cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

SALAFI-BM

Proses pencarian hanya yang Sahih

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
274
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
-530 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Bismillah Ini kata para ulama Syafi'yah tentang musik Dan inilah pendapat mu’tamad mazhab Syafi’i. Bahkan celaan terhadap musik datang dengan tegas dari Al Imam Asy Syafi’i sendiri. Beliau mengatakan: تَرَكْتُ فِي الْعِرَاقِ شَيْئًا يُقَالُ لَهُ : التَّغْبِيرُ أَحْدَثَهُ الزَّنَادِقَةُ ، يَصُدُّونَ بِهِ النَّاسَ عَنِ الْقُرْآنِ “Di Irak aku meninggalkan sesuatu yang disebut taghbir, ini merupakan buatan orang-orang zindiq yang membuat orang-orang berpaling dari Al Qur’an”. (Al Amr bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil Mungkar, no. 194, karya Al Khallal) Imam Asy Syafi’i juga mengatakan: الغناء لهو مكروه يشبه الباطل ومن استكثر مِنْهُ فهو سفيه ترد شهادته “Al ghina’ (nyanyian) merupakan perkara melalaikan yang dibenci, merupakan kebatilan. Barangsiapa memperbanyaknya maka dia seorang yang bodoh. Persaksiannya ditolak”. (Talbisul Iblis karya Ibnul Jauzi, 1/205) Imam An Nawawi (wafat 676H), ulama besar madzhab Syafi’i, beliau berkata, الْقِسْمُ الثَّانِي: أَنْ يُغَنِّيَ بِبَعْضِ آلَاتِ الْغِنَاءِ مِمَّا هُوَ مِنْ شِعَارِ شَارِبِي الْخَمْرِ وَهُوَ مُطْرِبٌ كَالطُّنْبُورِ وَالْعُودِ وَالصَّنْجِ وَسَائِرِ الْمَعَازِفِ وَالْأَوْتَارِ يَحْرُمُ اسْتِعْمَالُهُ وَاسْتِمَاعُهُ “Jenis kedua, bernyanyi dengan alat-alat musik. Ini merupakan syiar para peminum khamr. Yaitu alat musik yang dipukul seperti tunbur, banjo, simbal dan alat-alat musik yang lainnya dan juga alat musik dengan senar, semuanya diharamkan menggunakannya dan mendengarkannya”. (Raudhatut Thalibin, 11/228) Sedangkan Ar Rafi’i mengatakan: المذاهب الأربعة على بطلان بيع ألات اللهو مطلقا كالمزمار و الطنبور و غيرها “Madzhab yang empat berpendapat batalnya jual-beli alat musik secara mutlak seperti seruling, thanbur (mandolin), dan semisalnya” (Al Majmu’, 14/255) Kemudian Al Juwaini, Imamul Haramain, beliau mengatakan: الفصل يشتمل على ما يتعلق السماع به من ضروب الغناء. والبداية في هذا الفن بتحريم المعازف والأوتار، وكلها حرام، وهي ذرائع إلى كبائر الذنوب “Pasal yang mencakup seluruh nyanyian yang menggunakan alat musik pukul. Sebelumnya, dalam masalah ini telah diharamkan ma’azif (alat musik) dan gitar, semuanya haram. Karena menjadi wasilah yang mengantarkan kepada dosa-dosa besar”. (Hihayatul Mathlab fi Dirayatil Madzhab, 19/22) Sumber referensi Muslim. Or. Id. Co
Mostrar todo...
“Belajar ilmu fiqh tanpa belajar ilmu tasawuf, maka dia telah menjadi fasiq?” Jangan memandai-mandai sandar ungkapan ini kepada Imam Malik semata-mata untuk naikkan jenama tasawuf! Jemput baca artikel, klik 👇🏼: https://www.suarasunnah.my/fiqah-tanpa-tasawuf/ Semoga bermanfaat..
Mostrar todo...
FIQAH TANPA TASAWUF? - Suara Sunnah

