es
Feedback
SMTJB INFO 2025

SMTJB INFO 2025

Ir al canal en Telegram
2 309
Suscriptores
Sin datos24 horas
-57 días
-2230 días
Archivo de publicaciones
📣 TARIKH PERMOHONAN UPUONLINE SESI AKADEMIK 2026/2027🎓 📌LEPASAN SPM 🗓️ 29 JANUARI 2026 (KHAMIS) HINGGA 23 MAC 2026 (ISNIN
📣 TARIKH PERMOHONAN UPUONLINE SESI AKADEMIK 2026/2027🎓 📌LEPASAN SPM 🗓️ 29 JANUARI 2026 (KHAMIS) HINGGA 23 MAC 2026 (ISNIN) 📌LEPASAN STPM/SETARAF (FASA 1) 🗓️ 29 JANUARI 2026 (KHAMIS) HINGGA 23 MAC 2026 (ISNIN) 📌LEPASAN STPM/SETARAF (FASA 2) 🗓️ 13 APRIL 2026 (ISNIN) HINGGA 15 MEI 2026 (JUMAAT) 🚨 Program pengajian bertemu duga dan/atau ujian tidak ditawarkan pada fasa ini. 🔗 Pautan Permohonan: https://upu.mohe.gov.my 🏦 Pembelian No. pin UPUOnline melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) Ikuti platform media sosial rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) untuk maklumat terkini berkaitan UPUOnline! 👉 BKPA UPU (TikTok • Facebook • Telegram • Instagram • YouTube) 👉🏻 Tiktok BKPA UPU https://tinyurl.com/BKPAUPU Sebarang pertanyaan berkaitan UPUONLINE®️, boleh hubungi kami melalui:- 🔴 Maklumbalas UPU: https:// jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/ 🔴 E-mel: upu@mohe.gov.my 🔴 UPUChat: https://upuchat.org/ #UPUOnline #JMU2026 #BahagianKemasukanPelajarIPTA  #JabatanPendidikanTinggi #KPT

[SIARAN MEDIA] Permohonan UPUOnline®️Bagi Kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagia
[SIARAN MEDIA] Permohonan UPUOnline®️Bagi Kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) Sesi Akademik 2026/2027 #WeAreGenMARA #HidupBiarBerjasa #MalaysiaMadani #60TahunMARA #MenjunjungAmanah Ihsan : Kementerian Pendidikan Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. MAKLUMAN KEBENARAN BALIK KAMPUNG MURID ASRAMA (BALIK PILIHAN) ———————————————— ✅ Penyuraian murid balik mengikut tarikh dan tempat yang  ditetapkan : Tarikh  : 16 - 18 Januari 2026 (Jumaat-Ahad) ➡️ ASPURI Tempat  :  Asrama Aspuri ➡️ ASPURA Tempat : Kantin ✌🏼Urusan pembelian tiket adalah atas tanggungjawab murid dan ibu bapa sendiri. —————————————— ✅ Murid diingatkan untuk melengkapkan dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran Asrama seperti, gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan dll. ✅ Murid juga diingatkan agar membawa pulang barang larangan sekiranya terbawa, memotong rambut mengikut potongan yang sepatutnya, dan memastikan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. ✅ Semua murid hendaklah kembali ke asrama sebelum jam 6.00 petang pada 18 Januari 2026 (Ahad). ✅ Murid perlu memastikan kad outing telah di tanda tangan oleh warden, tinggalkan kad outing di pondok pengawal beserta tanda tangan, dan pastikan semasa kembali ke asrama mengambil semula kad outing dan nyatakan waktu balik ke asrama di buku balik. ⚠️ PERINGATAN. Laluan ke asrama akan ditutup selepas jam 6.00 petang. Selepas jam 6.00 petang, semua murid perlu turun di pondok pengawal dan berjalan kaki ke asrama. ——————————————- ⚠️ AMARAN!!! Murid tidak dibenarkan balik mengikut rakan dan hendaklah memohon kebenaran ibu bapa/ penjaga jika ingin balik ke rumah rakan atas alasan yang sesuai. Sekian, Terima kasih. Arahan: Pengurusan Asrama SM Teknik Johor Bahru

photo content

Senarai jaya telah dikongsikan di TELEGRAM 'SMTJB INFO 2026' https://t.me/+tmawqPp0snU1NTU1 Harap maklum
Senarai jaya telah dikongsikan di TELEGRAM 'SMTJB INFO 2026' https://t.me/+tmawqPp0snU1NTU1 Harap maklum

Makluman senarai jaya dikongsikan di TELEGRAM 'INFO SMTJB 2026'
Makluman senarai jaya dikongsikan di TELEGRAM 'INFO SMTJB 2026'

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersempena persediaan pengoperasian sekolah Tahun 2026, semua ibu bapa/ Penjaga Pelajar Tingkatan 5 (Calon SPM 2026) dan Tingkatan 4 Tahun 2026 diminta menyertai kami di Telegram Rasmi Sekolah yang baharu menggunakan link berikut : https://t.me/+tmawqPp0snU1NTU1 Kerjasama dan perhatian semua ibu bapa terlibat adalah dipohon dan didahului dengan ucapan terima kasih.

