cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

MFAZ (Fawaid Ilmu)

Laman yang menghimpunkan faedah-faedah ilmu Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله- Dikendalikan oleh Ustaz sendiri dan beberapa orang admin dalam kalangan ahli keluarganya. نسأل الله يجعلها خالصًا لوجه الله الكريم

Mostrar más
Publicaciones publicitarias
2 075
Suscriptores
+224 horas
+277 días
+21030 días
Distribuciones de tiempo de publicación

Carga de datos en curso...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
Análisis de publicación
MensajesVistas
Acciones
Ver dinámicas
01
Fawaid Tadabbur Al-Quran: Seluruh keajaiban yang dikisahkan Allah dalam Al-Quran dan Al-Sunnah seperti penciptaan langit dan bumi, kisah-kisah mukjizat para Nabi dan Rasul, kisah keajaiban Ashabul Kahfi, fitnah Samiri, Dajjal dan seumpamanya walaupun ramai manusia merasa kagum, takjub atau hairan terhadapnya namun jika dinisbahkan seluruh keajaiban itu bagi Allah ia bukanlah sesuatu yang ajaib kerana kudrat dan kekuasaan Allah menciptakan seluruh alam semesta itu lebih besar dan lebih agung jika hendak dibandingkan dengan keajaiban yang melibatkan makhluk-makhluknya yang kecil. Dalilnya: لَخَلۡقُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ أَكۡبَرُ مِنۡ خَلۡقِ ٱلنَّاسِ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا یَعۡلَمُونَ﴿ ٥٧ ﴾ Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui. Ghafir: 57 Rujuk faedah ini dalam Adhwa' Al-Bayan fi Idhah Al-Quran bil Quran, jilid 4 hal 25, Dar 'Alam Al-Fawaid. MFAZ.
1423Loading...
02
FAEDAH TADABBUR: HADIS NABI ﷺ PASTI SEIRING DENGAN AL-QURAN Ketika seorang hamba Allah sedang membaca al-Quran lalu sampai pada ayat: إِذۡ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥۤ أَسۡلِمۡۖ قَالَ أَسۡلَمۡتُ لِرَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: " Islamlah (berserah dirilah kepadaKu wahai Ibrahim!" Ibrahim menjawab: " Aku serahkan diri kepada Tuhan Yang memelihara dan mentadbir seluruh alam". [ Al-Baqarah: 131 ] Lalu anaknya yang baru berusia enam tahun mendengar ayat tersebut dan berkata: أَسْلِمْ تَسْلَمْ " Masuklah kamu dalam Islam (serahlah diri kepada Allah) nsecaya kamu akan selamat". Anaknya merujuk kepada lafaz hadis Surat Nabi Muhammad ﷺ yang diutuskan kepada pemerintah Rom dalam Sahih al-Bukhari hadis no:7. Demikianlah pemahaman yang Allah berikan kepada sesiapa hamba-hambaNya yang Dia kehendaki. Wallahualam. MFAZ.
1414Loading...
03
Media files
1795Loading...
04
BARISAN AHLI SYURGA Daripada Buraidah bin Al-Hasib al-Aslami r.a, Rasulullah ﷺ bersabda: أَهْلُ الجنَّةِ عِشرونَ ومائةُ صفٍّ، ثمانونَ من هذِهِ الأمَّةِ، وأربَعونَ من سائرِ الأممِ Ahli Syurga itu barisannya ada seratus dua puluh barisan, lapan puluh barisan dalam kalangan umat ini, dan empat puluh barisannya dalam kalangan umat-umat yang lain [ HR Al-Tirmidzi no:2546, Ibnu Majah no:4289, Ahmad no: 23002, Sahih menurut Ibnu Hibban, Al-Albani & Al-Arnaut, hasan menurut Ibnu Hajar & Al-Wadi'i, Al-Sahih al-Musnad no:148, Fathul Bari 11/395 ] Catatan: Keluasan Syurga itu tidak mengetahuinya melainkan Allah Tabaraka wa Taala. Dalam riwayat Al-Bukhari dan Muslim Nabi ﷺ menyebutkan jarak antara penjuru dua daun pintu syurga adalah jarak antara Makkah dan Hajar (Qatar dan Bahrain) dan Makkah atau antara Makkah dan Busra (Syam, Syria). Dikatakan anggarannya adalah lebih kurang 1273 KM atau lebih. Ini menunjukkan keluasan Syurga Allah, Ya Allah jadikanlah kami, ibu-bapa, saudara-saudara, zuriat keturunan dan sahabat-sahabat kami termasuk dalam kalangan barisan Ahli Surga. Amin. Wallahualam. MFAZ
1682Loading...
05
Insya Allah kuliah ini akan bermula esok malam. Penyertaan adalah percuma!! Link untuk penyertaan: https://t.me/+ciITSzA7S883MjU1 Admin MFAZ (Fawaid Ilmu)
2969Loading...
06
Insha Allah kuliah akan bermula 21 hb Jun 2024 ini, penyertaan hanya terhad kepada 100 orang peserta sahaja. Jazakumullah khairal jaza' Admin MFAZ (Fawaid Ilmu)
2574Loading...
07
MENINGGALKAN PUASA SUNAT UNTUK MEMBACA AL-QURAN ATAU AMALAN LAIN Tidak mengapa jika seseorang individu memilih amalan sunat yang lain lalu meninggalkan amalan sunat yang lain jika dibimbangi amalan sunat itu jika dihimpunkan kedua-duanya akan menyebabkan salah satunya terabai atau dapat melemahkannya dalam kewajipannya atau kebiasannya dalam amalan sunatnya atau menyebabkan ditinggalkan salah satu atau kedua-duanya. Tidak dinafikan jika seorang hamba dapat menghimpunkan kedua-duanya maka itu adalah baik. Namun setiap orang tidak akan sama keadaan dan kemampuannya. Inilah madar berlegarnya fiqh Salaf. Sahih daripada Abdullah bin Mas'ud r.a bahawasanya beliau meninggalkan puasa sunat, lalu katanya: إنه يُضْعِفُنيِ عن قراءة القرآن، وقراءة القرآن أحَبُّ إليَّ Sesungguhnya (puasa sunat itu) melemahkan aku untuk membaca al-Quran, sedangkan membaca al-Quran itu yang paling aku suka. [ HR Al-Tabarani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir, disahihkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari dan Al-Usoimi dalam Syarh Mu'jam al-Mukhtar hal 14 ] Antara kesalahan ramai manusia apabila mereka cuba memaksa untuk membanyakkan amalan-amalan sunat yang mutlak kepada semua jenis manusia tanpa melihat keadaan dan perbezaan dan kemampuan manusia tersebut. Ini antara kesalahan dalam Tahzib an-Nafs (latihan jiwa) yang paling ketara. Hal ini kerana kaedah dalam hadis Nabi ﷺ menyatakan: أَحَبُّ العمل إلى الله ما داوم عليه صاحبه وإن قَلَّ Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah apa yang pelakunya sentiasa berterusan melakukannya walaupuan ia sedikit. [ Muttafaqun 'alaih, dan ini adalah lafaz Muslim ] Contohnya jika seorang individu itu miskin dan fakir tidak kena jika kita menggalakkannya untuk banyak bersedekah sedangkan dia seorang yang fakir, jika seorang buruh atau pekerja yang bekerja berat atau guru yang mengajar ilmu dan al-Quran tidak kena jika kita menggalakkan dia untuk berpuasa sunat sedangkan kemungkinan ibadat sunat tersebut boleh melemahkannya daripada amalan kewajipannya atau kebiasaannya. Yang penting amalan kebiasaannya itu sama ada amalan wajib atau sunat dilakukan secara berterusan dan istiqamah walaupun sedikit itulah yang sangat dicintai oleh Allah, bukan hanya dilihat pada kuantiti tanpa kualiti semata-mata seperti salah faham ramai orang. Demikianlah fiqh Salaf dalam Tahzib an-Nafs (Latihan Jiwa) Wallahualam. MFAZ.
