es
Feedback
Panduan Telegram

Panduan Telegram

Ir al canal en Telegram

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

Mostrar más
34 922
Suscriptores
-1424 horas
-2537 días
-1 62030 días
Archivo de publicaciones
Gaya AI Tersuai. Editor teks membolehkan sesiapa guna gesaan mereka sendiri untuk bina gaya unik.   Setiap gaya tersuai ada link boleh dikongsi agar pengguna lain boleh pra lihat gaya dan tambahnya ke editor mereka.   Untuk bina gaya AI anda sendiri, tekan butang ➕ 'Cipta' dalam tab Gaya pada editor.

Benang dan Teks Penstriman untuk Bot. Bot Telegram dan ajen AI sokong perbualan berbenang untuk urus beberapa topik dalam masa yang sama. Bot juga boleh strim teks ketika ia dijana – untuk kirim respon secara langsung.

Automasi Bual dalam Profil. Setiap pengguna Telegram boleh hubung bot ke profil mereka – dan biarkan – respon ke mesej bagi pihak mereka. Anda kawal bot setiausaha anda dengan permisi terperinci – seperti hanya membalas bual baru atau bukan kenalan. Untuk hubung bot ke profil anda, pergi ke Tetapan > Sunting > Automasi Bual.

Komunikasi Bot ke Bot. Bot dapat respon pada bot lain, selain dari koman pengguna.   Peminat AI boleh guna ini untuk cipta aliran kerja tersuai dengan ejen autonomi.   Informasi lanjut untuk juruprogram ada tersedia di sini.

Bot Tamu. Bot Telegram boleh diakses secara terus dalam grup dan bual 1 dengan 1 untuk jawab soalan dan lakukan tugas.   Untuk seru bot yang sokong ciri ini, hanya letak @username nya dalam mesej anda.   Bot Tamu hanya ada akses ke mesej tertentu di mana mereka ditag dan mana-mana balasan kepadanya. Bot ini tak boleh lihat pengguna mana berada dalam bual   Untuk daya Mod Tamu, juruprogram bot boleh guna panduan ini.

Untuk semua ciri dari kemaskini ini, seperti statistik dan had tersuai untuk undian, teks penstriman untuk bot, mesej berjadual senyap dan lagi – sila lihat blog penuh: https://telegram.org/blog/ai-bot-revolution-11-new-features/ms

**Emoji Dikembang dan Carian Stiker**. Lebih dari 100 juta emoji dan stiker kini boleh dijumpai melalui f**ungsi carian** dalam panel stiker.

**Gaya AI Tersuai**. Editor teks (https://t.me/telegram/435) membenar sesiapa untuk guna gesaan mereka sendiri untuk bina gaya unik. Setiap gaya tersuai ada link boleh dikongsi agar pengguna lain boleh tambahnya ke editor mereka.

Automasi Bual dalam Profil. Setiap pengguna Telegram kini boleh hubung bot ke profil mereka – dan biarkan ia respon ke mesej bagi pihak mereka.

**Komunikasi Bot ke Bot**. Bot kini boleh respon ke bot lain, bukan hanya kepada pengguna. Peminat AI boleh guna ini untuk cipta aliran kerja tersuai dengan agen autonomi.

**Bot Tamu**. Bot Telegram kini boleh diakses secara terus dalam grup dan bual 1 dengan 1 untuk jawab soalan dan lakukan tugasan. Ciri Mei 12 • 3 • 4 • 5More

Bot Diurus. Sesiapa boleh guna bot AI untuk dengan mudah membangun, luncur dan urus bot mereka sendiri – tanpa perlu menulis kod. Maklumat lanjut untuk juruprogram ada tersedia di sini.

Foto Langsung dan Bergerak. Pengguna Android dan iOS boleh kirim imej beranimasi dari galeri mereka – yang boleh dilihat dalam setiap aplikasi. Tekan ikon Langsung/Bergerak ⭕️ dalam editor media dan pilih satu dari 3 gaya main balik: • Main langsung foto sekaliMain gelung secara berterusanMain lantunan ke depan dan belakang

Undian. Dalam grup atau saluran, anda boleh cipta undian untuk buat keputusan atau dapatkan maklum balas komuniti. Undian membolehkan anda: • Lampir foto, video, stiker dan lokasi ke setiap opsyen • Set tempoh tertentuCipta kuiz dengan jawapan betul Anda boleh sesuaikan undian anda dengan beberapa tetapan untuk: • Tunjuk siapa undi untuk setiap opsyen • Pilih beberapa opsyen bila mengundi • Benarkan pengguna untuk tambah opsyen baru • Biarkan pengguna tukar undian mereka • Ubah susunan opsyen • Sorok keputusan undian hingga tamat tempoh

Editor Teks AI. Bar mesej ada editor dalam apl yang boleh dengan serta merta baiki tatabahasa, terjemah teks anda atau tulis semula dengan beberapa gaya: 🤝 Formal 🎯 Short 🍖 Tribal 🗿 Zen 🕯 Biblical 💼 Corp Editor teks adalah 100% privat dan ada pilihan – dikuasai oleh Rangkaian AI Cocoon. Untuk buka editor, tekan ikon ✨ yang terpapar selepas menaip teks lebih dari 3 baris.

Log Masuk Dengan Telegram. Anda boleh daftar dan log masuk ke aplikasi dan laman web mengguna Telegram anda hanya dengan beberapa tekanan. Cara ini membolehkan anda kongsi nombor anda untuk verifikasi mudah – dan anda boleh benarkan mesej dari servis untuk keselesaan notifikasi. Juruprogram boleh baca panduan terperinci kami untuk informasi lanjut.

Pemformatan Tarikh. Opsyen performatan ‘Tarikh’ membolehkan anda set tarikh dan waktu tertentu untuk tambah acara ke kalendar atau set peringatan. 15 Ogos jam 3:00 AM dengan secara automatik disesuaikan untuk setiap penerima tarikh dan masa tempatan.

Kapsyen untuk GIF. Bila memilih GIF di panel GIF, anda boleh tambah kapsyen secara terus kepadanya, dan kirimnya semua sebagai satu mesej. GIF juga boleh disunting sebelum dikirim – untuk tambah teks, lukisan dan emoji atau untuk nipiskan GIF dan tukar panjangnya. Untuk tambah kapsyen atau sunting GIF, tekan lama di panel dan pilih ‘Sunting’.

⭐️ Nyahdaya Berkongsi di Bual Privat. Pelanggan Telegram Premium kini boleh nyahdaya berkongsi dalam bual 1 lawan 1. Ini menghadkan memaju atau menyalin mesej dan mencegah ambil gambar skrin atau menyimpan media dari bual. Untuk nyahdaya berkongsi dalam bual, buka profil pengguna, tekan ➕ atau ➕ dan pilih ‘Nyahdaya Berkongsi’.

Tag Ahli. Ahli dalam bual grup kini boleh tambah tag di sebelah nama mereka – untuk mengetengah peranan dan tunjuk minat mereka. Pentadbir pilih sama ada ahli grup boleh set tag mereka sendiri atau hanya pentadbir diberi kuasa. Tag untuk pentadbir grup mempunyai warna berlainan dari ahli. Untuk memboleh ahli set tag mereka dalam grup anda, sila ke Tetapan Grup > Permisi dan ON ‘Sunting Tag Sendiri’.