cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

𝒘𝒂𝒓𝒌𝒂𝒉 𝒍𝒊𝒍𝒍𝒂𝒉𝒊 🕊💌

𝚂𝚎𝚔𝚊𝚍𝚊𝚛 𝚌𝚘𝚛𝚎𝚝𝚊𝚗 𝚠𝚊𝚛𝚔𝚊𝚑 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚝𝚎𝚛𝚞𝚜 𝚋𝚎𝚛𝚊𝚍𝚊 𝚍𝚒 𝚊𝚝𝚊𝚜 𝚓𝚊𝚕𝚊𝚗 𝚝𝚊𝚔𝚍𝚒𝚛 🤍❤️ https://beacons.ai/warkah_lillahi

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
308
Suscriptores
Sin datos24 horas
+97 días
+930 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Photo unavailableShow in Telegram
Di hari Jumaat, tiada amalan yang paling dituntut melainkan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad ﷺ 🚦 https://t.me/warkahlillahi
Mostrar todo...
Photo unavailableShow in Telegram
Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda, مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ “Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. 💌 https://t.me/warkahlillahi
Mostrar todo...
Yusuf bin Al-Husain Arrazi berkata : Ciri-ciri seorang hamba yang di jauhkan dari pintu Allah, yang sudah jatuh dan terhalang dari memahami perintah dan laranganNya, juga dari mengetahui janji dan ancamanNya, ialah ia telah mencapai pangkat di mana dia menyampaikan penjelasan, hujah dan berbagai macam ilmu, dengan lantang dia mengajak dan memperingati masyarakat dan orang sekeliling, namun dalam waktu sepinya, dia sendiri tidak mengamalkan apa yang ia ucapkan, seolah kebenaran hanya ada di luar dia saja, namun di dalamnya, hanya ada kekosongan. Yang seperti ini adalah orang yang sudah berada dalam fasa istidraj, ia sudah buta dan hancur, ia tidak akan sedar kecuali dia sudah bersama rombongan orang-orang yang sudah meninggal, dan akan menyesal bersama orang-orang yang menyesal, jika ia tidak berubah. Istidraj itu ada dua jenis : Hukuman dari kemurkaan (Allah): yang seperti ini sama sekali tidak ada jalan kembali dan keluarnya. Hukuman dari peringatan (Allah): yang seperti ini, akan di sedarkan akan istidraj nya, lalu akan kembali kepada jalan kebenaran dan hidayah. semoga kita tidak tergolong daripada golongan-golongan tersebut. ps: jangan lupa Al-mulk sebelum tidur 💌 https://t.me/warkahlillahi
Mostrar todo...
👍 1
Allah tidak pernah mengharapkan kesempurnaan dari kita, melainkan menghargai perjuangan kita. "Allah mengasihi mereka yang berjuang" maka dari itu... jangan putus asa untuk mengejar cintanya Allah... sungguh Allah Maha Pengampun... teruslah perbaiki diri walaupun iman naik turun... kerana ada yang menunggu setia tapi kita tidak peka, contohnya kematian. jika diberi ujian ingatlah selalu "Akan ada saatnya air matamu jatuh bukan kerana kesedihan, melainkan kerana Allah telah menjawab doa-doa dan usahamu" ps: jangan lupa baca al-mulk sebelum istirehat 😊 🌻 https://t.me/warkahlillahi
Mostrar todo...
3
Kita tidak akan berubah sehingga kita memasukkan ilmu kita ke dalam hati kita, kerana yang boleh mengubah diri kita bukanlah kecerdasan, tetapi hati. Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda: أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).” [ Riwayat al-Bukhari (52) ] 🕊 https://t.me/warkahlillahi
Mostrar todo...
4
Repost from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Ikhlas Beramal عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ. Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu." (HR Muslim No: 2564) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.Ganjaran pahala  di atas setiap amalan adalah bergantung kepada hati yang benar-benar ikhlas dan niat yang benar. 2.Kepentingan menjaga niat agar hati sentiasa benar dan bersih daripada sifat-sifat mazmumah (tercela) serta membuahkan sifat taqwa kepada Allah SWT. 3.Kepentingan menjaga amalan hati mendahului daripada amalan yang dilakukan oleh anggota badan kerana hanya amalan yang  dilakukan dengan hati yang ikhlas akan diterima dalam setiap amalan yang disyariatkan. 4. Setiap amalan hendaklah dilakukan dengan ikhlas serta dilaksanakan dengan betul mengikut syarak. #BangunkanJiwaTaqwa #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor #PalestinMerdeka 02hb Jun 2024 24hb Zulkaedah 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Mostrar todo...
2👍 1
Maka sungguh kasihan orang yang hidupnya dihabiskan hanya untuk bersenang-senang. tenaganya hanya digunakan untuk meraih dunia, tak pernah keringatnya mengucur kerana ibadah, tak pernah air mata menetes kerana dosa. Lelahnya hanya untuk dunia.. Waktunya berlalu begitu sahaja tanpa faedah. tanpa tercatat untuknya pahala. Padahal hari yang amat berat menunggu didepan, hari dimana tak ada lagi hubungan kekerabatan, tak ada lagi teman akrab, hari dimana harta tak lagi berguna. itulah hari hisab.. dan tak ada lagi amal. itulah hari penyesalan.. Menyesal lah orang yang tak pernah mengusahakan kebaikan saat didunia, Menyesal lah orang yang tak sempat berbenah.. Lantas.. masih kah kita terlalu berletih-letih hanya untuk sesuatu yang akan kita tinggalkan? Dan masihkah kita terasa sulit untuk lebih meluangkan waktu guna meraih kebahagiaan akhirat? 🔥 https://t.me/warkahlillahi
Mostrar todo...
😢 2 1
Aku ingin menjadi hamba yang kuat, kuat dalam iman dan taqwa. Sehingga dalam segala hal yang ingin kulakukan, aku melihat dan mengingat Rabb-ku, membuatku berhati-hati dalam melangkah, dan menduduki derajat Al-Ihsan yaitu: أن تعبد اللّه كأنك تراه berhamba kepada Allah seakan-akan menyaksikan Allah 🌙 https://t.me/warkahlillahi
Mostrar todo...
5
Photo unavailableShow in Telegram
Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda, مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ “Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. 💌 https://t.me/warkahlillahi
Mostrar todo...
Reminder Al Mulk Time ♥️ ۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Kata Tuan Guru Sheikh Zainul Asri, “Bila Allah ﷻ gerakkan hati kita untuk baca surah Al Mulk, maknanya Allah nak selamatkan kita daripada azab api neraka." 🪄 Https://t.me/warkahlillahi
Mostrar todo...