cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

__jalanterus

Kewujudan zat, sifat dan perbuatan Allah adalah semenjak azali lagi. Tiada sesuatu pun yang mendahului kewujudan, kebesaran dan keagungan-Nya. Dan kewujudan Allah kekal selama-lamanya. Segala puji bagi Allah yang bersifat dgn segala sifat kesempurnaan.

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
367
Suscriptores
Sin datos24 horas
Sin datos7 días
Sin datos30 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Kita minta tolong orang tanpa kita sendiri usaha sehabis baik? Misalnya, 'kau tolong pinjamkan aku seratus ringgit, aku lapar sangat' _dalam keadaan dia mampu bekerja. Dan keadaan ini berulang kali berlaku tanpa ada sebarang usaha Islah diri. Nampak pelik kan? Macam tu lah juga situasi bilamana kita minta orang soleh seperti guru atau sahabat kita misalnya, untuk doakan kebaikkan untuk kita, dalam keadaan kita sendiri tidak pernah cuba untuk usaha nak tinggalkan dosa maksiat yang kita tekun lakukan. Bimbang perbuatan 'minta di doakan itu' hanya sekadar adat ikutan, tanpa kita sendiri menyelami maksud disebalik perbuatan kita itu. Di hadapan makhluk kita mencela diri memohon hajat, tapi di hadapan Tuhan? Tidak salah minta didoakan, sahabat Rasullullah ﷺ pun minta didoakan oleh Uwais Al Qorni. Betapa indah sikap para sahabat. Tidak melihat amal. Taat setiap perintah Rasullullah ﷺ. Cumanya yang seorang aku ni, dah usaha sehabis baik ke? sebagaimana tamatnya para sahabat. Ilmu_Iman_Amal. Tahu_Takut_Taat_Takwa. __jalanterus
Mostrar todo...
Kita bukan maksum. Ada masa kita berdepan dengan sikap seseorang yang cenderung 'tenang' je perwatakan dia dalam mendepani pelbagai situasi. Ada masa kita melihat sikap seseorang yang lain pula yang bezanya bagaikan langit dengan bumi, sangat 'huru-hara, tidak tetap pendirian dan terburu-buru' dalam menguruskan sesuatu isu, walaupun isu yang remeh. Dan kita tidak boleh semudahnya menghukum, 'sebab tumbuhan yang berbeza, tumbuh daripada cambahan benih yang berbeza'. Terlalu banyak faktor jika hendak dibincangkan. Namun akan jadi ringkas cerita, jika terima dan melepaskan. Perbandingan dan persaingan adalah 'toxic' dalam masyarakat ! Kenapa tidak kita raikan sahaja perbezaan yang ada. Kelebihan yang diberi pinjam bukan disuruh guna buat memperlekehkan kekurangan insan lain. Kita semuanya ada 'scar' masing-masing. Ada yang terzahir,ada yang Tuhan tutupkan daripada pandangan umum. Nobody's perfect except Nabi yang maksum. __jalanterus
Mostrar todo...
Kadangkala kita terlalu risau nak suarakan apa yang kita fikirkan kerana terlalu mahu menjaga hati semua pihak. Akhirnya kita terperuk kemurungan dalam sangkar prasangka kita sendiri sendirian. Berapa jauh sangat kita mampu nak lari dari tomahan setiap seorang, ungkapan pihak yang tidak bersetuju tetap akan selamat mendarat ke pengetahuan kita juga. Samada kita suka atau tidak suka, kita perlu terima. Memang betul, ada masa kita terlalu teruja untuk meluahkan rasa sampai ada hati yang terluka. Begitulah sebaliknya, disaat orang lain meluah rasa hati kita pula yang sengsara. Semuanya berbalik pada keadaan hati kita sendiri. Jika sejahtera, sejahteralah ia. Jika melarat, merusuhlah ia. You cannot always control what goes on outside. But you can always control what goes on inside (dengan izinNya jua). Bak kata Prof Muhaya 'ada_beri_dapat'. __jalanterus
Mostrar todo...
Kita jangan paksa orang terima kekurangan kita, terkadang kita juga sering berperang dengan diri sendiri untuk menerima kekurangan diri. Bahagia sebenarnya adalah berbahagia dengan setiap ketentuan takdirNya tanpa mempersoalkan walau seinci. Jika benar beriman, Sungguh! Kau tidak akan ragu pada ketentuan Allah Al Khaliq, Zat Yang Maha Sempurna. __jalanterus
Mostrar todo...
Perbezaan pandangan jika tidak diterima dengan berlapang dada lalu dijulang keegoan peribadi mengatasi segalanya, maka akan terhasil jurang antara sesama pertalian saudara. Baik ianya pertalian darah mahupun pertalian akidah. Mengikis sifat 'aku lebih baik daripada dia' adalah sangat penting agar 'Islam' itu kembali tersergam indah pada perilaku akhlak penganutnya, bukan semata-mata tersergam indah pada kata-kata nasihat tentang Islam itu sendiri. __jalanterus
Mostrar todo...
Kekayaan manusia itu hanya daki dunia, budi bahasa tidak memerlukan modal. __Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh
Mostrar todo...
Andai tidak sanggup berbagi apa yang dimiliki, jangan dicanang disana sini. Kamu tenang. Mereka tenang. Bebas riak, bebas hasad. Keep it secret and private. __jalanterus
Mostrar todo...
Tak rugi pun. Jika kita luangkan sejenak masa yang kita ada, khusus untuk memikirkan kebesaran Allah, untuk mencari hikmah dan bersangka baik dengan Allah. Pasti hasilnya tidak mengecewakan. Ianya memberikan keyakinan hati dan ketenangan jiwa. __jalanterus
Mostrar todo...
Kita kecilkan circle, bukan bermaksud kita sombongkan diri. Sebaiknya kita filter dengan siapa kita bergaul. Sebab siapa yang ada sekitar kita pasti akan memberikan kesan yang besar dalam kehidupan kita. Jangan terlalu sedih jika ada orang yang tidak sudi berteman rapat dengan kita. Jangan seksa perasaan sendiri dengan tetap meratap di situ. Dia atau mereka sememangnya yang ditakdirkan hanya untuk singgah sebentar sahaja, demi membawa kemanisan dan pengajaran dalam beberapa slot memori ingatan kita. Teruskan melangkah. Jangan berhenti belajar dan menjelajah. Perbaharui niat selalu. Mengapa aku ada disini? __jalanterus
Mostrar todo...
Hidup ni simple je sebenarnya. "Buat apa yang betul. Tinggalkan apa yang salah." Tak mampu nak istiqomah buat yang betul? Akui kelemahan diri, dan munajat minta sebanyak-banyaknya kekuatan dari Allah. Tersalah langkah? Belajar dari kesilapan, perbaiki diri lagi dan lagi. Jangan berhenti berharap kepada Allah. Pokok pangkalnya kepada Allah jualah segala urusan kita dikembalikan. Jangan terlalu overthinking tentang apa orang nak cakap, mulut manusia akan tetap berkata-kata no matter what. dan jangan terlalu in-denial hanya semata mata kerana hendak merasa memiliki, bukankah mengenggam terlalu lama itu akan lebih menyakitkan. Maka lepaskanlah. Bernafas dengan lega. Tersenyum lah :) Kau adalah hamba kepada Tuhan yang Maha Esa. Bukanlah hamba pada manusia lainnya. __jalanterus
Mostrar todo...