Dr Ahmad Zahid Hamidi
رفتن به کانال در Telegram
نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
362
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز
آرشیو پست ها
𝐊𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐄𝐕 𝐃𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮
Usai sesi meja bulat, saya terus ke dewan utama di Asia School of Business (ASB), Kuala Lumpur untuk menyampaikan ucaptama serta menyempurnakan perasmian “Malaysia-China Forum on EV, Battery and New Energy Talent Development and Innovation”.
Semasa berucap, saya menegaskan bahawa dunia hari ini sedang bergerak pantas ke arah perubahan baharu yang dipacu oleh teknologi, kecerdasan buatan, digitalisasi serta peralihan kepada tenaga bersih dan lestari.
Justeru, Malaysia tidak boleh hanya menjadi pemerhati dalam perubahan industri ini, sebaliknya mesti menjadi sebahagian daripada pemain utama dalam pembangunan ekosistem EV, bateri dan tenaga baharu di rantau ini.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya percaya pembangunan bakat dan TVET perlu terus diperkasa kerana masa depan industri ini amat bergantung kepada keupayaan kita melahirkan tenaga mahir, jurutera, teknologis dan generasi muda yang benar-benar bersedia mendepani ekonomi masa depan.
Saya juga menyambut baik penubuhan “Green and Smart Mobility Cooperation Platform” serta pelancaran “Flagship EV Talent Programme” yang menyasarkan pembangunan 10,000 tenaga mahir dalam tempoh lima tahun akan datang melalui kerjasama erat antara industri dan institusi TVET.
Semoga kerjasama strategik seperti ini akan terus membuka lebih banyak peluang pelaburan, pembangunan bakat dan pemindahan teknologi yang mampu memperkukuh daya saing negara serta membawa manfaat besar kepada generasi muda dan masa depan Malaysia. Insya-Allah.
#MCEF2026
#TVET #EV
#NewEnergyTalent
#MalaysiaChina
📱FB: https://www.facebook.com/share/18TdKLQUCk/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYO5hdrkitn/?img_index=2&igsh=MTBmNHJvaGswYmt6bw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2054124530172625361?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYO5jrTjxoQ?xmt=AQG0XyZ9XGIBR7Qii801RdHPs4oJVS-jDDKgDRYMkEZJX19eHXl_HcNMW7ehG8Pi0zFdLw6N&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐃𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐭
Pagi tadi saya turut bersama dalam sesi meja bulat “Malaysia-China Forum on EV, Battery and New Energy Talent Development and Innovation” yang berlangsung di Asia School of Business (ASB), Kuala Lumpur melibatkan sesi perbincangan bersama pemain industri, institusi pendidikan, agensi Kerajaan serta rakan strategik dari Malaysia dan China berkaitan pembangunan ekosistem EV, bateri dan tenaga baharu.
Saya mendengar dengan teliti setiap pandangan, cabaran serta cadangan yang dibangkitkan sepanjang sesi ini, khususnya berkaitan tiga fokus utama iaitu “Talent Development & Skills Pipeline”, “Investment, Industrial Collaboration & Legal Certainty” serta “Innovation, R&D & Technology Transfer”.
Insya-Allah, saya yakin hubungan baik antara Malaysia dan China mampu menjadi jambatan dalam pertukaran kepakaran, teknologi, kemahiran serta amalan terbaik industri demi memperkukuh pembangunan bakat dan memacu kemajuan ekonomi negara pada masa hadapan.
#MCEF2026
#TVET #EV
#NewEnergyTalent
#MalaysiaChina
📱FB: https://www.facebook.com/share/18YeYRgs61/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYOyp-bkj_E/?img_index=9&igsh=NHp1MTNham4wZzRq
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2054109423749267960?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYOysOvj0WH?xmt=AQG0RbJau6_TdO97zOkzEja9QntJuqE-l9c98FZuJVpuPlfAhUm9O0TiLQs4B4YTei1ij6M&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Senyuman dan layanan penuh ihsan daripada seorang jururawat sering menjadi kekuatan buat pesakit serta keluarga yang sedang melalui saat sukar.
