cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegaciΓ³n. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Cerpen By MeπŸ₯€β˜•οΈ

Cerpen by 𝑳𝒂𝒏𝒂 𝑨𝒍𝒂𝒂𝒓𝒂 πŸ₯€β˜• "𝗉𝗂𝗅𝗂𝗁 𝗃𝖺𝗅𝖺𝗇 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗆𝖾𝗇𝖾𝗇𝖺𝗇𝗀𝗄𝖺𝗇 π—Œπ–Ύπ—„π–Ύπ—‰π—‚π—‡π—€ 𝗁𝖺𝗍𝗂"

Mostrar mΓ‘s
Malasia25 091El idioma no estΓ‘ especificadoLibros8 511
Publicaciones publicitarias
2 208
Suscriptores
+124 horas
+557 dΓ­as
+10030 dΓ­as

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

"Jalan cerita kita tak sama. Tapi permasalahan kita adalah sama." Nak kuat dan memotivasikan diri? Let's join here⬇️ @bicarabulanofficial @bicarabulanofficial "Walaupun kita jauh, tapi kita tetap memandang bulan yang sama"β™₯️🫰
Mostrar todo...
Free FaceSwapπŸ€–
Best DeepNudeπŸ™ˆ
♨️ COME JOIN AND ENJOY ♨️ πŸ’₯ @CerpenByMe Penulisan satu kepuasan πŸ’₯ @hatikuhatimu KEMBARA KASIH, MUSAFIR CINTA πŸ’₯ @ilovequrann Perkongsian quran, hadis & kalam ulama πŸ’₯ @otakbercakap Random QUOTES πŸ’₯ @quotephotovideo NasihatΒ² KEHIDUPAN https://t.me/CerpenByMe πŸ’ž Group Discussion @quotephotovideochat SEMOGA BERMANFAAT TERIMAKASIH! ♨️
Mostrar todo...
Cerpen By MeπŸ₯€β˜•οΈ

Cerpen by 𝑳𝒂𝒏𝒂 𝑨𝒍𝒂𝒂𝒓𝒂 πŸ₯€β˜• "𝗉𝗂𝗅𝗂𝗁 𝗃𝖺𝗅𝖺𝗇 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗆𝖾𝗇𝖾𝗇𝖺𝗇𝗀𝗄𝖺𝗇 π—Œπ–Ύπ—„π–Ύπ—‰π—‚π—‡π—€ 𝗁𝖺𝗍𝗂"

Korang, #BBO dah ada di app X. Jom follow each other -β™₯️ https://x.com/BicaraBulan18_?t=VO11BHDDIewrPcr_zm6C7A&s=09
Mostrar todo...
π‘©π’Šπ’„π’‚π’“π’‚π‘©π’–π’π’‚π’π‘Άπ’‡π’‡π’Šπ’„π’Šπ’‚π’ (@BicaraBulan18_) on X

The moon reminds me of you,because you shine so brightly even when you're stuck in the darknessβ™₯️