2922Loading...
08
Soalan: Adakah berdosa jika saya tahu fadilat amalan pada 10 hari awal Zulhijjah namun saya tidak beramal di dalam salah satu harinya, contohnya saya tidak mampu untuk berpuasa kerana kekangan kerja. Apakah ada amalan lain yang boleh saya lakukan selain berpuasa? Jawapan: Tidak, kerana hukum berpuasa pada salah satu hari yang dicintai oleh Allah hanyalah mustahhab (digalakkan) dan ia bukannya wajib. Firman Allah SWT: فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ ‏Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah menurut sedaya upaya kemampuanmu. [ Al-Taghabun: 16 ] Sabda Nabi ﷺ : فإذا نهيتكم عن شيء فاجتنبوه وإذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم Apabila aku telah melarang kalian daripada sesuatu maka jauhilah ia, dan apabila aku telah memerintahkan dengan sesuatu maka lakukanlah darinya apa yang kalian mampu. [ HR Al-Bukhari ] Jika tidak mampu berpuasa pada hari-hari lain perlu diusahakan untuk berpuasa contohnya pada hari Arafah 9 Zulhijjah kerana fadilatnya sangat besar iaitu dapat menghapuskan dosa setahun lalu dan akan datang. Jika kita tahu fadilatnya insyaAllah akan dipermudahkan untuk mengamalkannya. Namun jika tidak mampu ia tidaklah berdosa. Adakah amalan lain selain puasa?. Ya sudah tentu, amalan soleh dalam hari-hari yang dicintai Allah ini ada pelbagai. Antaranya zikir, takbir, tahlil, tahmid, membaca Al-Quran, bersedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa, amar makruf nahi mungkar, menuntut ilmu dan semua jenis amalan-amalan soleh. Bahkan jika kita tidak mampu berpuasa dan kita makan dalam keadaan mensyukuri nikmat rezeki Allah kita akan mendapat pahala seperti berpuasa berdasarkan hadis Nabi ﷺ : الطاعمُ الشَّاكرُ بمنزلةِ الصائمِ الصابرِ Orang yang makan lagi bersyukur sama kedudukannya seperti orang berpuasa yang bersabar. [ HR Al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad, dinilai hasan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar, dinilai sahih oleh Ibnu Hibban, Ibnu Taimiyyah, Ahmad Syakir, Al-Arnauth dan Al-Albani ] Justeru bagi mereka yang tidak mampu berpuasa perbanyakkan rasa syukur ketika makan insyaAllah kedudukannya sama seperti mereka yang bersabar ketika berpuasa. Wallahu'alam. MFAZ.
2452Loading...
09
TALBIAH, ZIKIR DAN TAKBIR DAN BAGI KALIAN SYURGA! Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah ﷺ bersabda: ما أَهَلَّ مُهِلٌّ قطُّ إلَّا بُشِّرَ ، ولا كَبَّرَ مُكَبِّرٌ قطُّ إلَّا بُشِّرَ ، قيل : بالجنةِ ؟ قال : نَعَمْ Tiada seorang pun yang bertalbiah (atau meninggikan suara dengan zikir yang mutlak) melainkan dia diberikan khabar gembira, tiada seorang pun yang bertakbir melainkan dia diberikan khabar gembira. Ditanyakan kepada Nabi ﷺ : " (Diberikan khabar gembira) dengan Syurga?". Jawab baginda ﷺ : " Ya " [ Al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat 7/379, Sahih al-Jaami' no:5569, Silsilah Al-Sahihah no: 1621 ] Catatan: 1. Maksud Ahalla Muhillu ada dua sama ada seseorang yang meninggikan suaranya ketika berzikir secara mutlak pada tempat yang khusus yang ditunjukkan syarak atau merujuk secara lansung kepada mereka yang bertalbiah ketika mengerjakan haji dan umrah. Adapun maksud mereka yang bertakbir pula umum termasuklah mereka yang banyak bertakbir ketika 10 hari awal bulan Zulhijjah dan ia seakan-akan merujuk kepada mereka yang tidak berkemampuan mengerjakan ibadat haji ketika itu turut diberikan khabar gembira. 2. Maksud diberikan khabar gembira kata para ulama antaranya dia akan diberikan khabar gembira ketika datangnya malaikat yang akan mencabut nyawanya atau ketika dia di dalam kuburnya atau ketika dia dibangkitkan pada hari kiamat kelak. 3. Hadis ini menunjukkan galakkan membanyakkan takbir dan zikir terutama pada waktu-waktu yang ada kelebihan antaranya sepuluh hari awal zulhijjah. Banyakkanlah Takbir mengangungkan Allah dalam hari-hari yang terbaik ini, jangan sia-siakan kesempatan yang ada, moga-moga kita diberikan khabar gembira dengan syurga di saat kematian, di kubur dan pada hari kita dibangkitkan kelak. Wallahualam. MFAZ.
2373Loading...
10
FIQH TAKBIR KETIKA 10 HARI AWAL ZULHIJJAH DAN HARI TASYRIQ 📢 🕋 📌 Disyariatkan takbir mutlak di rumah, jalanan, masjid-masjid pada waktu malam dan siang bermula dari awal zulhijjah (setelah maghrib yakni awal 1 Zulhijjah) sehinggalah tenggelamnya matahari hari terakhir dari hari-hari tasyrik. 📌 Tiada lafaz takbir yang tertentu, lafaz takbir adalah luas. 📌 Lafaz takbir yang paling utama: اللهُ أكبر اللهُ أكبر، لا إلهَ إلَّا الله، واللهُ أكبر اللهُ أكبر، ولله الحَمْد. 📌 Disunnahkan menjaharkan takbir bagi lelaki dan tidak disyariatkan takbir secara berjemaah. 📌 Bermulanya takbir muqayyad- setelah selesainya waktu solat fardu lima waktu- bermula dari solat subuh pada hari Arafah (9 Zulhijjah) sehinggalah waktu asar hari terakhir dari hari-hari tasyrik (13Zulhijjah). 📌 Waktu yang terakhir bagi takbir mutlak pada Hari Raya Aidiladha sampai tenggelamnya matahari hari ke 13 Zulhijjah iaitu hari terakhir dari hari-hari tasyrik. Wallahualam. MFAZ
3644Loading...
11
FAEDAH TADABBUR: SEORANG HAKIM ATAU QADI YANG BIJAKSANA TIDAK SESEKALI AKAN TERPEDAYA DENGAN TANGISAN DAN RATAPAN DALAM PROSES PENGADILAN Firman Allah Taala: وَجَاۤءُوۤ أَبَاهُمۡ عِشَاۤءࣰ یَبۡكُونَ Mereka datang mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil dalam keadaan berpura-pura menangis [ Yusuf: 16 ] Kata Amir bin Syarahil al-Sya'bi (wft:110H) : جاءت امرأة إلى شُرَيح [القاضي] تُخاصِم في شيء، فجعلت تبكي، فقالوا: يا أبا أُمَيَّة، أما تراها تبكي؟ Datang seorang wanita menemui Syuraih al-Qadi, wanita itu bertelagah tentang sesuatu (kes) lalau dia menangis. Lalu kata orang ramai: " Apakah engkau tidak melihat dia (wanita ini) menangis?" Jawab Syuraih: قد جاء إخوةُ يوسف أباهم عشاءً يبكون (Dahulu) Saudara-saudara Yusuf juga datang mendapatkan bapa mereka pada waktu senja dalam keadaan menangis! [ Rujuk Al-Tahrir wa Al-Tanwir Ibnu 'Asyur 13/236 ] Catatan: 1. Syuraih al-Qadi, namanya ialah Syuraih bin Al-Harith bin Qays Al-Kindi (wft:76H). Beliau ialah Tabiin yang tsiqah, dikatakan beliau merupakan murid kepada sahabat Nabi Muaz bin Jabal r.a. Beliau ialah seorang Hakim dan Qadi yang hebat. 2. Kata Ibnu 'Asyur rahimahullah: وبعض المتظلمين بالباطل يفعلون ذلك ، وفطنة الحاكم لا تنخدع لمثل هذه الحيل ولا تنوط بها حكما ، وإنما يناط الحكم بالبينة . Sebahagian orang-orang yang zalim dengan melakukan kebatilan mereka sengaja melakukan hal tersebut (tangisan atau ratapan), namun kebijaksanaan seorang Hakim dia tidak akan terpedaya dengan helah-helah seperti ini, dan dia tidak akan bergantung dengan hal tersebut untuk mempengaruhi proses hukum, tetapi hukumnya hanya akan bergantung kepada bukti (yang kukuh). لا ينبغي لأحد أن يقضي إلا بالحق . قال ابن العربي : قال علماؤنا : هذا يدل على أن بكاء المرء لا يدل على صدق مقاله لاحتمال أن يكون تصنعا . Tidak sepatutnya bagi mana-mana orang untuk menetapkan hukuman melainkan dengan kebenaran. Kata Ibnul 'Arabi: Berkata Ulama kita: Hal ini menunjukkan bahawa tangisan seseorang tidak boleh menunjukkan kebenaran ucapannya kerana kemungkinan ia (tangisan tersebut) boleh dibuat-buat. [ Rujuk Al-Tahrir wa Al-Tanwir 13/236 ] Wallahualam. MFAZ.