Dengan sifat sabar, prihatin dan dedikasi yang tinggi, mereka memainkan peranan yang amat besar dalam memastikan sistem kesihatan negara terus berfungsi dengan baik.
Bersempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jururawat di Malaysia atas jasa dan keikhlasan yang dicurahkan demi rakyat dan negara.
Semoga segala urusan anda semua sentiasa dipermudahkan dan setiap pengorbanan serta kebaikan yang dilakukan dikurniakan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
#HariJururawatSedunia
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/18jJdMc8PQ/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DYOsbFiyQ2G/?igsh=MTVzbWF5dHg1cmo1aA==
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2054095788276642215?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYOslTwD2Cr?xmt=AQG0NwzifDVaFPCa3vfTP3TLSaNFbSbjLOvfDMXSAL7hkcxPgqhEkt34l7k_FvmMC5IiwNjm&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐧𝐞𝐥𝐮𝐬𝐮𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐰𝐚𝐫𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
Saya kongsikan rangkuman detik penuh bermakna sempena Sambutan 80 Tahun UMNO di Tangga Istana Besar Johor di tempat lahirnya sebuah perjuangan besar bangsa Melayu pada 11 Mei 1946.
Di sinilah sejarah bermula, selepas lapan dekad merentasi pelbagai ujian dan cabaran, kami kembali berdiri di tempat yang sama bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi memperbaharui tekad untuk terus memikul amanah perjuangan ini dengan setia dan penuh tanggungjawab.
Sesungguhnya, perjuangan ini tidak pernah terhenti. Dari generasi ke generasi, semangatnya tetap hidup demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.
Daulat Tuanku.
#UMNO80Tahun
#UMNO
#RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat
#IstanaBesarJohor
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS9TfnTJd/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DYMuIcKyDOm/?igsh=MWo5ZnEwZ3didXprcQ==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1CSWEKaXyK/?mibextid=wwXIfr
📱Youtube:
https://youtu.be/M1WwopIKYNA?si=ZXbJt8ICXBXdroWN
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐃𝐚𝐦𝐛𝐚𝐤𝐚𝐧
Perjuangan ini bukan hanya tentang hari ini sahaja, tetapi tentang generasi yang akan mewarisi tanah air ini pada masa hadapan.
Menjelang ulang tahun UMNO ke-100 nanti, inilah generasi Melayu yang kita dambakan.. generasi yang berakar pada iman, tinggi adab dan akhlaknya, kuat jati dirinya, berani mencipta kemajuan, bersatu dalam perjuangan serta mampu menjadi tunjang kepada kestabilan dan masa depan negara tercinta.
#UMNO80Tahun
#HariUMNO2026
#UMNO #RumahBangsa
#DuluKiniSelamanya
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS9TAxVd6/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYMprCKSh7d/?igsh=MW5rY2t5MnpqNHFrZg==
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1Ehq4E1T8Q/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐋𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐝 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
80 tahun bukanlah satu perjalanan yang singkat. UMNO telah melalui pelbagai ujian, jatuh bangun, suka duka dan gelombang perubahan zaman. Namun hingga ke hari ini, perjuangan ini masih terus berdiri atas semangat kesetiaan, pengorbanan dan tekad untuk mempertahankan agama, bangsa serta tanah air tercinta.
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun UMNO ke-80.
#UMNO80Tahun
#HariUMNO2026
#UMNO #RumahBangsa
#DuluKiniSelamanya
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS9TLJ1F6/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYMbbR5SfQo/?igsh=NDM3bm55ZDZyNWFn
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1E7oQRikw4/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas limpah perkenan berangkat ke Majlis Santapan bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan kepimpinan UMNO Negeri Johor sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-80 di Istana Besar Johor.
