es
Feedback
Penduduk Sungai Petani (PSP)

Penduduk Sungai Petani (PSP)

Ir al canal en Telegram

Semua tentang Sungai Petani. Sebarang hebahan https://wasap.my/+601126313562

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Penduduk Sungai Petani (PSP)

El canal Penduduk Sungai Petani (PSP) (@inipsp) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 22 131 suscriptores, ocupando la posición 10 710 en la categoría Noticias y medios y el puesto 1 674 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 22 131 suscriptores.

Según los últimos datos del 11 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -5, y en las últimas 24 horas de 45, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 18.37%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 12.70% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 4 051 visualizaciones. En el primer día suele acumular 2 801 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 19.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Semua tentang Sungai Petani. Sebarang hebahan https://wasap.my/+601126313562

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 12 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Noticias y medios.

22 131
Suscriptores
+4524 horas
+857 días
-530 días
Archivo de publicaciones
"Paip air dikunci, customer banyak tak dine in di kedai.." Bantu saya macam mana saya nak perkara ni sampai kepada pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani? Untuk makluman saya dah pergi ke kaunter, isi borang tentang masalah ini. Tapi sampai ke hari ini tiada sebarang tindakan dari pihak majlis. Saya berniaga makanan jadi sangat mementingkan isu kebersihan ini. Nak cuci air pulak tiada sebab air pihak majlis tutup. Tak tahu la bila nak buka air. Bukan setakat nak cuci lantai, nak basuh tangan pun susah. Pelanggan juga bunyi perkara yang sama. Paip air dikunci, customer banyak tak dine in di kedai. Jenuh nak explain dekat customer setiap kali datang ke kedai. Yang faham Alhamdulillah, yang tak faham terus balik dan tak beli makanan kami. Mohon tindakan segera pihak MPSPK. Saya mohon pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani tolong saya dan para peniaga lain untuk selesaikan isu ini. Dah buat panggilan tapi tak ada respond. Kami dah tak larat nak cuci sebelum- sebelum ni tapi burung- burung ni still bertenggek dan buang najis di hadapan kedai kami. Nak angkut air dari rumah, rumah pulak jauh. Tak mintak banyak, mintak bukakan air pun dah syukur sangat. Kami cuci sendiri pun tak apa. Harap ada tindakan dari pihak MPSPK. 📌 Laman Niaga Bandar Puteri Jaya — @najwatulfarhanaaaaa .

photo content
+3

Kedua kedua suspek pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan maut di Bandar Laguna Merbok semalam ditahan selama 4
Kedua kedua suspek pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan maut di Bandar Laguna Merbok semalam ditahan selama 4 hari untuk bantu siasatan dibawah Akta Senjata Api. Kredit foto — @chootaijie .

Lokasi Kg. Raga, Yan, hati-hati buat yang tinggal di kawasan berdekatan. — Musa Pakcha .

Kejadian pecah rumah di Taman Arked, Sg. Petani malam tadi. Penduduk warga setempat diingatkan untuk lebih berwaspada. — Ahmad Sulhi .

Kejadian di area Taman Ria, belakang Shell, tepi Medan Selera Taman Ria. . Seorang lelaki berbogel sambil berjalan kaki di te
+3
Kejadian di area Taman Ria, belakang Shell, tepi Medan Selera Taman Ria. . Seorang lelaki berbogel sambil berjalan kaki di tepi jalan sekitar jam 11 malam tadi. ------ #carimakansikit Gile sampai x pakai apaaa! Kurang-kurang pon, pakai la seluar ni ; https://s.shopee.com.my/3g1FB6uFPt Kain selesa, x panas. Beli habuan pakai malam-malam.

Innalillahi wainnailaihi raji'un.. Kemalangan maut berlaku di Bandar Laguna Merbok petang tadi antara kereta MPV dengan motos
+6
Innalillahi wainnailaihi raji'un.. Kemalangan maut berlaku di Bandar Laguna Merbok petang tadi antara kereta MPV dengan motosikal.. Penunggang motosikal, seorang lelaki warga emas dari Taman Ria maut di tempat kejadian. Pistol yang dijumpai di dalam kereta ialah pistol mainan.

