cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Sekadar Peringatan OFFICIAL ☾

"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman"[51:55] Instagram : https://instagram.com/sekadarperingatan?igshid=Ym

Mostrar más
Malasia5 484El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad3 807
Publicaciones publicitarias
20 602
Suscriptores
-1024 horas
-727 días
-27030 días
Archivo de publicaciones
Usia kita tak lama, sekejap sahaja. Setiap hari dlm perjalanan menuju utk bertemu Ilahi. Nyawa kita seperti api pelita yg boleh terpadam bila - bila masa. Kita doa sama - sama semoga akhir hidup kita adalah sebaik - baik pengakhiran. Aamiin.
Mostrar todo...
214😢 56😭 28👍 7🥰 7😍 1
Akhir zaman, antara golongan yang dalam keadaan sangat-sangat-sangat-sangat bahaya ada 2 : kaum wanita dan ahli dunia. - Ustaz Muhammad Akhyar
Mostrar todo...
😢 157😭 97 26👍 16
Wahai jiwa yang masih meninggalkan solat. Engkau akan mengetahui nilai solatmu pada malam pertamamu di alam kubur dan di malam itu penyesalanmu tidaklah lagi berguna.
Mostrar todo...
159😢 144😭 51👍 13🥰 2👏 2😍 2
Persiapkan diri untuk ke negeri abadi. Kita selalu lalai dan ditipu dgn dunia yang sementara, sedangkan malaikat maut menjenguk kita setiap hari.
Mostrar todo...
163😭 89😢 51👍 18
Sifat 'iffah (menjaga kehormatan diri) yang ada pada seorang wanita itu tak dapat dijual dan dibeli. Terlalu mahal harganya. Kerana itu ia mengangkat harga diri seorang wanita. Beruntung wanita yang memiliki 'iffah.
Mostrar todo...
231😢 20👍 17🥰 7😭 6
Pesan Guru. Orang bertauhid tu, dia tidak sesekali bertanya atau mempersoalkan takdir ALLAH. Sungguh- sungguh dia beriman dengan qada dan qodar Allah, tanpa sebarang soal. Orang bertauhid tidak terkesan dengan keadaan. Tidak marah, tidak juga sibuk nak bergaduh, berbalah, kecuali pada hal yang menyalahi syariat. Orang bertauhid itu TENANG
Mostrar todo...
282👍 39😭 18🥰 4😍 1
Pesan guru saya; “Betulkanlah sembahyang, urusan lain dalam hidup kita akan dapat dibetulkan.” Kadang kita berhadapan banyak ujian kehidupan. Kita rasa kita mampu atasi, kita mampu baiki, kita mampu untuk adjust apa yang patut. Tapi makin kita cuba, makin menjadi-jadi. Ujian tak juga berkurang. Ada saja ujian yang datang. Yang buatkan kita rasa makin lama makin lemah. Dalam mencuba tu kita sampai abaikan perkara utama dalam hidup - sembahyang. Kita cepat-cepatkan sembahyang, laju laju saja. Iyalah, yang sedang diuji bisnes kita, staff kita, pasangan kita. Jadi kita bagi lebih masa pada hal bisnes, sampai 2-3 pagi tak tidur cuma untuk cari apa salahnya kita dalam bisnes. Kita buat program untuk staff, nak staff faham arah tuju syarikat. Kita bawa pasangan pergi bulan madu yang entah kali ke berapa. Tapi balik terus berperang lagi. Macam tak boleh nak sefahaman. Dalam pada semua tu kita culas tentang soal sembahyang. Rupanya ini yang menjadi punca kepada tak teraturnya hidup kita keseluruhannya. Jadi guru saya selalu pesan, bila kita rasa tak tenteram tentang soal kehidupan harian kita, baiki sembahyang kita dulu. Terutama tentang masa yang kita peruntukkan untuk kita sembahyang. Kenapa? Kerana sembahyang ini ibu segala ibadah. Sembahyang jadi punca kepada segala kebaikan yang ikhlas kerana Allah. Maka betulkanlah sembahyang kita, insyaAllah segala urusan kehidupan menjadi tenang. 🤲🏻
Mostrar todo...
264👍 41😢 29🥰 10😭 10🔥 3
Dosa walau menggunung, Allah ya Ghafuur Maha Pengampun. Namun taubat dan permohonan maaf kita hanya bermanfaat selagi belum MATI.
Mostrar todo...
240😭 20👍 15😢 1
Wahai laki-laki, belajarlah ilmu agama ! Kerana engkau akan memiliki seorang murid yang akan kau bimbing selamanya. Dia murid yang paling istimewa, dialah ISTERIMU.
