cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Tip Rezeki & Bebas Hutang

REZEKI selalu dikaitkan dengan banyak DUIT. Tiada HUTANG. Nak apa sahaja boleh dapat. Tidak sebenarnya, duit itu hanyalah alat. Saya @sitimuslihah berkongsi amalan menarik rezeki dengan cara Allah❤️ dan hidup tenang bebas HUTANG.

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
773
Suscriptores
Sin datos24 horas
+17 días
+630 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Jaga solat, Allah jaga kita. . Setiap kali kalau rasa macam banyak betul masalah, kalau bukan sebab kerana Allah sayang, Allah uji, jika tidak, minta jauh. . Mungkin kita dah mula jauh dari Allah, mungkin solat kita. . "...Tapi ada saja yang macam senang je hidup dia", . ada orang kata macam ni. Kita mungkin nampak dia senang zahir, tapi dalam diri dia, hati dia, fikiran dia, kita tak tahu. . Kita tak tahu. Paling penting dalam hidup ini adalah cuba untuk jaga hubungan kita dengan Allah. . Ini yang paling penting dalam hidup ni. . Masih banyak hutang.. jaga solat. . Masih banyak ujian dengan hamba Allah, manusia lain, atas kerana kelemahan diri.. tetap cuba jaga solat. . Masih tak stabil dalam hidup.. terus solat, terus. . Ada kata dengan saya, "Stabil, semua dah ada.. untung." . Tak, definisi stabil bagi saya, bagi kita, bukan hanya soal, dah ada kerja, bisnes ok, rumah ada, kereta ada, semua ada, lengkap la orang kata dekat pandangan mata kita. . Tapi belum lagi, jika diri dia, hubungan dia dengan Allah masih belum stabil. . Dengar azan, rasa biasa. . Terlepas solat, solat nanti-nanti, macam biasa saja. Saya terkejut melihat ada seorang kawan ni saya kenal, sakit pun masih solat, dan last-last meninggal dekat masjid. . "Ya Allah jelesnya. Kan best kalau kita nanti macam tu." . Kita suka kata macam tu, bagus la, tapi sebenarnya itulah hidup dia, itulah cara hidup dia, suka pergi masjid. . Jadi Allah tunjukkan. . Allah tunjukkan, betul, terus sedar saya. . Orang dulu, jika terlambat satu solat jemaah, berhari-hari nangis, tapi kita hari ni nangis sebab hilang kerja, hilang buah hati. . Allah hilang dalam hidup, kita tak takut.
Mostrar todo...
Gembiralah ketika Allah merentap impian mu atau mengagalkan perancangan mu. Kerana ini bermaksud kamu hidup mengikut rancangan Allah, dan apa shj dari Allah adalah perfect !!! ☺️
Mostrar todo...
-ajar anak solat apabila telah berumur 7 tahun dan rotani mereka jika tidak bersolat apabila telah berusia 10 tahun. -ajar anak-anak membaca Al-Quran. PESANAN KELIMA : Hidup Secara Sederhana -hidup sederhana mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. -Elakkan pembaziran dengan membeli perkara-perkara bermanafaat sahaja. -jika kita dapat mengamalkan sunnah nabi saw dalam kehidupan harian, insyaAllah dengan sendirinya kita akan amalkan hidup sederhana. -jadikan kehidupan nabi dan para sahabat sebagai ikhtibar. Hidup sederhana menyelamatkan kita dari kesusahan dan kerisauan. PESANAN KEENAM : Galakkan diri, suami/mahram ( anak dan adik beradik lelaki ) keluar di jalan Allah (khuruj fisabilillah) -galakkan suami/mahram agar keluar untuk menegakkan agama Allah supaya suami/mahram dapat bawa balik agama dalam rumahtangga supaya suasana iman dan amak dapat diwujudkan di dalam rumah. -Apabila tiap-tiap rumah dapat keluarkan orang-prang lelaki dalan usaha ini maka akan wujudlah suasana agama, ketenteraman, ketenangan dan kesefahaman dan wujudlah fikir yang sama dalam rumah. -kelebihan seorang isteri yang redho suami keluar di jalan Allah akan dimasukkan di dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami dan akan menjadi ketua bidadari yang menunggu suami di pintu syurga.... Aamiin... #credit:ummuakmalhayat
Mostrar todo...