Free FaceSwapπŸ€–
Best DeepNudeπŸ™ˆ
𝖠𝗇𝖽𝖺 π—Œπ–Ύπ–½π—‚π—? 𝗄𝖾𝖼𝖾𝗐𝖺? 𝗉𝖾𝗇𝖺𝗍 𝖽𝖾𝗇𝗀𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗅𝖻𝖺𝗀𝖺𝗂 π—†π–Ίπ—Œπ–Ίπ—…π–Ίπ—? π—Œπ—Žπ—Œπ–Ίπ— 𝗇𝖺𝗄 π—†π—ˆπ—π–Ύ π—ˆπ—‡? 𝗇𝖺𝗄 𝖼𝖺𝗋𝗂 π—Œπ–Ύπ—Œπ—Žπ–Ίπ—π—Ž 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝖽𝖺𝗉𝖺𝗍 𝖻𝖺𝗇𝗀𝗄𝗂𝗍𝗄𝖺𝗇 π—Œπ–Ύπ—†π–Ίπ—‡π—€π–Ίπ— 𝖺𝗇𝖽𝖺? 𝗅𝖾𝗍'π—Œ π—ƒπ—ˆπ—‚π—‡ π—π—π—‚π—Œ 𝗁𝖾𝗋𝖾 ‡️ @bicarabulanofficial @bicarabulanofficial "𝖺𝗇𝖽𝖺𝗂 π—‹π—‚π—‡π–½π—Ž, π—Œπ—Žπ—ƒπ—Žπ–½π—…π–Ίπ—. 𝖣𝗂𝖺 𝖿𝖺𝗁𝖺𝗆 𝖺𝗉𝖺 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗄𝗂𝗍𝖺 π—‹π–Ίπ—Œπ–Ί"β€οΈβ˜•οΈ
Mostrar todo...
Free FaceSwapπŸ€–
Best DeepNudeπŸ™ˆ
Leher yang terasa tegang Arfina kendurkan dengan tangan. Mata dipejam rapat saat bunyi keletuk kedengaran hasil gerakan tangannya di situ. Nafas panjang dihela. Sudah tiga hari berada di Kedah, sikit pun kesibukannya tak surut. Semuanya demi francais Love Coffee yang bakal dibuka di Kulim. Termasuk francais kali ini, Love Coffee sudah memiliki 10 francais di seluruh Malaysia. Dan, sungguh Arfina bersyukur. Penat, tetapi enggan mengeluh. Ini semua rezeki daripada-Nya. Setelah susah payahnya dahulu, akhirnya Allah lapangkan jalan kehidupannya. Jam yang masih melingkari tangan dikerling. Pukul lima petang. Nasib baiklah dah solat Asar tadi di surau awam tadi sebelum balik semula ke hotel. Mata pun memang hanya nampak katil saja sekarang ini. Tudung ditanggal, Arfina pantas menaiki katil sebelum tubuh direbah bersama helaan nafas panjang. Penat tapi puas hati. Segala perancangan untuk francais barunya berjalan lancar. Semoga tiada masalah di akan datang dan kedainya boleh terus berkembang. Baru mata hendak tertutup, Arfina tersentak apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdenting. Bersama kerutan di dahi, telefon bimbit dicapai dengan tangan. Tertera nama Fatihah pada skrin. Bos, kami nak keluar malam ini. Cik Arfina nak ikut? Arfina diam seketika. Berfikir. Kalau 'kami' itu, pastinya merujuk kepada staf-stafnya yang lain. Tak tahu penat ke mereka ini? Dia ini pun, dah nak karam di atas katil ini. Kalau boleh, malam ini nak berenang atas katil saja. Pergi mana? Tetap juga Arfina bertanya sebelum menolak ajakan itu. Pasar malam Kelang Lama. Sekali lagi, kening berkerut. Alahai, macam tak pernah pergi pasarlah pula. Di KL, tak cukup pasar ke? Pasar Seni ada, pasar basah ada, pasar kering ada. Buat apa? Dah dihantar, baru terasa soalan itu bagaikan soalan bodoh. Buat apa lagi ke pasar kalau bukan nak membeli? Cari marka... Hampir tersedak Arfina membaca balasan itu. Lain yang dijangka, lain pula yang dibalas. Tak sempat nak membalas, satu lagi mesej masuk. Guran, Cik Arfina. Cik Arfina nak ikut tak? Ambil angin, makan-makan, shopping sikit. Arfina garu pipi. Berfikir. Kalau ikutkan badan, memang penat. Tapi, macam syok juga boleh pergi berjalan malam ini. Tiba-tiba, hati terasa teringin untuk mengikut sama. Padahal, bukannya dia tak pernah jejak kaki di pasar. Pukul berapa? Lepas Isyak. Okey. Saya ikut. Dan, iPhone di tangan terus ditutup sebelum dicampak ke atas tilam semula. Mata dipejam rapat. Kata orang, tak elok tidur lepas Asar. Tapi, kali ini dia nakkan pengecualian. Sungguh, tubuh rasa nak tercabut dua. Bukannya banyak buat aktiviti lasak pun, tapi banyak berbincang dan pakai otak. Dan dalam sesaat, mata Arfina terus terpejam. Hanyut. @CerpenByMeβ™₯οΈπŸ–‹
