fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Nota SSPA Keknie

Nota SSPA Keknie

رفتن به کانال در Telegram

Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است

📈 تحلیل کانال تلگرام Nota SSPA Keknie

کانال Nota SSPA Keknie (@notasspakeknie) بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 31 501 مشترک است و جایگاه را در دسته متفرقه دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 31 501 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 07 نوامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر 4 981 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر 11 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 43.73% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 17.34% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 13 773 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 5 460 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 38 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 08 نوامبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته متفرقه تبدیل کرده‌اند.

31 501
مشترکین
+1124 ساعت
+1907 روز
+4 98130 روز
آرشیو پست ها
photo content

Slaid Taklimat Hari Bekerja Hibrid JPA 2026.pdf1.78 MB

FAQ HBH Hari Bekerja Hibrid

Ceraian SR4.1.3 - Hari Bekerja Hibrid

𝙉𝒐𝙩𝒂 𝒓𝙞𝒏𝙜𝒌𝙖𝒔 𝑷𝙚𝒏𝙘𝒆𝙣 𝙏𝒆𝙧𝒃𝙞𝒕𝙖𝒏. ▪️Pencen : byrn bulanan kpd pegawai awam yg bersara ▪️Pencen Terbitan : byrn bulanan kpd WARIS pegawai awam yg meninggal dunia samada dlm perkhidmatan atau dalam persaraan ▪️Formula kiraan pencen terbitan adalah sama mcm pencen pegawai ▪️Pembahagian Syer Pencen Terbitan : - Syer balu/duda = 2 syer - Syer setiap anak = 1 syer ▪️WARIS untuk Pencen Terbitan : Balu/Duda dan Anak2 di bawah umur 21 tahun sahaja (kecuali anak OKU cacat otak atau hilang upaya jasmani kekal, tidak berupaya menanggung diri nya sendiri - tiada had umur) ▪️Takrifan Anak : 1. Anak kandung 2. Anak yang lahir selepas kematian pegawai 3. Anak tiri tanggungan 4. Anak tak sah taraf 5. Anak angkat 6. Anak OKU ▪️Anak OKU : - cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal - tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri - syarat anak itu cacat otak atau hilang upaya sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun - pencen dibayar seumur hidup ▪️Pencen terbitan terhenti bagi anak : - anak IPT tamat belajar ijazah pertama; atau - anak berkahwin; atau - mencapai umur 21 tahun; -- mana yg terdahulu. ▪️Pencen Terbitan dan Ganjaran Terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka maka faedahnya tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka secara faraid - Muzakarah JK Majlis Fatwa Kali ke 21 (12 September 1988) ▪️Tempoh layak terima pencen terbitan bagi balu/duda : 1. Perkahwinan dalam perkhidmatan : layak terima pencen terbitan sepanjang hayat, walaupun berkahwin baru/semula 2. Perkahwinan dalam persaraan : layak terima pencen terbitan dalam tempoh 20 tahun daripada tarikh persaraan pegawai. Keknie Sha

photo content

photo content

𝗦𝗶𝗺𝘂𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗚𝗮𝗷𝗶 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗜𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 Harini saya nak share tentang Pergerakan Gaji Secara Isyarat. Pernah dengar tak? Mesti pernah dgr tapi tak berapa nak faham kan? Dlm kes-kes tertentu, ada orang layak dapat pergerakan gaji, walaupun dia cuti tanpa gaji. Haaaa. Untung kan? Cuti Menjaga Anak Cuti mengikut pasangan bertugas atau berkursus dalam atau luar negeri Cuti belajar separuh gaji/tanpa gaji CSG bagi cuti tibi barah kusta Pegawai yang menggunakan cuti di atas melebihi 180 hari setahun, sama ada sejenis cuti atau gabungan beberapa cuti, layak PGT secara isyarat, maksimum 3 kali sepanjang perkhidmatan. Apa maksud PGT secara isyarat tu? Dapat ke tak sebenarnya pergerakan gaji tu? "isyarat" maksudnya pergerakan gaji on paper saja buat masa itu, hanya akan dibyr kepada pegawai bila dah layak diterima. Contoh simulasi. Pegawai guna Cuti Menjaga Anak mulai 1.1.2026 - 31.7. 2026 (212 hari) Melapor diri bertugas selepas CMA : 1.8.2026 TPG : April Gaji pada 31.12.2025 : RM2500 KGT : RM100 Kelayakan Pergerakan Gaji Pegawai : 1.4.2026 - layak PGT 2026 sbb berdasarkan prestasi 2025. Jadi gaji pegawai pd 1.4.2026 = RM2500 + 100 = RM2600. *pegawai belum dibyr gaji ni sbb sedang CMA ye. Lapor diri bertugas selepas CMA pd 1.8.2026 - pegawai akan dibyr gaji RM2600. (telah termasuk KGT April 2026) Bagi PGT 2027, adalah berdasarkan prestasi 2026. Jadi PGT 2027 pegawai hanya layak PGT secara isyarat sbb masa 2026 beliau ada CMA 212 hari). Dlm kew 8 pegawai akan ditulis "pergerakan gaji secara isyarat kali pertama..." Sepatutnya gaji pd 1.4.2027 adalah RM2600 + 100 = RM2700 kan? Tapi disebabkan pergerakan tu hanyalah secara "isyarat" maka pegawai belum layak terima pergerakan gaji RM100 bg tahun 2027 tu. Pegawai akan terima RM2600 sepanjang tahun 2027 sehingga la KGT bg tahun 2028 kelak. Pada KGT tahun 2028, mulai 1.4.2028, pegawai akan terima : RM2600 + 100 (isyarat) + 100 (KGT 2028) = RM2800. PGT isyarat tidak akan dibyr sebarang tunggakan sbb ia nya hanya layak digerakkan secara isyarat. Kalau pegawai CMA/Cuti mengikut pasangan sampai 3 tahun maka 3 kali la isyarat, bru dpt byrn gaji sebenar.

photo content

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐌𝐞𝐝𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐁𝐨𝐚𝐫𝐝) Saya ada dpt beberapa pertanyaan tentang Bersara Atas Sebab Kesihatan (medical board). Kita ulangkaji la ye sbb dah pernah post byk ttg tajuk ni. 1. Apa syarat membolehkan pegawai di bersara kan atas sebab kesihatan? Jawapan nya ada di Gambar 1 - Kriteria rujukan Lembaga Perubatan. 2. Macamana cara nak mohon bersara ASK? Jawapannya ada di Gambar 2 - Tatacara permohonan bersara ASK. 3. Orang pencen ASK ni sama ke kiraan mcm pencen biasa? Tak sama. Kiraan pencen dan Ganjaran pegawai bersara ASK guna tempoh perkhidmatan isyarat. Apa TPI tu? Rujuk Gambar 3. 4. Apa beza kalau kita mohon bersara pilihan atas sebab kesihatan dan bersara atas sebab kesihatan melalui medical board? Rujuk Gambar 4 ye perbandingan nya. 5. Orang pencen ASK dpt pencen terus tak? YA. Tak perlu tunggu umur persaraan paksa atau umur 55 tahun. 6. Kalau ada loan rumah LPPSA kena sambung bayar ke kerajaan bayar? Bagi pegawai dibersarakan atas sebab kesihatan boleh mohon pengecualian bayaran baki pinjaman drpd LPPSA menggunakan laporan drpd Lembaga Perubatan. Tp pegawai/waris pegawai urus sendiri, bukan melalui jabatan. 7. Adakah pegawai boleh tidak bersetuju untuk dibersarakan atas sebab kesihatan? Boleh. Sebelum permohonan persaraan dihantar ke JPA ada satu surat pegawai kena tandatangan samada setuju/tidak dibersarakan. Namun demikian, Ketua Jabatan masih boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada JPA dengan justifikasi kenapa pegawai perlu dibersarakan atas sebab kesihatan. 8. Susah tak nak lulus? Susah. Renyah tak nak urus? Renyah. Tapi berbaloi tak segala kerenyahan tu? InsyaAllah berbaloi, bila dpt bantu pegawai dpt pencen dan ganjaran lebih dr sepatutnya, bila dpt bantu pegawai yg benar2 tak mampu nak teruskan tugas asbab kesihatan yg makin menurun, senang cerita, dpt mudahkan urusan orang, takde yg lebih berharga. Keknie Sha

