UMT Official
Ir al canal en Telegram
Saluran informasi dan wadah komunikasi UMT bersama mahasiswa dan komuniti
Mostrar más3 755
Suscriptores
-124 horas
-67 días
-1130 días
Archivo de publicaciones
3 755
*📢 PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI @ UMT*
Warga Universiti Malaysia Terengganu dan masyarakat setempat dijemput hadir ke Program Jualan Rahmah MADANI yang menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga istimewa.
📅 27 Jun 2026 (Sabtu)
🕣 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tapak Pesta Konvokesyen UMT
Program ini diadakan sempena Karnival 25 Tahun UMT bersempena Sambutan Jubli Perak UMT 2026 bagi membantu meringankan kos sara hidup melalui penawaran barangan berkualiti pada harga yang lebih berpatutan.
Ayuh berbelanja dan nikmati penjimatan bersama Program Jualan Rahmah MADANI!
#JualanRahmahMADANI
#Karnival25UMT2026
#KebersamaanUMT
3 755
Repost from Pusat Islam Sultan Mahmud UMT
Ada yang dah tak sabar? 👀🔥
Inteam bakal menemui warga UMT tidak lama lagi! 🎤✨
Saksikan sendiri persembahan yang pastinya membawa suasana penuh meriah dan bermakna.
Jom ramai-ramai hadir dan raikan bersama! 🤩
#UMT #InteamDiUMT
3 755
🎉 3 Hari Lagi! 🎉
Karnival 25 Tahun UMT sempena Sambutan Jubli Perak UMT 2026 bakal bermula!
Ayuh seluruh warga UMT dan komuniti, sama-sama memeriahkan sambutan penuh warna-warni ini yang akan berlangsung pada 25 hingga 28 Jun 2026.
Pelbagai aktiviti menarik, pameran, pertandingan, jualan, persembahan dan program istimewa menanti anda. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah meraikan 25 tahun kecemerlangan UMT.
📅 25 – 28 Jun 2026
📍 Sekitar Kampus Universiti Malaysia Terengganu
Jom raikan, jom meriahkan!
#25TahunUMT #JubliPerakUMT #TogethernessUMT #KebersamaanUMT #UandMeTogether #MalaysiaMADANI
3 755
*MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YAASIN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK UMT*
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Warga Universiti Malaysia Terengganu yang dihormati,
Sempena Sambutan Jubli Perak UMT, seluruh warga universiti dijemput untuk bersama-sama menghadiri Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin sebagai tanda kesyukuran serta munajat memohon keberkatan, perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT buat UMT agar terus teguh melangkah menghadapi segala cabaran pada masa akan datang.
🗓️ Tarikh: 25 Jun 2026 (Khamis)
🕗 Masa: 8.00 pagi
🕌 Tempat: Masjid UMT
Majlis ini turut diserikan dengan bacaan tahlil ringkas buat warga UMT yang telah kembali ke rahmatullah.
Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa, memohon agar Allah SWT mengurniakan rahmat, kekuatan dan kejayaan yang berpanjangan buat seluruh warga UMT.
“Cukuplah Allah sebagai tempat kami bergantung, dan Dialah sebaik-baik Pelindung.”
*Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT*
*Pejabat Komunikasi Korporat, UMT*
https://www.facebook.com/share/p/1LYH3Wk1
3 755
R&R @ MASJID UMT SEMPENA PENDAFTARAN ASASI & DIPLOMA SESI 2026/2027
Assalamualaikum wbt,
Selamat datang diucapkan kepada semua bakal mahasiswa/i serta ibu bapa yang hadir ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sempena pendaftaran Program Asasi dan Diploma Sesi 2026/2027.
Pihak Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) menyediakan kemudahan Ruang Rehat (R&R) @ Masjid UMT sebagai tempat persinggahan dan keselesaan buat para tetamu.
Antara kemudahan yang disediakan:
✅ Ruang rehat yang selesa
✅ Makan tengah hari percuma
✅ Ruang nursery untuk ibu dan anak
📅 Tarikh: 21 Jun 2026
⏰ Masa: 11.00 pagi
📍 Lokasi: Perkarangan Masjid UMT
Jom singgah ke R&R @ Masjid UMT. Semoga kehadiran tuan/puan dipermudahkan dan urusan pendaftaran berjalan lancar.
Pusat Islam Sultan Mahmud
Universiti Malaysia Terengganu
https://www.facebook.com/share/p/18vNiPqMpX/?mibextid=wwXIfr
3 755
AYUH MENYUMBANG 1 ALUMNI BAGI 1 RINGGIT
Dengan berkongsi sumbangan serendah Satu Ringgit bagi mengukir senyuman pada Alumni kita yang ditimpa musibah. Ambil peluang ini untuk lakukan kebaikan dan menambahkan rezeki anda dengan memberi sumbangan.
Jom sama-sama kita menyumbang kembali bagi membantu meringankan beban para Alumni kita yang memerlukan:
- Bantuan rawatan hospital
- Khairat kematian
- Bantuan kemalangan diri yang menyebabkan kecacatan
- Kemusnahan harta benda akibat bencana alam
- Yuran pengajian ke peringkat lebih tinggi
- Alumni Kasih : Sama Kampus, Lain Generasi
Diharapkan sumbangan anda mampu memberikan senyuman kepada alumni dan kami di Pusat Alumni mendoakan semoga anda dilimpahkan rezeki yang berterusan dan sentiasa berada di dalam lindunganNya.
