cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Ali Imran Abdul Aziz

Hamba

Mostrar más
Malasia19 201El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad25 196
Publicaciones publicitarias
3 735
Suscriptores
+124 horas
Sin datos7 días
-2730 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Tahun berganti tahun. Namun, jika batu asasnya tiada perubahan, 1000 tahun pun tak mungkin cukup untuk mengikis kejahilan. Sedarlah saya bahawa hijrah membawa makna yang lebih besar daripada sekadar membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Jika setiap nukilan dan tulisan hanya untuk menempelak ‘musuh’ dalam perbezaan pendapat yang picisan, senyuman terukir dalam jiwa menandakan banyak lagi usaha perlu digembleng untuk menyemai nilai makmur ketika kita berhadapan dengan kepelbagaian pendapat yang semestinya menatijahkan perbezaan. Selamat datang kedewasaan dan kematangan. Salam Maal Hijrah
Mostrar todo...
30👍 2
Photo unavailableShow in Telegram
Di ambang tahun baru Hijrah, kita menyaksikan matahari terbit dengan harapan baru, seolah-olah setiap sinarnya membawa bersama doa dan impian yang belum terlaksana. Hijrah bukan hanya perpindahan fizikal, tetapi juga perjalanan jiwa, meninggalkan keburukan dan mendekati kebaikan. Semoga setiap langkah kita di tahun baru ini dipermudahkan dan diredhai, membawa kita lebih dekat kepada-Nya. Salam Maal Hijrah 1446H. Semoga tahun ini menjadi saksi perubahan yang lebih baik, memperkasa iman dan menyuluh jalan kita dengan cahaya kebijaksanaan dan kasih sayang Ilahi.
Mostrar todo...
27👍 3
By default, doa kita mustajab. Allah kata, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.” (Ghafir: 60) Cuma terkadang, ia dijawab melalui bahasa yg tidak kita fahami. Iaitu terkadang ia ditukarkan dengan sesuatu yg lebih baik, terkadang ia ditangguhkan sehingga waktu yg sesuai, terkadang ia disimpan untuk kita tebus di akhirat nanti.
Mostrar todo...
59👍 6
Tiga Jenis Musibah Orang yang derhaka dan banyak dosa: Orang ini ditegur oleh Allah dengan musibah bertubi-tubi, namun dia menyambut kedatangan musibah itu dengan keluh-kesah. Dia semakin tidak rela menerima takdir yang tertulis dalam hidupnya. Semakin hari, hidupnya semakin sukar dan semakin jauh daripada Allah. Inilah azab yang menimpanya. Orang yang derhaka dan banyak dosa, tetapi menyedari musibah itu sebagai teguran: Orang ini akhirnya menyedari bahawa musibah yang menimpanya adalah teguran daripada Allah. Dia mula memperbaiki kesalahannya dan bangkit daripada kelalaiannya. Inilah nikmat yang tersembunyi di sebalik ujian. Dia sedar bahawa kesalahan-kesalahan yang dilakukannya dibalas dengan kasih sayang Allah, seperti mana ibu bapa yang peduli terhadap anaknya akan mencubit telinga anak yang nakal, semata-mata kerana kasih sayang. Orang yang bertaqwa: Orang yang bertaqwa, bukan kerana dosa, tetapi selalu diuji dengan musibah bertubi-tubi oleh Allah. Dia menyedari bahawa ini adalah khabar gembira daripada kasih sayang Allah. Dia tahu bahawa Allah hendak memperkenalkan diri-Nya dengan sifat-sifat qahriyah-Nya. Dia tahu musibah-musibah ini adalah hadiah daripada Allah untuk hamba-hamba terpilih yang memiliki keyakinan yang kuat. Semakin kuat jiwa seorang hamba, semakin besar pula perkenalan Allah kepadanya, lalu semakin tinggilah darjat hamba itu. Dalam hadith: اَشَدُّكُمْ بَلَاءً الأَنْبِيَاءُ فَالأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ (رواه الحاكم) "Yang paling berat ujian hidupnya di antara kalian adalah para Nabi, kemudian yang paling mirip dengan mereka, kemudian yang paling mirip dengan mereka." - tulisan ini dinukil dan diolah dari karya Ibn 'Ajibah dalam kitabnya Iqaz al-Himam fi syarh al-Hikam.
