cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

MUET Session 1 2024

Untuk Calon Persendirian Individu Sahaja

Mostrar más
Malasia6 913El idioma no está especificadoEducación9 879
Publicaciones publicitarias
15 770
Suscriptores
+524 horas
+357 días
-12130 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Ujian MUET Sesi 1 2024 telah selesai dijalankan. Calon perlu hadir semua komponen kertas ujian MUET bagi mendapat keputusan Band yang lengkap. Gagal hadir walau satu komponen, akan menyebabkan calon mendapat keputusan Band Nil. Keputusan Ujian MUET akan diumumkan 8-9 minggu setelah Ujian MUET selesai. Sijil MUET calon persendirian akan dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Laju ke alamat seperti yang tercatat pada Slip MUET/D calon. MPM tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan dan kerosakan Sijil MUET yg dihantar secara Pos Laju ini. Permohonan pembetulan maklumat calon bermula dari 24 Mac 2024 akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Permohonan adalah secara mengisi borang MUET/C9 dan sila hantar secara pos borang berserta dokumen sokongan dan bayaran money order/bank deraf RM50.00 ke MPM. Permohonan yang diterima dengan tidak disertakan bayaran, tidak akan dibuat pembetulan. Sila pos ke alamat : Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor (u.p.: Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET). Borang MUET/C9 boleh dimuat turun di pautan https://www.mpm.edu.my/en/sumber/muat-turun/muat-turun-borang-muet. Manakala permohonan pembetulan maklumat selepas keputusan MUET Sesi 1 2024 dikeluarkan/diumumkan pula akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM60.00. Sila layari portal MPM www.mpm.edu.my atau Facebook rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia dari semasa ke semasa untuk info berkaitan pengumuman keputusan Ujian MUET. Terima kasih.
Mostrar todo...
MUET - MUET - Official Portal Malaysian Examinations Council

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PORTAL RASMI SISTEM ONLINE. PERKHIDMATAN ONLINE. Pendaftaran MedEx Keputusan MedEx MUET on Demand ... Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato' Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

👍 333👌 35💯 13😁 6
Photo unavailableShow in Telegram
Pemakluman kepada semua calon berkaitan pakaian semasa hadir ujian. Terima kasih.
Mostrar todo...
👍 556👌 69💯 20😁 16
00:33
Video unavailableShow in Telegram
👍 66💯 1
SEMAKAN SLIP MUET/D CALON MEMOHON PERTUKARAN PUSAT UJIAN Salam sejahtera. Perhatian kepada semua calon Ujian MUET Sesi 3 Tahun 2023 yang memohon pertukaran pusat ujian secara online, calon telah boleh menyemak dan mencetak semula Slip MUET/D tuan/puan yang telah dikemaskini dengan melayari portal rasmi MPM www.mpm.edu.my atau di pautan terus http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php. Dimaklumkan sekali lagi, sebarang rayuan permohonan pertukaran pusat ujian oleh calon selepas tarikh tutup tidak dipertimbangkan. Terima kasih.
Mostrar todo...
👍 63
Peringatan Mesra: Tarikh Penting Ujian MUET Sesi 1 2024 Ujian Kertas Bertulis (Written Test) : 27 April 2024 (Sabtu) Ujian Lisan (Speaking) : 29, 30 April 2024 (Isnin, Selasa) 6, 7, 8, dan 9 Mei 2024 (Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis). Sila hadir pada tarikh dan waktu seperti tercatat pada Slip MUET/D calon. Calon diminta untuk hadir awal di pusat ujian masing-masing. Rujuk Slip MUET/D untuk maklumat penting berkaitan ujian. Bagi yang belum lagi mencetak Slip MUET/D, sila ke pautan ini http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php. Slip ini telah boleh disemak dari 8 Mac 2024. Calon perlu hadir semua komponen kertas ujian MUET bagi mendapat keputusan Band yang lengkap. Gagal hadir walau satu komponen, akan menyebabkan calon mendapat keputusan Band Nil. Terima kasih.
Mostrar todo...
👍 352👌 38
test
Mostrar todo...
Salam sejahtera dari MPM. Pendaftaran untuk Kelas Persediaan Muet Atas Talian telah ditutup. Sesiapa yang telah buat bayaran tetapi masih belum mendapat link zoom untuk masuk kelas sila Whatsapp 0163334105. Terima kasih
Mostrar todo...
👍 18
👍 23👌 4
Salam hormat dari Majlis Peperiksaan Malaysia. Tarikh tutup pendaftaran untuk *Kelas Atas Talian Persediaan Muet* 14 Mac, Khamis. Sesiapa berminat boleh mendaftar melalui pautan dibawah.
Mostrar todo...
👍 49