Sebarang Sumbangan anda boleh salurkan dengan SCAN QR CODE di poster atau klik link tersebut : https://www.billplz.com/danasumbanganUMT
Jangan lupa taip rujukan " Sumbangan Alumni UMT" ya...
3 755
Repost from Pusat Islam Sultan Mahmud UMT
INFAQ SUBUH MASJID UMT
Rezeki yang kita nikmati hari ini adalah amanah daripada Allah.
Jangan biarkan ia hanya singgah di tangan, tetapi jadikan ia bekalan yang kekal menuju akhirat. 🤍
Di waktu Subuh yang penuh keberkatan, hulurkan sedikit daripada rezeki kita untuk mengimarahkan rumah Allah.
✨ Mungkin nilai itu kecil pada pandangan manusia,
namun besar nilainya apabila diterima oleh Allah.
Ayuh warga UMT, bersama-sama hidupkan Masjid UMT dengan Infaq Subuh.
📲 Imbas QR dan jadikan sedekah sebagai rutin setiap pagi.
“Sedekah tidak mengurangkan harta, bahkan menjadi sebab bertambahnya keberkatan.” 🌿
#InfaqSubuhMasjidUMT
#PISMUMT
#SebarkanKebaikan
3 755
Repost from Pusat Islam Sultan Mahmud UMT
HEBAHAN MIMBAR JUMAAT KHAS SEMPENA WORLD OCEANS WEEK 2026
19 Jun 2026 bersamaan 3 Muharram 1448H
👤 Khatib :
Profesor Ts. Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Akhir
• Pro Naib Canselor (Strategi, Prestasi dan Korporat) UMT
👤 Imam :
Ustaz Mohd Syafiq bin Alias
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam PISM UMT
👤 Bilal :
Saudara Muhammad Azim bin Muhammad
• Bilal Rawatib Masjid UMT
Dijemput warga UMT dan komuniti setempat bersama sama hadir solat jumaat dan menghayati khutbah yang akan disampaikan.
Pusat Islam Sultan Mahmud
Universiti Malaysia Terengganu
3 755
🎉 Tahniah kepada seluruh warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atas pencapaian cemerlang sebagai Universiti ke-32 Terbaik Dunia dan berada dalam kelompok 10 Universiti Awam Terbaik Malaysia.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan UMT dalam memperkasa kecemerlangan akademik, penyelidikan berimpak tinggi dan agenda kelestarian. Semoga UMT terus melakar kejayaan serta menjadi peneraju ilmu yang memberi manfaat kepada masyarakat, negara dan dunia. 🌏✨
#25TahunUMT #TogethernessUMT #KebersamaanUMT #UandMeTogether #MalaysiaMadani
3 755
HEBAHAN KHUTBAH JUMAAT KHAS UMT
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dihormati,
Sempena Sambutan Jubli Perak UMT 2026, marilah bersama-sama mengimarahkan Khutbah Jumaat Khas yang akan disampaikan oleh:
🎙 Tuan Hj. Zukiferee bin Ibrahim
Pengarah, Pejabat Komunikasi Korporat, UMT
📅 Tarikh: 26 Jun 2026 (Jumaat)
📍 Tempat: Masjid UMT
Ayuh kita hadir bersama-sama memakmurkan rumah Allah, mendengar pengisian yang bermanfaat serta mendoakan kesejahteraan dan keberkatan buat seluruh warga UMT.
“25 Tahun Menerajui Agenda Ekonomi Biru Negara”
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dalam majlis penuh keberkatan ini.
Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT
Pejabat Komunikasi Korporat, UMT
https://www.facebook.com/share/p/1FcnPT9Ws2/?mibextid=wwXIfr
3 755
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, UMT mencatat pencapaian bersejarah apabila berjaya melonjak ke kedudukan 701–710 dunia dalam QS World University Rankings 2027, meningkat daripada 801–850 pada tahun sebelumnya.
Kedudukan ini meletakkan UMT dalam kalangan 710 universiti terbaik dunia daripada lebih 8,800 universiti yang dinilai oleh QS.
Kejayaan ini disokong oleh prestasi cemerlang UMT dalam:
🔹 #7 terbaik Malaysia bagi Citations per Faculty dengan indeks sitasi 159.5, hampir 3 kali ganda lebih tinggi berbanding median global
🔹 #9 terbaik Malaysia bagi Sustainability, selari dengan peranan UMT sebagai universiti berteraskan marin, akuatik dan kelestarian
🔹 #10 terbaik Malaysia bagi International Research Network, mencerminkan kekuatan kolaborasi penyelidikan antarabangsa
Tahniah dan setinggi penghargaan kepada seluruh warga UMT atas komitmen yang telah mengangkat nama universiti ke tahap yang lebih membanggakan di persada global.
3 755
UMT has achieved a historic milestone by rising to the 701–710 band globally in the QS World University Rankings 2027, improving from the 801–850 band in the previous year.
This achievement places UMT among the top 710 universities in the world out of more than 8,800 universities evaluated by QS.
This success is supported by UMT’s strong performance in several key indicators:
🔹 #7 in Malaysia for Citations per Faculty, with a citation index of 159.5, nearly three times higher than the global median
🔹 #9 in Malaysia for Sustainability, in line with UMT’s role as a university focused on marine, aquatic, and sustainability
🔹 #10 in Malaysia for International Research Network, reflecting the strength of UMT’s international research collaborations.
Congratulations to every member of the UMT community. We are profoundly grateful for your hard work and dedication, which continue to propel our university toward global excellence. Thank you for making this achievement possible.
¡Ya disponible! Investigación de Telegram 2025 — los principales insights del año 
