cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

KAUNSELOR 💓HATI💓 ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

Berkongsi ilmu Perkahwinan, Kekeluargaan, komunikasi, Psikologi Kaunseling untuk BAHAGIA DIRI & INSAN TERSAYANG. Motto saya “ Semua Orang Berhak Bahagia.”

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
1 313
Suscriptores
Sin datos24 horas
+97 días
+5130 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

"Suami Perlu Banyak Usaha Kecil Tapi Besar Impaknya Membahagiakan Pasangan" Omputih sebut SEBI " Small Effort Big Impact". Jawa cakap "Marang Perapu Kepunden Parang Sekeper" 🤭🤣 Selamat bercuti semua... Yang baik ambil sebagai ilmu, yang merapu tu buang jauh-jauh... Jangan serius sangat. 😁
Mostrar todo...
"Tanggungjawab Isteri Adalah Taat Kepada Suami Walaupun Dia Tak Sempurna..." Salam bahagia.. Ini bukan kenyataan saya untuk berpihak kepada suami .. Ini ajaran agama melalui kitab dan ulamak berkenaan tanggungjawab terhadap suami. Dahului agama dari logik akal, pasti akan harmoni dan bahagia rumah tangga. Isteri juga diberi hak dalam agama untuk memohon perceraian secara fasakh jika suami gagal menjalankan tanggungjawabnya seperti nafkah atau berkelakuan buruk yang memudaratkan isteri. Jika ingin bertahan maka sabar dan redha dengan ujian Allah dijodohkan dengan suami sebegini. Rujuklah pihak berautoriti dan profesional untuk membantu harmonikan rumah tangga. Jangan sebarkan aib rumah tangga dengan bercerita sini sana. Para suami jangan jadikan video ini untuk isteri tunduk setia kepada suami, sedangkan suami bercirikan suami nusyuz. Jadilah suami yang soleh agar isteri hormat, sayang dan setia hingga hujung nyawa. Bergantung dengan Allah sepenuhnya agar setiap pasangan mendapat redha Ilahi. Pasti rumah tangga mendapat sakinah, mawaddah dan warahmah.
Mostrar todo...
😢 2😭 2
Anda ada kenalan yang berperwatakan seperti seorang narsistik, dan bagaimana mahu menghadapinya? Ikuti perbincangannya dalam AWANI Pagi bersama Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip. #AWANInews #AWANIPagi Link di atas ☝️
Mostrar todo...
Mostrar todo...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

"Kenapa Claim Diri Sebagai Pakar Hubungan?" Sebenarnya ia hanya PERSONAL BRANDING di media sosial. Saya bukan Doktor nak letak gelaran "Dr.". Saya bukan Profesor akademik, nak letak gelaran "Prof." Saya juga bukan ahli politik, selebriti, "influencer" ternama yang letak je nama sendiri, terus orang kenal. Jika saya letak gelaran KAUNSELOR, itu personal branding biasyer biasyer. Ramai kaunselor yang buat content perkahwinan dan kekeluargaan. Apa beza saya dengan rakan karier saya? Dalam ilmu personal branding ia tidak BOLD AND BRAVE. Ia umpama dalam satu bandar, ada 10 kedai jual gadget seperti anda. Jadi bagaimana nak tarik pelanggan untuk kenal kedai anda. Mesti ada tarikan dan kelainan. Betul tak? Jika ingin cepat dikenali, anda kena berani letak sesuatu yang menjadi tanda tanya... "Pakar?" "Pakar sangat ke dia ni?" Selalu kita lihat di media sosial mereka letak personal branding "CEO". Macam-macam CEO ader di media sosial. Adakah mereka dapat pengiktirafan ini di mana-mana? Ada Badan Profesional keluarkan pensijilan khas? Perlukah mereka tunjukkan resume dan senaraikan kelulusan akademik serta kepakaran mereka? Jadi platform di media sosial bersifat bebas. Asalkan followers suka anda, suka content anda, mereka akan follow. Tetapi saya memang pakar pun... 🤭 Aik riak pulak... 😂 Tidak. Dengar dulu. Saya memang seorang profesional dalam bidang kaunseling dan telah praktis lebih 20 tahun dalam bidang ini. Jumlah jam praktis melebihi 10 ribu jam. Content saya adalah kerjaya saya. Bila dah profesional, tentunya saya ada kelayakan khusus dari Badan Profesional (Lembaga Kaunselor Malaysia) yang berdaftar dan aktif beramal. Sebenarnya personal branding "Pakar Hubungan" ini saya dah pilih sejak 4 tahun lalu di platform Tik Tok. Masa itu tiada siapa yang gunakan hashtag #pakarhubungan ini. Bukan tiba-tiba mimpi nak letak nama personal branding ni. Sesekali letak iklan baru supaya terus segar dan diingati. Ini strategi.. 🚀 Tak percaya? Search la hashtag ini di Tik Tok. Jangan jemu pulak tengok wajah dan video saya sahaja di situ. Selain hashtag ini, saya juga gunakan #kaunselorperkahwinan dan #kaunselorrumahtangga. Melalui personal branding, content, hashtag inilah orang mulai kenal saya dan dapatkan khidmat kepakaran saya. Saya insan biasa jer... Tapi saya belajar dengan guru yang betul (ilmu) untuk capai tahap ini. Saya tidak "all out" terlalu kehadapan di media sosial kerana saya masih fokus kepada kerjaya hakiki. Saya tidak fokus sepenuh masa menghadap 24 jam di media sosial. Tetapi sesekali, saya pastikan content saya menusuk hati anda. 🥰 Saya kan Kaunselor Hati Anda... https://t.me/KaunselorCRRedzuan Banyakkan channel saya untuk sampai ke hati anda... Asalkan saya tak kacau anda... Niat saya nak bantu masyarakat... Sokonglah saya... Doakan perjuangan saya ini... Suka like... Tak suka, apa boleh saya buat... Kepada yang "stalk" dari jauh.. takpelah... Mudah-mudahan dapatlah saya sedikit saham akhirat dari ilmu-ilmu yang saya kongsi... Jadilah... 🤲
Mostrar todo...
KAUNSELOR 💓HATI💓 ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

Berkongsi ilmu Perkahwinan, Kekeluargaan, komunikasi, Psikologi Kaunseling untuk BAHAGIA DIRI & INSAN TERSAYANG. Motto saya “ Semua Orang Berhak Bahagia.”

Elige un Plan Diferente

Tu plan actual sólo permite el análisis de 5 canales. Para obtener más, elige otro plan.