Mostrar todo...
πŸ‘ 8❀ 4
Dan setelah sampul wang bertukar tangan, mata Arfina meneliti wajah di depannya itu. Pucat lesi dan ada sedikit kesan merah dan lebam. "Bila last dia pukul Kak Yana?" tanya Arfina senada. Yana tersentak seketika. Tangan spontan naik menyentuh hujung bibir yang pastinya masih ada kesan pecah akibat tamparan Azrul beberapa malam lepas. "Dah lama juga. Akak pun tak ingat dah." Penuh lancar Yana berbohong namun sikit pun tak dipercayai Arfina. Dia dah cukup bijak untuk membaca kesan pukulan. Arfina menghela nafas. Tipulah kalau dia tak kasihankan hidup Yana. Tapi, hatinya tetap dikeraskan. Kalau Yana tak buat kesilapan itu dan berzina dengan Azrul dulu, pasti Azim takkan ada di dunia ini. Takkan ada satu lagi jiwa kanak-kanak yang terabai dek kesilapan orang tua mereka. "Jaga diri." Hanya itu pesan Arfina sebelum dia mengangkat punggung dari sofa. Yana senyum segaris. Arfina, walaupun dingin dengannya, tapi dia tahu Arfina prihatin soal Azim. Kalau tak, takkanlah Arfina sanggup menghantar duit belanja demi Azim yang bukan anaknya? Bahkan, berstatus anak tak sah taraf. "Terima kasih, Fina. Azim boleh terus hidup sebab Fina. Maaf kami banyak susahkan Fina." Arfina mengetap bibir. Ucapan terima kasih dan permohonan maaf? Apa sangatlah yang mampu dilakukan dua ayat itu? "Kalaulah Kak Yana dan Abang Azrul tak bodoh sampai terlanjur dulu, Azim takkan wujud. Azim takkan terseksa hidup macam ini. Maaf akak itu takkan mampu bagi Azim hak yang dia hilang sebagai seorang anak!" Usai berkata, Arfina pantas memaling tubuh. Tangan dikepal erat bersama mata dipejam rapat. Dada terasa sedikit berombak. Kalaulah. Kalaulah dia juga ada kesempatan untuk merasai kebahagiaan sebagai seorang anak. Tapi, tidak... Dia tiada peluang itu. Diragut oleh lelaki yang bernafsu binatang! Dan lelaki itu juga bergelar bapanya. @CerpenByMeβ™₯οΈπŸ–‹
Mostrar todo...
πŸ‘ 3
Arfina ketawa sinis. "Siapa yang ajar siapa buat benda bukan-bukan? Bukan saya yang ajak anak dara orang buat anak sebelum kahwin." Yana terkedu. Beku sesaat mendengar sindiran itu. Sindiran yang akan terus menjadi makanannya dek kerana kelalaiannya dahulu. Azrul menggertak rahang. Kalau ikutkan hati, nak saja tangannya naik menampar muka si adik. Tapi, mengingatkan Arfina punca duit mereka, terpaksa diketepikan niatnya yang itu. "Dah, cepatlah! Lepas bercakap, boleh berambus!" bentak Azrul sebelum dia terus menghilangkan diri ke dalam bilik. Pintu dihempas kuat, sehingga terangkat bahu Arfina dan Yana yang masih berada di ruang tamu rumah sewa itu. "Duduk." Sepatah Arfina menyebut dan Yana terus menurut. Seolah-olah Arfina pula tuan rumah. Tapi, kalau ikutkan, memang bayaran sewa rumah ini Arfina yang tanggung. Sempat Arfina mengerling pintu bilik Azrul tadi. Tertutup rapat. Arfina berdehem seketika. "Saya kena ke Kulim lagi dua hari." Arfina bersuara rendah. Sebolehnya tak mahu Azrul mendengar. Yana sekadar mengangguk. Terus setia mendengar. "Selama seminggu. Biasanya, saya bagi RM500. Tapi kali ini, saya bagi lebih sikit. Saya bagi extra seribu. Tapi, bukan untuk sesiapa guna. Itu untuk kecemasan. Kalau Azim sakit, perlukan ubat dan klinik, terus guna. Dan, Abang Azrul tak boleh tahu. Faham?" tegas Arfina. Suara ditekan sedikit. Bukan dia nak kedekut, tapi takut duitnya disalah guna. Kalau dia masih di KL, dia