&igsh=NHM1OHp0Njhjd2Vl
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978083814321897967?t=kse7iNpOcJxrclkrbOPF8A&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPymaQqD7o2?xmt=AQF0Qr6F_2zo6LWtnAP10Q_voPtil4cGR4UuSRhDX8ADGA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐒𝐢𝐚𝐠𝐚, 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐣𝐚𝐠𝐚
Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 dan ulang tahun ke-10 NADMA di Jerantut menjadi simbol keteguhan usaha bersama membudayakan kesiapsiagaan sebagai tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia.
10 tahun selepas penubuhan NADMA, banyak kemajuan telah dicapai termasuk pembinaan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di Jerantut serta pengukuhan keupayaan agensi tindak balas untuk mempertingkat kesiapsiagaan dan kecekapan pengurusan di lapangan.
Diharap setiap inisiatif yang digerakkan Kerajaan melalui NADMA terus memperkukuh semangat nasional dan menjadikan Malaysia sentiasa teguh, tangkas dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
#BKN2025 #NADMA10Tahun #SentiasaSiagaBencanaTerjaga #MalaysiaMADANI #KesiapsiagaanNasional
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17EchrUEVY/?mibextid=WC7FNe
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DPyaJN0Eqwq/?igsh=MWJ0M3lzeWF6M3V4eg==
📱 YouTube: https://youtu.be/ipGwi28V92s?si=POp_04p71gG_WeJz
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚
Saya meneruskan agenda lawatan rasmi saya di Kemboja ini dengan mengadakan pertemuan bersama TYT Chhay Rithisen, Menteri Pembangunan Luar Bandar Kemboja.
Sebagai rakan sejawat yang memegang portfolio kementerian yang sama, pertemuan ini membuka ruang luas untuk perbincangan yang lebih mendalam mengenai pembangunan luar bandar, pemerkasaan komuniti desa, pendidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat di kedua-dua negara.
Dalam sesi tersebut, saya telah berkongsi pengalaman Malaysia yang telah memacu pembangunan 8.1 juta penduduk desa melalui pendekatan menyeluruh merangkumi pembinaan infrastruktur, penyediaan kemudahan asas, pendidikan awal, serta transformasi minda dan ekonomi melalui keusahawanan dan pendigitalan.
Kami turut membincangkan kerjasama dalam pembangunan ekosistem TVET, di mana Malaysia kini mempunyai 1,398 institusi latihan teknikal yang melahirkan tenaga mahir bagi menyokong keperluan industri, selain kejayaan model FELDA dan MRSM dalam melonjakkan mobiliti sosial masyarakat luar bandar.
Saya juga menyampaikan jemputan kepada TYT Chhay Rithisen untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia bagi meneroka peluang kolaborasi dengan lebih mendalam termasuk dalam bidang industri halal, pelancongan desa, pertanian dan tenaga boleh diperbaharui.
Insya-Allah, melalui kesepakatan dan hubungan erat antara dua kementerian ini, Malaysia dan Kemboja akan terus melangkah ke hadapan dalam membina masa depan desa yang lebih makmur, inklusif dan mampan untuk generasi akan datang.
#PembangunanDesa
#KKDW #PejuangDESA
#MalaysiaCambodia
#MADANIBekerja
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1FqLxAKA6Y/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DPyU80dkhXA/?igsh=MXM3dXhhbmo5MGg3bw==
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978046031565623525?t=neWbQNW3ZpjtkLFPWAtJoA&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPyVPGwjyK9?xmt=AQF0Bc13k5wc8fv14wdX1V6TWkk_ZkHYIZnwKqRyIeaMzA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐏𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚
Saya bersama delegasi berkesempatan menghadiri sesi makan tengah hari yang dianjurkan oleh TYT Kitte Sanggahak Bandit Kun Kim, Menteri Kanan yang Bertanggungjawab ke atas Misi Khas dan Naib Presiden Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Pengurusan Bencana (NCDM).
Dalam pertemuan ini, kami sempat membincangkan pelbagai aspek kerjasama dalam bidang pengurusan bencana, kesiapsiagaan serantau, serta adaptasi terhadap perubahan iklim di mana ianya merupakan satu isu yang semakin penting kepada seluruh negara ASEAN pada masa kini.
Malaysia melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sentiasa bersedia untuk memperkukuhkan kolaborasi bersama Kemboja, termasuk melalui latihan bersama, pertukaran kepakaran teknikal, penggunaan teknologi pemantauan bencana, serta pelaksanaan misi kemanusiaan serantau.
