Score A+ together
Ir al canal en Telegram
make sure if nak share something from this group , letak credit ! since february 2023 owner @hiddoublea
Mostrar más8 385
Suscriptores
-124 horas
-217 días
-31630 días
Archivo de publicaciones
8 381
mungkin sekarang awak rasa 'dia' adalah yang terbaik , tapii bilamana awak korbankan perasaan awak dan usaha untuk perbaiki diri .. InshaAllah , awak akan jumpa dia balik dalam version yang terbaik atau mungkin akan jumpa orang yang lebih baik dari diaa 🎀
8 381
sokayy everyone , mengorbankan perasaan demi masa depan adalah keputusan yang terbaik 🌷
8 381
Repost from ٠ bintumzln 🦢٠ زا
Assalamualaikum semua! Iman sihat?
Hampir masuk waktu maghrib ni, banyak berdoa tau! Minta apa-apa aje kat Allah ^^ . Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Yakin kat Allah tau! Allah kan sayang awak. Yakinnnnnnnn
8 381
so , apa pengajaran untuk kisah perkongsian kita pada hari ini? apa yang korang dapat dari kisah ni?
8 381
Saiyidina Khubaib bin 'Adi 🎀 ( menjual dunia kerana akhirat )
- lepas perang Badar , banyak pemimpin dan orang terkemuka dekat Quraisy ( Mekah ) mati dalam perang tersebut. so , Abu Sufyan dan kawan kawannya buat post mortem ( mencari siapa yang membunuh orang terkemuka dekat Quraisy ) dan decide untuk buat tangkapan secara khianat kepada beberapa orang sahabat Nabi yang telah membunuh orang terkemuka dekat Mekah ni. dan Khubaib bin 'Adi termasuk dalam tangkapan tersebut brsama beberapa sahabat Nabi yang lain. Jadi , Khubaib bin 'Adi ditangkap dan dibawa balik ke Mekah dan masatu orang Mekah ni buat satu iklan. Iklan dimana pembunuhan secara besar besaran akan dilakukan kepada sahabat Nabi yang tertangkap. so masa hari pembunuhan tu akan dijalankan , ramai la orang dekat Mekah ni tadi yang pergi dan menyaksikan acara pembunuhan yang akan dijalankan. dan dikalangan penduduk yang datang ni , terdapat seorang remaja bernama Said bin Amir. Said bin Amir ni adalah salah seorang sahabat nabi jugak tapi masatu dia tak masuk Islam lagi. dia telah menyelit diantara keramaian dan duduk depan sekali so dia boleh nampak direct kearah Khubaib bin 'Adi. masa dia tengok kearah Khubaib , dia kata ' aku tak pernah tengok orang yang tahu hari kematian dia dan masih tersenyum seperti Khubaib Bin 'Adi. ' .. maksudnya , Khubaib bin 'Adi tidak menunjukkan reaksi takut walau sedikitpun.
beberapa minit sebelum terjadi pembunuhan , pembesar Quraisy bagi satu keizinan pada Khubaib untuk buat 1 permintaan. Khubaib kata " Izinkan aku solat 2 rakaat ". so Khubaib pun solat , dan masani Said bin Amir kata " aku tak pernah tengok solat setenang Khubaib ". lepas selesai solat , Khubaib kata " kalaulah tidak kerana risau yang kalian semua akan anggap aju takut mati , nescaya aku akan panjangkan solat ini ".. maksudnya , Khubaib pendekakkan solat dia sebab dia risau penonton acara pembunuhan tu fikir dia takut mati sedangkan dia sedikit pun tak takut mati.
8 381
Repost from ٠ bintumzln 🦢٠ زا
Sirah 🌷
Pada suatu hari Rasulullah S.A.W menuju ke Taif ditemani oleh Zaid bin Harithah. Mereka berjalan kaki sejauh 50 batu menempuh panas terik matahari. Hawa panas padang pasir tidak sedikit pun menggoyahkan semangat mereka untuk menyebarkan Islam. Keimanan adalah sebaik-baik bekalan hati dan jiwa.