Mostrar todo...
30😢 14👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Seperti yang dijanjikan tempoh hari, sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas fardhu ‘Ain dan pengajian hadis 40 Wanita, boleh sertai group ini untuk mengikuti kelas, rakaman dan jadual kelas. Saya harap semua sudi luangkan waktu satu jam sahaja pada hujung minggu untuk upgrade ilmu akhirat. —-> https://t.me/taklimbaytmuslimaa Dapatkan buku di sini: —-> https://vt.tiktok.com/ZSYDAmc3n/ —->
Mostrar todo...
13👍 3
Photo unavailableShow in Telegram
Persiapkan doa-doa terbaikmu untuk hari Arafah esok, Nabi bersabda : خير الدعاء دعاء يوم عرفة، "Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah.” Pada hari Arafah, langit dan bumi bersatu dalam doa, Dosa-dosa terhapus, hati menjadi suci. Di puncak doa, kita memohon rahmat dan ampunan, Semoga Allah mendengar dan mengabulkan segala harapan. *bantu sebaran agar ramai dapat kebaikan dan manfaat.
Mostrar todo...
22👍 3
Photo unavailableShow in Telegram
Sebelum balik kampung pagi ni, sempat saya tulis satu newsletter kepada pembaca newsletter dan telah saya blast di email tadi. Harap sangat ia dibaca, bekal untuk esok hari, Hari Arafah. Siapa yang dah baca, reply done. “Yang punya banyak harapan tapi dia berdoa hari Arafah dan tidak bertahajud, maka dia tidak serius dengan doa dan harapannya, dan dia sedang membohongi dirinya sendiri.”
Mostrar todo...
22👍 3
Jangan lupa perbanyakkan takbir, tasbih dan tahmid di hari-hari ini (10 hari pertama bulan Zulhijjah). Di jalanan. Berangkat kerja, pulang kerja, ketika rehat, ketika masak, dalam kereta. Sesungguhnya pun termasuk amal soleh yang pahalanya lebih besar dibanding jihad fii sabilillah.
Mostrar todo...
19
Sudah lama rasanya saya tak berkongsi tentang buku saya yang satu ini. Baru-baru ini saya dijemput untuk mengendalikan sebuah kelas Fardhu 'Ain dan pengajian kitab hadith wanita ini di Majlis Ta'lim Bayt Muslimaa. Ada ke dekat sini ingin mengikuti kelas ini juga? siapa nak, reply nak. saya pun baru masukkan buku ini di TT shop, boleh dapatkan disini: ---> https://vt.tiktok.com/ZSYDAmc3n/
Mostrar todo...
14
Photo unavailableShow in Telegram
saya kongsikan satu hadith daripada buku saya yang satu ni. Dalam kehidupan ini, sentiasalah jasa dan kebaikan itu yang menjadi sebutan dan kenangan meskipun sesudah kematian. Rasulullah SAW saat menceritakan tentang isteri pertamanya Khadijah binti Khuwailid R.Anha, Baginda berkata : قد آمَنَتْ بي إذ كفَرَ بي الناسُ، وصدَّقَتْني إذ كذَّبَني الناسُ، وواسَتْني بمالِها إذ حرَمَني الناسُ، ورزَقَني اللهُ عزَّ وجلَّ ولَدَها إذ حرَمَني أولادَ النِّساءِ Maksudnya : Dialah dahulunya yang beriman kepadaku saat orang ramai menolakku. Dialah yang mempercayaiku saat orang ramai mendustakanku. Dialah yang telah membantu aku dengan hartanya ketika orang ramai enggan membantuku. Dan Allah telah merezekikan aku anak bersamanya sedang Dia tidak mengurniakan aku anak bersama isteri-isteriku yang lain. Riwayat Ahmad dalam Al-Musnad (24864).
Mostrar todo...
👍 9 7
Elige un Plan Diferente

Tu plan actual sólo permite el análisis de 5 canales. Para obtener más, elige otro plan.