Sesungguhnya keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku amat besar ertinya dan cukup bermakna buat seluruh keluarga besar UMNO.
Daulat Tuanku!
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat
#IstanaBesarJohor
#RajaDanRakyatBerpisahTiada
📱FB: https://www.facebook.com/share/1Wwnqg5Aia/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYMPlQBkpsx/?img_index=3&igsh=amUxNnVjZ3A4MnRr
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2053750802712531182?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYMPnilD1dn?xmt=AQG0QbppfgfSx3H-YDkf_XOqFQ1bWIwCdHugMbt3XiXACJZCUSs4Bpmw7al718XQrRpztfk&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐞 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡
11 Mei 1946, di Tangga Istana Besar Johor, sejarah besar bangsa Melayu telah terpahat.
Sesungguhnya, di sinilah para pemimpin Melayu berhimpun, menyatukan tekad dan keberanian untuk mempertahankan agama, bangsa, tanah air serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Daripada semangat perjuangan itulah lahirnya UMNO, sebuah wadah yang akhirnya menjadi tunjang kepada kemerdekaan negara dan pembentukan sebuah negara bangsa yang berdaulat.
Hari ini, saya bersama saf kepimpinan UMNO berpeluang untuk kembali berdiri di tempat yang sama, selepas 80 tahun UMNO melalui pelbagai mehnah dan liku-liku perjuangan.
Bukan sekadar untuk bernostalgia. Bukan sekadar untuk merakam gambar kenangan. Tetapi untuk mengenang jasa generasi terdahulu, menginsafi harga sebuah perjuangan, dan memperbaharui tekad bahawa amanah ini mesti terus dipikul dengan setia, berani dan penuh tanggungjawab.
Setinggi-tinggi junjungan kasih dirafakkan ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas limpah perkenan mencemar duli ke sesi fotografi yang penuh bersejarah ini.
Junjungan kasih jua buat Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas limpah perkenan dan sokongan dalam menyempurnakan detik yang amat bermakna buat seluruh keluarga besar UMNO.
Sejarah sentiasa mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah bangsa lahir daripada kesatuan hati rakyat, kesetiaan kepada institusi Raja-Raja Melayu, serta keikhlasan untuk berkhidmat demi masa depan agama, bangsa dan negara.
Semoga UMNO terus kekal sebagai wadah perjuangan yang menyatukan, mempertahankan maruah bangsa, menjunjung agama, memelihara kedaulatan Raja-Raja Melayu dan berkhidmat kepada tanah air tercinta.
Dulu, kini dan selamanya. UMNO akan terus menjadi Rumah Bangsa..
Daulat Tuanku!
#UMNO80Tahun
#UMNO #RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat
#IstanaBesarJohor
#RajaDanRakyatBerpisahTiada
📱FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0TyKttUqqPkeBaYsghhnDePNkoFpDWW81YNp4Qf2baxASXfHaTXJegyMQ1nsn524cl&id=100044617711053&mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYMEcn0EnTU/?img_index=4&igsh=bHRyNTZvcmJtdjc2
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2053727370667000142?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYMElUsjxxb?xmt=AQG0Vr2mALU8ULPE0DQn79JyW4R3MntER0UPYPjWg8ya-aInWk2xArtswGxmDg8qW3p9MDk&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐞𝐫𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝟖 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐰𝐚𝐫𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚, 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐃𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐀𝐢𝐫
Tanggal 11 Mei 1946 adalah tarikh keramat lahirnya sebuah perjuangan besar bangsa Melayu yang terus bertahan merentasi zaman. Hari ini, genaplah usia UMNO yang ke-80.
Alhamdulillah, beberapa hari lalu kita telah bersama-sama meraikan Sambutan 80 Tahun UMNO di WTC Kuala Lumpur sebagai tanda memperkukuh tekad untuk terus mempertahankan parti keramat ini. Kehadiran ribuan ahli dari seluruh negara, semangat yang ditunjukkan serta kesetiaan akar umbi yang tidak pernah padam benar-benar menyentuh hati saya.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh ahli UMNO di seluruh negara yang terus setia bersama perjuangan ini.