Mostrar todo...
275👍 34
Ad-Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa Alaihissalam dengan menggunakan tombak yang dicucuk tepat mengenai dadanya dihadapan Baitul Maqdis. Setelah 3 tahun Ad-Dajjal dibunuh, akan keluar pula Yakjuj dan Makjuj. Bilangan Yakjuj dan Makjuj ini sangat banyak kerana dikatakan 1 Yakjuj dan Makjuj boleh melahirkan sehingga 1000 Yakjuj dan Makjuj yang lain. Yakjuj dan Makjuj akan memakan segala tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternakan yang terdapat atas muka bumi ini. Kelebihan yang Allah berikan kepada Yakjuj dan Makjuj ini adalah mereka tidak dapat dibunuh dengan apa cara sekali pun melainkan dengan izin dari Allah. Penyakit kulat yang Allah turunkan kepada Yakjuj dan Makjuj atas asbab doa dari Nabi Isa Alaihissalam itulah yang akan membunuh mereka, betapa banyaknya bilangan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di atas muka bumi ini sehingga tidak menampakkan tanah dan bau busuk yang bertebaran atas muka bumi ini serta semua binatang yang memakan bangkai menjadi gemuk-gemuk belaka. Setelah Nabi Isa Alaihissalam berdoa kepada Allah, diturunkan hujan sehingga banjir dan banjir tersebut membawa kesemua bangkai-bangkai Yakjuj dan Makjuj ke lautan, barulah bumi ini pada ketika itu menjadi bersih dan tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan suburnya serta bumi ini menjadi sangat indah. Di katakan pada ketika itu segala buah-buahan yg tumbuh menjadi sangat luar biasa sehingga dikatakan juga 1 buah delima tumbuh dengan besarnya sebesar kubah masjid dan isinya boleh dimakan sekian ramainya orang pada ketika itu. Satu tangkai anggur dikatakan juga boleh dimakan sehingga kenyang. Setelah bumi ini dipenuhi dengan keindahan tumbuh-tumbuhan, Allah mencabut segala perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Satu sifat kemesraan antara makhluk dgn makhluk. Sehinggakan pada waktu itu dikatakan singa boleh berjalan dengan lembu, harimau boleh berjalan dengan unta, serigala boleh berjalan dengan kambing. Bahkan dikatakan di dalam hadith, anak-anak kecil boleh bermain dengan ular dan tangan kanak-kanak tersebut boleh masukkan ke dalam mulut ular. Ketika kemesraan antara manusia sesama manusia, haiwan sesama haiwan sehingga tiada pembunuhan yang berlaku, barulah Nabi Isa Alaihissalam meninggal dunia kemudian Allah menghantarkan angin lembut untuk menarik nyawa setiap orang-orang yang beriman. Sebelum ditarik nyawa orang-orang yang beriman, tiada lagi manusia yg sibuk mengejar dunia. Pada waktu itu kita tidak akan dapat menjumpai orang yang ingin menerima sedekah kerana tiada lagi sifat rakus terhadap dunia. Seperti sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Bersedekahlah kamu sebelum tiba satu zaman yang manusia tidak mahu menerima sedekah." Setelah kesemua orang-orang beriman meninggal dunia, Allah akan mengangkat Al-Qur'an sehingga tiada satu orang pun yang akan menyebut dan melafazkan nama Allah, dan barulah akan terbitnya matahari disebelah barat, dan kiamat pun akan berlaku pada ketika itu. "Moga-moga Allah menyelamatkan kita dan juga keturunan kita dari termasuk dalam golongan fitnah Ad-Dajjal serta fitnah Yakjuj dan Makjuj juga tidak tergolong dalam golongan orang-orang akhir zaman yg pada ketika itu hidup tidak ada lagi yang menyebut dan melafazkan nama Allah Subhannahu wa Ta'ala, insyaAllah. Aameen Allahumma Aameen." - Al Habibuna Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Mostrar todo...
226👍 45😭 33🤗 1
Photo unavailableShow in Telegram
👍 27 16🔥 1
Kita mungkin rasa Islam ni syadid dan keras. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Sebenarnya bukan Islam yang keras. Tapi hati kita lah yang masih tebal cintanya pada dunia.
Mostrar todo...
158👍 28😢 22🥰 5
Yang belum hafal Al Kahfi. Jangan bertangguh lagi. Hafal dan amalkan dari sekarang. Mulakan dengan 1 hari 1 ayat. Ulanglah lah 1 ayat tu seharian di mana saja. Pasti lekat di kepala inshaAllah..