untuk masturat kesayangan ummi Untuk memastikan kaum wanita hari ini kembali kepada tempat dan kemuliaannya, ada ENAM PESANAN yang telah digariskan oleh masyaih (ulama2 dalam usaha ini) untuk para wanita. PESANAN PERTAMA : Solat Di Awal Waktu dan galak suami dan anak lelaki solat di mana azan dilaungkan. -wanita perlu usaha untuk solat di awal waktu di rumah dan menggalakkan mahram (lelaki) solat awal waktu di masjid/surau di tempat azan diazankan. Usahalah agar segala kerja rumah dapat dibereskan sebelum masuk waktu solat, apabila masuk waktu solat, solatlah di awal waktu dan seelok-eloknya di tempat yang dikhaskan di dalam rumah. -Sekiranya seorang wanita melengah-lengahkan solat, tiba-tiba dia uzur tanpa sempat menunaikan solat tersebut, Atau bersalin, atau kedatangan tetamu dan yang lebih parah andai ajal tiba.. maka dia akan dianggap sebagai seorang yang telah melengah-lengahkan solat. -Disamping itu, seorang wanita/isteri hendaklah galakkan suami serta mahram agar bersolat di masjid di tempat azan diazankan. Sekiranya suami solat fardhu berjemaah di masjid/surau wanita di rumah juga akan mendapat pahala solat berjemaah 27 kali ganda dan tambah satu pahala kita solat di rumah. - Rasulullah ﷺ bersabda 'jika tidak kerana kaum wanita dan kanak-kanak dalam rumah itu nescaya aku bakar rumah-rumah di mana penghuni lelakinya tidak solat berjemaah di masjid'. Ganjaran solat di awal waktu : 1) jika berwuduk dan tunggu azan untuk solat maka di akhirat nanti Allah subhanahu wata'ala akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti matahari. 2) jika berwuduk ketika azan sedang diazankan maka di akhirat nanti Allah s subhanahu wata'ala akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti bulan purnama. 3) jika berwuduk selepas azan diazankan maka di akhirat Allah subhanahu wata'ala akan bangkitkan kita dengan muka yang bercahaya seperti bintang. PESANAN KEDUA : Istiqamah membaca Al-Quran dan Berzikir -sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-Quran setiap hari jika tidak uzur. -Hak Al-Quran hendaklah khatam sekurang-kurangnya 2 kali setahun. -Usahalah agar anak-anak juga dibiasakan dengan membaca Al-Quran setiap hari dan usahalah agar jadikan salah seorang anak-anak kita dikalangan Hafiz Al-Quran. -usahalah agar istiqomah membaca surah-surah di mana Nabi Muhammad ﷺ tidak lupa membacanya setiap hari iaitu: surah yasin (seperti khatam 10 kali Al Quran) Surah Al-Waqiah (dijauhkan dari kepapaan) Surah Al-Mulk dan As-Sajadah (dijauhkan dari siksa kubur) Surah Khafi (setiap hari jumaat - Nur akan bersamanya hingga jumaat akan datang) Diselamatkan dari fitnah Dajjal Surah al Fatihah 3x = 1 khatam Surah al Zalzalah 2x = 1 khatam Surah wl kafirun 4x = 1 khatam Surah al ikhlas 3x = 1 khatam Surah Yasin 1x = 10x khatam PESANAN KETIGA : Istiqamah Menghidupkan Majlis Taklim Di Rumah -hidupkanlah majlis taklim (buat 5amal rumah) di rumah sekurang-kurangnya 30minit dan boleh hingga sejam setengah. -Majlis ini hendaklah diadakan secara istiqamah setiap hari pada masa dan tempat yang tetap serta melibatkan semua ahli di dalam rumah. -Kesan dari majlis pembacaan hadis ini akan melembutkan hati kita dan hati anak-anak. Kesan dari majlis bacaan hadis juga akan menyebabkan rumah-rumah bercahaya seperti bintang-bintang, syaitan akan keluar dari rumah dan para malaikat akan berada di dalam rumah. rumah juga akan menjadi sumber hidayat untuk jiran-jira. Allah swt akan turunkan rahmat, keberkatan dan ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam rumahtangga. PESANAN KEEMPAT : Mendidik Anak Dengan Didikan Agama dan Sunnah -wujudkan suasana madrasah didalam rumahtangga kita dengan suasana iman dan amal maka dengan sendirinya anak-anak akan dapat didikan agama yang lebih sempurna. -dekatkan anak-anak dengan kisah Rasulullah saw dan para sahabat supaya kisah-kisah ini dapat membentuk akhlak dan peribadi anak-anak. -Awasi pergaulan mereka, akhlak mereka, pakaian mereka dan makan-minum mereka. Ajarkan supaya mereka yakin kepada Allah. -Ajarkan mereka doa-doa harian dan sunnah-sunnah nabi Muhammad ﷺ dalam setiap perbuatan harian mereka.
Mostrar todo...