Menjangkau usia 80 tahun, UMNO telah melalui pelbagai fasa jatuh dan bangun. Kita pernah diuji dengan cabaran politik, perpecahan, persepsi dan perubahan zaman. Namun UMNO terus berdiri kerana kekuatannya bukan terletak pada nama semata-mata, tetapi pada jiwa perjuangan ahli-ahlinya yang tetap setia mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.
Sebagai Presiden UMNO, antara perkara yang paling menggembirakan saya adalah melihat semakin ramai anak muda memilih untuk bersama UMNO melalui pendaftaran keahlian secara dalam talian. Ini memberi isyarat bahawa UMNO terus bergerak seiring peredaran zaman dan masih diyakini sebagai wadah penting dalam mempertahankan kestabilan serta masa depan negara.
Sesungguhnya, perjuangan ini masih belum selesai. Masih banyak yang perlu kita bina, kita satukan dan kita perbetulkan demi generasi akan datang. Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan kekuatan akar umbi, UMNO akan terus melangkah gagah menuju usia 100 tahun sebagai “Rumah Bangsa”.. rumah besar perjuangan bangsa.
Selamat Ulang Tahun UMNO ke-80.
Hidup UMNO!
#UMNO80
#HariUMNO2026
#RumahBangsa
#BersatuBersetiaBerkhidmat
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1RGMYeYBWN/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYLpsBMElwy/?igsh=MWJudnoyMnJmYm9mbw==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2053667535749558728?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYLpyivD6eW?xmt=AQG0Cx0bj1DvSiisCI2wrHzXrz7d_OHM126uRRsZsucwv334V1cQqneDeMDkrcXusFhyrkI&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐮𝐬𝐲𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥: 𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢𝐚𝐧
Alhamdulillah, selesai sudah Musyawarah Nasional yang berlangsung hari ini dengan membawa tema “Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya?”.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kelima-lima pengerusi teras yang telah membentangkan dapatan, pandangan serta cadangan meliputi aspek agama, politik, ekonomi, pendidikan serta sosial dan budaya.
Banyak perkara yang telah diketengahkan secara matang, berfakta dan penuh tanggungjawab demi mencari jalan ke hadapan yang lebih baik untuk bangsa dan negara.
Apa yang penting, Musyawarah Nasional ini bukanlah medan untuk kita menyemarakkan kebencian atau perpecahan. Sebaliknya, ia diwujudkan sebagai ruang untuk kita bermuhasabah, membedah realiti secara matang, memisahkan antara persepsi dan fakta serta mencari penyelesaian secara berhemah berpandukan ilmu, hikmah dan semangat kebersamaan.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua yang hadir, bertanyakan soalan serta berkongsi pandangan sepanjang berlangsungnya Musyawarah Nasional sebentar tadi.
Jelas dapat dilihat bahawa kita semua mempunyai harapan yang sama iaitu mahu melihat bangsa ini terus maju, dihormati dan mempunyai masa depan yang lebih baik di tanah airnya sendiri.
Moga segala usaha dan ikhtiar ini menjadi asbab kepada masa depan yang lebih baik buat agama, bangsa dan tanah air tercinta. Insya-Allah.
#MusyawarahNasional
#SuaraBangsa
Link:
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1dj9oRFQ1y/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DYJ7fiHEkj6/?igsh=MXJrZmgzcWJuZGt2cg==
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2053425842177610005?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYJ8OPuD4JA?xmt=AQG0L6e0l1-8mE41uX5rj1yQHAYYWXzG3H-H3PS5tlTWK8w1XIFwFcY5iFOuLcbX1-8wmfWp&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐈𝐛𝐮, 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐆𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧𝐲𝐚
Di sebalik kekuatan dan keteguhan sesebuah keluarga, ada seorang wanita yang tidak pernah berhenti berkorban. Dalam diamnya ada doa yang tidak putus.. dalam lelahnya ada kasih yang tidak pernah berkurang.