photo content

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga SMTJB HEBAHAN RASMI SISTEM SEMAKAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN (SSKP) Dimaklumkan kepada semua ibu bapa /penjaga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran (SSKP) bagi membolehkan semakan dan muat turun Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akhir sesi akademik 2025/2026 secara dalam talian. Tarikh Semakan bagi Negeri Johor 📌 mulai 24 Disember 2025 (Rabu) Jam 10.00 pagi hingga 31 Disember 2025 (Ahad) jam 11.59 malam. 📌 Pautan SSKP https://sskp.moe.gov.my/ Cara akses ringkas 1⃣ Masukkan no ID pengenalan ibu bapa /penjaga dan murid 2⃣ Tekan OK untuk membuka fail PDF Laporan PBD 3⃣ Kata Laluan PDF ialah no IC ibu bapa / penjaga 4⃣ Sila muat turun dan simpan Laporan tersebut. PERHATIAN 📌 ID pengenalan mestilah yang telah didaftar dalam MOEIS. 📌 Akses tidak dibenar selepas tarikh tutup. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan SSPK boleh e-mailkan kepada pertanyaansskp@moe.gov.my Kerjasama dan perhatian daripada pihak ibu bapa /penjaga amat dihargai. Terima kasih.

photo content

photo content
+1

Assalammualaikum dan selamat tengahari.. Di kesempatan ini, saya Mohd Ashikin bin Rahim, selaku bapa kepada Nur Hannani Karmila yang menghidap kanser otot, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah yang telah mengadakan tabung sumbangan untuk anak saya. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua Tuan dan Puan yang telah menghulurkan sumbangan dengan penuh keikhlasan. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pengetua SM Teknik Johor Bahru, Puan Marina binti Rahman, YDP PIBG, Encik Mohd Ali Khan bin Isa, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti Rahamah binti Ismail, serta tidak dilupakan guru kelas 4A1, Puan Napsiah, yang telah menggerakkan tabung derma untuk anak saya. Semoga segala jasa baik yang telah dilakukan ini hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Didoakan agar Tuan dan Puan semua dilimpahkan rezeki yang berpanjangan serta dikurniakan kesihatan yang baik. Amin. 🤲🏻🤲🏻

photo content

photo content

photo content

Assalamualaikum dan salam sejahtera MAKLUMAN KEBENARAN MELAWAT MURID ASRAMA PADA HUJUNG MINGGU ( 20 & 21 DISEMBER 2025) —————————————————— Peraturan semasa melawat anak yang tinggal di asrama : ✅ Hanya waris pelajar dibenarkan hadir mengadakan sesi lawatan (ayah, ibu dan adik beradik) ✅ Masa lawatan adalah dibenarkan seperti ketetapan berikut : 🔸20 & 21 DISEMBER 2025 (SABTU & AHAD)      : 2.30 – 5.00 petang 🔸Tempat perjumpaan               : Sekitar Asrama/Kantin/pondok wakaf 💖 Mohon kerjasama semua untuk menjaga kebersihan tempat perjumpaan (buang sampah jika ada terus ke tong sampah besar berhampiran kantin) ✅ Pelawat dikehendaki mengisi maklumat pada buku lawatan yang disediakan di pondok pengawal. ✅ Sesi perjumpaan hanya di lokasi yang dibenarkan dan disediakan. Pelawat dilarang masuk ke dalam dorm dan kawasan larangan yang lain termasuk kelas. ✅ Pelajar perempuan tidak dibenarkan menerima tetamu/ pelawat lelaki kecuali bapa atau adik beradik lelaki. ✅ Pakaian pelawat mestilah sopan dan beradab. ✅ Pelawat dikehendaki mematuhi segala peraturan dan waktu melawat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan asrama ——————————————- ⚠️ Pelajar tidak dibenarkan keluar/ dibawa keluar dari kawasan sekolah. Keluar asrama tanpa kebenaran adalah termasuk kesalahan berat. ⚠️Pelajar boleh dikenakan tindakan disiplin jika didapati melanggar arahan ini. Sekian, Terima Kasih. Arahan : Pengurusan Asrama SM Teknik Johor Bahru

MAKLUMAN CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN
MAKLUMAN CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN

MAKLUMAN CUTI SEKOLAH
MAKLUMAN CUTI SEKOLAH

Pemakluman Kutipan Pembayaran Sumbangan PIBG 2025 Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga murid SMTJB yang telah menjelaskan bayaran sumbangan PIBG bagi tahun 2025. Sumbangan tuan puan sangat bermakna dalam memastikan pelbagai program akademik, peningkatan sahsiah dan aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dan memberi manfaat kepada semua murid SMTJB. Namun masih ada kelas yang belum berjaya membuat kutipan sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan dana untuk tujuan di atas sedikit terganggu dan tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan. Tuan puan boleh menghubungi guru kelas anak masing-masing bagi menjelaskan bayaran sumbangan tersebut. Terima kasih atas keprihatinan tuan puan dalam memastikan peningkatan akademik, sahsiah dan kokurikulum murid sentiasa menjadi keutamaan kita bersama. Sekian, terima kasih.

photo content