Seorang operator kilang terkejut apabila mendapati keretanya kehilangan empat tayar selepas tamat waktu bekerja dalam kejadia
Seorang operator kilang terkejut apabila mendapati keretanya kehilangan empat tayar selepas tamat waktu bekerja dalam kejadian di kawasan parkir sebuah kilang sarung tangan di Kawasan Perindustrian Kuala Ketil, semalam. — @chootaijie .

GROUP WA JAWATAN KOSONG PSP Utk iklan jawatan kosong, kita tak akan keluarkan di group PSP. Mana yg sedang cari kerja boleh j
GROUP WA JAWATAN KOSONG PSP Utk iklan jawatan kosong, kita tak akan keluarkan di group PSP. Mana yg sedang cari kerja boleh join group Whatsapp, kita akan letak iklan jawatan kosong di sana. Tengs! https://chat.whatsapp.com/LHPG7TNGHQsGRUZBu68Ovt .

Malam ni mat-mat rempit di Villa Natura, Bandar Seri Astana kena angkut polis. Harap bagi pengajaran kepada ibu-bapa terutama
+3
Malam ni mat-mat rempit di Villa Natura, Bandar Seri Astana kena angkut polis. Harap bagi pengajaran kepada ibu-bapa terutamanya. — Anon .

Sekarang tengah hot pasal bangsa ni kan? Tetiba teringat ada video ni.. hgpa tengok la perut besaq tapi duduk macam tu.. Jenis bangsa takda adab, dah la kat tempat awam. 📌 Klinik Kesihatan Ibu & Anak Sungai Petani — Faten Ajeerah .

Gas Malaysia bangunkan Terminal regasifikasi RM3 bilion di Kedah PETALING JAYA: Gas Malaysia Berhad, sebahagian daripada MMC Group memeterai Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) dengan Tokyo Gas Co., Ltd. dan VTTI B.V. bagi membangunkan Terminal Regasifikasi (RGT) Gas Asli Cecair (LNG) di Yan, Kedah melibatkan pelaburan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion. Projek itu dijangka menjadi pintu masuk LNG baharu di utara Semenanjung Malaysia sekali gus memperkukuh keselamatan tenaga negara, mempelbagaikan sumber bekalan gas dan meningkatkan fleksibiliti sistem bekalan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada sektor perindustrian serta penjanaan kuasa. Terminal Regasifikasi Yan (RGT Yan) akan dibangunkan sebagai Unit Penyimpanan dan Regasifikasi Terapung (FSRU) luar pesisir berhampiran Pulau Bunting, Yan, dengan kapasiti sehingga enam juta tan setahun (MTPA). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Azli Mohamed berkata, pemeteraian perjanjian itu menandakan langkah penting dalam usaha syarikat memperluaskan peranannya dalam rantaian nilai LNG. “Kerjasama dengan pemain global seperti Tokyo Gas dan VTTI membolehkan kami memanfaatkan kepakaran antarabangsa dan amalan terbaik industri sambil memastikan projek ini sejajar dengan k agenda tenaga nasional Malaysia,” katanya dalam kenyataan. Di bawah kerjasama tersebut, Gas Malaysia akan bertindak sebagai peneraju projek dengan bekerjasama rapat bersama Tokyo Gas dan VTTI, memanfaatkan kekuatan masing-masing di sepanjang rantaian nilai LNG. Gas Malaysia membawa pengetahuan mendalam mengenai pasaran domestik serta pengalaman dalam pembangunan infrastruktur, manakala Tokyo Gas menyumbang kepakaran luas dalam perolehan LNG dan proses regasifikasi. VTTI pula menawarkan rekod prestasi global yang kukuh dalam pembangunan dan operasi terminal tenaga. Susulan pengeluaran Surat Kebenaran Untuk Meneruskan oleh Suruhanjaya Tenaga pada Mac 2026, projek itu kini memasuki fasa pembangunan seterusnya yang merangkumi kerja-kerja teknikal, komersial dan kawal selia sebelum mencapai Keputusan Pelaburan Akhir (FID). Sementara itu, Wakil Naib Presiden Eksekutif Korporat dan Ketua Eksekutif Syarikat Perniagaan Luar Negara Tokyo Gas, Kasutani Toshihide berkata, syarikat itu telah bekerjasama rapat dengan Gas Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1992 bagi menyokong pembangunan industri gas negara. “Dengan memanfaatkan kepakaran kami dalam operasi terminal LNG di Jepun serta pengalaman melalui penyertaan dalam projek FSRU di Filipina, syarikat berharap dapat bekerjasama dengan Gas Malaysia dan VTTI untuk menyumbang kepada pembangunan rantaian nilai LNG dan gas di Malaysia,” ujarnya. Naib Presiden Eksekutif Pertumbuhan VTTI, Tom Smeenk pula berkata, RGT Yan menyokong strategi syarikat untuk membangunkan platform terminal LNG global dan mengukuhkan keselamatan bekalan ketika Malaysia meneruskan liberalisasi pasaran gas. “Malaysia merupakan negara yang penting bagi VTTI dan kami berharap dapat menyokong daya tahan tenaga serta pertumbuhan jangka panjang negara,” katanya. Apabila siap kelak, RGT Yan dijangka memperkukuh keselamatan tenaga Malaysia, menyokong pertumbuhan ekonomi di wilayah utara serta meningkatkan ketahanan sistem bekalan gas nasional. Projek itu turut mengukuhkan transformasi berterusan Gas Malaysia daripada sebuah pengedar gas domestik kepada pemain strategik infrastruktur tenaga, sejajar dengan visi GM32 untuk memacu pertumbuhan jangka panjang sambil menyokong agenda peralihan tenaga negara yang lebih luas. – UTUSAN