Begitulah besarnya kasih seorang ibu.
Bersempena Sambutan Hari Ibu 2026 hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan setulusnya buat seluruh ibu di Malaysia. Anda semua adalah wanita luar biasa.. wanita besi yang sentiasa kuat menghadapi segala cabaran demi anak-anak dan keluarga tercinta.
Selamat Hari Ibu juga saya titipkan buat Allahyarhamah ibu saya yang sentiasa ada dalam doa dan ingatan, buat isteri tercinta yang menjadi ibu kepada anak-anak kami, serta ibu-ibu kepada cucu-cucu saya yang banyak mencurahkan kasih sayang dan pengorbanan kepada keluarga.
Doa seorang ibu itu sangat besar nilainya. Dalam setiap langkah kehidupan kita, ada doa dan restu mereka yang sentiasa mengiringi.
Hargailah ibu kita selagi masih ada di sisi. Luangkan masa untuk mereka, peluk mereka dan ucapkan terima kasih atas segala pengorbanan yang tidak pernah mampu dibalas sepenuhnya.
Buat ibu-ibu yang telah pergi menghadap ilahi, kirimkanlah doa dan al-Fatihah buat mereka. Sesungguhnya, seteguh kasih seorang ibu itulah yang menjadi kekuatan dalam membina keluarga yang bahagia, melahirkan generasi yang berjaya dan membentuk masyarakat yang penuh nilai serta kasih sayang.
Selamat Hari Ibu 2026 buat semua wanita hebat di Malaysia.
#HariIbu2026
#SeteguhKasihIbu
Link:
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/18hmfzYyKN/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DYJj4uBEnYA/?igsh=b3VjbW91bHNjZTdp
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2053376286933012517?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYJlWCxDxSH?xmt=AQG0F5LqooybobaNEMKnVtq2Ldap8HZn0ltX-dCqzRiffs-Udv4pOCYQnmI2Wq-FcA5SO5XJ&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐧𝐜𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Alhamdulillah, hari ini saya dapat pulang ke Bagan Datuk untuk bersama masyarakat setempat dalam Majlis Peluncuran MARA Prihatin Peringkat Kebangsaan 2026.
Program MARA Prihatin ini menghimpunkan pelbagai inisiatif pendidikan, kebajikan, keusahawanan dan pembangunan komuniti bagi membantu rakyat yang memerlukan, khususnya anak-anak muda dan keluarga yang sedang berdepan cabaran kehidupan hari ini.
Dalam ucapan sebentar tadi, saya turut menekankan kepentingan memperkukuh agenda pendidikan dan TVET berteraskan teknologi masa depan, di samping memastikan bantuan yang disalurkan lebih bersasar, cepat dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Saya juga sempat menyampaikan beberapa bantuan melibatkan pendidikan, kebajikan serta pembangunan komuniti kepada pelajar, keluarga dan masyarakat setempat, termasuk inisiatif Yayasan Pelajaran MARA, GIATMARA dan Rural Capital Berhad.
Saya berharap usaha seperti ini akan terus menjadi jambatan harapan buat rakyat dan membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak kita untuk melakar masa depan yang lebih baik. Insya-Allah.
#MARAPrihatin
#60TahunMARA
#BaganDatuk
#MARA #KKDW
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18WmvCsUjt/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYHUOPekgZQ/?img_index=9&igsh=NmZzdTJ5MTI4MGp3
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2053057446856540576?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYHUgPPDwSg?xmt=AQG0U9T8q_lxrXIxgC0ZLCsKgJEOc8IDVeMz_Lt5Q_7BwgFZkMa4SoSTKkw8Ont50JjxAu5-&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Insya-Allah, esok saya akan bersama menghadiri Musyawarah Nasional yang akan membincangkan topik “Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya?” bersama tokoh masyarakat, ilmuwan, agamawan, profesional, ahli akademik, teknokrat dan pelbagai pemegang taruh dalam pelbagai segmen.
