fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Nota SSPA Keknie

Nota SSPA Keknie

رفتن به کانال در Telegram

Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است

📈 تحلیل کانال تلگرام Nota SSPA Keknie

کانال Nota SSPA Keknie (@notasspakeknie) بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 31 501 مشترک است و جایگاه را در دسته متفرقه دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 31 501 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 07 نوامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر 4 981 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر 11 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 43.73% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 17.34% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 13 773 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 5 460 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 38 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 08 نوامبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته متفرقه تبدیل کرده‌اند.

31 501
مشترکین
+1124 ساعت
+1907 روز
+4 98130 روز
آرشیو پست ها
photo content

𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗕𝘂𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮? Soalan ni antara yang selalu ditanya pada saya. Kalau Pegawai Awam berstatus BUJANG, apa yang parent akan dapat bila pegawai meninggal dunia? Ada 3 perkara penting yang perlu diingat bagi pegawai bujang : 1. Ibu bapa BUKAN penerima pencen terbitan. Jadi tiada pencen terbitan dibayar kepada parent gemulah (pegawai yg meninggal dunia) 2. Penerima utama adalah IBU bagi semua faedah terbitan pegawai bujang, kecuali sekiranya ibu sudah meninggal dunia barulah dibyr kepada BAPA. 3. Adik beradik BUKAN penerima faedah terbitan KECUALI kedua-dua ibu bapa telah tiada, adik beradik boleh menjadi wakil yg sah sebagai penerima Ganjaran Terbitan dan GCR sahaja. Selebihnya, ada dalam infografik yang dilampirkan. Semoga bermanfaat. Keknie Sha

photo content

Mungkin ada yg tak perasan bbrp perubahan dalam pekeliling semasa melibatkan hal berkaitan cuti dan tempoh kelayakan cuti. 1. CTR kematian ahli keluarga telah dibatalkan dan diganti dengan CTR Kelompok. Jadi tempoh CTR 3 hari bagi keluarga meninggal dunia tidak lagi terpakai. Boleh mohon 1-20 hari. 2. CTR menjaga isteri bersalin pun telah dibatalkan dan diganti dengan CTR Kelompok. Jadi tempoh CTR 7 hari tidak lagi terpakai. Boleh mohon 1-20 hari. Tetapi, had penggunaan 5 kali sepanjang perkhidmatan masih terpakai utk suami bagi CTR menjaga isteri bersalin. 3. Waktu yang menentukan tarikh permulaan CTR menjaga isteri bersalin dan keluarga meninggal dunia bermula hari berikutnya adalah selepas 6.00 petang bukan lagi selepas 5.00 ptg kerana waktu bekerja telah ditetapkan sebagai 7.30pagi - 6.00ptg berdasarkan waktu bekerja fleksi. 4. Had penggunaan cuti bersalin bergaji penuh 5 kali sepanjang perkhidmatan tidak lagi terpakai bg pegawai wanita kerana kelayakan bergantung kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan. 60-90 hari setiap kelahiran. Selagi ada baki kelayakan, boleh digunakan untuk cuti bersalin. Kalau dah habis kelayakan cuti bersalin boleh guna CR+CB Tanpa Gaji / Cuti Menjaga Anak. 5. CTR Umrah telah dimasukkan dalam CTR Kelompok dengan tempoh maksimum 20 hari dan kiraan termasuk sabtu ahad dan cuti umum. Tiada lagi tempoh 7 hari bekerja spt Peraturan sblm ni. Tetapi, had sekali sepanjang perkhidmatan masih terpakai. Kalau dah guna sebelum SSPA, dah tak boleh guna kelayakan baru ni. 6. Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP) terhad 5 hari termasuk kiraan sabtu ahad dan cuti umum. Tiada lagi 5 hari bekerja spt dlm peraturan sblm ini. 7. Cuti Menjaga Anak (CMA) boleh digunakan oleh ayah/bapa bagi menjaga anak di bawah umur 5 tahun. Had kelayakan adalah 365 hari @ 1 tahun sepanjang perkhidmatan. Kelayakan ini tidak mengganggu kelayakan ibu sebanyak 1,825 hari @ 5 tahun. 8. Cuti Haji telah ditambahbaik, 40 hari atau lebih, mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pengelola haji. Pegawai tak perlu dah mohon CR bagi tempoh yg melebihi 40 hari sekiranya telah ditetapkan oleh pengelola haji. Keknie Sha

photo content

Daripada 18 jenis CTR Kelompok, hanya 5 yang menggunakan kelayakan secara fleksibel 1-20 hari. Maksudnya pegawai boleh memili
Daripada 18 jenis CTR Kelompok, hanya 5 yang menggunakan kelayakan secara fleksibel 1-20 hari. Maksudnya pegawai boleh memilih untuk mohon cuti berapa hari di antara 1 hingga 20 hari, tertakluk pada syarat khusus yang ditetapkan dalam pekeliling. Ringkasan syarat khusus spt dlm infografik. Rujukan : MyPPSM Ceraian SR 5.7.1. Keknie Sha

photo content

photo content

Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 13/2026 - Garis Panduan pengeluaran perakuan pesakit memerlukan jagaan rapi dan bantuan bg tujuan CTR Kelompok menjaga keluarga sakit

photo content

Borang KKM CTR Kelompok menjaga keluarga sakit
Borang KKM CTR Kelompok menjaga keluarga sakit