Setibanya mereka di Taif, Rasulullah S.A.W telah bertemu dengan tiga orang bersaudara yang menjadi pemimpin Bani Thaqif iaitu Abdul Yalil, Mas’ud dan Habib.
Rasulullah S.A.W terus mengajak mereka kepada Islam dan sama-sama memberi pertolongan untuk menegakkannya kepada mereka bertiga.
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W selesai bercakap, salah seorang dari mereka telah bangun dan berkata:
“Demi Allah, aku tidak akan beriman kepada kamu sehingga terkoyak kelambu Ka’bah.”
Seterusnya saudaranya yang kedua pula bangun dan berkata:
“Apakah Allah tidak ada pilihan lain dari kamu untuk dilantik menjadi Rasul.”
Sementara saudara yang ketiga pula berkata:
“Demi Allah, aku tidak akan bercakap lagi dengan kamu. Kalau kamu adalah seorang Nabi, amat merbahaya bagiku sekiranya aku tidak beriman tetapi sekiranya kamu menipu terhadap Allah sepatutnya aku tidak bercakap dengan kamu.”
Demikian sambutan para pemimpin Taif dengan terus-terang menolak dakwah Rasulullah S.A.W dan menghina Baginda. Namun Rasulullah S.A.W tetap sabar. Baginda tidak berputus asa sebaliknya Baginda berkata kepada mereka:
“Jika kamu telah melakukan apa yang kamu mahu melakukan, diamlah sekadar itu sahaja, janganlah lakukan lebih dari itu terhadapku.”
Dengan penuh sombong mereka berkata:
“Keluarlah dari negeri kami!.”
Lalu mereka telah mengumpul dan mengerah seluruh hamba abdi dan orang-orang bodoh mengerumuni Nabi dan mengarahkan mereka membaling Rasulullah S.A.W dengan batu dan memaki hamun di kiri kanan jalan dilalui Baginda.
Mereka merejam urat keting (betis) Nabi sehingga kedua kasutnya dibasahi darah. Zaid Bin Harithah cuba melindungi Nabi tetapi kepalanya juga berdarah terkena lontaran batu😭😭😭😭.
Rasulullah S.A.W dan Zaid berhenti rehat di bawah sebatang pokok anggur yang rendang lalu Rasulullah S.A.W memanjatkan doa dan rintihan hati yang sedih dan dukacita Baginda yang masyhur kepada Allah, yang Maha Mendengar:
“Ya Allah kepada-Mu aku mengadu lemahnya kekuatanku, sempitnya upayaku, dan hinanya aku di mata manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada semua Pengasih, Engkaulah Tuhan bagi golongan yang lemah, Engkaulah tuhanku. Kepada siapa lagi Engkau akan serahkan diriku? Adakah kepada orang yang jauh yang bermuka bengis denganku? Atau kepada musuh yang akan menguasaiku? Jika Engkau tidak memurkaiku, aku tidak peduli. Tetapi kemaafan-Mu terlalu luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya zat-Mu yang menerangi segala kegelapan, dan kerananyalah semua urusan dunia dan akhirat akan menjadi baik, daripada turunnya kemurkaan-Mu kepadaku atau berlakunya kemurkaan-Mu kepadaku. Hanya kepada-Mu aku kembali, supaya engkau reda. Tiada upaya dan kekuatan, kecuali dengan-Mu.”
@hijrahwbintumzln
8 381
Repost from Lifeeyy's English Elevation
Have a look on lifeeyy's journal. I'll be posting everything about English here.
https://www.instagram.com/lifeeyy_journal?igsh=MTk1Z2RodGNuaTdjaQ==
¡Ya disponible! Investigación de Telegram 2025 — los principales insights del año 