Mostrar todo...
311👍 48👌 12🥰 7🤗 5🎉 1
Saat kita nampak kelemahan diri bermakna kita mendapat kasih sayang Allah subhanahu wata'ala. Saat kita nampak kelemahan orang lain bermakna kita jauh dari Allah subhanahu wata'ala. نعوذبالله من ذالك Cari kelemahan diri, perbaiki setiap hari, In Shaa Allah akan dekat dengan Ilahi Robbi.
Mostrar todo...
234😢 21👍 17🥰 7
Wajib kita bersangka baik kepada takdir Allah, walaupun ketika itu kita tidak nampak lagi hikmah ujian/musibah itu. Barulah kita benar-benar boleh menjadi orang yang tenang, bukan gundah, gelisah, kecewa atau sedih.
Mostrar todo...
261👍 25😭 15🥰 3
"Diantara Tanda tanda orang hatinya bersih itu adalah apabila diingatkan kesalahannya dengan teguran ia tidak merasa panas hatinya tidak juga membalas dengan mengkritik teguran yang disampaikan. Bahkan ia mudah mengakui kesalahannya dan mendo'akannya, "Semoga Allah merahmati orang yg mengingatkan kesalahanku."
Mostrar todo...
270🥰 22👍 19😢 5😍 1
10 PERKARA YANG AKU TAKUT 1. Hatiku Kian Mengeras Dan Sulit Menerima Nasihat, Namun Sangat Pandai Menasihati. 2. Aku Merasa Aku Paling Benar, Sehingga Merendahkan Kebenaran Yang Lain. 3. Egoku Terlalu Tinggi, Hingga Merasa Aku Paling Baik Di Antara Yang Lain. 4. Aku Lupa Cermin Diri Sendiri, Namun Sibuk Berprasangka Buruk Kepada Yang Lain. 5. ilmuku Akan Membuatku Menjadi Sombong, Memandang Rendah Dan Membeda-Bedakan Dengan Yang Lain. 6. Lidahku Makin Lincah Membicarakan Aib Saudaraku, Namun Lupa Dengan Aib Sendiri Yang Menggunung. 7. Aku Hanya Hebat Dalam Berkata, Namun Buruk Dalam Beramal. 8. Aku Hanya bijak Dalam Berkhutbah, Namun Sulit Untuk Mentaatinya. 9. Aku Hanya Cerdas Dalam Mengkritik, Namun Lemah Dalam Memperbaiki Diri Sendiri. 10. Aku Membenci Dosa Orang Lain. Namun Saat Aku Sendiri Buat Dosa, Aku Enggan Membencinya
Mostrar todo...
122😢 105😭 65👍 19🔥 1
Semoga Allah bersihkan diri dan jiwa kita semua dari segala perbuatan maksiat dan dosa, dimudahkan sakaratul maut dan di masukkan ke dalam syurga Firdaus tanpa di azab dan tanpa di hisab.
Mostrar todo...
255👍 29🔥 2
Didoakan semoga yang terbaca ini jika sempit rezeki diluaskan, yang sakit disembuhkan, yang sedih dibahagiakan, yang susah disenangkan serta dipermudahkan segala urusan.
Mostrar todo...
384🥰 29👍 22😍 11
Gambaran si isteri itu, boleh menunjukkan siapa suaminya. Jika si suami solat pun tak pernah, bagaimana dia mahu mendidik anak-anak isterinya kekal istiqimah bersolat 5 waktu dan solat sunat lainnya. Jika si suami janggal dan kekok lidah membaca al-Quran, bagaimana dia mahu mengajar isteri dan anak-anaknya menyintai Kalamullah. Jika si suami tak kisah pun berseluar pendek di luar dan mendedahkan auratnya. Maka isteri dan anak-anaknya juga akan jadi begitu. Jika si suami sukakan maksiat, hiburan lagha dalam rumah tangga maka tak mustahil anak-anak dan isterinya juga terikut sama. Jika si suami tak pernah bercakap pasal agama dalam keluarga, tentang didikan ilmu, teguran dan nasihat tentu saja akan jadi kelu untuk menegur jika ada ahli keluarga buat salah. Begitulah serba sedikit contoh bagaimana gambaran hasil didikan dan pimpinan si suami. Lurus si suami, InsyaAllah yang lain juga mudah diurus. Ya, ada juga kes terpencil si suami baik dan soleh tapi anak-anak isteri tak mahu ikut juga. Ada bukan tak ada. Barangkali itu ujian setakat mana amalan kesabaran si suami dalam memimpin. Pokok pangkalnya, nak gapai title keluarga bahagia itu jangan sesekali abaikan hidup beragama. Jangan lupa Allah. Follow apa yang Rasulullah SAW ajar, InsyaAllah selamat dunia akhirat. — Ustaz Farid Rashidi
Mostrar todo...
