✧science stream students˚₊‧₊
Ir al canal en Telegram
1Malaysia Science Stream Student ‼️‼️ 🌟 share notes/exercises/tips #AchieveStraightAsTogether 🌟Biology 🌟Chemistry 🌟Physic 🌟Mathematic 🌟Addmath chat here :)) https://t.me/studylikerorychat
Mostrar más3 566
Suscriptores
+424 horas
+227 días
+8130 días
Archivo de publicaciones
Repost from GET READY SPM with ME!! 📚📑
Sementara nak tunggu beli no pin UPU Ahad ini, apa kita boleh buat untuk hala tuju anak kita?
1. Download UPUPocket.
2. Jawab e-Profiling melalui laman web ini - https://eprofiling.mohe.gov.my/
e-profiling ni apa? Sama macam ujian psikometrik Inventori Minat Kerjaya. Tapi, padu gila.
Apa yang padunya. Bila anak kita dah jawab, akan keluar keputusan mengikut kecenderungan anak-anak kita. Contoh macam saya, SAE.
Saya klik dekat S tu. Dia akan keluar senarai kerjaya mengikut kecenderungan (tengok gambar 2)
Bila saya klik dekat mana-mana kerjaya, dia akan keluar kursus apa yang kita boleh mohon untuk jadi seperti yang dicadangkan mengikut kecenderungan tu (tengok gambar 3)
3. Buka UPUPocket, pilih e-Panduan, pilih lepasan SPM kategori A. Pilih IPTA dan cari kursus yang dicadangkan.
4. Dah jumpa? Klik dekat kursus tu. Boleh godek-godek syarat am khas, kampus kat mana, yurannya berapa dan boleh suaikan dengan laluan kerjaya yang dipaparkan.
5. Paling penting, tengok purata mata meritnya berapa. Ingat! Cukup syarat tu hanya boleh mohon tapi belum tentu dapat. Nak dapat, mereka tengok apa? Mata merit.
Bab mata merit ni nanti saya cerita lagi.
6. Ulang langkah yang sama. Teroka laluan kursus dan kerjaya anak-anak.
7. Bincang dengan anak. Cuba hormat dahulu minat anak. Jangan guna kuasa autokratik. Cuba berdiplomasi dan demokrasi. Kata kuncinya ialah BINCANG.
8. Pastikan keputusan yang dibuat atas persetujuan bersama.
9. Beli nombor pin di BSN dan boleh mula isi.
10. Isi sahaja dulu berdasarkan keputusan perbincangan. Minimum 6, maksimum 12. Sebaiknya isilah 12 pilihan.
11. Nanti bila dah dapat keputusan SPM, baru susun balik mengikut merit SPM sebenar.
12. Jangan lupa follow FB dan TT Abdul Muiez https://shorturl.at/eglcZ
Ambillah masa untuk berbincang. Sebaiknya isi masa fasa 1. Sementara anak tengah tak ada buat apa ni. Nanti dah sibuk kerja, sibuk belajar kursus pendek, sibuk macam-macam hal dunia, tak sempat dah nak bincang terutama masa fasa 2 nanti.
Begitulah.
Credits to cikgu min!
@getreadyspm
13 feb 2025, 06:54
Repost from INFO PENDIDIKAN
TERKINI: Cara Pembelian No. Pin UPUOnline Sesi Akademik 2025/2026
✅ Tarikh Pembelian No Pin UPU: 9 Februari - 15 Mei 2025
✅ Harga No. Pin UPU ONLINE: RM10.60
🔷 KAEDAH 1: Melalui Kaunter BSN
🔷 KAEDAH 2: Menerusi Mesin ATM BSN
🔷 KAEDAH 3: Menerusi Perbankan Internet (Online Banking di myBSN)
Nak tahu cara pembelian no pin UPU rujuk sini: https://upuonline.net/panduan-membeli-no-pin-upu/
#upuonline2025 #upu
11 feb 2025, 10:40