Nota Ringkas Persaraan - Pencen dan KWSP 1. Pegawai yg dilantik sebelum 12.4.1991, dah pilih Opsyen bersara wajib 60 tahun, tapi memilih bersara pilihan umur 50 tahun, Pegawai layak dpt Ganjaran, GCR dan Pencen bulanan pada usia 50 tahun. *keypoint : lantikan sebelum 12.4.1991, layak terima pencen bulanan pd umur 45/50 tahun. 2. Kalau pegawai dilantik selepas 12.4.1991, dah pilih Opsyen bersara wajib 55/56/58/60 tahun, memilih utk bersara pilihan masa umur 45 tahun, Ganjaran dan GCR akan dpt terus masa tarikh bersara, tapi Pencen bulanan akan dapat masa umur 55 tahun. * keypoint : lantikan selepas 12.4.1991, paling awal boleh dpt pencen bulanan pd umur 55 tahun. Tak kesah opsyen bersara umur brapa. 3. Pegawai lantikan selepas 2012, tiada opsyen, umur persaraan paksa adalah 60 tahun. Tapi still boleh mohon bersara pilihan dgn syarat yg sama (umur 40 tahun ke atas, berkhidmat melebihi 10tahun) Ganjaran dan GCR akan dpt terus, tapi Pencen bulanan akan dapat masa umur 55 tahun. 4. Bagi pegawai yang memilih opsyen KWSP, tiada istilah bersara pilihan. Pegawai yang mencapai umur persaraan KWSP layak menerima faedah caruman KWSP (syer anggota dan majikan) dan GCR. Sekiranya pegawai ingin bersara lebih awal perlu meletak jawatan, dan Pegawai hanya layak menerima faedah caruman KWSP tapi tidak layak dibyr GCR.

photo content

𝗘𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗚𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗳 𝗔𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵. Diberi kpd pegawai yang DIARAHKAN untuk bertukar wilayah. Wilayah : 1. Semenanjung 2. Sabah 3. Sarawak 4. Labuan Arahan Pertukaran di antara 4 wilayah ini sahaja layak dibyr Elaun Gangguan. Kadar bayaran - sebulan gaji pokok. Dibyr selepas pegawai kembali ke wilayah asal. Pendahuluan sebanyak separuh gaji pokok semasa boleh dibayar semasa pegawai melapor diri di wilayah berkhidmat. Bayaran dibuat oleh Jabatan akhir pegawai sebelum diarah bertukar. Tuntutan dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas diarahkan bertukar. Pertukaran atas permohonan sendiri tidak layak dibayar Elaun Gangguan.

photo content

Q & A #inboxKeknie
Q & A #inboxKeknie

Ada 2 CTR Kelompok yang MESTI bermula mengikut tarikh kejadian. Cuti Tanpa Rekod Kelompok untuk keluarga meninggal dan isteri bersalin mesti bermula ikut tarikh kejadian, atau hari berikutnya kalau berlaku selepas jam 6.00ptg (mulai 6.01ptg dan seterusnya) termasuk jika berlaku pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Waktu bekerja yang berkuatkuasa adalah 7.30pagi - 6.00ptg. KECUALI pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Jadi sekiranya keluarga meninggal jam 5.00ptg walaupun tuan/puan bekerja pada hari itu, CTRK Keluarga meninggal bermula pada hari tersebut. Kalau keluarga meninggal jam 6.01 petang dan selepasnya baru dikira hari esoknya. Sama mcm CTR Kelompok menjaga isteri bersalin. Kalau isteri bersalin jam 3.00 ptg hari bekerja, tuan masih bekerja di pejabat, CTRK isteri bersalin tetap bermula pada hari tersebut, walaupun esok baru tuan guna cuti tu. Macamana kalau tuan dah ambik Cuti Rehat dan isteri bersalin pada hari yang sama? Boleh batalkan Cuti Rehat dan guna CTRK mulai tarikh isteri bersalin. Ingat ye, 2 CTR Kelompok ni mesti bermula ikut tarikh kejadian, tak boleh pilih tarikh sendiri.

photo content

Jenis - Jenis Cuti Separuh Gaji (CSG) dan Cuti Tanpa Gaji (CTG) Dulu, masa tak buat HR saya tau cuma ada sejenis saja CSG dan CTG. CSG utk jaga keluarga sakit 180 hari. CTG utk urusan peribadi yg mustahak 360 hari. Bila dah buat HR eh apsal banyak nau jenis CSG CTG ni.. Habis tu takkan semua nak share kelayakan 180 &. 360 hari tu 😆🤣 Rupanya masing-masing ada kelayakan sendiri, ada syarat dan peraturan sendiri. Tak kacau masing-masing punya kelayakan. Ada org salah faham, risau ambik Cuti Bersalin separuh gaji 14 hari utk guru, takut nnt kalau perlu jaga keluarga sakit makin kurang kelayakan. Ada orang risau nak ambik Cuti Menjaga Anak yang tanpa gaji, sbb nnt nak sambung belajar tak ckup cuti nak guna utk cuti belajar tanpa gaji. Padahal semua nya ada kelayakan sendiri. So it's good to know. At least dpt bantu org buat decision cuti mana yg perlu digunakan dalam situasi tertentu. Keknie Sha

photo content