*Kepada sesiapa yg menerima viral ini bacalah .. kalau tak baca rugi sgt2...jika tak boleh baca skrg, cari la masa yg sesuai utk baca moga ada manfaatnya* Utk Shbt2... Jiran2... adik beradik... dan anak2 yg dikasehi.... PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA *Bacalah pesanan in dengan mata dan hati* *Jahat atau baik kita..* *solat jangan ditinggalkan.* *Solat bukan sebab kita baik.* *Solat sebab perintah Allah.* *Solat kita adalah lambang kehidupan kita...* *Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...* *NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.* *Jika tidak, sudah pasti gunung yg hendak ditukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...* *Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....* *Kalau dah mati...* *Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..* *Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...* *Sedekah masa hidup itu bonus...* *Ilmu yg di kongsi itu bonus...* *Sehebat mana pun kita...kita tetap akan mati....* *Sehina mana pun kita...kita tetap akan mati...* *Takut mcm mana pun dengan mati...tetap akan mati...* *Berani mcm mana pun ...tetap akan mati* *Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap akan mati...* *Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....* *Mati itu pasti...* *Sakaratul maut itu pasti...* *Alam barzakh itu pasti...* *Ingat mati ...* *Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....* *Kita tak bawa segunung harta setelah mati.* *Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada. Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....* *Teruslah melangkah,* *selama engkau* *di jalan yang baikk* *Meski terkadang kebaikan* *tidak sentiasa dihargai* *Jangan menjelaskan tentang* *dirimu kepada siapa pun* *kerna yang menyukaimu tidak* *perlu tahu tentang semua* *kebaikan yang kamu lakukan* *Dan yang membencimu tidak* *percaya tentang kebaikan* *yang masih ada pada dirimu* *Hidup bukan tentang siapa yang terbaikk* *tapi tentang siapa yang mahu berbuat baikk dan sentiasa memperbaiki diri* *Hari ini dan semalam* *adalah hari yang berbeza* *Pintu taubat sentiasa terbuka* *untuk hamba-hambaNya* *KITA BUKAN SIAPA-SIAPA* *UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA* *PADA AKHIRNYA SEMUA BERAKHIR "SAMA..."* *SAAT USIA 50- an.... "CANTIK DAN HODOH, SAMA SAJA..". (tak peduli seberapa cantiknya kamu, di usia itu kedutan, darkspot, kulit kendur, tak boleh lagi terus kamu sembunyikan dengan gincu dan bedakmu...* *SAAT USIA 60-an... "PENDIDIKAN TINGGI DAN PENDIDIKAN RENDAH, KEDUDUKAN TINGGI DAN KEDUDUKAN RENDAH, SAMA SAJA..". (Setelah semua bersara, tak ada lagi boss atau bawahan..)* *SAAT USIA 70- an... "RUMAH BESAR DAN RUMAH KECIL, SAMA SAJA..".(Tulang sendi, lutut dan kakimu sudah mulai longgar, semakin sulit untuk bergerak.. sekarang kamu cuma perlu ruang kecil untuk di-diami.. ).* *SAAT USIA 80- an...(itupun kalau masih hidup)* *(PUNYA DUIT DAN TIDAK PUNYA DUIT, SAMA SAJA.."* *saat itu duitmu tak lagi boleh membeli steak yang enak lazat, gulai, rendang dan lain2 kerana tubuhmu tak lagi boleh dimasuki banyak makanan, lidahmu sudah tak punya rasa,* *dan kamu tak berdaya lagi ke-tempat di mana kamu boleh menghabiskan duitmu).* *SAAT USIA 90- an... "TIDUR DAN BANGUN, SAMA SAJA", (kerana setelah bangun, kamu tetap tidak tahu apa yang akan kamu lakukan )* *SAAT AJALMU TIBA.... "KAYA DAN MISKIN, SAMA SAJA". Kamu hanya akan di-baluti kain kafan dan dimasukkan ke dalam tanah yang ukurannya sama, orang2 akan menangisi kamu kemudian melupakanmu, kerana mereka akan meneruskan kehidupan yang dipenuhi oleh persoalan hidup masing2.* *Oleh kerana itu, semasa hidup, _jangan terlalu tinggi hati_ atas apa yang kita MILIKI, kerana PADA AKHIRNYA kamu tak memiliki APA2...* *" ...kecuali Amal Kebaikan Dan Ibadah.. * *Yang akan di bawa Di Akhir Cerita... "* Sharing is jariah #jompahala
Mostrar todo...