Saya yakin, hubungan erat dan kesepakatan strategik ini akan terus menjadi asas kepada usaha membina komuniti ASEAN yang lebih tangkas, berdaya tahan dan bersatu menghadapi cabaran masa depan. Insya-Allah.
#ASEAN #NADMA
#PengurusanBencana
#MalaysiaCambodia
#MADANIBekerja
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1Yme8em7NJ/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DPyOIh5kplN/?igsh=NWkwMzZjMDl1aHYx
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978031020789338536?t=q9Rhx6ugOHEFKE0-6tT3-g&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPyOaMiDzJm?xmt=AQF0yrE11C38mIBVDFRBCl-OWZZxS4QyYqLAu86vAu7tkQ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐚𝐜𝐞 𝐏𝐚𝐥𝐚𝐜𝐞
Hari ini bersempena dengan 13th ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management and the 14th Conference of the Parties to AADMER, saya telah mengadakan perbincangan yang amat bermakna bersama TYT Samdech Moha Borvor Thipadei Hun Manet, Perdana Menteri Kerajaan Kemboja.
Lawatan ini mencerminkan persahabatan yang utuh, saling percaya dan hormat-menghormati yang sekian lama menjadi asas hubungan Malaysia–Kemboja.
Perbincangan kami berlangsung dengan produktif dan berpandangan jauh. Kami menegaskan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang-bidang yang memberi manfaat langsung kepada rakyat - termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga kerja, pendidikan, pertanian, ekonomi digital dan pelancongan.
Perdagangan antara Malaysia dan Kemboja terus berkembang pesat, mencecah hampir USD 750 juta dari Januari hingga Ogos tahun ini, iaitu peningkatan 45% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kedua-dua pihak yakin nilai perdagangan dua hala akan melebihi USD 1 bilion menjelang 2026. Malaysia kekal sebagai antara pelabur utama di Kemboja, dan kami berhasrat memperluas kerjasama dalam ketersambungan digital, tenaga boleh diperbaharui dan industri agro-makanan.
Saya turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Kemboja atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada para pelabur Malaysia di negara ini. Syarikat-syarikat Malaysia telah melabur secara signifikan dalam sektor utama seperti telekomunikasi, perbankan dan pembuatan, sekali gus menyumbang bukan sahaja kepada perdagangan dua hala tetapi juga kepada pertumbuhan dan kesejahteraan ekonomi domestik Kemboja.
Malaysia dan Kemboja turut menegaskan aspirasi bersama untuk memupuk keamanan dan kestabilan serantau. Kedua-dua pihak menyambut baik kemajuan dalam memuktamadkan penubuhan Pasukan Pemerhati ASEAN (ASEAN Observer Team – AOT), iaitu satu mekanisme serantau bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur akan datang.
ASEAN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memainkan peranan penting dalam memudah cara pelaksanaan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand. Penubuhan AOT akan menjadi mekanisme utama bagi memastikan perjanjian gencatan senjata dilaksanakan seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua negara.
Kami turut meneroka bidang baharu kerjasama, khususnya dalam industri Halal, di mana Malaysia boleh berkongsi pengalaman, kepakaran pensijilan, pembangunan Taman Industri Halal dan amalan terbaik untuk membantu Kemboja membangunkan ekosistem halal yang kukuh dan diyakini dalam kerangka pengwujudan Majlis Halal ASEAN.
Dalam aspek tenaga kerja dan pendidikan, Malaysia akan terus memastikan kebajikan pekerja Kemboja terpelihara di samping memperluas peluang tenaga pengajar dan pensyarah Kemboja di Malaysia, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET). Pendidikan dan latihan akan terus menjadi jambatan penting kepada persefahaman dan kemajuan bersama.
Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk memperkukuh perdagangan pertanian, khususnya dalam minyak sawit dan beras, bagi mempertingkat sektor keselamatan makanan serantau. Kami turut membincangkan usaha memperluas kerjasama dalam bidang kesihatan dan pelancongan perubatan, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Kemboja dan negara anggota lain bagi memperkukuh perpaduan, kredibiliti dan peranan utama ASEAN dalam mempromosikan keamanan serta kerjasama kemanusiaan.
#PhnomPenh
#Cambodia
#MalaysiaCambodia
#MADANIBekerja
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/16W1LqEM6V/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DPyGLoZEuj2/?igsh=emJzbmYyeDMydHo1
📱X:
https://x.com/DrZahidHamidi/status/1978013107395199246?t=NZYVez4MgdKJiDrCS0PtlQ&s=19
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DPyGjzRj_C0?xmt=AQF0YIxuwkEAeouDt5YzZmeIS4Skq5XS0HH5eAvhKVGuBg&slof=1
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