208👍 43😢 23😭 6😍 5🥰 3🔥 1
Menutup aurat dan bertudung itu wajib. Namun bukanlah si pemakai tudung dah jadi sempurna. Dia buat salah, itu dosa kesalahannya. Jadi, jangan kaitkan syariat agama dengan kesalahan individu.
Mostrar todo...
👍 163 67🥰 8👏 2🎉 1
Seorang Isteri bukan tak boleh pakai seksi-seksi, pakai kain sekerat peha sekalipun bilamana di depan suami saat dirumah. Tetapi seorang Isteri atau Ibu tetap mesti ada batas-batas tertentu dan menjaga PERASAAN MALU didepan anak-anak. Sifat MALUNYA seorang wanita itu bukan sahaja diluar rumah, hatta ia juga perlu ada didalam rumah sekalipun.
Mostrar todo...
208👍 66🥰 5😢 1
Tidak miskin seorang anak yang membelanjakan hartanya untuk orang tuanya. Bahkan dia akan bertambah 'kaya'. Kaya dengan tadahan doa orang tuanya yang tulus dan ikhlas buat anak-anak tercinta.
Mostrar todo...
302👍 33😭 12🥰 8😍 8👏 5😢 2
Solatlah sampai solat tu rasa ringan. Solatlah sampai solat tu rasa kejap je siap. Solatlah sampai rasa semua masalah dunia hilang. Solatlah sampai bila bagi je salam, rasa tenang. Buat sampai dapat. Carilah manisnya Solat. Allah tu dekat. Sangat dekat.
Mostrar todo...
321😭 61👍 28🫡 9🥰 6😢 3😍 2
Solatlah sampai solat tu rasa ringan. Solatlah sampai Solat tu rasa kejap je siap. Solatlah sampai rasa semua masalah dunia hilang. Solatlah sampai bila bagi je salam, rasa tenang. Buat sampai dapat. Carilah manisnya Solat. ALLaH tu dekat. Sangat dekat.
Mostrar todo...
Ustaz pesan, zaman sekarang adalah zaman ‘kunci mulut, kunci tangan’ tengok apa-apa just diam. Jangan berkata dan menulis bukan-bukan. Jangan disebarkan hal buruk orang lain. Dia nampak buruk, kita belum tentu baik.
Mostrar todo...
215👍 51😭 16🥰 4👏 2😢 2🔥 1
Setiap musibah yang menyusahkan hamba Allah, akan Allah padamkan Dosa (Kafarah). Jika Bersabar saat diuji, bukan sahaja dapat Pahala malah dihapuskan pula dosa. Muhasabah disebalik ujian, Jangan hanya tengok silap orang sahaja sehingga lupa pula melihat salah silap diri sendiri. Allahu ya Sobur, jadikan kami orang yang Sabar dengan Ujian-Mu, Sabar dalam Ketaatan pada-Mu dan Sabar Menahan diri dari Maksiat / dosa 🤲🏻
Mostrar todo...
177👍 33😢 17😭 12🤩 3
Orang yang tak solat tapi sihat. Orang yang tak sedekah tapi murah rezeki. Orang yang tak bersimpuh sujud tapi umurnya panjang. Itu sebenarnya bukan nikmat. Tapi ia adalah ISTIDRAJ. Azab yang tertunda 😔
Mostrar todo...
😢 188 53😭 41👍 25🔥 6
Amalan untuk menjauhkan anak - anak akhir zmn daripada keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang merbahaya. Baca surah al Qadr 3x tiup tiap - tiap malam sebelum tidur pada anak.
Mostrar todo...
173👍 31👌 6🥰 2😍 2
Perempuan yang tak minta duit hantaran adalah perempuan yang faham agama, dan lelaki yang tetap memberi duit hantaran ikut kemampuannya walaupun tidak diminta itu adalah sebuah penghargaan. Ingatlah, yang wajib itu hanya mas kawin bukan duit hantaran, duit hantaran itu hanyalah hadiah dari lelaki kepada perempuan. اللهم صل على سيدنا محمد #janganlupaselawat
Mostrar todo...
185👍 40😢 11🎉 3
"Jangan meletakkan bunga atau pokok - pokok yang hidup dalam tandas atau bilik air. Kerana mereka ini semua bertasbih kepada Allah.." — Ustazah Fitrah Attareemiyyah
Mostrar todo...
153👍 43
Keras hati adalah sebuah penyakit yang tidak ada ubat. Pemilik hati keras masih boleh mendengarkan ketukan dan teguran dari Allah akan tetapi hatinya tidak tersentuh dan memberi kedamaian padanya. — SheikhRamadanAlbouthi-
Mostrar todo...
😢 109 40👍 18
Janganlah engkau menceritakan segala pemberian Allah kepadamu, kepada semua orang. Kerna ada segelintir manusia yang berhati busuk dan memiliki 'pandangn ain' yang beracun. Lindungilah segala anugerah Allah itu, dengan syukur dan sembunyi - sembunyi.
Mostrar todo...
226👍 61👏 3
Berhenti guna ayat, ada diploma / degree terjamin masa depan. Minta "Ya Allah kurniakan aku fahaman ilmu agama, takwil & Ilmu pengetahuan. Awal minta dekat dengan Allah last baru dunia. Yang menjamin tu Allah bukan Dunia.
Mostrar todo...
267👍 56🤝 4🥰 3🫡 1
Sesiapa yang ingin terselamat aibnya disebarkan di Padang Mahsyar, masa di dunia janganlah sebar aib sesama Muslim.
Mostrar todo...
182👍 50😢 7
Anak-anak kita di akhirat akan menuntut dari ibu bapanya tanggung jawab AGAMA. Bukan menuntut gadjet, travel, dan perkara dunia.
Mostrar todo...
👍 139😢 76 56😭 35
Akhirat adalah destinasi penentu dan terakhir sama ada senang selama-lamanya di dalam syurga ataupun terseksa selama-lamanya di dalam neraka. — Ustaz Wadi Annuar
Mostrar todo...
139😢 51😭 27👍 1
Setiap manusia ada dosanya masing². Mungkin dosa kita bukan dalam percintaan, bukan minum arak, bukan berjudi, bukan mencuri atau tayang aurat. Mungkin dosa kita adalah merasa paling benar, merasa lebih baik dari mereka semua.
Mostrar todo...
👍 140😢 77 50😭 13👏 1
Kepada yang melazimi Solat Dhuha. Cuba buat Solat Dhuha 2 rakaat. Rakaat pertama lepas Alfatihah baca Ayatul Kursi 10x dan rakaat kedua Surah Al Ikhlas 10x selama 7 hari berturut-turut tengok apa jadi dengan hidup lepas tu. Tak cukop nak SYUKUR.
Mostrar todo...
👍 173 135🥰 12😍 7👏 5😭 5
Yang namanya manusia, akan ada satu fasa yang mana dia akan jatuh dan terduduk. Begitu juga saya. Bila waktu itu sampai, ada satu ayat quran yang begitu memberi kesan pada saya. Jarang baca waktu jadi imam, tapi ia memberi maksud mendalam. Dari surah Yusuf ayat 86 : إِنَّمَاۤ أَشۡكُوا۟ بَثِّی وَحُزۡنِیۤ إِلَى ٱللَّهِ Maksudnya : Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah. Ayat ini diungkapkan oleh Nabi Yaakub ketika adik-beradik Nabi Yusuf rasa annoying atau rasa kasihan dengan bapa mereka - Nabi Yaakub yang masih mengharapkan kepulangan Nabi Yusuf yang adik-beradiknya kata baginda dah meninggal dibaham serigala. Lalu Nabi Allah Yaakub mengadu kesedihannya kepada Allah. Kita boleh relate pengaduan Nabi Yaakub pada setiap perkara malang yang berlaku pada diri kita. . Adulah pada Allah ; Tuhan yang tidak tuli. Adulah pada Allah ; Tuhan yang tidak tidur. Adulah pada Allah ; Tuhan yang Maha Cinta. "Ya allah, hari ini aku hamparkan segenap kesakitan, kesedihan, kehampaan dan dukacitaku kepada-Mu, gembirakanlah aku, kasihanilah aku, wahai Allahku yang Maha Cinta." Menangislah, bukan hanya bahagia yang ada dunia. Setiap kesakitan, kesedihan, dukacita, pasti dibalas dengan segala kebaikan, kegembiraan. فَصَبرٌ جَميلٌ. Saatnya nanti, Sabrun Jameel yang kita lalui, akan dibalas dengan seluruh keindahan yang tak diduga. Allahu a'lam. - Mior Amran
Mostrar todo...
125👍 22😭 8🥰 6