Perbincangan akan memberi fokus kepada lima teras utama iaitu sosial, ekonomi, politik, pendidikan serta nilai dan jati diri dalam usaha mencari penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berimpak terhadap pelbagai cabaran semasa bangsa Melayu.
Insya-Allah, jumpa semua esok.
#MusyawarahNasional
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18cHJxRXkY/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYHGjFxEtyl/?igsh=cnBiczN4c3c2bWZp
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2053027331388899683?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYHGoGWD4xq?xmt=AQG0MFfWq5myNT46k_7_VdNfwoSpt0xf9nB-b6j64uDCbmKH6_weYYVLAxJ57TpD4yGr-86x&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan bertemu Shaykh Mufti Ismail Menk. Banyak pandangan dan perkongsian yang cukup memberi manfaat dapat saya dengar daripada beliau. Sentiasa tenang dan penuh hikmah dalam menyampaikan dakwahnya.
Insya-Allah, Mufti Menk akan berada di program “Beyond Imagination Jannah” yang berlangsung di PICC hari ini.
Moga kehadiran beliau di negara ini terus membawa kebaikan dan memberi inspirasi kepada ramai anak muda untuk terus mendekati ilmu serta memperkukuh nilai dalam kehidupan. Insya-Allah.
📱FB: https://www.facebook.com/share/1JSYx22Joh/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYGbjbHkmiY/?img_index=2&igsh=am5jb3Y2eXA3cWFz
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2052932653763162114?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYGbimZjzle?xmt=AQG062U7SIPO5dR8mZ7ZajUAKpf788pB6j7vOQBLs8V2qlSmxTHx52uo2QtVL9eWSZ3Sbog&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐀𝐑𝐀: 𝟔𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚
MARA lahir daripada semangat Kongres Ekonomi Bumiputera enam dekad lalu untuk mengangkat pembangunan masyarakat dan memperkasa Bumiputera.
Hari ini, MARA terus berkembang sebagai institusi besar yang menjadi kebanggaan rakyat serta memainkan peranan penting dalam pendidikan, ekonomi dan pembangunan negara.
#60TahunMARA
#MARA #KKDW
#PejuangDESA
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS9tytwbs/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYFB14eyAiC/?igsh=MTVuNTVoM2R4Zzg4dA==
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/18VXEWsXqZ/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Hebat betul persembahan mereka, memang bertaraf antarabangsa..
#MAWO #MRSM
#FELDATrolak
#60TahunMARA
#MARA #KKDW
📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS9tkR1aK/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DYE7B8sSMsO/?igsh=MWMwY21kMWpsdm42cQ==
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1bP7WX3XV4/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐑𝐈𝐌𝐁𝐔𝐍 𝟐.𝟎: 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐌𝐞𝐣𝐚. 𝐏𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟. 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐌𝐚𝐭𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭.
Rakyat hari ini mahu melihat perbahasan atau wacana yang membincangkan idea segar, keberanian mengupas agenda dan pencarian solusi yang benar-benar mampu memberi manfaat kepada negara serta masa depan generasi akan datang.
Saya menyambut baik usaha Pemuda UMNO Malaysia menganjurkan RIMBUN 2.0 yang membawa tema “Satu Meja. Pelbagai Perspektif. Satu Matlamat: Kedaulatan Ekonomi Negara”.
RIMBUN 2.0 menghimpunkan pelbagai pandangan, idea dan kepakaran dalam satu meja rundingan demi satu matlamat besar iaitu memperkukuh kedaulatan ekonomi negara. Program ini turut menghimpunkan tokoh, golongan profesional, mahasiswa, usahawan serta anak muda untuk bersama berkongsi pandangan dan membina masa depan negara.
Saya percaya, masa depan ekonomi negara tidak boleh dibentuk tanpa suara dan penglibatan generasi muda.