2542Loading...
12
Media files
3061Loading...
13
Media files
3101Loading...
14
https://islamqa.info/en/20225 Do women have to pronounce the adhaan and iqaamah? - Islam Question & Answer
10Loading...
15
HARI-HARI YANG TERBAIK ( 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH ) 🌙🌕🌗🌘🌑 Sabda Nabi ﷺ : ما من أيامٍ العملُ الصالحُ فيهنَّ أحبُّ إلى الله من هذه الأيامِ العَشرِ Tiada hari-hari yang amalan soleh di dalamnya lebih dicintai bagi Allah berbanding hari-hari yang sepuluh ini. [ HR Abu Daud ] Termasuk amalan soleh yang disyariatkan untuk dilakukan pada hari-hari yang penuh keberkatan ini: 📌 Zikrullah, takbir, tahlil dan tahmid. Termasuk zikir yang teragung ialah membaca Al-Quran dan juga menuntut ilmu. Sabda Nabi ﷺ : فأكثِروا فيهنَّ مِن التَّهليلِ والتَّكبيرِ والتَّحميد Maka perbanyakkanlah padanya tahlil, takbir dan tahmid. [ HR Ahmad ] Takbir disyariatkan bermula setelah melihat hilal Zulhijjah (1 Zulhijjah) sehingga tenggelamnya matahari hari terakhir bagi hari tasyrik (13 Zulhijjah). 📌 Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) Sabda Nabi ﷺ : صِيامُ يَومِ عَرَفَةَ، أَحْتَسِبُ علَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتي قَبْلَهُ، وَالسَّنَةَ الَّتي بَعْدَه Puasa hari Arafah, aku mengharapkan kepada Allah sebagai penghapus dosa tahun sebelumnya dan tahun yang selepasnya. [ HR Muslim ] 📌 Sedekah: Sabda Nabi ﷺ : (الصدقةُ تُطفئُ الخطيئةَ كما يُطفئُ الماءُ النار Sedekah dapat memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api. [ HR Al-Tirmidzi ] 📌 Korban : Sabda Nabi ﷺ : ..ومَن ذَبَحَ بعد الصَّلاةِ فقد تَمَّ نسُكُه وأصاب سُنَّةَ المُسْلمينَ Barangsiapa yang menyembelih korban selepas solat (Hari Raya) maka telah sempurnalah ibadatnya dan menepatilah ia Sunnah kaum muslimin. [ HR Al-Bukhari ] Semoga Allah memberikan taufik dan petunjukNya untuk kita semua mengerjakan mana-mana amalan yang disebutkan di atas semata-mata kerana Allah Ta'ala. MFAZ.
2621Loading...
16
AL-QASS (QUSSAS: TUKANG CERITA) DALAM KALANGAN SAHABAT NABI Menghina tukang cerita (Al-Qaas: Jamak Qussas) secara mutlak adalah berlawanan dengan Sunnah Nabi ﷺ dan para sahabat, Para Ulama menggelarkan beberapa orang sahabat Nabi dengan gelaran أول من قص " Orang yang terawal menjadi Tukang Cerita " atau أول قاص في الإسلام " Pencerita pertama dalam Islam". Contohnya: 1) Al-Aswad bin Sari' bin Hamir bin 'Ubadah al-Tamimi (wft:36 atau 42 Hijrah). Kata Al-Hafiz Al-Zahabi : صاحب رسول الله صلى الله عليه وسلم هو أول من قص بجامع البصرة Beliau ialah sahabat Rasulullah ﷺ, orang pertama yang menceritakan (kisah-kisah Nabi dan sahabat atau peperangan baginda dll) di Jami' (Masjid) Basrah. [ Tarikh al-Islam 2/393 ] 2) Tamim bin Aus bin Kharijah Al-Dari, Abu Ruqayyah. Beliau diungkapkan sebagai sahabat pertama yang menceritakan kepada Nabi ﷺ tentang hadis Dajjal dan Al-Jassasah. Beliau juga disebutkan oleh para Ulama sebagai antara tukang cerita yang pertama dalam Islam dan lebih mulia beliau orang pertama menceritakan kepada Nabi ﷺ tentang Dajjal dan Nabi ﷺ mendengar dan mengakuinya. [ Rujuk Al-Isobah fi Tamyiz al-Sohabah 1/367, Raf'u al-Khilabah hal 575 ] Catatan: Cuma yang perlu kita berhati-hati di akhir zaman adalah tukang cerita yang seperti pemungut kayu api di waktu malam. Mereka ini langsung tidak boleh dibandingkan dengan generasi terbaik iaitu para sahabat Nabi. Jika hendak mencari tukang cerita, carilah mereka yang bermanhaj dengan manhaj Sahabat Nabi sama ada dalam ilmu akidah, riwayah atau dirayahnya. Wallahualam. MFAZ.
2582Loading...
17
Media files
2461Loading...
18
Faedah Tadabbur: Firman Allah SWT: ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ یَوۡمَىِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِیمِ﴿ ٨ ﴾ Selain dari itu, sesungguhnya kamu pasti akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! [ Al-Takathur: 8 ] Sabda Rasulullah ﷺ : وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتُسْأَلُنَّ عَنْ هَذَا النَّعِيمِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُيُوتِكُمُ الْجُوعُ ثُمَّ لَمْ تَرْجِعُوا حَتَّى أَصَابَكُمْ هَذَا النَّعِيمُ Demi jiwaku yang berada di tanganNya sungguh kamu benar-benar akan ditanya tentang nikmat ini pada hari kiamat kelak, kelaparan telah mengeluarkan kamu daripada rumah-rumah kamu, kemudian kamu tidak kembali (ke rumah) sehinggalah nikmat ini mendapatkan kamu. [ HR Muslim ] Kata Ibnu Abbas r.a: النَّعيم صِحَة الْأَبدَان والأسماع والأبصار، يسْأَل الله تَعَالَى عباده يَوْم الْقِيَامَة فيمَ استعملوها؟ وَهُوَ أعلم بذلك مِنْهُم. Nikmat itu (antaranya) kesihatan badan, pendengaran, penglihatan, Allah akan bertanya para hambaNya pada hari kiamat kelak, untuk apa mereka menggunakannya? sedangkan Dia Maha mengetahui hal tersebut berbanding mereka sendiri. Kata Ibnu Mas'ud r.a: أَنه الْأَمْن وَالصِّحَّة Ianya adalah (nikmat) keamanan dan kesihatan. [ Rujuk Tafsir Al-Sam'ani ] Kata Zaid bin Aslam rahimahullah: شِبَعَ الْبُطُونِ، وَبَارِدَ الشَّرَابِ، وَظِلَالَ الْمَسَاكِنِ، وَاعْتِدَالَ الْخَلْقِ، وَلَذَّةَ النَّوْمِ (Termasuk nikmat) adalah Kenyangnya perut (dengan makanan), kesejukan air minuman(yang mendinginkan tekak menghilangkan kehausan), teduhan tempat tinggal (rumah), kelurusan penciptaan (tubuh badan yang sempurna) dan kelazatan tidur [ Tafsir Ibnu Kathir ] Wallahu'alam. MFAZ.
3071Loading...
19
SEPULUH HARI TERAWAL ZULHIJJAH & SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADAN Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ditanya tentang sepuluh hari-hari terawal Zulhijjah dan sepuluh malam-malam terakhir Ramadan, yang manakah lebih afdal (utama)? Jawab beliau: أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان، والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة Sepuluh hari-hari terawal Zulhijjah lebih afdal berbanding sepuluh hari-hari terakhir Ramadan, dan sepuluh malam-malam terakhir Ramadan lebih afdal berbanding sepuluh malam-malam terawal Zulhijjah. [ Majmuk al-Fatawa 25/287 ] Wallahualam. MFAZ.
4338Loading...
20
https://youtu.be/eqeIIKjV3XM?si=r9ViXrifpPufC7d3
3140Loading...
21
Media files
3461Loading...
22
https://youtu.be/mDF603Mlijg?si=xcVM6wTEvvoPdzPC
3500Loading...
23
TIADA KEGEMBIRAAN BILA MENDEKATINYA & TIADA KERUNSINGAN BILA MENJAUHINYA. Pernah Imam Al-Muzani rahimahullah (wft:264H) ditanya إِنَّ فُلاناً يُبْغِضُك َ Sesungguhnya si Fulan itu membencimu. قَالَ : لَيْسَ فِي قُرْبِهِ أُنْسٌ ، وَلا فِي بُعْدِهِ وَحْشَةٌ . Al-Muzani menjawab: Tiada kegembiraan dalam mendekatinya, dan tiada kesedihan dalam menjauhinya. [ Al-Adab al-Syari'ah 3/375 ] Wallahualam. MFAZ.
3673Loading...
24
TERMASUK TANDA ILMU YANG BERMANFAAT: TIDAK MENGHARAPKAN PENGHARGAAN DAN PUJIAN. Imam Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Al-Rabi' bin Sulaiman beliau mendengar Al-Syafii rahimahullah berkata ketika disebut berkenaan ilmunya dan kitab-kitabnya dan ketika itu beliau sedang sakit: وددت لو أن الخلق تعلموه،ولا ينسب إلي منه شيء " Aku suka kalau semua makhluk mengetahuinya ( ilmu dan tulisan yang aku sampaikan ) namun tidak dinisbahkan kepadaku darinya walau suatu apa pun " Dalam riwayat lain: وددت أن كل علم أعلمه يعلمه الناس أوجر عليه،ولا يحمدوني " Aku suka jikalau setiap ilmu yang aku telah ajarkannya, lalu manusia mengetahuinya dan aku diberi ganjaran (pahala) atasnya dan mereka tidak memujiku". [ Tawaali At-Ta'sis Ibn Hajar hlm 106 , Al-Tibyan fi Adaab Hamalah Al-Quran An-Nawawi hal 33 ] MFAZ.
561Loading...
25
ALLAH TIDAK AKAN TERIMA KECUALI YANG MURNI (IKHLAS) UNTUKNYA Berhentilah menayangkan apa sahaja bentuk amalan ibadah kita di media sosial kerana ia menafikan kemurnian ibadah tidak usah memberi alasan kononnya ia untuk "dakwah" untuk "galakkan orang lain" atau untuk "berkongsi nikmat atau kegembiraan" kerana termasuk makna SYIRIK adalah berkongsi amalan dengan Allah dan dengan selain-Nya atau menjadikan bagi Allah ada sekutu dan perkongsian kerana Nabi ﷺ bersabda: Allah Tabaraka wa Taala berfirman: أنا خيرُ شريكٍ ، فمن أشرك معي شريكًا فهو لِشريكي يا أيها الناسُ أخلِصوا أعمالَكم ؛ فإنَّ اللهَ تبارك وتعالى لا يَقبلُ من الأعمالِ إلا ما خلُصَ له ، ولا تقولوا : هذه للهِ وللرَّحِمِ ؛ فإنها للرَّحِمِ ، وليس للهِ منها شيءٌ ، ولا تقولوا : هذه للهِ ولوجوهِكم ؛ فإنها لوجوهِكم ، وليس للهِ منها شيءٌ " Aku adalah sebaik-baik (daripada apa yang disekutukan), barangsiapa yang menyekutukan bersama-Ku (dengan sesuatu) maka dia (nasibnya) akan (diserahkan) untuk (sesuatu yang disekutukan kepada-Ku), Wahai sekalian manusia, MURNIKANLAH (IKHLASKANLAH) amalan-amalan kalian! kerana sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta'ala tidak akan menerima daripada amalan-amalan KECUALI YANG DIMURNIKAN (DIIKHLASKAN) untuk-Nya, dan janganlah kalian mengatakan (memberi alasan): ini (amalanku ini) untuk Allah (dalam masa yang sama) amalan ini untuk Allah dan untuk rahim (silaturrahim) sedangkan tiadalah bagi Allah sesuatu apa pun daripadanya, dan janganlah kalian mengatakan amalan ini untuk Allah dan untuk wajah-wajah kamu (manusia), kerana sesungguhnya (hakikatnya) ia hanyalah untuk (mencari keredaan atau perhatian) wajah-wajah kamu (manusia) dan TIADALAH BAGI ALLAH daripadanya sesuatu apa pun (daripada amalannya itu)" [ Silsilah al-Sahihah no:2764, Sahih al-Targhib no:7] MURNIKANLAH IBADAHMU kerana Wajah Allah bukan untuk wajah-wajah manusia! Semoga Allah Tabaraka wa Taala menjadikan amalan-amalan kita semua MURNI kerana WAJAHNYA. Wallahualam. MFAZ.
4131Loading...
26
NASIHAT UNTUK PARA JEMAAH HAJI TETAMU ALLAH Anas bin Malik r.a mengatakan: حَجَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى رَحْلٍ رَثٍّ وَقَطِيفَةٍ تَسْوَى أَرْبَعَةَ دَرَاهِمَ، أَوْ لَا تَسْوَى Nabi ﷺ mengerjakan haji hanya beralaskan satu pelana kayu unta yang usang dan sehelai kain (yang melapik pelana tersebut) yang bernilai empat dirham atau tidak sampai nilai tersebut. Kemudian Nabi ﷺ bersabda: اللَّهُمَّ حَجَّةٌ لَا رِيَاءَ فِيهَا وَلَا سُمْعَةَ " Ya Allah, aku memohon kepadaMu Haji yang tiada padanya riyak dan sum'ah!" [ HR Ibnu Majah no:2890, Ibnu Abi Syaibah no:16053, Silsilah al-Sahihah no: 2617, Sahih al-Targhib no: 1122 ] Catatan: 1. Hadis ini menunjukkan sifat tawaduk yang dtiunjukkan oleh sebaik-baik makhluk iaitu Nabi kita Muhammad ﷺ untuk dijadikan contoh teladan buat seluruh umatnya. 2. Hadis ini menunjukkan kepada kita betapa mudahnya persiapan Nabi kita ﷺ untuk mengerjakan ibadat haji, tiada padanya apa-apa bentuk takalluf (perbuatan memberatkan diri dan menyusahkan). 3. Hadis ini memberi amaran kepada kita agar menjauhi apa-apa bentuk perkara yang boleh membatalkan pahala ibadat haji kita antaranya yang paling ditakuti oleh Nabi ﷺ adalah riyak dan sum'ah. Boleh diambil faedah daripada hadis ini, termasuklah larangan berbangga-bangga dengan kelengkapan ibadat haji kita. Di zaman kini kita melihat bila manusia terlalu mewah hidupnya, beg pakaian, aksesori pakaian dan kelengkapan ibadat haji mereka juga boleh menjurus mereka kepada riyak dan sum'ah apabila mereka melihat ia dengan tujuan untuk berbangga-bangga dengan bekal fizikal tersebut, wallahulmusta'an. 4. Maksud riyak dan sum'ah sebagaimana diungkapkan oleh para ulama: أن يُظهِرَ الإنسانُ العَمَلَ الصَّالحَ للآخَرِينَ، أو يُحَسِّنَه عِندَهم؛ لِيَمدَحوه، ويَعظُمَ في أنفُسِهم Seseorang itu menzahirkan amalan soleh untuk orang lain, atau memperelokkannya di sisi mereka supaya orang ramai memujinya atau menyebut-nyebutnya dan supaya dia dianggap hebat pada pandangan mereka. [ Rujuk Al-Muwafaqat lil Syatibi 2/353, Al-Zawajir 1/62, Ihya' 3/275 ] 5. Usahakanlah untuk mendapatkan haji yang murni, ikhlas dan mabrur, iaitu haji ahli tauhid, haji yang tiada padanya syirik, riyak dan sum'ah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi kita Muhammad ﷺ . Antaranya adalah dengan mengelakkan penggunaan kamera atau telefon yang berlebihan tanpa hajat ketika mengerjakan ibadat haji seperti sengaja mengambil gambar ketika beribadah untuk diperlihatkan kepada orang ramai, mengambil video ketika dalam ibadah kononnya untuk berkongsi kepada keluarga atau teman rapat kerana ia adalah 'ain kepada riyak dan sum'ah sama ada kita sedar atau tidak. Usah terpedaya dengan ramainya orang yang melakukan hal tersebut, kerana kita hanya akan ditanya di dalam kubur nanti kita mengikuti Nabi Muhammad ﷺ bukan perbuatan yang dipandang baik oleh ramai manusia. Wallahualam. MFAZ.
3802Loading...
27
FAEDAH ILMU: ILMU HADIS ITU TIDAK MENYINTAINYA MELAINKAN LELAKI SEJATI, TIDAK MEMBENCINYA MELAINKAN PONDAN DALAM KALANGAN MEREKA! Khalifah Abu Jaafar al-Mansur Al-Abbasi (wft:158H) rahimahullah berpesan kepada Puteranya Muhammad al-Mahdi : يا بني ، لا تجلس مجلسا إلا وعندك من أهل العلم من يحدثك; فإن الزهري قال : علم الحديث لا يحبه إلا ذكران الرجال ، ولا يكرهه إلا مؤنثوهم ، وصدق أخو زهرة . Wahai anakku, jangan engkau duduk dalam satu majlis melainkan disisimu ada Ahli Ilmu yang meriwayatkan kepadamu hadis, kerana Al-Zuhri (Imam Ibnu , Syihab) pernah berkata: " Ilmu Hadis itu tidak menyintainya melainkan LELAKI SEJATI, dan tidak membencinya melainkan PONDAN dalam kalangan mereka dan benarlah saudara Zuhrah! [ Al-Bidayah wa An-Nihayah 13/459 ] Catatan: 1. Riwayat ini menunjukkan kebiasaan Khalifah-khalifah Islam yang hebat dahulu khususnya ketika zaman kegemilangan Islam mereka sendiri dalam kalangan penuntut ilmu dan lebih khusus mereka menuntut ilmu hadis. Abu Jaafar al-Mansur adalah Khalifah kedua Bani Abbasiyyah, zaman pemerintahannya adalah zaman keemasan Empayar Bani Abbasiyyah sebelum empayar tersebut jatuh 300-500 tahun selepas itu, dinukilkan oleh Ibnu Kathir Baghdad dipenuhi dengan nyanyian dan alat-alat muzik dan mereka (Khalifah-Khalifah yang lemah) menggantikan majlis ilmu dengan majlis-mahlis hiburan dan nyanyian. Wallahul Musta'an. 2. Ilmu hadis dalam istilah Salaf terdahulu bukan merujuk semata-mata Ilmu Mustalah Hadis seperti di zaman kini, namun ia lebih luas meliputi ilmu riwayah dan dirayah, termasuklah Ilmu Sejarah dan Sirah dan semua ilmu yang berkait dengan riwayat-riwayat hadis dan athar termasuklah hadis-hadis tentang sifat Allah. Ia disifatkan sebagai Ilmu lelaki sejati dan tidak digemari oleh golongan pondan atau mereka yang menyerupai perempuan dalam kalangan lelaki. 3. Ulama Salaf mereka menyifatkan golongan yang tidak suka kepada hadis-hadis Nabi ﷺ khususnya hadis-hadis berkaitan sifat-sifat Allah sebagai Jahmiyyah, mereka menyifatkan Muktazilah sebagai Makhanis al-Jahmiyyah (Pondan Jahmiyyah) manakala Asya'irah pula mereka sifatkan sebagai Makhanis al-Muktazilah (Pondan Muktazilah). Hal ini kerana mereka berhimpun kepada sifat mereka yang tidak sukakan hadis-hadis Nabi ﷺ terutama dalam hadis-hadis sifat. 4. Jika kita lihat perkataan Al-Zuhri yang diwasiatkan oleh Al-Mansur kepada anaknya ini ia sama dengan pesanan Umar bin Al-Khattab bahawa Ahli Sunnah (yakni Ahli Hadis) mereka ialah orang yang paling mengetahui tentang Kitab Allah dan mereka ialah lelaki sejati. 5. Sungguh berbeza dengan ramai golongan hari ini, termasuk orang agamanya, kita lihat betapa ramai yang dalam majlis ceramahnya sendiri berat lisannya hendak mengeluarkan hadis-hadis Nabi ﷺ dengan lafaz yang asal, mereka kadang-kadang hanya mengungkap terjemahan atau maknanya namun ada juga yang tetap salah, bila ditegur mereka, mereka cepat melenting, majlis mereka hanya akan berseri jika mereka menyanyi, berqasidah, menyebut perihal wanita, kisah cinta jiwang, lawak dan bersenda gurau mereka ibarat pondan, hilang kelakian mereka walaupun mereka diangkat sebagai alim dan ustaz sekalipun. Wallahualam. MFAZ.
4144Loading...
28
Media files
3892Loading...
29
AISYAH, WANITA YANG PALING DICINTAI NABI ﷺ. Jika kita boleh bahagikan kelebihan Isteri-isteri Nabi ﷺ mengikut Manaqib (kelebihan dan kedudukan) mereka semua. Kita boleh simpulkan yang paling dicintai oleh Nabi ﷺ mengikut fasa dakwah akan berlegar kepada dua orang tanpa menafikan kelebihan semua Ummahat al-Mukminin isteri-isteri Nabi ﷺ yang lain. Jika fasa dakwah di Makkah: Ummul Mukminin Khadijah r.a ialah isteri yang paling dicintai oleh Nabi kita Muhammad ﷺ kerana pengorbanannya yang tiada tolok banding dalam membantu menyebarkan Islam, juga kerana beliau ialah manusia pertama yang beriman kepada Nabi Muhammad ﷺ secara mutlak. Juga kita boleh simpulkan hal ini berdasarkan kenyataan manusia yang paling dicintai oleh Nabi ﷺ iaitu Ummul Mukminin Aisyah r.a sendiri. Iaitu pengakuan Aisyah r.a bahawa beliau sendiri merasa cemburu kepada Khadijah r.a. Fasa Madinah: Ummul Mukminin Aisyah r.a, kerana datang hadis yang sahih bahawa pernikahan Aisyah dengan baginda ﷺ ialah wahyu daripada Allah melalui mimpi yang ditunjukkan wajah Aisyah dalam sepotong kain sutera kepada Nabi ﷺ oleh Jibril sebanyak dua kali sebagaimana dalam Sahih al-Bukhari no:5078, 7011, juga hadis dalam Sahih al-Bukhari no: 3662 daripada Amr bin al-As r.a beliau bertanya Rasulullah ﷺ: Siapakah manusia yang paling dicintai oleh baginda?, maka jawab Nabi ﷺ : " Aisyah!". Juga dengan kesepakatan Ulama hadis dan Tarikh bahawa Aisyah ialah wanita paling faqih yang membantu menyebarkan hadis-hadis dan ajaran Nabi kita Muhammad ﷺ . Fahami hal ini, nescaya kita akan fahami betapa tidak boleh kita bermudah-mudah membuat kenyataan tentang apa sahaja yang berkait dengan baginda Nabi Muhammad ﷺ dan ahli keluarganya melainkan dengan ilmu dan pemahaman yang benar. Wallahualam. MFAZ.
4102Loading...
30
Belajarlah Sirah Nabi ﷺ daripada Ahli Sunnah dan Ahli Tauhid, nescaya kalian akan ditunjukkan kepada Sunnah dan Tauhid. Jika belajar Sirah Nabi ﷺ daripada ahli bidaah dan hawa nafsu maka kalian hanya akan ditunjukkan kepada bidaah dan hawa nafsu. MFAZ.
4280Loading...
31
Tidak dinafikan budaya ikhtilat antara lelaki dan wanita yang tersebar dalam masyarakat inilah yang membawa kepada budaya cinta sebelum pernikahan (budaya couple) dan inilah yang membentuk pemikiran segelintir besar golongan agamawan dan mereka yang dipanggil Ustaz dan Ustazah sehingga dijenamakan cinta yang haram tersebut dengan jenama "Islamik" (cinta anta anti, akhi ukhti dll). Lalu apabila mereka membaca sirah Nabi ﷺ dan teks-teks agama, pemikiran songsang inilah yang akan memandu mereka untuk mengeluarkan kenyataan yang mereka sendiri tidak faham implikasi dan natijahnya kepada agama dan kehormatan baginda Nabi Muhammad ﷺ. Wallahul Musta'an. MFAZ.
4600Loading...
32
KHADIJAH R.A CINTA PERTAMA NABI MUHAMMAD ﷺ Ummul Mukminin Aisyah r.a berkata: ما غِرْتُ علَى امْرَأَةٍ للنَّبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، ما غِرْتُ علَى خَدِيجَةَ، هَلَكَتْ قَبْلَ أنْ يَتَزَوَّجَنِي؛ لِما كُنْتُ أسْمَعُهُ يَذْكُرُهَا، وأَمَرَهُ اللَّهُ أنْ يُبَشِّرَهَا ببَيْتٍ مِن قَصَبٍ، وإنْ كانَ لَيَذْبَحُ الشَّاةَ فيُهْدِي في خَلَائِلِهَا منها ما يَسَعُهُنَّ. Tidak pernah aku merasa cemburu terhadap isteri-isteri Nabi ﷺ seperti kecemburuanku terhadap Khadijah, beliau meninggal dunia sebelum baginda menikahiku, juga kerana aku sering mendengar baginda sering menyebut-nyebutnya dan Allah memerintahkan kepadanya agar memberi khabar gembira kepadanya (yakni: Khadijah) dengan sebuah rumah daripada mutiara dan jika baginda menyembelih kambing baginda pasti akan memberikannya sebagai hadiah kepada sahabat-sahabat karibnya apa yang mencukupi mereka. [ HR Al-Bukhari no: 3816 ] Catatan: 1. Hadis ini menunjukkan kelebihan Khadijah r.a dalam kalangan isteri-isteri Nabi ﷺ. 2. Perkataan Aisyah: " Kerana aku sering mendengar Nabi ﷺ menyebut-nyebutnya " merujuk kepada kelebihan dan kebaikan Khadijah sering disebut-sebut oleh Nabi ﷺ di hadapan isteri-isteri baginda yang lain walaupun Khadijah r.a sudah wafat sehingga menyebabkan Aisyah r.a sendiri merasa cemburu. 3. Hadis ini membantah dakwaan batil seorang Ustaz yang mendakwa kononnya Ummu Hani' ialah "First Love" Nabi Muhammad ﷺ. Kerana kalaulah Ummu Hani' ialah cinta pertama baginda ﷺ sudah tentu Aisyah akan menyebutkan Nabi ﷺ akan menyebut-nyebut nama Ummu Hani', namun ia jelas tiada dalam mana-mana riwayat yang menunjukkan hal tersebut kerana dalam Islam istilah cinta pertama adalah merujuk kepada isteri yang pertama, bukan selainnya. Wallahualam. MFAZ.
3860Loading...
33
Media files
1551Loading...
34
Media files
3900Loading...
35
Media files
4281Loading...
36
Media files
4021Loading...
37
https://youtu.be/HEBFGxtY8F8?si=PftdWOqem1mzN6Ej
3970Loading...
38
AZAR BAPA NABI IBRAHIM AKAN DIUBAH RUPANYA MENJADI DUBUK Yang sahih dan lebih tepat Azar ditukarkan menjadi dubuk jantan yang berlumuran najis atau tanah atau darah bukan anjing kurus. Berdasarkan hadis Sahih al-Bukhari no:3350. Lafaznya: يَا إِبْرَاهِيمُ، مَا تَحْتَ رِجْلَيْكَ ؟ فَيَنْظُرُ، فَإِذَا هُوَ بِذِيخٍ مُلْتَطِخٍ، فَيُؤْخَذُ بِقَوَائِمِهِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ ". Wahai Ibrahim, apa yang ada dibawah dua kakimu?, lalu Ibrahim pun melihat, maka tiba-tiba beliau melihat dubuk jantan yang berlumuran tanah/atau najisnya lalu diambil keempat-empat kakinya lalu dicampakkannya ke dalam neraka. Kata Ibnul Athir rahimahullah: الذِّيخُ: ذكَر الضِّبَاعِ، والأنْثى ذِيخَةٌ. وَأَرَادَ بالتَّلطُّخَ التلطُّخَ برَجِيعِه، أَوْ بالطِّين Al-Zikh bermaksud Dubuk jantan, dubuk betina dipanggil Zikhah, dimaksudkan dengan talattukh maksudnya dubuk itu berlumuran dengan najisnya sendiri atau tanah. Dalam sebahagian riwayat juga ada menyatakan dubuk tersebut berlumuruan darah. [ Rujuk An-Nihayah fi Gharib al-Hadis wal Athar 2/174 ] Hikmahnya kata Ulama, Azar sudah melihat kebenaran Tauhid yang dibawa anaknya Ibrahim namun dia tetap menolak untuk menerimanya diubah rupanya menjadi dubuk kerana dubuk adalah antara haiwan yang bodoh. Wallahualam. MFAZ.
3822Loading...
39
MAKSUD AALU YAAKUB (KELUARGA YAAKUB) DALAM AYAT 6 SURAH MARYAM. Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya keliru bila ustaz sebut dalam kuliah Tafsir tempoh hari, Ali Yaakub itu bukan merujuk Nabi Yaakub tetapi merujuk Yaakub lain, boleh Ustaz jelaskan? Jawapan: Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh. Firman Allah Taala: یَرِثُنِی وَیَرِثُ مِنۡ ءَالِ یَعۡقُوبَۖ وَٱجۡعَلۡهُ رَبِّ رَضِیࣰّا (Kata Nabi Zakaria) Yang layak mewarisi aku, juga mewarisi keluarga Yaakub, dan jadikanlah dia-(yakni:anakku) -wahai Tuhanku seorang yang diredai serta disukai. [ Maryam:6 ] Jumhur mufassirin membiarkan zahir ayat iaitu آل يعقوب (Keluarga Yaakub) di situ memang merujuk kepada Nabi Yaakub iaitu Israil, yang dinisbahkan kepadanya seluruh Bani Israil. Ini juga adalah benar dan tidak bercanggah kerana Nabi Zakaria adalah keturunan daripada Sulaiman bin Daud dan Daud pula ialah keturunan Bani Israil iaitu anak-anak Nabi Yaakub tanpa Khilaf. Namun bila kita perincikan nama-nama yang ada dalam Surah ini dan Surah-surah berkaitannya, seperti Maryam binti Imran, Musa bin Imran, Harun bin Imran, kemudian bila kita perincikan lagi kisah Nabi Zakaria dan hubungkaitnya dengan keluarga Imran ia termasuk dalam kategori nama-nama yang sama namun merujuk orang yang berbeza. Atas alasan inilah sebahagian Ulama Tafsir antaranya Imam Ibnu Abi Zamanin (wafat:399H), mengatakan: كَانَتِ امْرَأَةُ زَكَرِيَّا مِنْ وَلَدِ يَعْقُوبَ لَيْسَ يَعْنِي: يَعْقُوبَ الْأَكْبَرَ؛ يَعْقُوبَ دُونَهُ Isteri kepada Nabi Zakaria termasuk daripada keturunan Yaakub, bukan merujuk kepada Yaakub Akbar (Besar) (Nabi Yaakub: Israil) tetapi merujuk Yaakub yang dibawahnya. [ Rujuk Tafsir Ibnu Abi Zamanin ] Maksudnya merujuk kepada Yaakub bin Maathan iaitu saudara kepada Imran, Ibu Maryam (ibunda Nabi Isa) bukan merujuk kepada Yaakub bin Ishak. Kerana dikatakan mereka ini keturunan yang mengetuai urusan keagamaan Bani Israil ketika itu. Wallahualam. Justeru kedua-dua tafsiran ini sebenarnya tidak bercanggah kerana Nabi Zakaria memang keturunan Nabi Yaakub (Akbar: Israil) secara pasti dan keturunan sebelah isterinya juga daripada keturunan Yaakub bin Maathan, atau sebahagian ahli tafsir lagi menyatakan keluarga Akhwalnya (keluarga sebelah isterinya) adalah keturunan Yaakub, jadi di sini nama mereka menepati satu nama yang sama walaupun individunya itu merujuk kepada individu yang berbeza. Ini sama seperti kakak Nabi Musa yang bernama Maryam binti Imran, namanya sama dengan ibunda Nabi Isa iaitu Maryam binti Imran juga. Beliau juga mempunyai saudara yang bernama Harun, namun Harun ini bukanlah Harun saudara Nabi Musa, namun merujuk kepada individu yang berbeza. Ulama bahaskan hal ini terperinci kerana ia termasuk disiplin ilmu yang penting dalam disipiln ilmu hadis dan Tarikh (Sejarah) dalam kalangan Ahli Hadis yang dipanggil Al-Mu'talif wa al-Mukthalif. Wallahualam. MFAZ.
3813Loading...
40
https://youtu.be/WWS_ZlH7M6s?si=ndq5lh5o2xhVdoFx
391Loading...
Repost from MFAZ (Fawaid Ilmu)
Fawaid Tadabbur Al-Quran: Seluruh keajaiban yang dikisahkan Allah dalam Al-Quran dan Al-Sunnah seperti penciptaan langit dan bumi, kisah-kisah mukjizat para Nabi dan Rasul, kisah keajaiban Ashabul Kahfi, fitnah Samiri, Dajjal dan seumpamanya walaupun ramai manusia merasa kagum, takjub atau hairan terhadapnya namun jika dinisbahkan seluruh keajaiban itu bagi Allah ia bukanlah sesuatu yang ajaib kerana kudrat dan kekuasaan Allah menciptakan seluruh alam semesta itu lebih besar dan lebih agung jika hendak dibandingkan dengan keajaiban yang melibatkan makhluk-makhluknya yang kecil. Dalilnya: لَخَلۡقُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ أَكۡبَرُ مِنۡ خَلۡقِ ٱلنَّاسِ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا یَعۡلَمُونَ﴿ ٥٧ ﴾ Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui. Ghafir: 57 Rujuk faedah ini dalam Adhwa' Al-Bayan fi Idhah Al-Quran bil Quran, jilid 4 hal 25, Dar 'Alam Al-Fawaid. MFAZ.
Mostrar todo...
6
FAEDAH TADABBUR: HADIS NABI ﷺ PASTI SEIRING DENGAN AL-QURAN Ketika seorang hamba Allah sedang membaca al-Quran lalu sampai pada ayat: إِذۡ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥۤ أَسۡلِمۡۖ قَالَ أَسۡلَمۡتُ لِرَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: " Islamlah (berserah dirilah kepadaKu wahai Ibrahim!" Ibrahim menjawab: " Aku serahkan diri kepada Tuhan Yang memelihara dan mentadbir seluruh alam". [ Al-Baqarah: 131 ] Lalu anaknya yang baru berusia enam tahun mendengar ayat tersebut dan berkata: أَسْلِمْ تَسْلَمْ " Masuklah kamu dalam Islam (serahlah diri kepada Allah) nsecaya kamu akan selamat". Anaknya merujuk kepada lafaz hadis Surat Nabi Muhammad ﷺ yang diutuskan kepada pemerintah Rom dalam Sahih al-Bukhari hadis no:7. Demikianlah pemahaman yang Allah berikan kepada sesiapa hamba-hambaNya yang Dia kehendaki. Wallahualam. MFAZ.
Mostrar todo...
👍 4🤔 1
Photo unavailableShow in Telegram
3
BARISAN AHLI SYURGA Daripada Buraidah bin Al-Hasib al-Aslami r.a, Rasulullah ﷺ bersabda: أَهْلُ الجنَّةِ عِشرونَ ومائةُ صفٍّ، ثمانونَ من هذِهِ الأمَّةِ، وأربَعونَ من سائرِ الأممِ Ahli Syurga itu barisannya ada seratus dua puluh barisan, lapan puluh barisan dalam kalangan umat ini, dan empat puluh barisannya dalam kalangan umat-umat yang lain [ HR Al-Tirmidzi no:2546, Ibnu Majah no:4289, Ahmad no: 23002, Sahih menurut Ibnu Hibban, Al-Albani & Al-Arnaut, hasan menurut Ibnu Hajar & Al-Wadi'i, Al-Sahih al-Musnad no:148, Fathul Bari 11/395 ] Catatan: Keluasan Syurga itu tidak mengetahuinya melainkan Allah Tabaraka wa Taala. Dalam riwayat Al-Bukhari dan Muslim Nabi ﷺ menyebutkan jarak antara penjuru dua daun pintu syurga adalah jarak antara Makkah dan Hajar (Qatar dan Bahrain) dan Makkah atau antara Makkah dan Busra (Syam, Syria). Dikatakan anggarannya adalah lebih kurang 1273 KM atau lebih. Ini menunjukkan keluasan Syurga Allah, Ya Allah jadikanlah kami, ibu-bapa, saudara-saudara, zuriat keturunan dan sahabat-sahabat kami termasuk dalam kalangan barisan Ahli Surga. Amin. Wallahualam. MFAZ
Mostrar todo...
💯 2👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Insya Allah kuliah ini akan bermula esok malam. Penyertaan adalah percuma!! Link untuk penyertaan: https://t.me/+ciITSzA7S883MjU1 Admin MFAZ (Fawaid Ilmu)
Mostrar todo...
👍 7💯 2
Photo unavailableShow in Telegram
Insha Allah kuliah akan bermula 21 hb Jun 2024 ini, penyertaan hanya terhad kepada 100 orang peserta sahaja. Jazakumullah khairal jaza' Admin MFAZ (Fawaid Ilmu)
Mostrar todo...
7👍 5
Repost from MFAZ (Fawaid Ilmu)
MENINGGALKAN PUASA SUNAT UNTUK MEMBACA AL-QURAN ATAU AMALAN LAIN Tidak mengapa jika seseorang individu memilih amalan sunat yang lain lalu meninggalkan amalan sunat yang lain jika dibimbangi amalan sunat itu jika dihimpunkan kedua-duanya akan menyebabkan salah satunya terabai atau dapat melemahkannya dalam kewajipannya atau kebiasannya dalam amalan sunatnya atau menyebabkan ditinggalkan salah satu atau kedua-duanya. Tidak dinafikan jika seorang hamba dapat menghimpunkan kedua-duanya maka itu adalah baik. Namun setiap orang tidak akan sama keadaan dan kemampuannya. Inilah madar berlegarnya fiqh Salaf. Sahih daripada Abdullah bin Mas'ud r.a bahawasanya beliau meninggalkan puasa sunat, lalu katanya: إنه يُضْعِفُنيِ عن قراءة القرآن، وقراءة القرآن أحَبُّ إليَّ Sesungguhnya (puasa sunat itu) melemahkan aku untuk membaca al-Quran, sedangkan membaca al-Quran itu yang paling aku suka. [ HR Al-Tabarani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir, disahihkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari dan Al-Usoimi dalam Syarh Mu'jam al-Mukhtar hal 14 ] Antara kesalahan ramai manusia apabila mereka cuba memaksa untuk membanyakkan amalan-amalan sunat yang mutlak kepada semua jenis manusia tanpa melihat keadaan dan perbezaan dan kemampuan manusia tersebut. Ini antara kesalahan dalam Tahzib an-Nafs (latihan jiwa) yang paling ketara. Hal ini kerana kaedah dalam hadis Nabi ﷺ menyatakan: أَحَبُّ العمل إلى الله ما داوم عليه صاحبه وإن قَلَّ Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah apa yang pelakunya sentiasa berterusan melakukannya walaupuan ia sedikit. [ Muttafaqun 'alaih, dan ini adalah lafaz Muslim ] Contohnya jika seorang individu itu miskin dan fakir tidak kena jika kita menggalakkannya untuk banyak bersedekah sedangkan dia seorang yang fakir, jika seorang buruh atau pekerja yang bekerja berat atau guru yang mengajar ilmu dan al-Quran tidak kena jika kita menggalakkan dia untuk berpuasa sunat sedangkan kemungkinan ibadat sunat tersebut boleh melemahkannya daripada amalan kewajipannya atau kebiasaannya. Yang penting amalan kebiasaannya itu sama ada amalan wajib atau sunat dilakukan secara berterusan dan istiqamah walaupun sedikit itulah yang sangat dicintai oleh Allah, bukan hanya dilihat pada kuantiti tanpa kualiti semata-mata seperti salah faham ramai orang. Demikianlah fiqh Salaf dalam Tahzib an-Nafs (Latihan Jiwa) Wallahualam. MFAZ.
Mostrar todo...
👍 13💯 4 1
Repost from MFAZ (Fawaid Ilmu)
Soalan: Adakah berdosa jika saya tahu fadilat amalan pada 10 hari awal Zulhijjah namun saya tidak beramal di dalam salah satu harinya, contohnya saya tidak mampu untuk berpuasa kerana kekangan kerja. Apakah ada amalan lain yang boleh saya lakukan selain berpuasa? Jawapan: Tidak, kerana hukum berpuasa pada salah satu hari yang dicintai oleh Allah hanyalah mustahhab (digalakkan) dan ia bukannya wajib. Firman Allah SWT: فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ ‏Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah menurut sedaya upaya kemampuanmu. [ Al-Taghabun: 16 ] Sabda Nabi ﷺ : فإذا نهيتكم عن شيء فاجتنبوه وإذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم Apabila aku telah melarang kalian daripada sesuatu maka jauhilah ia, dan apabila aku telah memerintahkan dengan sesuatu maka lakukanlah darinya apa yang kalian mampu. [ HR Al-Bukhari ] Jika tidak mampu berpuasa pada hari-hari lain perlu diusahakan untuk berpuasa contohnya pada hari Arafah 9 Zulhijjah kerana fadilatnya sangat besar iaitu dapat menghapuskan dosa setahun lalu dan akan datang. Jika kita tahu fadilatnya insyaAllah akan dipermudahkan untuk mengamalkannya. Namun jika tidak mampu ia tidaklah berdosa. Adakah amalan lain selain puasa?. Ya sudah tentu, amalan soleh dalam hari-hari yang dicintai Allah ini ada pelbagai. Antaranya zikir, takbir, tahlil, tahmid, membaca Al-Quran, bersedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa, amar makruf nahi mungkar, menuntut ilmu dan semua jenis amalan-amalan soleh. Bahkan jika kita tidak mampu berpuasa dan kita makan dalam keadaan mensyukuri nikmat rezeki Allah kita akan mendapat pahala seperti berpuasa berdasarkan hadis Nabi ﷺ : الطاعمُ الشَّاكرُ بمنزلةِ الصائمِ الصابرِ Orang yang makan lagi bersyukur sama kedudukannya seperti orang berpuasa yang bersabar. [ HR Al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad, dinilai hasan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar, dinilai sahih oleh Ibnu Hibban, Ibnu Taimiyyah, Ahmad Syakir, Al-Arnauth dan Al-Albani ] Justeru bagi mereka yang tidak mampu berpuasa perbanyakkan rasa syukur ketika makan insyaAllah kedudukannya sama seperti mereka yang bersabar ketika berpuasa. Wallahu'alam. MFAZ.
Mostrar todo...
👍 6💯 2 1
TALBIAH, ZIKIR DAN TAKBIR DAN BAGI KALIAN SYURGA! Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah ﷺ bersabda: ما أَهَلَّ مُهِلٌّ قطُّ إلَّا بُشِّرَ ، ولا كَبَّرَ مُكَبِّرٌ قطُّ إلَّا بُشِّرَ ، قيل : بالجنةِ ؟ قال : نَعَمْ Tiada seorang pun yang bertalbiah (atau meninggikan suara dengan zikir yang mutlak) melainkan dia diberikan khabar gembira, tiada seorang pun yang bertakbir melainkan dia diberikan khabar gembira. Ditanyakan kepada Nabi ﷺ : " (Diberikan khabar gembira) dengan Syurga?". Jawab baginda ﷺ : " Ya " [ Al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat 7/379, Sahih al-Jaami' no:5569, Silsilah Al-Sahihah no: 1621 ] Catatan: 1. Maksud Ahalla Muhillu ada dua sama ada seseorang yang meninggikan suaranya ketika berzikir secara mutlak pada tempat yang khusus yang ditunjukkan syarak atau merujuk secara lansung kepada mereka yang bertalbiah ketika mengerjakan haji dan umrah. Adapun maksud mereka yang bertakbir pula umum termasuklah mereka yang banyak bertakbir ketika 10 hari awal bulan Zulhijjah dan ia seakan-akan merujuk kepada mereka yang tidak berkemampuan mengerjakan ibadat haji ketika itu turut diberikan khabar gembira. 2. Maksud diberikan khabar gembira kata para ulama antaranya dia akan diberikan khabar gembira ketika datangnya malaikat yang akan mencabut nyawanya atau ketika dia di dalam kuburnya atau ketika dia dibangkitkan pada hari kiamat kelak. 3. Hadis ini menunjukkan galakkan membanyakkan takbir dan zikir terutama pada waktu-waktu yang ada kelebihan antaranya sepuluh hari awal zulhijjah. Banyakkanlah Takbir mengangungkan Allah dalam hari-hari yang terbaik ini, jangan sia-siakan kesempatan yang ada, moga-moga kita diberikan khabar gembira dengan syurga di saat kematian, di kubur dan pada hari kita dibangkitkan kelak. Wallahualam. MFAZ.
Mostrar todo...
4👍 1💯 1

👍 9💯 3