tak adalah risau mana. Kalau ada kecemasan, dia boleh terus memandu ke sini untuk uruskan apa yang patuut. Tapi, kalau dia di Kedah nanti? Macam mana nak balik secepat mungkin? Yana mengangguk. Ini memang tabiat Arfina. Memberi duit lebih sebagai preparation kalau dia terpaksa bekerja jauh. Dan, Azrul tak pernah tahu. Semuanya dirahsiakan. Kalau tak, memang suaminya akan gunakan duit itu untuk kepentingan sendiri. "Faham." Yana berkata sepatah. Barulah Arfina hulurkan dua keping sampul. Satu sampul besar, dan satu sampul kecil. Yang kecil itu yang perlu disorok daripada Azrul. @CerpenByMeβ™₯οΈπŸ–‹
Mostrar todo...
πŸ‘ 2
"Kau nak apa datang sini?" Dingin suara yang menyambut kehadiran Arfina petang itu. Arfina sendiri berwajah tanpa perasaan. Kekal mendatar dengan mata mengerling seisi rumah Azrul dan Yana itu. Ditahan saja kepalanya dari menggeleng perlahan. Rumah bersepah! Serupa tongkang pecah! Arfina menarik nafas dalam. Soalan Azrul tadi tidak dijawab, sebaliknya dia mencari wajah Yana yang berdiri di belakang Azrul. Seperti biasa, wajah itu nampak tak bertenaga. Nampak tertekan. "Saya datang nak bercakap dengan Kak Yana sekejap." Dan, Yana terus tersentak apabila namanya disebut. Namun, pantas juga dia menelan liur apabila Azrul menjelingnya tajam. Seolah-olah mengesyaki dia dan Arfina ada merancang yang bukan-bukan di belakangnya. "Cakap ajelah sekarang. Yana ada kat sini, kan?" "Saya nak cakap berdua dengan Kak Yana." Arfina tegaskan suara. Cakap dengan Azrul, pendekatan lembut memang tak pernah berkesan. "Dia isteri aku, bukan isteri kau." Arfina senyum sinis. Lagak selamba, bahu dijongket sedikit. "Okey. Terpulang. Saya datang nak beri duit bulanan untuk Azim. Tapi, kalau tak nak, saya boleh balik." Selamba Arfina pusingkan tubuh sebelum terhenti dek satu cengkaman kuat pada bahunya. "Hoi, tunggulah!" marah Azrul. Takut pula bila Arfina mengugut nak balik tanpa memberi duit pada mereka. Memang Arfina selalu beri duit bulanan untuk Azim. Tapi, tentulah sebahagian lagi masuk ke poketnya sendiri. Arfina senyum sinis. Tangan Azrul di bahunya ditolak kasar. Sempat mata mencerun memandang si abang apabila bahu terasa sedikit pedih dek cengkaman kasar itu. Biadab betul! "Saya nak bercakap berdua dengan Kak Yana." Arfina mengulang ayatnya, dan kali ini, Azrul merengus. Yana yang hanya diam di satu sudut dikerling sebelum akhirnya dia mengangguk. "Kau jangan nak ajar bini aku buat bukan-bukan belakang aku!" bentak Azrul. @CerpenByMeβ™₯οΈπŸ–‹
Mostrar todo...
πŸ‘ 7
Ada peminat cerpen? Jom join di sini ; @CerpenByMe @CerpenByMe ✨"π—‰π–Ύπ—‡π—Žπ—…π—‚π—Œπ–Ίπ—‡ π—Œπ–Ίπ—π—Ž π—„π–Ύπ—‰π—Žπ–Ίπ—Œπ–Ίπ—‡"              - π“π’Άπ“ƒπ’Άπ’œπ“π’Άπ’Άπ“‡π’Ά -πŸ₯€β˜•οΈ
Mostrar todo...
πŸ‘ 1
Free FaceSwapπŸ€–
Best DeepNudeπŸ™ˆ
𝖠𝗇𝖽𝖺 π—Œπ–Ύπ–½π—‚π—? 𝗄𝖾𝖼𝖾𝗐𝖺? 𝗉𝖾𝗇𝖺𝗍 𝖽𝖾𝗇𝗀𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗅𝖻𝖺𝗀𝖺𝗂 π—†π–Ίπ—Œπ–Ίπ—…π–Ίπ—? π—Œπ—Žπ—Œπ–Ίπ— 𝗇𝖺𝗄 π—†π—ˆπ—π–Ύ π—ˆπ—‡? 𝗇𝖺𝗄 𝖼𝖺𝗋𝗂 π—Œπ–Ύπ—Œπ—Žπ–Ίπ—π—Ž 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝖽𝖺𝗉𝖺𝗍 𝖻𝖺𝗇𝗀𝗄𝗂𝗍𝗄𝖺𝗇 π—Œπ–Ύπ—†π–Ίπ—‡π—€π–Ίπ— 𝖺𝗇𝖽𝖺? 𝗅𝖾𝗍'π—Œ π—ƒπ—ˆπ—‚π—‡ π—π—π—‚π—Œ 𝗁𝖾𝗋𝖾 ‡️ @bicarabulanofficial @bicarabulanofficial "𝖺𝗇𝖽𝖺𝗂 π—‹π—‚π—‡π–½π—Ž, π—Œπ—Žπ—ƒπ—Žπ–½π—…π–Ίπ—. 𝖣𝗂𝖺 𝖿𝖺𝗁𝖺𝗆 𝖺𝗉𝖺 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗄𝗂𝗍𝖺 π—‹π–Ίπ—Œπ–Ί"β€οΈβ˜•οΈ
Mostrar todo...
Free FaceSwapπŸ€–
Best DeepNudeπŸ™ˆ