Kepada yang berkelapangan, jemput hadir bersama esok di Dewan Tun Hussein Onn, WTC Kuala Lumpur yaa.
#RIMBUN2.0
#PemudaUMNOMalaysia
#PemudaCaraKita
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1B5NWTjEqv/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYEmVF-kqu0/?img_index=2&igsh=cW04b2EwMTVodmk3
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2052674914386354543?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYEmXAlD41W?xmt=AQG0xQQmw7SXaYBKlZumyICCVAJe5zS-BVWm2D5LHm5ni3gTWBlxV6QfMKwRcZn-rRAb-1A5&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐨𝐥𝐢𝐝𝐚𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒: 𝐑𝐌𝟏𝟒𝟑,𝟐𝟑𝟗.𝟎𝟎 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐃𝐢𝐤𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐌𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚, 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧
Saya amat tersentuh dengan semangat solidariti dan kebersamaan yang ditunjukkan oleh seluruh warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melalui inisiatif Kutipan Derma Solidariti KEMAS bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah.
Insiden ini juga turut melibatkan empat orang Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda, selain turut menjejaskan 83 orang kanak-kanak daripada empat kelas TABIKA di kawasan berkenaan.
Melalui usaha murni ini, sebanyak RM143,239.00 berjaya dikumpulkan dalam tempoh 2 minggu melalui TABIKA, kelas-kelas kemahiran dan program komuniti KEMAS seluruh negara bagi membantu warga KEMAS yang terjejas akibat insiden kebakaran tersebut.
Bagi saya, musibah ini bukan sekadar kehilangan kediaman atau kemudahan pembelajaran, tetapi turut memberi kesan kepada kelangsungan pendidikan awal anak-anak yang merupakan amanah besar kepada negara. Justeru, bantuan yang disalurkan ini amat penting bagi memastikan kebajikan keluarga yang terjejas terus terbela dan proses pengajaran serta pembelajaran anak-anak TABIKA dapat diteruskan secepat mungkin.
Dana yang terkumpul akan digunakan bagi membantu kelurga kanak-kanak TABIKA dan PPMS di terjejas akibat kebakaran di samping membiayai pembelian peralatan dan bahan pembelajaran bagi kanak-kanak tersebut. Ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan secepat mungkin demi kepentingan anak-anak didik KEMAS.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga KEMAS, para penyumbang serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan usaha solidariti ini. Semoga nilai kebersamaan dan keprihatinan ini terus menjadi kekuatan kita untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan.
#SolidaritiKEMAS
#KEMAS #KKDW
#PejuangDESA
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1DkkZbFPjK/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DYEefEMEjaC/?igsh=ZDE5dWJiMmF5a2k1
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2052657744432476418?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYEeluwj9co?xmt=AQG09zyJlaTkIhkrfWM0g9CVf0NyDwGYUlhb7pMerh_vhPkaaTY5Iz9DjTfPebeHItyCUvA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭, 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧
Dalam kehidupan seharian, amanah dan janji adalah tanggungjawab yang mesti dipelihara dengan penuh keikhlasan.
Begitu juga dengan solat, yang menjadi tiang utama dalam membentuk disiplin, keimanan dan hubungan kita dengan Allah SWT.
Semoga kita tergolong dalam kalangan yang sentiasa istiqamah menjaga amanah dan tidak lalai dalam ibadah.
#RisalahJumaat
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZS9G5XDJ4/
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1EuvTfhgeP/?mibextid=wwXIfr
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DYEJgQhy3BM/?igsh=Z29xaGlzZnVkbnhi
📱X:
https://x.com/drzahidhamidi/status/2052612197222945240?s=46
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DYEJ4Smj8yb?xmt=AQG0Wtgl9VNrMzy5F9LhocOFqEQYmkXKEb5DkgxB-rwMR48oUDPi-jQklaNekJ8Bqu14b5ba&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