5 Tips mendidik anak soleh : 1. Bangun pagi, peluk anak sekurangnya 3x dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak) 2. Lembutkan hati anak *hembus pd ubun-ubun, makanan dan pakaian - Surah AlFatihah - Surah Al-Hasyr (ayat 21-24) - Surah Taha (ayat 1-5) - Ayat Qursi - zikir ya Latif 3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus : - Ya 'Aziz - Ya Jabbar - Ya Mutakabbir 4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40) 5. Sentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata. (Dipetik dari Buku Mendidik Anak Cara AlFateh) Kredit : Wan Musyahadah
Mostrar todo...
Dah lama saya nak tulis tentang amanah (hutang), Allah izinkan saat ini. gambar di bawah ni adalah pinjaman yang dibayar adik saya. Terharu hanya Allah yang tahu saat melihat dia mengangkat satu plastik besar yang mengandungi sejumlah wang syiling RM1,000 dan keseluruhannya termasuk wang RM1 dan RM5 ini total RM3,000. Saya hanya mampu membalasnya dengan doa moga Allah terus deraskan lagi rezqinya. Allah nilai usaha gigihnya dengan berniaga mengumpul wang ini untuk menyelesaikan segala amanahnya. Teringat adik saya pernah cerita kisah seorang sahabatnya yang sangat baik dan telah meninggal dunia di usia yang sangat muda. Suatu hari arwah datang dalam mimpi sahabatnya dan dalam mimpi tersebut arwah minta tolong sahabatnya cari nota yang dia tinggal dan tolong selesaikan hutangnya. Selepas terjaga dari mimpi sahabat arwah mencari nota yang di maksudkan arwah dan dia terjumpa sticky note yang tertulis hutang arwah dan dia segera menyelesaikan hutang tersebut. Allahuakbar. Allah bantu arwah. Selepas dengar kisah ni saya sangat terpanggil untuk menulis perihal hutang. Ya benar hutang memang di benarkan dalam Islam. Tapi satu perkara penting yang kita selalu lupa ialah mencatat hutang-hutang kita. Realiti berlaku sekarang ramai yang menganggap hutang adalah perkara kecil. Sedangkan Allah cerita panjang tentang hutang dalam Ayat 282-283 Surah Al-Baqarah. Bukalah Quran tafsir dan hayatilah terjemahan ayat 282-283 ini. Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga meninggalkan pesan pada kita dengan sabdanya : "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan keresahan di malam hari dan menyebabkan kehinaan (aib) di siang hari” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi) “Ruh seorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya hingga lah dia melunasinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi). Marilah sama² kita mula menulis hutang-hutang kita dan tanamkan azam serta niat untuk menyelesaikan kembali segala hutang-hutang tersebut. Pesan pada orang terdekat kita jika kita meninggal dunia bagaimana cara mereka boleh bantu melunasi hutang-hutang tersebut. Bila kita berhutang jangan larikan diri atau bermusuhan. Jika masih belum mampu bayar hubungilah orang yang kita pernah berhutang dan maklumkan keadaan yang kita masih belum mampu melunasi hutang²nya. Ingatlah sahabat, orang yang mati syahid sekalipun ruhnya masih tergantung selagi hutangnya tidak diselesaikan. Semoga Allah bantu kita kembali mengadapnya dalam keadaan bebas dari segala jenis hutang piutang. Allahumma #Aamiin Ya Allah Mujeeb. Sama² kita ingat mengingatkan kerana Allah. Salam Sayang, Huda Yaacob . . https://www.facebook.com/share/p/q75wwgoNSDrhV8DF/?mibextid=oFDknk
Mostrar todo...
Semoga Allah berikan kita mata hati yang mampu menilai mana Haq mana batil. Dan semoga Allah berikan kita dan keluarga keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, matikan kami dalam husnul khatimah.
Mostrar todo...
Salam, Saya pernah mendengar nasihat dari seorang ustaz. Saya gengam sebaiknya nasihat ini. Andai dalam mendidik anak² dalam fasa akhir zaman ini banyak kecelaruan dan ujian Contohnya, anak degil, malas solat, tak dengar nasihat.. Usahakan bangun solat hajat dan berdoalah.. Wahai Ya Rabb Engkau telah titipkan zuriat ini ke dalam rahimku. Dan Aku telah melahirkannya, aku telah menyusukannya, aku telah berusaha mendidiknya.. Dengan Rahmat, kebesaran dan kasihsayangMu.. Andai dosa²ku kepadaMu membuat anak ku ini bermasalah. Ampunilah semua dosa²ku masa lalu.Terimalah Taubatku. Jangan biarkan kami sekelip matapun juga tanpa pertolonganMu. Kepada Engkau jugalah Ya Allah tertentu urusan sekalian makhluk dan urusan pemerintahan Maha Suci Allah Yang Maha Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam Aamiin Ya Rabbal.alamiin. Doa berulang kali dengan yakin. Kredit: Angle Love
Mostrar todo...