photo content
+3

𝗧𝗮𝗸𝗿𝗶𝗳𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗖𝗧𝗥 𝗞𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁. Masih ramai
𝗧𝗮𝗸𝗿𝗶𝗳𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗖𝗧𝗥 𝗞𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁. Masih ramai yang keliru tentang Takrifan Keluarga dalam CTR Kelompok ni. Setiap kemudahan, takrifan ni ada perbezaan, biasanya tak banyak, tapi ada. Contoh, CTRK kematian ahli keluarga, tiada tersenarai ibu/bapa/anak tiri. Maka tidak boleh digunakan bagi keluarga tiri. Jangan tanya saya kenapa ye 😆 saya pun tak tau kenapa. Bagi kemudahan perubatan pun lain. Kemudahan perubatan hanya untuk suami/isteri, anak2 dan ibu bapa sahaja. Adik beradik, ibu/bapa mertua tidak layak menggunakan kemudahan perubatan pegawai. Bagi tambang ziarah wilayah pun lain. Bagi penerima pencen terbitan pun lain. So setiap pekeliling kita kena rajin- rajin baca di bahagian "Takrifan" sbb biasanya disitu dinyatakan takrifan detail nya. Kalau untuk CTR Kelompok dinyatakan dalam Syarat Khusus CTR Kelompok SR5.7.1. Keknie Sha

𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒏𝒂𝒊𝒌 𝒑𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒕 𝑩𝑰𝑾 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉 𝒕𝒂𝒌? Naik pangkat tidak mengubah kelayakan BIW pegun. Lantikan ba
𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒏𝒂𝒊𝒌 𝒑𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒕 𝑩𝑰𝑾 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉 𝒕𝒂𝒌? Naik pangkat tidak mengubah kelayakan BIW pegun. Lantikan baru ke gred lebih tinggi pun tidak mengubah kadar BIW pegun, Kecuali, Dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik Perkhidmatan Awam selain drpd SPA, SPP, SP Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis, Majlis Angkatan Tentera. Kalau dilantik oleh PBM yg sama, kekal terima BIW pegun di jawatan terakhir.