photo content

PM Luluskan RM2 Juta Bina Dewan Terbuka Serbaguna di Taman Keladi SUNGAI PETANI, 7 Jun – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, meluluskan peruntukan permulaan sebanyak RM2 juta bagi pembinaan sebuah Dewan Terbuka Serbaguna di Padang Awam Taman Keladi, Sungai Petani. Beliau berkata pembinaan dewan tersebut bertujuan menyediakan kemudahan kepada masyarakat setempat, khususnya golongan belia, untuk menganjurkan pelbagai aktiviti dan program yang selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam melahirkan generasi muda yang cemerlang serta berdaya saing. Menurut beliau, perbincangan lanjut akan diadakan bersama Kerajaan Negeri Kedah bagi menyelesaikan beberapa perkara berkaitan pemilikan tanah sebelum projek tersebut dapat dilaksanakan. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Himpunan Rakan Muda MADANI Peringkat Negeri Kedah 2026 yang berlangsung di Padang Awam Taman Keladi, Sungai Petani. Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari, serta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul. - RTM .

Cubaan pecah rumah & kecurian van berlaku jam 2.20 pagi (7/6/2026) di Taman Semarak, Sungai Petani. Suspek gagal masuk rumah, tapi sempat larikan van niaga milik mangsa.

+1
Seorang wanita berusia 44 tahun ditahan polis selepas disyaki memandu secara melawan arus menghala ke Bandar Sungai Petani, Ahad lalu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain. Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta tidak melakukan tindakan yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. .

Kemalangan di Titi Semeling pagi tadi di antara motosikal. — Mohd Farizal Amin .

Jenazah kelima-lima mangsa kemalangan di Kampung Baru Pinang Tunggal telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masj
+2
Jenazah kelima-lima mangsa kemalangan di Kampung Baru Pinang Tunggal telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid al-Abidi, Simpang 3 Pasir, Merbok. .

Kemalangan maut di jalan Kampung Pinang Tunggal semalam, pemandu lori telah dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman tetapi tel
Kemalangan maut di jalan Kampung Pinang Tunggal semalam, pemandu lori telah dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman tetapi telah ditolak oleh pihak mahkamah. — @chootaijie .

Report kepada MPSPK telah dibuat tapi macam tiada tindakan jadi kita guna kuasa VIRAL pulak! Berhampiran Lorong 68 Taman Ria,
Report kepada MPSPK telah dibuat tapi macam tiada tindakan jadi kita guna kuasa VIRAL pulak! Berhampiran Lorong 68 Taman Ria, Sungai Petani, Kedah. Jalan ni menjadi laluan utama untuk komuniti penduduk taman ria fasa 2 apabila ada 1 unit Prime mover low loader, 1 unit lori tunda dan bengkel haram menjadi gangguan kepada penduduk Taman Ria fasa 2. Jalan yang boleh jadi dua hala dalam satu masa disebabkan bengkel haram dan lowloader tu sekarang sudah tidak boleh menyusahkan penduduk Harap pihak MPSPK sila ambik tindakan segera. Ini bagi memastikan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya.