es
Feedback

¡No caigas en manos de tramposos! Telemetrio encuentra y marca estos canales 👉 Si quieres ver la etiqueta, suscríbete

MPP X MAHASISWA UiTM KAG

MPP X MAHASISWA UiTM KAG

Ir al canal en Telegram

Saluran rasmi informasi buat mahasiswa UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah daripada Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026. SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA

Mostrar más
5 457
Suscriptores
-324 horas
-147 días
-8730 días
Archivo de publicaciones
INFO PENTING MAKLUMAN KERJA-KERJA NAIK TARAF FIRMWARE PERALATAN RANGKAIAN DI KAMPUS ALOR GAJAH Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf firmware pada peralatan sistem rangkaian utama akan dilaksanakan bagi mengoptimumkan prestasi, kestabilan, dan keselamatan capaian internet di dalam kawasan kampus. Sehubungan dengan itu, perkhidmatan internet akan mengalami gangguan sementara mengikut ketetapan berikut: 📅 Tarikh: 30 Oktober 2026 ⏰ Masa: Bermula 10.00 malam sehingga selesai 📍 Kawasan Terjejas: Keseluruhan kampus Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul sepanjang tempoh penyelenggaraan ini dijalankan. Pihak kami akan berusaha untuk menyelesaikan kerja-kerja naik taraf ini secepat mungkin agar perkhidmatan dapat kembali beroperasi seperti biasa. Sekian untuk makluman. Untuk aduan: www.units.uitm.edu.my Bahagian Infostruktur 30 Oktober 2026

[TATACARA VALIDASI KURSUS DI STUDENT PORTAL] RABU | 28 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di ha
[TATACARA VALIDASI KURSUS DI STUDENT PORTAL] RABU | 28 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, berikut merupakan tatacara Validasi Kursus Berdaftar bagi sesi September 2026 - Februari 2027. 📌Sehubungan dengan itu, mahasiswa diminta untuk melengkapkan Validasi Kursus Berdaftar melalui pautan berikut: 🔗: https://istudent.uitm.edu.my/ Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: KAG http://wasap.my/601111453628/MPPSara [MPP SARA] KBM https://www.wasap.my/601162636446/SMPPFatin [SMPP FATIN] KJM https://wasap.my/60193677732/SMPPAida [SMPP AIDA] Diharapkan agar semua mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[TEMPOH VALIDASI KURSUS BAGI SEMESTER SEPTEMBER 2026 - FEBRUARI 2027] RABU | 28 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa tempoh Validasi Kursus bagi sesi September 2026 – Februari 2027 adalah seperti berikut: 📍 Tarikh: 26 Oktober 2026 hingga 1 November 2026 📌 Sehubungan itu, mahasiswa diwajibkan untuk melengkapkan proses validasi kursus dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan melalui pautan berikut: 🔗 https://istudent.uitm.edu.my/ Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: KAG http://wasap.my/601111453628/MPPSara [MPP SARA] KBM https://www.wasap.my/601162636446/SMPPFatin [SMPP FATIN] KJM https://wasap.my/60193677732/SMPPAida [SMPP AIDA] Diharapkan agar semua mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[NOTIS PEMAKLUMAN TEMU DUGA ZAKAT PELAJAR UiTM KAMPUS ALOR GAJAH] JUMAAT | 23 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Seja
[NOTIS PEMAKLUMAN TEMU DUGA ZAKAT PELAJAR UiTM KAMPUS ALOR GAJAH] JUMAAT | 23 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Temu Duga Zakat Pelajar UiTM Kampus Alor Gajah bagi Sesi September 2026 – Februari 2027 akan diadakan seperti ketetapan berikut: 📍Tarikh: 5 November 2026 (Khamis) 📍Masa: 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari 📍Tempat: Dewan Syura, Masjid Al-Hikmah 📍Tarikh Permohonan Zakat: 28 September 2026 hingga 30 Oktober 2026 📌 Sehubungan dengan itu, mahasiswa digalakkan merujuk kepada poster yang dilampirkan bagi mendapatkan maklumat terperinci. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dan memberikan kerjasama bagi melancarkan urusan temu duga zakat yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih. “SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Sesi 2025/2026

[TINJAUAN PENDAPAT PELAJAR BERKAITAN CADANGAN PEMBUKAAN SEMULA GERAI BURGER KOPERASI] SELASA | 20 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sedang menjalankan satu tinjauan bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan mahasiswa berhubung cadangan pembukaan semula gerai burger koperasi di kampus. 📌 Tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap sokongan serta keperluan mahasiswa terhadap pembukaan semula gerai burger koperasi sebagai salah satu pilihan makanan dalam kampus. 📌 Sehubungan dengan itu, mahasiswa digalakkan untuk mengisi borang tinjauan melalui pautan yang disediakan: 🔗 https://forms.gle/nkkf1C9GMepj3TBf6 Diharapkan agar semua mahasiswa dapat memberikan maklum balas bagi memastikan suara dan keperluan mahasiswa dapat diambil kira. Sekian, terima kasih. “SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Sesi 2025/2026

[HEBAHAN BAGI PELAJAR YANG BELUM MENGAMBIL KAD MYSISWA] AHAD | 19 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa sesi pengagihan dan pengaktifan Kad MySiswa bagi pelajar yang belum mengambil Kad MySiswa adalah seperti ketetapan berikut: 📍 Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu) 📍 Masa: 9:00 pagi hingga 1:00 petang 📌 Sehubungan dengan itu, mahasiswa disarankan untuk merujuk poster hebahan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai lokasi dan masa pelaksanaan pengambilan kad MySiswa. 📌Pelajar yang baru mengambil kad, boleh membuat urusan pengaktifan kad secara kendiri di cawangan RHB yang berdekatan. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. “SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Sesi 2025/2026

[PEMAKLUMAN TERKINI PELAKSANAAN KELAS KOKURIKULUM MINGGU KEEMPAT] AHAD | 18 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum telah menetapkan bahawa pelaksanaan kelas kokurikulum bagi minggu keempat akan dijalankan secara fizikal di dalam bangunan. 📌 Sehubungan itu, semua mahasiswa diminta untuk mengambil maklum dan mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Unit Kokurikulum kampus. Diharapkan agar semua mahasiswa sentiasa cakna akan pemakluman rasmi semasa bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Sekian, terima kasih. “SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[PEMAKLUMAN KELAS KOKURIKULUM SECARA ATAS TALIAN BAGI MINGGU KEEMPAT] SABTU | 17 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklumkan bahawa kelas kokurikulum bagi minggu keempat akan dijalankan secara atas talian. 📌 Sehubungan itu, semua mahasiswa diminta untuk mengambil maklum dan memberikan perhatian terhadap pelaksanaan kelas kokurikulum secara atas talian serta sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[NOTIS PEMAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK SEMENTARA] SABTU | 17 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Merujuk kepada perkara di atas, berikut merupakan pemaklumkan berkaitan gangguan bekalan elektrik sementara di seluruh kawasan kampus UiTM Alor Gajah yang akan berlaku pada ketetapan berikut: 📍Tarikh: 18 Oktober 2026 (Ahad) 📍Masa: 8:00 pagi hingga 7:00 malam 📌Sehubungan dengan itu, mahasiswa boleh mendapatkan maklumat lebih terperinci melalui pautan di bawah: 🔗 https://drive.google.com/file/d/1t44qyABcTybqP-2pIKrQ7LTyKIB9kC7c/view?usp=drivesdk Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Sesi 2025/2026

[NOTIS PEMAKLUMAN LANJUTAN GANGGUAN BEKALAN AIR] SABTU | 17 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Merujuk kepada perkara di atas, berikut merupakan pemakluman tempoh masa gangguan bekalan air di kolej kediaman dilanjutkan berikutan terdapat masalah teknikal serta kerja-kerja pembaikan di tapak kerja pembaikan Pili Bomba. 📌Sehubungan dengan itu, tempoh masa gangguan bekalan air ini terpaksa dilanjutkan sehingga jam 12:00 malam ini. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa. Kerjasama dan kesabaran semua pihak sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini amatlah dihargai. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: https://wasap.my/601151134569/SMPPIZZAT [SMPP IZZAT] https://wasap.my/60146966840/SMPPARINA [SMPP ARINA] Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Sesi 2025/2026

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR Dimaklumkan bahawa akan berlaku gangguan bekalan air sementara seperti ketetapan berikut: Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu) Masa: 10.00 Pagi hingga 3.00 Petang Tempoh Gangguan: 5 Jam Kawasan Terjejas: Pejabat Pentadbiran Zon 1, Pusat Pelajar ( Cafe Richiamore), Pejabat Fasiliti, Unit Polis Bantuan, Unit Kenderaan, Bengkel IDE, Kolej Kediaman Zon A, Rumah Kakitangan, Rumah Tamu Gangguan ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan Pili Bomba di Hadapan Kolej Kasturi Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin dialami dan menasihati semua pengguna untuk menyimpan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan. Sekian, terima kasih.

[PEMAKLUMAN PINDAAN TARIKH PERMOHONAN DAN PEMERIKSAAN PERALATAN ELEKTRIK SESI SEPT 2026 - FEB 2027] JUMAAT | 16 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Merujuk kepada perkara di atas, berikut merupakan pautan berkaitan pindaan tarikh permohonan dan pemeriksaan peralatan elektrik bagi mahasiswa yang menetap di kolej kediaman untuk sesi ini: 🔗 https://drive.google.com/drive/folders/1MSKdBH-bSK-a6HYldrvusE4O94GDm3rZ Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: https://wasap.my/601151134569/SMPPIZZAT [SMPP IZZAT] https://wasap.my/60146966840/SMPPARINA [SMPP ARINA] Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Sesi 2025/2026

[PEMAKLUMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BAGI MINGGU KEEMPAT] KHAMIS | 15 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi minggu keempat akan diteruskan secara fizikal seperti biasa sehingga terdapat arahan atau keputusan terkini daripada pihak universiti. 📌 Mahasiswa diminta untuk mengikuti jadual kuliah yang ditetapkan serta sentiasa peka terhadap pemakluman rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan. 📌 Dalam pada itu, mahasiswa disarankan agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan situasi jerebu semasa. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[TINJAUAN KEBERADAAN PELAJAR SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SECARA DALAM TALIAN] AHAD | 11 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, berikut merupakan pautan bagi tinjauan keberadaan pelajar semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian: 🔗https://forms.gle/Ru7Xum4ZyZzQ6jQi7 📌Sehubungan dengan itu, diminta semua mahasiswa untuk mengisi borang tinjauan di atas. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: https://wasap.my/601151134569/SMPPIzzat [SMPP IZZAT] https://wasap.my/60146966840/SMPPArina [SMPP ARINA] Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. "SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Sesi 2025/2026

[PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SECARA DALAM TALIAN SUSULAN TAHAP INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) TIDAK SIHAT] AHAD | 11 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan dilaksanakan secara dalam talian berikutan keadaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat di UiTM Cawangan Melaka, tertakluk kepada ketetapan berikut: 📍Tarikh: 12 hingga 16 Oktober 2026 📌 Walau bagaimanapun, sekiranya kehadiran fizikal mahasiswa diperlukan bagi urusan PdP atau pentaksiran, mahasiswa hendaklah memastikan langkah keselamatan yang sewajarnya dilaksanakan dengan memberi keutamaan kepada kesihatan dan kebajikan mahasiswa. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. “SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

photo content
+1

[PEMAKLUMAN TERKINI BERHUBUNG PELAKSANAAN PdP SUSULAN SITUASI JEREBU] SABTU | 10 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Melaka Progresif. 🎓 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka mengambil serius kebimbangan dan maklum balas mahasiswa berhubung situasi jerebu semasa serta pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). 📌 Sehubungan itu, MPP telah mengangkat perkara ini kepada pihak pengurusan tertinggi universiti berserta maklumat dan maklum balas yang diterima daripada mahasiswa untuk perhatian dan pertimbangan. 📌 Susulan situasi jerebu semasa, pihak pengurusan universiti sedang memberi perhatian terhadap pelaksanaan PdP. Sebarang keputusan berhubung perkara ini adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi pihak pengurusan universiti. MPP akan terus membawa suara dan kebimbangan mahasiswa melalui saluran yang sewajarnya serta mengikuti perkembangan perkara ini dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih. “SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[PEMAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN AIR] JUMAAT | 9 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa gangguan bekalan air sementara akan berlaku seperti ketetapan berikut: 📍Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu) 📍Masa: 10:00 pagi hingga 3:00 petang 📍Kawasan yang Terjejas: • Pejabat Pentadbiran Zon 1 ⁠• Pejabat Fasiliti ⁠• Unit Polis Bantuan ⁠• Unit Kenderaan ⁠• Bengkel IDE ⁠• Kolej Kediaman Zon A ⁠• Rumah Kakitangan Rumah Tamu 📌Sehubungan dengan itu, mahasiswa dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. “SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Sesi 2025/2026

[PEMAKLUMAN PELAKSANAAN AKTIVITI PERSATUAN PELAJAR SUSULAN KEADAAN JEREBU] JUMAAT | 9 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Sa
+1
[PEMAKLUMAN PELAKSANAAN AKTIVITI PERSATUAN PELAJAR SUSULAN KEADAAN JEREBU] JUMAAT | 9 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, berikut merupakan memo berkenaan aktiviti persatuan pelajar susulan keadaan jerebu. 📌 Sehubungan dengan itu, mahasiswa diminta untuk sentiasa memantau rapat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) serta mengikuti beberapa langkah yang disyorkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. ”SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2025/2026

[PEMAKLUMAN SESI PENGAGIHAN DAN PENGAKTIFAN KAD MYSISWA] JUMAAT | 9 OKTOBER 2026 Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku, Salam Melaka Progresif.🎓 Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa sesi pengagihan dan pengaktifan Kad MySiswa bagi pelajar baharu akan diadakan seperti ketetapan berikut: 📍 Tarikh: 13 hingga 15 Oktober 2026 (Selasa hingga Khamis) 📌 Masa: 8:30 pagi hingga 4:30 petang 📌 Tempat: Dewan Bendahara, UiTM Kampus Alor Gajah 📌Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa yang terlibat diminta untuk mengambil maklum mengenai sesi pengagihan dan pengaktifan Kad MySiswa ini serta hadir mengikut ketetapan yang telah dinyatakan. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: KAG http://wasap.my/601111453628/MPPSara [MPP SARA] http://wasap.my/60123280565/SMPPKauthar [SMPP KAUTHAR] https://wasap.my/60162676833/SMPPFit [SMPP FITRIYANA] Sekian, terima kasih. “SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Sesi 2025/2026