𝐍𝐨𝐭𝐚 𝐑𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬 : 𝐂𝐮𝐭𝐢 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦. 1. Cuti Rehat • minimum 20 hari, maksimum 35 hari - bergantung pada tarikh lantikan dan gred. • Mulai 1.1.2009 maksimum cuti rehat adalah 25 hari sahaja dan tiada penambahan lagi selepas itu. 2. Cuti Separuh Gaji • layak 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan, Maksimum 180 hari sepanjang perkhidmatan • untuk menjaga keluarga sakit • permohonan tidak melebihi 14 hari di bawah kelulusan KJ. Melebihi 14 hari KP/SUB/KSU • tidak perlu menghabiskan CR sebelum menggunakan CSG • hilang kekananan, mengurangkan kelayakan cuti rehat, tetapi masih dikira sebagai tempoh perkhidmatan bagi tujuan faedah persaraan 3. Cuti Tanpa Gaji • layak 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan, maksimum 360 hari sepanjang perkhidmatan • atas sebab persendirian yang mustahak. • wajib menghabiskan Cuti Rehat yang layak sebelum menggunakan CTG • hilang kekananan, mengurankan kelayakan cuti rehat, tidak dikira sebagai tempoh perkhidmatan bagi tujuan faedah persaraan 4. Cuti Sakit : • bergaji penuh 180 hari (kerajaan + swasta) : 90 hari pertama kelulusan KJ. 90 hari kedua kelulusan KP/SUB/KSU • Selepas habis kelayakan bergaji penuh,  : cuti sakit lanjutan separuh gaji 90 hari dan seterusnya  : cuti sakit lanjutan tanpa gaji tanpa gaji 90 hari. • CSL tanpa gaji layak dibayar elaun bantuan bersamaan separuh gaji pokok 5. Cuti Bersalin : • mandatori (wajib) 60 hari bagi setiap kelahiran. Max 90 hari. • kelayakan 360 hari sepanjang perkhidmatan • sekiranya habis kelayakan 360hari :  : bagi guru : CBSG 14 hari + CBTG/CMA  : bagi bukan guru : CR yang layak + CBTG/CMA ** wajib memenuhi tempoh minimum/mandatori 60 hari cuti bersalin 6. Cuti Tibi, Barah dan Kusta • Kelayakan : Cuti tibi (12 bulan) Barah/Kusta (24 bulan) sepanjang perkhidmatan • cuti bergaji penuh tetapi wajib disertakan sijil cuti sakit (MC). Mesti ada perakan doktor yang mengesahkan sakit tibi,barah, kusta. • Selepas habis kelayakan :  : CR yg layak  : Cuti separuh gaji tidak lebih 12 bulan atas kelulusan KSU, dan  : Cuti bergaji penuh/separuh gaji/bersara – budi bicara KSU dengan perakuan Lembaga Perubatan • cuti tibi,barah, kusta tidak hilang kekananan, tapi mengurangkan kelayakan cuti rehat tahunan. 7. Cuti Menjaga Anak ( CMA) • sejenis cuti tanpa gaji • kelayakan 1,825 hari (5 tahun) bagi cuti yang bersambung dengan cuti bersalin dan 365 hari)1tahun) bagi cuti yang tidak bersambung dengan cuti bersalin • tidak perlu habiskan Cuti rehat yg layak sebelum guna CMA • hilang kekananan, mengurangkan kelayakan cuti rehat, tidak dikira sebagai tempoh perkhidmatan bagi tujuan faedah persaraan 8. Cuti Haji • boleh digunakan sekali sahaja sepanjang perkhidmatan • kelayakan 40 hari atau lebih tertakluk tempoh ditetapkan oleh pengelola haji • pegawai lantikan tetap, tapi syarat pengesahan dalam perkhidmatan telah dimansuhkan mulai 1.1.2026 • tidak hilang kekananan tapi mengurangkan kelayakan cuti rehat tahunan Rujukan : MyPPSM Ceraian SR5 - Kemudahan Cuti dan SPP Bil.4/2009 - kesan cuti terhap perkhidmatan https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Cuti/ https://docs.jpa.gov.my/docs/spp/2009/spp042009.pdf Keknie Sha

photo content

TATACARA KELUAR NEGARA URUSAN PERSENDIRIAN

TATACARA KELUAR NEGARA URUSAN RASMI

PINDAAN SYARAT KELAYAKAN BAYARAN IMBUHAN PERUMAHAN WILAYAH

𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗕𝗜𝗪. BIW pegun atau Kadar BIW baru SSPA? Pegawai Gred 5, asal Kedah, berkhidmat di Sarawak,
𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗕𝗜𝗪. BIW pegun atau Kadar BIW baru SSPA? Pegawai Gred 5, asal Kedah, berkhidmat di Sarawak, telah terima BIW RM500. Pindah balik Semenanjung, tidak lagi layak BIW, dibyr BISH RM300. Kemudian diarahkan berkhidmat pulak di Sabah. BIW akan guna kadar BIW SSPA utk gred 5 iaitu RM300. * Pegawai asal semenanjung, pindah balik berkhidmat di Semenanjung, akan hilang kelayakan BIW. Jadi bila diarahkan bertukar wilayah lagi sekali, akan dikira "Baru Berkelayakan" dan perlu guna kadar baru SSPA

Kalau anak sakit dalam tempoh yang panjang, apa jenis cuti yang boleh digunakan? Saya ringkaskan seperti dalam infografik unt
Kalau anak sakit dalam tempoh yang panjang, apa jenis cuti yang boleh digunakan? Saya ringkaskan seperti dalam infografik untuk rujukan bersama. Keknie Sha