Masyhur sebuah ungkapan yang berbunyi:من تفقه ولم يتصوف فقد تفسق ومن تصوف ولم يتفقه فقد تزندقMaksudnya: "Siapa berfiqah namun tidak bertasawuf maka dia fasiq dan siapa bertasawuf tanpa fiqah, dia zindiq." -dalam versi lain- Dan yang menggabungkan keduanya adalah benar.Ucapan ini disandarkan pada Imam Malik bin Anas. Namun ia hanyalah klaim tanpa bukti dan masyhur

🕌 𝐐𝐔𝐑’𝐀𝐍 & 𝐒𝐔𝐍𝐍𝐀𝐇 𝐂𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐓𝐈𝐎𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒: 𝐑𝐄𝐕𝐈𝐕𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍, 𝐈𝐋𝐋𝐔𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐇𝐄𝐀𝐑𝐓𝐒 🕌 Assalamualaikum wbt & greetings to all🤗 The Department of Qur'an and Sunnah Studies with full support of QUSSA present to you ✨𝐐𝐮𝐫'𝐚𝐧 & 𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐂𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒✨ Various captivating offered such as intellectual & spiritual talk, competitions, exciting food & book stalls, exhibition and numerous engaging programmes. 📍Date of Events📍 𝟐𝟎𝐭𝐡 𝐭𝐨 𝟐𝟒𝐭𝐡 𝐌𝐚𝐲 𝟐𝟎𝟐𝟒 Let's join us by filling in this form: 📎https://forms.gle/kiwuCPTaWz8bbto68 For further inquiries, do contact: 📲 Br. Adlan: https://wa.me/60199875611 📲 Br. Hadi: https://wa.me/60147358714 📲 Sr. Amirah: https://wa.me/601157569252 Thank you. Wassalam. ---------- 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐞𝐠𝐚𝐫𝐝𝐬, Committees of Qur'an & Sunnah Convention 2024: Reviving Tradition, Illuminating Hearts
Mostrar todo...
:: Status Hadith Binatang Korban Akan Menjadi Tunggangan Atas Titian Shirat :: Bagi menjawab persoalan status hadith yang menyatakan binatang korban akan menjadi haiwan tunggangan di hari akhirat kelak ketika mahu meniti titian Shirat, perlu diketahui terlebih dahulu dua perkara penting: Pertama: Korban merupakan ibadah dan salah satu cara menghampirkan diri kepada Allah, juga ianya sebagai sunnah Nabi kita Muhammad shallallahu'alaihiwasallam. Tidak ada khilaf dalam kalangan ulama berhubung kenyataan ini. Oleh itu, pastinya apabila seseorang melakukan ibadah korban, akan diberikan ganjaran oleh Allah Ta'ala kerana melaksanakan tuntutan dan syi'ar dalam Islam. Kedua: Perlu diketahui bahawa tidak ada hadith shahih yang mengkhususkan pahala tertentu kepada sesiapa yang melakukan korban. Al-Imam Ibn al-'Arabi berkata: ليس في فضل الأضحية حديث صحيح. وقد روى الناس فيها عجائب لم تصح. "Tidak ada satu pun hadith shahih berkenaan kelebihan korban. Telah diriwayatkan oleh ramai orang riwayat-riwayat yang pelik berkenaannya lagi tidak shahih". ('Aridhah al-Ahwazi oleh al-Imam Ibn al-'Arabi, juz 6 m/s 228. Cetakan pertama, tahun 1418 H/1997 M. Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut) Berbalik kepada hadith yang ditanyakan, terdapat sebuah hadith berbunyi: استفرهوا ضحاياكم فإنها مطاياكم على الصراط. "Carilah haiwan yang cerdas sebagai binatang korbanmu, kerana sesungguhnya ia menjadi tunggangan kamu di atas titian Shirat". Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Dailami dalam Musnad beliau. (Al-Firdaus Bi Ma'tsur al-Khithab, juz 1 m/s 85, hadith no 268. Tahqiq oleh al-Syeikh al-Sa'id bin Basyuni Zaghlul. Cetakan pertama, tahun 1406 H/1986 M. Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut) Al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani membawakan sanad al-Imam al-Dailami tersebut melalui sanad Ibn al-Mubarak daripada Yahya bin 'Ubaid Allah bin Mauhab daripada ayahnya daripada Abi Hurairah secara marfu'. (Talkhish al-Habir oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, juz 4 m/s 251. Cetakan pertama, tahun 1416 H/1995 M. Muassasah Qurthubah) Hadith tersebut adalah munkar, dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Yahya bin 'Ubaid Allah bin Mauhab al-Qurasyi al-Madani al-Taimi, berkenaan beliau: 1- al-Bukhari berkata: "Ibn 'Uyainah mendhaifkan beliau". 2- Abu Zur'ah al-Razi memasukkannya dalam kategori perawi-perawi yang lemah. 3- Abu Daud pernah ditanya berkenaan sanad tersebut, jawab beliau: "Aku pernah bertanya Ahmad bin Hanbal: "Kenapakah Yahya bin 'Ubaid Allah ditinggalkan (hadithnya)?". Beliau (Ahmad) menjawab: "Hadith-hadithnya adalah munkar, manakala ayahnya pula tidak diketahui". 4- al-Tirmizi berkata: "Syu'bah telah mendhaifkan Yahya bin 'Ubaid Allah". (Al-Jami' Fi al-Jarh Wa al-Ta'dil oleh al-Sayyid Abu al-Ma'athi al-Nuri dan rakan-rakan, jld 3 m/s 298, biografi no 4928. Cetakan pertama, tahun 1412 H/1992 M. 'Alam al-Kutub, Beirut) Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani turut menilai Yahya sebagai terlalu dha'if. Terdapat beberapa lafaz lain bagi hadith tersebut, iaitu: إنها مطاياكم إلى الجنة "Ianya haiwan tunggangan kamu ke syurga". Didha'ifkan oleh al-Imam Ibn al-'Arabi dalam 'Aridhah al-Ahwazi (juz 6 m/s 228). عظموا ضحاياكم فإنها على الصراط مطاياكم "Pilihlah haiwan korban kamu yang besar, kerana sesungguhnya ianya menjadi tunggangan kamu atas titian Shirath". Al-Imam Ibn al-Solah berkata berhubung hadith tersebut: "Hadith ini tidak dikenali dan tidak tsabit sejauh pengetahuan kami". (Talkhish al-Habir oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, juz 4 m/s 251) Kesimpulannya, tidak tsabit hadith bahawa binatang korban akan menjadi tunggangan di akhirat kelak. Wallahua'lam. Ustaz Zulfadhli
Mostrar todo...
https://www.facebook.com/share/p/CahALZDsYeoHpcG7/?mibextid=oFDknk Fahaman Shī'ah kononnya ibubapa Nabi SAW, Abdul Muttalib dan Abu Talib adalah ahli syurga telah lama bertapak di Tanah Melayu melalui pintu-pintu Sufiyyah, tariqat dan tasawwuf. Sedangkan jelas Quraysh zaman itu adalah penyembah berhala, bahkan menjadi ketua penyembahan berhala di Makkah, selepas mengambil alih kepimpinan penyembahan berhala dari Bani Khuzā'ah Sangat jelas dalam hadith-hadith sahīh, bahawa ayah Nabī SAW dalam API Neraka dan agama Islam bukan agama keturunan atau emosi, serta hujjah telah tertegak ke atas nya يريدون أن يبدلوا كلام الله
Mostrar todo...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ثَلَاثَةٌ لَا يَقْبَلُ اللهُ مِنْهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَرْفًا وَلَا عَدْلًا : عَاقٌّ، وَمَنَّانٌ، وَمُكَذِّبٌ بِالْقَدَرِ Ada tiga golongan manusia yang Allâh tidak akan menerima dari mereka amalan wajib (fardhu), dan tidak pula amalan sunnat (nafilah) mereka pada hari Kiamat kelak; seorang yang durhaka kepada orang tuanya, seorang yang menyebut-nyebut sedekah pemberiannya, dan seorang yang mendustakan takdir. (Hadits ini hasan,. Lihat Shahîh al-Jâmi` ash-Shaghîr no: 3065) Sumber: https://almanhaj.or.id/3575-mengkhawatirkan-gugurnya-pahala-amalan.html
Mostrar todo...